Showing posts with label Godaan Syaitan. Show all posts
Showing posts with label Godaan Syaitan. Show all posts

16 November 2015

TIPS MENOLAK FITNAH DAJJAL ALVIN TAN

Saya peroleh artikel ini dari fb kekawan yang saya rasakan ianya perlu dikongsi bersama.

"Ramai yang bertanya kenapa kami tidak pernah mengulas isu panas yang dicetuskan Alvin Tan. Sebenarnya setiap isu panas yang menjejaskan agama kami ulas penuh teliti bersama anak-anak kami. Kami sedar, bukan semua kenyataan terbuka membawa kebaikan. Apatah lagi apabila ia melibatkan isu kaum dan agama.

KESILAPAN BESAR orang kita ialah suka SHARE langsung dari posting Alvin Tan merata-rata dan 'VIRAL'KANNYA setiap kali dia buat angkara. Ramai yang LIKE untuk dapatkan notifikasi komen dan update. Memanglah LIKE & SHARE itu yang dia mahu. Lalu dia buat lagi dan lagi…

KESILAPAN KEDUA kita ialah menghambur rasa di wall dia sehingga ke tahap mengancam bunuh dan sebagainya. Ancaman itulah yang dia guna untuk melanjutkan suaka politiknya di Amerika. Kerana itulah dia ulangi setiap 3 bulan sekali. Padahal jika kita biarkan atau tidak mengancam bunuh, dia hilang kelayakan suaka politik itu dan terpaksa balik ke sini.

Dajjal dikatakan ada hanya sebelah mata. Itulah makhluk yang Allah cipta untuk menguji manusia, yang sebenarnya menutup sebelah mata terhadap kebenaran dan kebatilan, juga kebaikan dan keburukan.

Golongan Syaitan ini akan merasuk manusia secara halus mahupun kasar...

SECARA HALUS mereka gunakan fahaman jahat atau REGIM nya untuk memesong dan melonggarkan ikatan umat terhadap prinsip agamanya.

SECARA KASAR pula mereka ini melakukan apa sahaja kejahatan TERANG-TERANGAN tanpa menghiraukan kemarahan manusia. Lebih kita marah lebih mereka suka dan ketawa. Antara caranya ialah mereka menghina apa sahaja yang kita puja. Lebih teruk lagi apabila mereka sanggup membunuh tanpa berkira-kira.

APA PRINSIP KITA APABILA DIHINA?

Kadangkala terfikir nasihat orang tua-tua. Jika berhadapan dengan orang yang suka mengata, lawanlah dengan hujah yang nyata. Jika mereka tidak mahu dengar, maka sebaiknya tinggalkan sahaja. Itulah kaedah Islam dalam menangani umpat dan keji. (QS:73/10-12).

QS:73. Al Muzzammil 10-12: “Dan BERSABARLAH terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik. Dan biarkanlah Aku bertindak terhadap orang-orang yang mendustakan itu, orang-orang yang mempunyai kemewahan dan BERI TANGGUHLAH mereka barang sebentar. Karena sesungguhnya pada sisi Kami ada belenggu yang berat dan neraka yang menyala-nyala.

TETAPI BAGAIMANA ALLAH MELINDUNGI KITA DAN MEMBALAS KEJAHATAN INI?

Jika kita kata mahu hidup ini sejahtera berlandaskan alQuran dan as-Sunnah, mari berlindung pada kedua duanya. HIDAYAH itulah yang menolong kita. Cari jalan menghubungkan hati (silah) dan tindak tanduk kita dengan Wahyu Allah dan sunnah rasulNYA agar kita tidak binasa dengan angkara mereka.

Islam adalah agama ilmu, faham dan penuh dengan hujjah yang meyakinkan. Serangan FAHAMAN JAHAT, atau REGIM & PROPAGANDA ini harus ditangani dengan FAHAMAN juga agar kita tidak terpedaya. Itulah hakikat TAKWUZ.

BERLINDUNG DENGAN ALLAH ialah berlindung melalui wahyuNya. Itulah sunnah baginda nabi SAW yang telah di uswahkan untuk kita. Hati kita akan jadi aman dengan wahyu yang kita hadam. Kelak Syaitan akan putus asa apabila regim jahatnya tidak diperdulikan manusia. Itulah pertolongan Allah untuk manusia. Itulah balasan Allah terhadap syaitan dan regimnya.

ISU MENGHINA ALQURAN

Kefahaman mikro dari alQuran akan membuatkan iman kita kuat dan hati jadi kebal. Mari kebalkan hati dengan meneliti beberapa wahyu dan berlindung kita dengannya dalam isu ini.

FAKTA BESAR yang harus kita jadikan pegangan di sini agar dapat memujuk dan melegakan hati ialah Islam itu agama ilmu. Sumber ilmu dari alQuran yang duduknya di DADA, bukan di KERTAS.

QS: 29. Al 'Ankabuut 49. Sebenarnya, ia (Al Quran itu) adalah ayat-ayat yang NYATA DALAM DADA orang-orang yang diberi ILMU. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim.

QS: 6. Al An'aam 7. Dan kalau Kami turunkan kepadamu TULISAN DI ATAS KERTAS, lalu mereka dapat menyentuhnya dengan tangan mereka sendiri, tentulah orang-orang kafir itu berkata: "Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata."

QS: 6. Al An'aam 91. Dan mereka TIDAK MENGHORMATI ALLAH dengan penghormatan yang semestinya, di kala mereka berkata: "Allah tidak menurunkan sesuatupun kepada manusia." Katakanlah: "Siapakah yang menurunkan kitab yang dibawa oleh Musa sebagai cahaya dan petunjuk bagi manusia? Kamu jadikan kitab itu LEMBARAN-LEMBARAN KERTAS. Kamu perlihatkan dan kamu sembunyikan sebahagian besarnya. Padahal TELAH DIAJARKAN kepadamu apa yang kamu dan bapak-bapak kamu tidak mengetahui". Katakanlah: "Allah (yang menurunkannya)", kemudian BIARKAN SAJA mereka bermain-main dalam kesesatannya.

QS. Al-Baqarah: Ayat 193: Dan perangilah mereka itu sampai tidak ada lagi fitnah, dan agama hanya bagi Allah semata. Jika mereka berhenti, maka tidak ada permusuhan kecuali terhadap orang-orang zalim.

Antara pelajaran besar dari ayat ayat di atas ialah jangan kita terpedaya dengan permainan mereka sehingga boleh membinasakan emosi dan akidah kita. Kembalilah kepada sunnah Rasulullah SAW. Teliti bagaimana baginda mendaulatkan alquran di DADA, bukan hanya di kertas sepertimana tabiat kita sekarang dan umat-umat sebelum baginda.

Nabi SAW wafat sebelum alQuran ini dimusyhafkan lagi pun. Ini bermakna pelbagai budaya alQuran yang melibatkan kertas dan buku ini bukan dirangka oleh baginda.

Banyak khilaf berlaku terkait dengan budaya kita mengendalikan naskah itu. Ada naskah yang dijunjung di kepala, ada yang diikat di nesan kubur, ada yang ditayangkan kepada syaitan dan jin sebagai majik, ada yang ditulis di piring dan diminum airnya berserta dakwat dan entah apa-apa lagi. Banyak juga perselisihan faham tentang isu ini, khususnya terhadap golongan WAHABI yang dikatakan 'kurang' menghormati naskah alQuran. Di Masjidil Haram pun ramai yang malah jadikannya alas duduk ketika belajar.

QS; 4. An Nisaa' 82. Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran? Kalau kiranya Al Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat khilaf/pertentangan yang banyak di dalamnya.

Jangan harapkan golongan seperti Alvin Tan yang jahil itu untuk menghormati Allah dan agamaNya selagi alQuran masih tidak di dada mereka. Kerana itu mereka sengaja menghina agama ini sewenang-wenangnya agar kita sakit hati. Padahal jika kita amat-amati, sebenarnya mereka sedang TERTIPU dengan kelakuan itu kerana yang mereka hina itu hanya KERTAS yang bercetak.

KESIMPULAN

Jangan kita ikut SHARE & LIKE posting Alvin Tan yang telah mempermain-mainkan Al' Quran itu. Jika perlu pun printscreen sahaja dan kongsikan melalui status kita sendiri. Itupun jika ia boleh membantu umat menolak fitnahnya, bukan untuk menambahkan kebencian terhadap agama kita. Dengan itu dia tidak dapat kredit LIKE & SHARE dari usaha dakwah kita.

QS: 4. An Nisaa' 140. Dan sungguh (Allah) menurunkan atas kamu di dalam Kitab bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dengannya dan DIPEROLOK-OLOK dengannya maka JANGAN KAMU DUDUK-DUDUK BESERTA MEREKA sehingga mereka memasuki dalam pembicaraan lainnya. Sesungguhnya kamu jika demikian SERUPA DENGAN MEREKA. Sungguhnya Allah mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir dalam neraka Jahanam semuanya.

Kami pernah bertembung dengan kilang cetak bukan Islam yang mencetaknya atas arahan orang kita. Dijualnya pula dengan harga hampir RM500 senaskah. Yang mencetak, yang menjilid, yang membungkus semuanya tidak terkawal sudah. Jika ada sisa kertas bercetak mereka guna sebagai kertas tandas pun kita tidak tahu.

Apapun, mari jadikan penghinaan ini sebagai motivasi untuk kita lonjakkan tekad bagi menambah kefahaman sendiri tentang agama warisan Nabi SAW ini. Hati kita akan amat sakit jika tidak memahami ‘trick’ ini tetapi akan lega dan bersemangat jika tahu duduk perkara sebenarnya dari alQuran itu sendiri. Kefahaman itulah syifak, penyembuh penyakit dalam dada kita.

QS: 10. Yunus 57. “Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu PELAJARAN dari Tuhanmu dan penyembuh bagi PENYAKIT DALAM DADA dan PETUNJUK serta RAHMAT bagi orang-orang yang beriman”.

Untuk Alvin Tan dan semua yang suka menghina KITAB KAMI, harap anda baca artikel ini. Sebenarnya anda telah TERTIPU kerana yang anda cerca itu HANYA KERTAS. Quran kami yang sebenar ada DI DADA KAMI dan anda tidak sekali kali akan mampu menyentuhnya selagi anda tidak bersama dalam agama ini.

Cemuhan Alvin Tan tentang Islam agama keganasan, bukan agama sejahtera dan murni kerana terdapat arahan membunuh dalam alQuran akan kami cuba jelaskan dalam artikel lain…. BERSAMBUNG.

ALLAHUMMASALAAMATANFIDDIEN...
Semuga perkongsian ini bermanfaat.

Salam Jumaat,
WARGA PRIHATIN"

Sumber: fb

20 May 2012

Godaan dan Tingkahlaku Syaitan Terhadap Manusia

Seperti yang saya katakan dalam entri yang lepas, syaitan adalah pengikut setia kepada iblis dan sebelum dia menderhaka kepad Alla adalah Azazel. Akibat engkar kepada arahan Allah dia dilaknati dan semenjak itu da bersumpah kepada Allah bahawa dia akan mengoda dan memastikan keturunan Adam bersama-sama dengannya di dalam neraka nanti.

Namum begitu Allah maha pengasih di mana Dia menyediakan perisai kepada kita bagi menangkis godaan iblis an syaitan tersebut. Malangnya ada yang terlupa. Perisainya adalah ucapan istigfar (mohon keampunan dari Allah). Walaupun beristigraf merupakan perbuatan yang sangat mudah untuk dilakukan, tetapi ada ketika kita lalai untuk mengucapkannya. Lebih malang lagi apabila lafaz istighfar tidak pernah meniti bibir seseorang muslim.

Seperti penjelassan Ulama salaf Ibnu Jauzi, "Sesungguhnya Iblis berkata, aku membinasakan anak Adam dengan dosa-dosa. Mereka membinasakan ku dengan istighfar dan dengan kalimah laillaha illahallah".


Kata syaitan "ketika aku melihat di antara mereka seperti itu, aku pun menyelusup pada diri mereka hawa nafsu. Sehingga mereka berdosa dan tidak memohon ampun kerana menyangka bahawa mereka telah berbuat sebaik-baiknya."

Justeru, seorang lagi ulama salaf, Rabi' bin Khutsaim berkata, "memohonlah dengan bersungguh-sungguhnya kepada Rabb (Tuhan) kamu, dan berdoalah kepada-Nya di saat lapang. Sebab Allah berfirman bermaksud "Barang siapa berdoa kepada Ku di saat lapang, Aku akan mengabulkan doanya di saat sempit. Barang siapa meminta kepada Ku maka Aku akan memberinya, barang siapa tawaduk (merendah diri) kepada Ku, Aku akan mengangkatnya. Barang siapa mengabdikan dirinya untuk Ku, Aku akan merahmatinya. Dan barang siapa yang memohon keampunan kepada Ku, Aku akan mengampuninya."
Oleh itu bagi mengatasi godaan syaitan ini Imam Ghazali telah menukilkan di dalam kitab (Wasiat Imam Ghazali m/s:129.): Kita mesti mengetahui segala tipu daya syaitan supaya syaitan tidak berani mengganggu kita.
Anggaplah tipu daya syaitan suatu perkara remeh, jangan sama sekali kita mengambil perhatian, jangan mengambil hati di atas segala ajakan syaitan. Pasti syaitan tidak akan berupaya menggoda kita.

Berzikir dengan lisan dan hati.

قال رسول صلى الله عليه وسلم

إن ذكر الله تعالى فى جنب الشيطان كألآكلة فى جنب ابن آدم

”Sesungguhnya zikrullah itu menyakitkan syaitan seperti menderitanya anak Adam dengan penyakit pemakanan yang bersarang di perutnya”.

Cara-cara yang Digunakan Syaitan untuk Menggangu Manusia

Mancung/ Paruh Syaitan membuatkan manusia lupa kepad sabda Nabi Muhammad Rasullullah saw:"Sesungguhnya syaitan itu meletakkan muncungnya di atas hati anak Adam, maka jika manusia ingat kepada Allah, maka mundurlah ia dan jika manusia itu lupa kepada Allah, dipatuklah hatinya" (Hadis Riwayat Ibnu Jauzi)

Syaitan menangis. Sabda Muhammad Rasullullah saw: "Apabila anak Adam membaca Surah Assajadah, lalu ia sujud, nescaya menyingkirlah syaitan sambil menangis dengan meratap: "Ah...Celakalah aku. Anak Adam disuruh sujud lalu ia sujud maka ia mendapat syurga, tetapi aku disuruh sujud maka membangkang, maka aku mendapat neraka" (Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Ibnu Majah)

Syaitan kencing. Dari Ibnu Masud dia berkata: Diceritakan (Allah) kepada Nabi Muhammad saw tentang seorang lelaki yang tidur hingga Subuh (waktu Fajar Pagi), sabda Baginda: "Itulah orang lelaki yang dikencingi oleh syaitan pada kedua telinganya" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) (As-Syaikhan)

Syaitan Tertawa (ketawa). Nabi saw bersabda bermaksud:
"Apabila menguap salah seorang kamu dalam solat, maka hendaklah ia tutup mulutnya sedapat mungkin dan jangan ia mengucap "Ahhh...", kerana sesungguhnya yang demikian itu dari syaitan dan ia tertawa kerananya." (Hadis Riwayat Bukhari).


Syaitan mempunyai rambut dan janggut yang kusut. "Dari Atha bin Yasr dia berkata: Telah datangnya lelaki kepada Rasullullah saw dalam keadaan kusut rambut dan janggutnya, maka Rasullullah saw memberi isyarat kepada lelaki itu, seakan-akan disuruhnya membereskan (meluruskan) rambut dan janggutnya. Maka orang itu mengerjakannya, kemudian ia kembali. Maka Rasullullah SAW bersabda: "Bukankah ini lebih baik darpada seseorang yang datang dengan kusut rambutnya seperti syaitan."(Hadis Riwayat Malik)

Syaitan menyilangkan (mematah-matahkan) jari tangan: Nabi Muhammad saw bersabda: Apabila salah seorang kamu berada di dalam masjid, maka janganlah sesekali menyilangkan (mematah-matahkan) jari tangan, kerana menyilangkan jari-jari tangan itu dari syaitan. Dan seorang kamu tetap dalam pahala solat selama ia berada di dalam masjid sehingga ia keluar darinya." (Hadis Riwayat Ahmad).

Syaitan masuk dalam aliran darah manusia: Sabda Rasullullah SAW bermaksud: "Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam diri manusia mengikuti perjalanan darah. Oleh sebab itu, aku takut syaitan melontarkan sesuatu tuduhan atau satu kejahatan dalam hatimu" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) (as-Syaikhan)

Syaitan takut orang yang solat berjemaah: Sabda Nabi Muhammad yang bermaksud: "Jika ada tiga orang di desa atau di gunung yang tidak menunaikan solat berjamaah, nescaya mereka dikusai oleh syaitan. Oleh sebab itu, hendaklah kamu berjemaah kerana sesungguhnya serigala tidak akan memakan kambing melainkan yang terpisah sendiri dari rombongan" (Hadis Riwayat Abu Daud).

Hentakan kaki syaitan menyebabkan wanita istihadhah (mengeluarkan darah haid secara berlebihan walaupun dalam keadaan sihat). Dari Amnah binti Jahsy bahawa ia keluar darah banyak dan deras (mengalir-ngalir) dari kemaluannya (darah istihadhah), lalu ditutup dengan kapas masih juga keluar dan ditutup dengan kain masih juga keluar. Rasullullah bersabda: "Sesungguhnya darah yang keluar deras itu adalah salah satu hentakan kaki dari hentakan-hentakan kaki syaitan."(Hadis Riwayat Ahmad, Abi Daud dan Tirmidzi)

Maalah ini perlu dirawati dari terus menerus kerana ia boleh menyebabkan mudarat jika terus dibiarkan. Kaedah perawatan moden atau Islam yang diperkenalkan dengan menggunakan bahan-bahan berteraskan alam semula jadi dan menggunakan ayat-ayat tertentu.

Syaitan menghadang di saf solat. Sabda Rasullullah saw: "Apabila salah seorang kamu solat (sembahyang dengan memakai batas (penghadang), lalu ada orang yang melintas di hadapannya (dalam kawasan solat, di bawah penghadang) maka hendaklah ia menghalanginya. Tetapi jika orang itu enggan (dalam keadaan curiga, melintasi dengan sengaja berulang kali) maka boleh orang itu diperangi (usir atau dibunuh), kerana dia itu tidak lain adalah syaitan". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) (As-Syaikhan)

Rasullullah SAW menangkap dan mencekik syaitan: "Ketika Nabi SAW akan melakukan solat, lalu datang kepadanya syaitan hendak memutuskan solatnya. Maka Nabi Muhammad SAW menangkapnya (syaitan itu) lalu mencekiknya sehingga keluar air liurnya di atas tangan Nabi." (Diceritakan oleh Ibnu Qoyyim)

Syaitan kentut: "Apabila diseru untuk melakukan solat (laungan azan), maka mundurlah syaitan sampai terkentut sehingga ia tidak mendengarkan azan, maka selesai azan ia kembali lagi. Dan apabila akan berdiri solat (laungan iqamah), ia mundur lagi dan apabila selesai iqamah, ia datang kembali" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) (as-Syaikhan).

Syaitan menyelit di saf solat yang renggang: Sabda Muhammad Rasullullah: "Luruskan saf-safmu,rapatkan bahu-bahumu (dalam solat) dan berlaku lembutlah terhadap tangan-tangan saudaramu dan tutuplah tempat-tempat renggang kerana sesungguhnya syaitan masuk (menyelitkan diri) pada celah-celahmu, bagaikan anak kambing yang menyelit di celah-celah induknya." (Hadis Riwayat Ahmad dan Thabrany)

Syaitan menghalangi khusyuk solat (menyempurnakan sembahyangnya). "Dari Aisyah berkata: Aku pernah bertanya kepada Rasullullah SAW tentang menengok dalam solat (melihat-lihat ke mana-mana arah tanpa perlu) maka sabda Nabi Muhammad SAW: "Itu adalah curian cepat yang dicuri syaitan dari hambaNya (Allah)" (Hadis Riwayat Bukhari, Ahmad, An-Nasai dan Abu Daud) (Hadis Sahih)

Sabda Rasullullah lagi yang bermaksud: "Akan datang syaitan pada seseorang kamu dalam solatnya, lalu syaitan mengingatkan kepadanya, keperluan begini dan begitu. Maka janganlah ia menurutinya. Dan syaitan datang pula pada waktu tidurnya, maka syaitan memberikan berita mimpi buruk padanya, maka janganlah diikutinya (mempercayainya)". (Hadir Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Syaitan membuat mimpi buruk: Muhammad Rasullullah SAW bersada yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu bermimpi yang tidak disukai (mimpi buruk), maka hendaklan ia meludah ke sebelah kiri tiga kali dan hendaklah membaca:



A'uzubillah hi minasyaitan nir rajim maksudnya:"Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam".

Dan hendaklah ia pindah dari lambungnya ketika hendak tidur yang ia sedang ada diatasnya". (Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud, An-Nasai dan Ibnu Majah).

Syaitan mencelak mata. Syaitan akan mencelak mata para pendengar ceramah agama atau khutbah supaya para pendengar akan tertidur dan leka tidak menghayati apa-apa yang dikatakan oleh penceramah.

Syaitan mengincu bibir. Syaitan akan mengicu bibir para pendengar ceramah supaya dapat berbual-bual dengan temannya dan dapat mengeluar kata-kata kesat.

Syaitan akan mengetuk para pendengar ceramah dengan tongkatnya agar dapat membuat bising dan tidak akan duduk diam, di samping membuat kacau dan kekalutan.

Banyak lagi propaganda yang telah dilakukan oleh syaitan untuk menyesatkan manusia supaya tidak dapat manusia itu berpaut kembali kepada tali akidah dan ajaran Allah yang tulus dan benar. Manusia diingatkan agar behati-hati menjalani kehidupan ini agar tidak terpedaya dengan dakyah-dakyah syaitan.

Tujuan Allah menciptakan syaitan adalah untuk menguji tahap keimanan manusia itu kepada Allah. Sesiapa yang terpedaya dengan ajakan syaitan Allah akan membalas dengan azab sengsara yang pedih di dunia dan di akhirat. Manakala orang yang berbuat baik dan berjaya menyekat kejahatan syaitan, Allah akan memberikan penghargaan yang tidak terkira dan dibalas dengan Syurga dan kehidupan yang tetap berbahagia.

Allah tidak akan menguji manusia itu dengan berlebih-lebihan dari kemampuan orang itu sahaja. Syaitan merupakan salah satu bencana kepada orang yang ingkar kerana mereka akan terus mengikuti syaitan selagi mereka tidak mendapat restu dan inayah dari Allah.

Dikatakan juga orang yang dirasuki syaitan atau jin jahat sebenarnya adalah orang yang mempunyai kelemahan dalam iman di samping jiwa raganya yang kosong dan lemah rohani, zahir dan batinnya. Syaitan mudah untuk mendekati orang yang mempunyai sifat demikian dan menjadi penempatan bagi syaitan. Pengubatan Islam sahaja yang mampu menghalau perkara tersebut dari terus membahayakan manusia.

Syaitan cuba untuk mendengar rahsia Kerajaan Allah di langit. Allah akan melontarkan api-api di langit (asteroid, meteor atau meteorid) kepada syaitan. Dalam kejadian itu, dengan izin Allah ada juga syaitan yang berjaya mendapatkan maklumat atau rahsia dari Kerajaan Allah di langit. Demikian dari situlah munculnya golongan sihir (golongan manusia yang suka mengamalkan ilmu mistik atau ilmu hitam yang sudah diduga banyak melakukan penyimpangan akidah dan kepercayaan kolot) yang cuba menjadikan syaitan sebagai rakan dan akhirnya mudah untuk golongan sihir membuat penipuan dan kejahatan di dalam bumi ini.

Syaitan akan dimatikan oleh malaikat maut @ Azrael Angel @ Malaikat Izrail atas arahan Allah, pada akhir zaman nanti setelah Allah membinasakan segala-galanya yang berada di alam buana dan semesta ini. Syaitan akan dihidupkan kembali untuk menerima janji Allah sebagai bahan bakar dalam neraka. Pada waktu itu peneman syaitan yang turut binasa adalah manusia dan jin yang ingkar dengan perintah Allah serta batu-batuan.

Firman Allah SWT yang bermaksud dalam 
Surah An-Nas: Ayat 1-6 yang bermaksud:

"Katakanlah (Wahai Muhammad):"Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam, yang melemparkan hasutannya ke dalam hati manusia, (iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia."

18 November 2011

Malaikat Kecil - Tapi Ayah, Adakah Manusia Tidak Masuk Neraka Jika Hari Hujan?

Satu cerita yang sangat berkesan di hati saya, kerana ada kalanya saya juga seperti bapa anak kecil itu yang menjadikan hujan sebagai penyebab saya tidak ke kelas AlQuran di Masjid Negara. Setelah membacanya saya sedar bahawa, saya telah kalah dengan godaan syaitan pada masa itu. Subhanallah.....

Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk Jalan Ke Syurga dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata "OK ayah, saya sudah bersedia". Ayahnya berkata "Bersedia untuk apa?". Budak itu menjawab "Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini". Ayahnya membalas "Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak".

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, "Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?"

Ayahnya menjawab, "Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..". Dengan nada sedih, budak itu bertanya, "Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?". Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, "Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati" .

Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.

Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang.
Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu. Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.

Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.

Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, "Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?".

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata, "Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya" .

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, "Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu" .

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, "Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?".

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, "Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini."

Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati. Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat. Saya berfikir sendirian lagi "Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya". Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya. Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel. "Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik". Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk "Jalan Ke Syurga" yang saya sedang pegang ini.

Bila malaikat kecil itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.

Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.

Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR¦ALLAH HU AKBAR¦gemaan takbir bergema di udara. Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana malaikat kecil itu sedang duduk.

Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya.
Inilah satu peristiwa..

Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini.

Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.

Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3;

.... "pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"