Showing posts with label Kereta. Show all posts
Showing posts with label Kereta. Show all posts

11 August 2015

Pengalaman Itu tanda Kasih Allah

Entah kenapa tiba-tiba kedua-dua tayar kereta saya sebelah kiri pancit. Dalam berbual-bual dengan mak tiba-tiba bunyi bising. Saya hentikan kereta dan memeriksa dan mendapati tayar kempis habis.

Masa makin berlalu dan mak perlu ke Klinik Selandar untuk check-up dan booking untuk rawatan selanjutnya. Nasib baik ada yang sudi membantu. Sementara menunggu bantuan dari kedai tayar berhampiran saya terpaksa menukar tayar belakang dulu. Kereta ni memang berat.

Lepas bantuan tiba saya minta mereka ketatkan skrew tayar dan menggantikan tayar hadapan. Inilah tanda Allah swt masih kasihkan makhloknya. Ini adalah tanda ingatan supaya saya melihat semula apa yang tak kena atau tersalah laku. Insaf selepas itu dan berdoa untuk kesejahteraan. Jangan terlalu memandang buruk atau buruk sangka kepada Allah swt. Dia beri setelah kita diuji. Itulah kata-kata ahli agamawan. Apa pun saya tetap bersyukur atas ujian dan rahmat Nya.

09 January 2015

Kereta Yang Tenggelam Apa Nak Buat

Musim hujan masih lagi dialami oleh Malaysia, banjir baru sahaja surut di sebelah pantai timur. Semoga Allah terus mengarahkan supaya air dari langit dan air dari bumi mengalirlah seperti biasa, jangan turun lebih-lebihan. Semoga semua rakyat Malaysia di mana juga tidak lagi ditimba dengan ujian Allah swt yang maha hebat ini.

Ujian banjir ini sudah pastinya mengakibatkan harta seperti kereta mengalami masalah dan kerosakan.

Saya terbaca banyak artikel mengenai menghadapi masalah kereta yang tenggelam. Apa kita nak buat ?? Artikel ini nampak mudah tetapi bacalah sehingga akhir semoga ianya memberikan manafaat kepada kita.

1.   Selepas banjir surut periksa dahulu dengan teliti kereta anda samaada kereta anda tenggelam keseluruhan termasuk Enjin dan bahagian-bahagian tertentu sahaja.

2.   PALING PENTING! Jangan cuba hidupkan enjin kereta,tindakan ini biasanya akan menyebabnya anda terpaksa membayar kos membaiki yang lebih tinggi apabila anda cuba menghidupkan enjin kereta, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem elektronik enjin termasuk kotak komputer (untuk kereta suntikan elektronik) dan sekiranya masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, akan berlaku litar pintas yang mana alat tersebut terpaksa diganti.

3.   Kos untuk sebuah kotak komputer bergantung kepada jenis kereta, cc dan pilihan pengguna. Tindakan di atas juga akan menyebabkan kesemua sensor yang biasanya akan beroperasi semasa kita menyalakan suis enjin kita terbakar dan biasanya satu sensor harganya tidak berapa mahal tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kos yang tinggi.

Kita ambil contoh, sensor untuk mengesan atau untuk mengarah minyak kotak gear mengalir dengan baik di dalam kotak gear apabila tidak berfungsi akan menyebabkan pengagihan minyak kotak gear tidak sekata dan paling lama kotak gear tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah 2 hingga 3 bulan. Selepas itu, keseluruhan kotak gear terpaksa diganti. Ini adalah salah satu sebab kenapa apabila kita membeli kereta baru, waranti kereta akan termansuh apabila kita mengubahsuai sistem elektirk kereta termasuk sistem audio kereta kerana apabila sensor tidak menerima jumlah elektrik yang cukup, ia tidak dapat berfungsi dengan baik dan peralatan yang berkaitan dengannya akan rosak.

4.   Jemur kereta anda untuk beberapa hari untuk memastikan ia benar-benar kering dan tidak mempunyai air lagi.

5.   Apabila sampai ke bengkel, baraikan kereta anda keseluruhannya termasuk kesemua penutup alat elektronik.

6.   Periksa palam pencucuh kereta anda. Pastikan ianya tidak berair. Kalau berair maksudnya air telah masuk ke dalam enjin. Periksa juga minyak enjin. Pastikan minyak enjin tidak bercampur air. Dan tidak terkecuali periksa minyak petrol. Selepas semua peralatan elektronik telah dipastikan kering sepenuhnya. Boleh dihidupkan enjin tetapi jangan cuba jalankan kereta kerana kotak gear
belum diperiksa.

7.   Sekiranya enjin boleh dihidupkan, murahlah belanja jika tidak mungkin akan mencecah ribu-ribu. Periksa minyak kotak gear, biasanya ia berwarna merah dan kalau bercampur air, warnanya akan bertukar menjadi warna air bandung (merah susu). Jika bercampur air, tukar minyak gear, jalankan kereta untuk 2-5 minit dan periksa kembali minyak gear. Ulang tindakan ini sehingga minyak kotak gear menjadi betul-betul merah jernih atau tidak bercampur air.

Biasanya proses ini perlu diulang sehingga 7-8 kali dan akan menggunakan lebih kurang 15-20 liter minyak kotak gear. Sekiranya tiada kerosakkan yang melibatkan peralatan elektronik, kos cuma akan melibatkan upah, minyak enjin, minyak kotak gear dan beberapa peralatan yang sensitif kepada air seperti penapis udara (original).

Kita usaha apa yang kita mampu untuk selamatkan harta benda. Selebihnya tawakallah pada Allah, mungkin Allah mahu berikan yang lebih baik, InsyaAllah

25 December 2014

Service JLD

Dah tiba masa untuk service kereta saya. Setelah mendapatkan temujanji dengan pusat service, kereta saya diselenggara dan diperiksa pada 11 Disember 2014. Seperti biasa mak ikut sama menemani saya. Kali ni pemilik toyota sangat ramai di pusat ini, mungkin disebabkan oleh Selangor bercuti Keputeraan Sultan Selangor. Tapi nasib saya dan mak baik kerana ada juga tempat untuk kami.

Kereta saya masuk ke bay selenggaraan lebih kurang jam 11.30 pagi dan sebelum jam 1 tengahari dah siap. Kali ni kerja selenggaraan yang dilakukan oleh pusat ini agak cepat jika berbanding dengan service terdahulu.

28 August 2014

Kereta Pertamaku

Minggu ni Radio Sinar FM mengutarakan tajuk KERETA PERTAMAKU di rancangan bual paginya. Saya teringat akan kereta pertama saya yang diusahakan pembeliannya oleh ayah. Inilah kereta pertama saya yang sangat saya banggakan itu. 

Saya memperoleh kereta ini selepas setahun saya berkerja di dalam perkhidmatan Kerajaan. Kebanyakkannya ayah yang bersusah payah untuk menguruskan pembeliannya dan setelah memperolehinya saya gunakannya. Perposing dengan kereta Mazda 323 yang pada tahun itu juga boleh tahan glamournya.

Dengan kereta inilah saya sering balik kampong bersama dengan sepupu saya Julia (along). Kami masih muda dan bergaya dengan kereta ini. Cuba bayangkan !!! melihat anak muda sekarang saya dapat menyelam rasa seronok dan teruja . . . . itulah kehidupan masa muda yang penuh dengan cabaran dan keseronokan. Namun kita kena bijak dalam mengambil tindakan. Berfikir kena banyak kali sebelum bertindak.

12 June 2014

JLD ke Klinik Lagi

Hari ini JLD diservice lagi. Kali ini emak ikut saya service JLD, ruang menunggu di sini memang selesa dan seperti biasa saya akan dapatkan tempat duduk di tepi cermin. Emak nampaknya selesa dan siap bawa kitab lagi.

Penat menunggu saya pun berselfie je berlatar belakangkan service bay. Mata dah kuyu sebab rasa mengantuk, maklumlah tak buat apa-apa, otak kurang berfungsi dan tentunya cepat rasa mengantuk. Menyesal tak bawa buku. Sekali sekali saya main games melalui handphone... 

 Apabila jam menunjukkan jarum 10 ruang menunggu dah hampir penuh... rupanya ramai yang rebut masa ini sebelum sesi persekolah bermula. Pusat service ini menyediakan kudapan ringkas, alhamdulillah dapat juga menghilangkan kehausan dan kelaparan.

Akhirnya JLD masuk ke service bay yang biasa dia masuk. Service kali ini agak banyak dan saya jangkakan akan mengambil masa sehingga jam 12 tengahari.

Rasanya mereka sedang menukar alat sound alarm yang rosak baru-baru ini. Mahal juga alat ganti tersebut. Tapi demi keselamatan dia apa salahnya menyumbang sedikit.

Sedang tukar minyak engin dan selepas ini akan diperiksa semua tayar, buat balancing, alignment dan yang akhir cuci kereta luar dalam dan engin. 
Setelah selesai dan jelaskan bayaran saya menunggu kereta dihantar ke kawasan delivery... tunggu 15 minit JLD tak muncul, saya ke dalam dan berjumpa dengan penyelia... rupanya kunci kereta saya tersalah letak dan selepas 1 jam baru berjumpa. Nasib baik saya ambil cuti kalau tidak payah juga situasi saya.
Alhamdulillah segalanya selesai dan saya harap perkara seperti ini jangan berlaku lagi.

08 February 2014

Ada Yang Gesel

Walaupun sedikit yang digesel tetapi apabila melihatnya sakit juga mata. Namun saya tetap reda' dan belajar menerimanya sebagai ketentuan Allah swt. Semoga Allah swt menjauhkan kemalangan yang lebih besar dan kemalangan kecil ini hanya sebagai penampannya sahaja. Saya merasakan geselan ini berlaku semasa di tempat parkir kenderaan di Jabatan saya. Dan ianya berlaku pada hari Khamis bersamaan 30 Januari 2014.

Melihat kepada bukti yang tertinggal pada kereta saya mungkin kenderaan yang menggeseknya adalah kereta berwarna putih. Tak apalah syukur sahaja dengan ketentuan Allah swt yang tidak melibatkan nyawa manusia. Reda' dengan takdirnya semoga Allah swt menambah kepada yang lebih baik dan sempurna. Ameen...

25 January 2014

Penggunaan Gear Dengan Betul Untuk Kereta Automatik

Kekadang pernahkah anda perasan kereta depan kita masuk gear P apabila berhenti di trafic light. Ianya mudah untuk diperhati apabila kita terlihat lampu reverse nyala sekejap. Yang sebenarnya saya juga sering lakukan seperti itu. Cuba bayangkan kalau pemandu itu terkejut kerana lampu trafik tiba-tiba bertukar menjadi hijau, kereta di belakang mula hon. Mungkin boleh menyebabkan tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear, dan ini pastinya boleh membuat gear box rosak rasanya.

Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1.  tekan brek kaki
2.  masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3.  Tarik hand brek
4.  lepas brek kaki

Apabila nak bergerak semula:
1.  tekan brek
2.  masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3.  lepas hand brek.
4.  lepas brek kaki
5.  tekan minyak

Penggunaan tombol/ butang pada batang gear:
1.  tekan tombol semasa menukar
P & R ,
R & P
R & N
N & R
D & L/D2
L/D2 & D

2.  Jangan sesekali tekan antara
N & D
D & N
D & D3
D3 & D

Pernah tegur orang semua gear dia belasah tekan tombol masa tukar. kalau gear yg jenis ada lekuk2 tu selamatlah. tombol tekan pun tak ada kan?

Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:

P - parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda. gear akan disekat. jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik.

R - reverse, untuk mengundur kereta anda

N - neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear neutral. bukan parking! jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.

D - drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive - gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4. gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 shj

3 - setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3

2 - ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu

L - Low gear, gear pertama

04 January 2014

Mengenali Tayar Kereta Anda

Perhatikan betul-betul carta dan info mengenai tayar kenderaan kita terutamanya rakan-rakan wanita. Ramai yang tidak mengetahui apa maksudnya beberapa tulisan yang berada di atas tayar kenderaan. Jom kita jeling sedikit semoga ianya boleh digunakan untuk mengesan sama ada tayar kereta kita tu baru atau tayar celup. 

14 December 2013

8 TIPS MEMANDU SEMASA HUJAN LEBAT

Sekarang ini Malaysia sedang memasuki musim tengkujuh. Diberitakan musim tengkujuh ini akan berlarutan sehingga bulan Mac 2014.

Namun aktiviti kita tidak dapat dihentikan di musim tengkujuh ini. Kenderaan meripakan aset utama dalam melaksanakan segala aktiviti, kita terpaksa ke lokasi-lokasi tertentu pada sebilang masa tanpa mengikut musim. Oleh yang demikian adalah penting untuk kita mengetahui tips memandu ketika hujan (atau hujan lebat) bagi memastikan keselamatan anda sebagai pemandu dan juga penumpang lain selamat tiba ke destinasi.

Banyak tips memandu ketika hujan yang kita sedia maklum contohnya pasangkan wiper, perlahankan kenderaan, elak lopak air dan buka lampu jika perlu. Namun banyak lagi tips yang mungkin kita terlepas pandang, berikut merupakan antara tips-tips penting yang mungkin boleh mengelakkan anda di timpa musibah semasa pemanduan:

1. Elakkan menekan brek apabila kereta tergelincir – Ini mungkin menyebabkan kereta terbabas, cara terbaik ialah kawal pemanduan menggunakan kemudi (steering), namun ia hanya berkesan untuk kereta yang dipandu perlahan sahaja.

2. Kurangkan memandu di lane kanan sekali. kenderaan dari arah berlawanan melalui lopak air dan menyebabkan percikan ke cermin hadapan kereta kita dan menghalang pandangan ke depan. Percikan berlaku selama lebih kurang 1 saat, boleh mendatangkan bahaya jika sedang memandu laju.

3. Jika keadaan hujan semakin lebat dan keadaan gelap dan kabus mengganggu penglihatan, berhenti seketika di kawasan rehat bagi mengelakkan kecelakaan atau kemalangan.

4. Jangan memandu mengekori terlalu rapat dengan kereta hadapan. Jalan tengah licin, kalau kereta depan brek mengejut, mungkin kita tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk memberhentikan kenderaan

5. JANGAN menyalakan lampu kecemasan (hazard), kerana lampu itu sepatutnya dinyalakan apabila BERHENTI sahaja. (Sila semak semula buku panduan lesen L.)

6. Elakkan memandu terlalu laju kerana ia bukan sahaja membahayakan nyawa pemandu dan pemandu lain, tetapi juga menyebabkan enjin dibasahi air.

7. Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memandu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah.

8. Pandu perlahan. Kelajuan melebihi 80 km/j akan mengakibatkan kenderaan anda mengalami Hydroplaning. Ia adalah satu fenomena di mana tayar kenderaan anda kurang menyentuh permukaan jalan dan ianya seakan-akan meluncur di atas jalanraya.

Sumber: fb DAily TRaffic REport

08 December 2013

TIPS KALAU KERETA KENA BANJIR

Artikel ini saya perolehi dari fb, dan ianya sangat membantu anda yang mengalami kereta yang terkena banjir. Terima kasih kepada penulis artikel ini.

Kereta Tenggelam Sebab Banjir??? JANGAN SESEKALI START...!!! Kita tidak tahu bila musibah menimpa... Tambah-tambah dalam musim banjir ni.... Dah bala nak sampai, tidak kira waktu kan? Dan kadang-kadang, kita tidak sempat pun nak selamatkan harta benda berharga. Contohnya kenderaan kesayangan kita dan akhirnya, ia ditenggelami air. 

Anda jangan risau, ia masih lagi boleh digunakan! Selepas banjir surut, periksa kereta anda. Sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk enjin dan bahagian dalam kereta JANGAN SESEKALI CUBA HIDUPKAN ENJIN KERETA....!!! 

Tindakan ini biasanya akan dilakukan oleh ejen-ejen bengkel atau kereta penunda. Sebabnya supaya tuan punya kereta terpaksa membayar lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan enjin kereta, aliran elektrik akan mengalir dan mengakibatkan litar pintas pada kotak komputer. Ini berlaku kerana masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, dan jika ia berlaku, alat tersebut terpaksa diganti. Kos untuk sebuah kotak komputer adalah lebih kurang RM1,000 — RM1,500 bergantung kepada jenis kereta, cc dan pilihan pengguna. 

Tindakan ini juga akan menyebabkan kesemua sensor yang biasanya akan beroperasi semasa kita menghidupkan enjin terbakar. Biasanya satu sensor harganya tidak berapa mahal tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kos yang tinggi. Kita ambil contoh, sensor untuk mengesan atau untuk mengarah minyak kotak gear (gearbox) mengalir dengan baik di dalam kotak gear apabila tidak berfungsi akan menyebabkan pengagihan minyak gearbox tidak sekata dan paling lama gearbox tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah 2 hingga 3 bulan. 

Selepas itu, keseluruhan gearbox terpaksa diganti (harga untuk gearbox baru wira 1.6 auto adalah lebih kurang RM7,000). Ini adalah salah satu sebab kenapa apabila kita membeli kereta baru, waranty kereta akan termansuh apabila kita mengubahsuai sistem elektirk kereta termasuk sistem audio kereta kerana apabila sensor tidak menerima jumlah elektrik yang cukup, ia tidak dapat berfungsi dengan baik dan peralatan yang berkaitan dengannya akan rosak. 

Jadi beringatlah, jangan sesekali berikan kunci kereta anda kepada mekanik ataupun ejen bengkel sehingga dipastikan kotak komputer dan sistem pendawaian elektrik dikeringkan sepenuhnya. Ia tidak akan rosak walaupun ditenggelami air....!!!! Jom SHARE untuk maklumat bersama Insya Allah ....!!! 

Sumber dari Anak-anak pasir puteh

23 October 2013

Radiator Flush

Bahan Bahan nya : clorox botol besar + air coca - cola dan sabun breeze.."dah macam nak buat kek pulak"......

Caranya, buang air dalam radiator sehingga habis dulu (sambil enjin dihidupkan).

Kemudian tuang clorox sebotol besar tambah air coca cola secukup rasa dan sabun breeze (orang cuci baju kita pi cuci radiator kereta)

running enjin dengan rpm tinggi (ataupun bawak la jalan kereta tu sekejap dalam 10 minit)

Kemudian buka penutup radiator (bawah) dulu baru atas, selalunya aku buka sambil tembak jari aku dengan air paip sebab panas..(enjin hidup, nk matikan pun bleh bg sejuk dulu)

kompom dpt tengok betape bekeladaknye radiator..pastu sambil enjin hidup, sumbat getah paip, lalukan air untuk bagi clorox tu betul2 habis dlm radiator

Kemudian terpulang la nak pakai coolant ke, air bateri( air suling) ke, air paip ke untuk sistem radiator memasing.bagi wa baik pakai coolant (apa gunanya coolant di cipta kalau tak gunakan)

p/s: Kalau gunakan air paip, servis lah setiap minggu (jimat tapi cepat berkarat) kena rajin tukar air.. Ini adalah cara orang dulu-dulu (oldschool), so far alhamdulillah tak akan memudaratkan dan radiator takkan bocor .

Boleh lakukan sendiri di rumah dengan langkah semudah ABC untuk apa bazirkan wang hantar ke kedai untuk perkara yang simple ini.

Sumber: fb Mat Kacau

24 September 2013

Apa Fungsi Adj. Fuel Regulator (AFR)

AFR ni secara ringkasnya berfungsi untuk adjust tekanan minyak yang ditembak ke injin. Apabila enjin telah diubahsuai maksudnya (enjin yang di upgrade dari enjin asal). Keperluan minyak pun makin bertambah, jadi jika ada AFR kita boleh menambah tekanan supaya pengaliran minyak lebih kuat (minyak ke injin) apabila throttle ditekan. 

Jadi penggunaannya di enjin standard kurang berfungsi kecuali enjin sudah diupgradekan (termasuk turbo atau whatever) dari segi kebaikan boleh ejas keperluan minyak petrol mengikut kadar yang bersesuaian dengan keperluan injin yang sudah upgrade. Keburukan adalah penggunaan minyak petrol kuat sekit berbanding jika tidak gunakan AFR ni. Sekiranya ingin menjimatkan minyak boleh tambah management. 

Enjin EFI lebih sesuai menggunakan AFR ni berbanding carburator, cerita pasal adj. fuel pressure ini ianya adalah seperti paip air, berfungsi untuk menguat atau tidak hehehehe, jika pressure kuat (seperti menutup pili air) bermakna minyak yang ditembak oleh injector adalah lagi kuat menuju ke piston ini disebabkan fuel rail sudah dipenuhi dengan petrol so injector memercikkan minyak dengan cepat ke piston so risiko "kecepoom" tidak akan berlaku sebaliknya jika pressure rendah (seperti membuka paip air yang meleleh sahaja)

Sumber: fb Mat Kacau

07 September 2013

Make-up Kereta

Ikuti pesanan dari rakan fb Mat Kacau mengenai kereta:

"korang mesti suka kan makeup kereta. dari menambah aksesori seperti lampu led, bodykit, stiker dan macam- macam lagi. kira kalau buat sesuatu yang berbeza memang ia akan menambahkan sesuatu dari segi penampilan kereta korang. tapi kat sini aku nak cerita tentang satu pengalaman yang aku dapat mengenai kegilaan nak bagi kereta cantik dan ganas ni. so nak dijadikan cerita ada membe aku ni memang gile betul buat wiring untuk inspira dia. memang cunla kereta dia. macam-macam lampu yang ada kat kereta dia.

so nak dijadikan cerita suatu hari dia nak pergi buat long distance journey, so dalam perjalanan tu kereta dia tiba-tiba mati. mujur dekat hiway. so terpaksa la kena tow ke pusat servis.apa yang menyedihkan kereta dia ada masalah elektronik or something mengenai wiring yang dah dia buat. memang kereta dah takleh nak gerak langsung. maybe short circuit atau overload kuasa ke. tapi yang pasti pusat servis takleh terima waranty dia sebab wiring dah usik. so hati-hati la kalau nak buat benda berkaitan dengan wiring ni takut silap-silap rosak nanti takleh nak claim waranty kereta korang.

p/s : kalau sesapa yg beli kereta baru dan masih dalam warranty tu beringat kalau make up kereta. pusat servis akan lepas tangan jika satu satu ubah suai itu melanggar syarat syarat yg di tetapkan oleh diorang"

05 September 2013

Kereta: Rim Tayar Besar?

Apa bestnya kalau rim tayar tu lagi besar? kereta sekarang pakai rim tayar 18"...tapi kat m'sia nih susah sikit nak cari sparepart tayar 18"....so kena tukar 17"...apa kebaikan dan keburukan rim tayar yang besar nie selain dari sedap bawak dan stabil????

pemakaiaan rim berpandukan pada cc kereta.boleh di pakai sekiranya cc kereta anda semakin besar.rim juga semakin besar.apa ke jadah kancil pakai rim 17inci.contoh bmw kenapa rim diorang sebesar talam.melihat juga pada nadinya.kalau nadi macam kuda lumba nak dibandingkan dengan dugong di lautan.jauh bezanya,berfikirlah secara waras.tapi bab motorsport di kala ini.kewarasan mengatasi segalanya.itu sebab motorsport ni meluas.jgn berfikir secara singkat dan dlam kotak pemikiran yg cetek.

kalau keter power bole la pakai rim besaq, kalau takat iswara 1.3 jerk.., tak payah.. keter jadik berat..minyak kuat, paling tidak utk rim 18 kena 1.8..

Fakta : Tayar kereta lembu lg besOr....tak pnah pancit pun...cube ko tanye lembu. kah! KAH! KAH!

Lagi stabil kalau di lengkapkan dengan sistem absorber dengan betul.
Tayar besar ni cantek dan cun kalo kereta lowered sikit. Tapi harga dia (sendiri nak ingat)

Kalau nak cun lagi ambil jenis mcm ni:205/17/45

yg penting keter mau power dulu, pastu baru bole pikir pasang tayar /rim besar.kalau tak pegi macam siput.

kalau rim besar ni, lebar tayar pun bertambah. Secara tak langsung cengkaman tayar pada jalan pun banyak la.. Logik tak?? Stabil la sikit kereta tu bila ambil selekoh.

cuba ko bayangkan kalau jenis tayar yg kita guna kat F1... mau cair jadinye..tu bagi yg kaki racing lar.
kualiti dan material yg digunakan harus diambil kira juga..

Kalau keta 1.6, elok pakai rim 16 atau 17" je

kalau keta 1.5, elok pakai rim 15 atau 16" je

sebab bila rim lebar, top speed sedap kat h/way...korner pun sedap....lagi satu nampak cantik bila lowed..

tak bising ker bunyik tayar bila rim lebar? contoh: wira 1.5 rim 15.
tahap kebisingan tetap ada..ikut jenis tayar (lagi mahal, lagi best)
..yang bising tu bukannya tayar tapi eksosnya...tak nak bunyi bising pakai earphone dengar lagu oh morena>

kelemahannya : bila main rim besar efect dan tekanan pada wheel bearings 2) bila lowered ni byk jugak efect pada part lain mcm bushing,absorber,lower dan lain lain.
itu sebab pemilihan rim berpandukan pada cc kereta.

p/s : tiara wa pakai rim 18inci lubang tiga skru pasal knuckle dia di cipta khas dari citreon. kah kah kah

MOTORSPORT FOR LIFE!!!

Sumber: fb Mat Kacau

26 August 2013

Kecurian Kenderaan: Kecuaiaan Membawa Padah.

Pada pandangan anda berapa seriuskah anda memandang kes kecurian kereta yang terdapat di negara kita? Mungkin pernah berlaku pada anda atau rakan-rakan anda. Kalau kereta tak dicuri mungkin aksesori pula yang dicuri. Memang rasa bengang kalau kehilangan sesuatu yang kita telah laburkan. Kita yang rugi dan menguntungkan pencuri.

Bukan susah untuk mencuri sebuah kereta. Kereta di Malaysia memang banyak dicuri dan banyak dijual ke Timur Tengah. Ada laporan berita terkini di mana kereta Malaysia yang dicuri telah berada di negara haram Israel. Jadi pembaca perlu sedar kecurian kereta di Malaysia adalah di tahap yang serius. Tak kira kereta murah atau mahal, tetapi tetap menjadi tumpuan sindiket curi kereta.

Alat sekuriti kereta seperti sistem penggera atau pengesan banyak dijual di pasaran. Mungkin anda terfikir, nak beli alat sekuriti kereta tapi mahal? Nak beli alat sekuriti kereta tapi sebab pencuri kereta lagi pandai nak mencuri?

Memang ada produk yang mahal dan terpaksa pengguna membuat bayaran bulanan, tetapi alat sekuriti keluaran Focus Guard berharga 2 kali lebih murah dari pasaran dan tanpa bayaran bulanan. Focus Guard menyediakan produk GPS Pengesan Kenderaan berasaskan Internet secara real-time untuk tujuan pengesanan dan keselamatan pemandu. Tahap sekuriti yang lengkap dengan sistem Alert yang lebih kompleks, malah boleh mengingatkan pemandu sekiranya melebihi halaju, mendengar perbualan pemandu dan SOS button yang ditekan ketika kecemasan. Segala penyelenggaraan pula dikawal oleh base engineer di Singapura 24/7. (rekemen wa sahaja pasal dah terbukti keberkesanannya terhadap kereta tiara wa)

Berhati-hati bila membeli alat keselamatan kereta. Masih ada kereta yang hilang walaupun dipasang alat keselamatan yang berharga hampir RM1600-RM2000 disebabkan tiada sistem pengesan untuk mengesan kedudukan kenderaan. Hanya bergantung kepada sistem melumpuhkan enjin (cut off) dan alarm tidak mencukupi untuk keperluan sekuriti kereta. Status kereta melalui sistem tracking Focus Guard boleh diketahui melalui online, aplikasi Android dan SMS.

P/S : di pasaran kini banyak produk security alarm system dijual, namun harus diingat pilih lah yang terbaik. Kalau ada kunci lock stering dan tombol gear tu.. lock lah jangan tak lock.. kalau tayar kereta lu orang ada solex kunci la guna solex kalau boleh. Jangan putih mata kalau kereta anda tinggal bekas tapak tayar. 

Pesanan ikhlas dari Mat Kacau.

Web Focus Guard: http://www.focusguard.my

09 August 2013

Kereta: Pemilihan Spare Part

Untuk pengetahuan semua, sekarang ni di pasaran terdapat sekurang-kurangnya lima grade spare part.

1. Spare part original daripada negara pengeluar seperti Jepun dan UK. Biasanya harganya sangat mahal dan hanya boleh didapati daripada pengedar yang sah. Barangan ini sangat berkualiti dan terjamin ketahanannya. Biasanya penjual akan memberi jaminan terhadap barangan ini.

2. Spare part original tetapi dibuat di Malaysia dibawah lesen pengeluar. Harganyamurah sedikit berbanding dengan barangan '1' di atas. Kualiti terjamin dan biasanya diberi jaminan oleh penjual.

3. Spare part tiruan yang dibuat di Malaysia atau di negara lain yang mana harganya sangat murah tetapi kualiti dan ketahanan barang tidak dapat ditentukan.

4. Spare part recon. yang di recon di Malaysia. Barangan ini sangat merbahaya kerana ia boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada injin kereta sekiranya kita menggunakannya. Harganya seperti barangan '2' di atas dan perbezaan barangan sangat sukar dilihat.

5. Spare part secondhand (kedai potong). Barangan ini boleh dikatakan
100% original tetapi terpakai. Harganya boleh dikatakan separuh daripada harga barangan '1'. Kualiti bergantung kepada jenis barangan dan kenderaan. Biasanya penjual akan memberikan jaminan yang terhad untuk barangan ini.

Bagaimana nak mengenali barangan ini kesemua barangan ini. Saya akan menerangkan tentang perbezaan barangan 1, 3 dan 4.

Contoh: Timing Belt. Timing belt original (1) jika kita pegang, kelembutan getah beltnya dapat kita rasa, kekemasan barangan dapat kita lihat dari segi cetakan nombor part dan satu cara untuk mengujinya, gunakan kuku tangan kita dan cuba kikis cetakan nombor part pada belt. Kalau boleh keluar cetakan nombor itu maka ia adalah barang '3'. Tapi kalau kuku kita yang nak tertanggal, ia barangan '1' atau '2'. Selepas menggunakan barangan '3' selama 3 bulan atau lebih, biasanya kita akan mendengar bunyi seperti belt longgar dan biasanya mekanik akan cuba untuk adjust. untuk timing belt belum pernah saya jumpa barangan '4'.

Berhati-hati dengan penjualan minyak injin murah kerana minyak itu biasanya adalah minyak recycle atau recon. Bukan minyak saja, plag, absorber, klutch plate, brake pad, oil filter, air filter. Minyak injin biasanya akan melekit bergantung kepada kadar kelikatannya tetapi minyak recon kalau kita rasa kita akan dapati ianya kurang melekit dan berbau seperti benda terbakar.

Untuk absorber, cuba perhatikan dibahagian steel berkilat yang masuk ke dalam absorber. Kalau absorber dah rosak atau oil sealnya dah bocor, minyak akan keluar melalui 4 lubang di sekeliling batang absorber tersebut. Tapi absorber recon, lubang tu dah di tutup oleh skru atau bebenang untuk kegunaan skru seperti absorber adjustable. Klutch plate pula kia dapat lihat perbezaan warna dan keusangan di antara pepaku atau rebet yang digunakan untuk melekatkan pad klutch dengan pepaku/rebet asal. Plag tidak dapat dikesan perbezaannya tetapi selepas menggunakannya pasti kita akan tahu kerana plag recon, jangkahayatnya tidak lama.

Saya tidak dapat menerangkan dengan lebih lanjut kerana perbezaan antara barangan 1, 2, 3 dan 4 cuma boleh dilihat sekiranya terdapat dua barangan yang sama jenis tetapi berlainan kategori.

Sebelum mengundur diri, pesanan saya, pastikan sebelum membeli spare part, tanya penjual samada barangan yang hendak dibeli adalah barangan
1, 2, 3 atau 4. Saya cadangankan beli barangan 1 atau 2 walaupun harganya mahal sedikit tetapi ianya dapat menjimatkan kita dalam jangka panjang.

Sumber: fb Mat Kacau

07 August 2013

ISTILAH KERETA

Kereta talaan, selalunya merujuk kepada kereta buatan Jepun, Asia ataupun Eropah, merupakan sejenis kereta yang menggabungkan keselesaan serta penggunaan bahan api yang rendah yang berpotensi menjadi kereta berprestasi tinggi jika diubahsuai, terutamanya pada bahagian enjin, memandangkan kereta sebegini menampilkan pengendalian yang cukup baik disebabkan badannya yang ringan serta sistem gantungan yang lebih canggih.

Kereta talaan berbeza dengan kereta supercar dalam banyak aspek; daripada harga sehinggalah kepada sesaran dan kuasa kuda enjin.

Sesetengah pengeluar kereta talaan menawarkan varian berprestasi tinggi bagi kereta keluaran mereka yang sememangnya sudah mempunyai peralatan berprestasi tinggi, seperti Subaru Impreza STi dan Mitsubishi Lancer Evolution. Oleh kerana saiz enjin yang kecil, kereta sebegini selalunya memanfaatkan penggunaan pengecas turbo atau pengecas lampau untuk bersaing dengan kereta sport yang lain.

Rali

Chris Atkinson memandu kereta Subaru Impreza WRC di hadapan penonton dalam satu perlumbaan rali.
Perlumbaan rali sering disertai pasukan-pasukan serata dunia yang menggunakan kereta talaan yang diubahsuai untuk bertarung antara satu sama lain pada lokasi tertentu.
Kereta talaan vs kereta muscle[sunting]

Dalam dunia automotif, kereta talaan seringkali dibandingkan dengan kereta muscle oleh para peminat kereta terutamanya dari Amerika Syarikat. Sebab utama perbandingan adalah kerana kedua-dua jenis kereta ini dibina untuk prestasi yang tinggi dengan kos ubahsuai yang rendah.

Satu lagi teori mengatakan perbandingan tersebut tercetus akibat persepsi peminat kereta muscle terhadap kereta talaan, terutamanya buatan Jepun, dengan menganggap kereta talaan tidak dibina mengikut piawaian kereta buatan Amerika. Persepsi tersebut timbul daripada kepercayaan nasionalisme ataupun asabiyah terhadap kereta buatan negara sendiri; oleh itu, peminat kereta muscle seringkali menentang budaya kereta talaan.

Penentangan ini dapat dilihat dari aspek teknikal. Kereta muscle dibina dengan ruang dalaman yang luas, tahan lama, tidak canggih dan berkuasa; menyebabkan kereta tersebut menjadi besar dan berat. Akibatnya, kereta muscle, terutamanya kereta-kereta muscle klasik, mempunyai tahap pengendalian yang teruk. Kereta talaan pula dibina dengan teknologi canggih, ringan dan jimat bahan api, serta berpotensi untuk menjadi kereta sport terhebat. Tambahan pula, kereta talaan mempunyai tahap pengendalian yang sangat baik disebabkan penggunaan sistem gantungan yang canggih. Walau bagaimanapun, kereta talaan mempunyai banjaran kilasan yang tajam disebabkan saiz enjin yang kecil; tidak seperti kereta muscle yang mempunyai banjaran kilasan yang lurus dan lebar.

Pengubahsuaian

Intipati utama pengubahsuaian kereta talaan adalah cubaan untuk mendapatkan kuasa setinggi yang mungkin daripada kenderaan asal melalui penambahan, pengubahsuaian ataupun penukaran alat ganti. Walaupun sebahagian besarnya melibatkan pengubahsuaian enjin serta sistem pengurusan kenderaan bagi meningkatkan kuasa kuda, perubahan tambahan juga diperlukan untuk membolehkan kenderaan yang diubahsuai menampung tambahan kuasa; antaranya termasuklah penggunaan sistem gantungan yang lebih keras, tayar yang lebih lebar, brek yang lebih berkuasa, stereng yang diperbaharui serta pengubahsuaian sistem transmisi.

Seperti yang telah dibincangkan tadi, kereta talaan mempunyai lengkuk kilasan yang lebih tajam disebabkan saiz enjin yang kecil, terutamanya apabila menggunakan pengecas turbo, menyebabkan agihan kilasan yang kurang baik pada RPM yang berbeza; lebih buruk lagi, kenderaan yang menggunakan pengecas turbo sering mengalalmi masalah "lengahan turbo" iaitu jarak masa daripada ketika pemandu menekan injak pendikit sehinggalah ketika enjin mula bertindak balas. Sungguhpun demikian, terdapat juga kereta talaan yang tidak bergantung kepada penggunaan pengecas turbo tetapi sekadar menggunakan enjin pernafasan biasa dengan pengurangan berat badan kereta.

Sumber: fb Mat Kacau

29 July 2013

Kereta: Panduan Servis Kereta - Part 2

Jom sambung lagi... kita 'dengar' apa En mat Kacau nak katakan....

Mengikut pengalaman aku yang dah lebih 10 tahun membuat DIY service kereta:-

Minyak hitam mineral utk 5000km/ 3 bulan, minyak semi-sintetik untuk 10,000km/ 6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000km/ 1 tahun. Kalau boleh elakkan beli minyak hitam di kedai spare part sebab banyak minyak cap ayam. Botol mungkin ada cap castrol, shell, petronas, eneos, etc, etc tapi dalam mungkin minyak murah made in China. Dalam satu hari ada berapa ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel. Sesiapa sahaja boleh ambik botol-botol ini dan refil dan bubuh seal baru. Elok beli minyak di stesen minyak - confirmed genuine. Unless kalau betul-betul yakin dgn kedai spare part yang kita beli tu.

Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus untuk kereta lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000km. Sama macam di atas.

Flush? kalau dalam buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dgn syarat guna air suling or RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000km. Tapi aku pernah stretch sampai 110,000km (wira 1.6xli) tanpa masalah sebab aku guna timing ori mitsubishi dan aku suka inspect timing belt. Merekah takde, gigi still elok - tak perlu tukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak crack.

Water pump - ditukar apabila menukar timing belt utk kali ke-2. Let's say kita tukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge. Spark plug - every 20,000km. Atau selagi plastik kat tgh tu masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus i.e. minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Org panggil nie top-overhaul.

Biasanya top overhaul tidak diperlukan dek kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tp ada gak yg 7-80,000km/kurang 5 tahun dah kena top overhaulsebab suka lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugakskit. Brake pad - tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake - pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yang lain.

Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin...erm..takmo citer panjang2 lah. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km ikut ketetapan pengeluar jepun. tetapi jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yg dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000km. Saya tak begitu pasti.

Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sebelum thn 1999. Masa aku keja di Alfa Romeo tahun 96 dulu, ada juga pemilik yang kerek dan cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000km. Tak perlu tukar pada 30,000km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi service dan penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sebagai ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .

Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :-

Camry ACV30 - enjin 2AZ-FE 2000cc

Corolla Altis ZZE121 - enjin 1ZZ-FE 1600cc

Vios NZE10 - enjin 1NZ-FE 1500cc

Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih spt sedia kala.

Sumber: fb Mat Kacau

28 July 2013

Kereta: Panduan Servis Kereta - Part 1

Apa yang perlu ditukar masa servis kereta.

1. Minyak hitam.
Minyak hitam yg bukan sintetik tu - setiap 5,000km atau 3 bulan whichever is earlier.
Kalu yg sintetik - mungkin 7,500km atau 10,000km.

2. Filter - sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa - 5000km
Minyak Synthetic - 7500km hingga 10000 km
Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)

3. spark plug - 20,000 km ikut schedule maintenance book!
Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje...Harga sekitar Rm20-25 untuk 4 biji...

4. bateri kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...kalau kita selalu topup airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun...kalau selalu lupa topup dan selalu kering...6 bulan pun bateri boleh kong!

Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah top up air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so, beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai... BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!

Aku ada kawan dekat Puchong keje kat warehouse distribute battery ke kedai kedai spareparts...dia yang bagitahu ilmu kat aku camner nak kenal bateri baik dengan yang tak baik! Bateriyg baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik ( compare bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu kau kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L..begitu la citernya!

5. timing belt - 60,000km untuk kereta proton wira,saga. WAJA bole tahan sampai90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la diapakai apa keretapun! Mekanik sengeh aje la, buat apa tolak rezeki!

6.clutch plat - clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman aku, aku hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan,sebab tu mereka kata 100,000km...tukar clutch!

7.Fuel Filter - tukar aje la sekitar 40,000km sekali. Benda ni pun murah RM15-20je.

8.Air Filter atau Filter Udara - yang ni di tukar setiap 20,000km....tapipada mereka yang tukar kepada K&N type...benda ni tak payah tukar,tapi mampu dibersihkan.

9.ATF - Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perluTransmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre.Ini membazir untuk kita... tapi bukan pada pihak yang bikin servis. Cajsekitar RM200 ++. Kalau kau selalu tukar ATF, hanya tukar biasaaje....yang budget kurang dari RM100...ikut saiz kereta anda!

10.Gear Oil - untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakaiATF, sebaliknya pakai Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.

11.Brake Fluid dan Power Steering Fluid - Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km. Aku sendiri tak buat....sebab aku malas! Lagipun aku tahu sedikit sebanyak pasal mekanikal, bila ada kuar simptom, barulah aku tukar!he he...jangan ikut saya ya!

12.Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau! 60,000km boleh la tukar sekali!!! Kalau air radiator korang warna clear aje...maknanya air paipbiasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13.Air-Cond Belt/ Alternator Belt - Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengantiming belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak.Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada"crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin aku ingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa "3bulan" "6 bulan" dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau omputih kata "preventive maintenance"

Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar...preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal di masa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran....

Contohnya - kalau kita buta-buta ikut apa yg disyorkan oleh pembuat alatganti. Contohnya "shock absorber".. perlu diganti setiap 20,000km....! Tentu kita tidak mampu mengikutnya!

Ada sambungan selepas ini....

Sumber: fb Mat kacau

27 July 2013

Kereta: Sistem Penyejukan Kenderaan (Cooling System)

Saya akan postkan beberapa nasihat dan maklumat yang saya peroleh dari seorang rakan fb yang bernama Mat Kacau. Maklumat mengenai kereta dan penyelenggaraan kereta sangat penting untuk pengetahuan kita bersama. Kalau anda perlukan maklumat yang lebih berkawanlah dengan Mat Kacau di facebook.

Sistem penyejukan adalah merupakan salah satu system yang penting kepada sesebuah enjin. Tanpa system penyejukan tentunya enjin akan menjadi panas lampau yang akan menyebabkan bahagian-bahagian atau komponen yang ada pada enjin akan musnah dengan jangka masa yang amat singkat sahaja. Secara umum system penyejukan ini diperlukan supaya sesebuah enjin dapat mencapai ke suhu kerja dengan masa yang sesuai dan mengawal suhu enjin dengan tahap yang diperlukan. Haba yang dihasilkan dari pembakaran campuran udara-bahanapi diruang pembakaran boleh meningkat sehingga 2500 C. Dua puluh empat sehinga dua puluh tujuh peratus dari haba ini ditukarkan kepada tenaga mekanikal. Empat puluh peratus lagi dipindahkan melalui ekzos dan system pelincir selebihnya pula dipindahkan ke system penyejuk.

Tiga (3) tugas utama sistem penyejuk bolehlah diterangkan seperti berikut :-

(a) Mengalirkan haba yang berlebihan atau tidak diperlukan
- Suhu pada dinding silinder mestilah tidak melebihi dari 210 C atau 250 C. Suhu yang melebihi dari takat ini akan menyebabkan minyak pelincir hilang kelikatannya atau terbakar. Ini mengakibatkan kerosakan seperti omboh terlekat pada dinding selinder, selinder terguris, alas kepala selinder hangus, injap bengkok dan lain-lain lagi.

(b) Mengawal suhu enjin pada takat yang paling cekap pada semua keadaan kendalian.
Ini membolehkan enjin mencapai kecekapan di dalam hal-hal seperti :-
- Renggangan yang betul diantara bahagian-bahagian yang memerlukan kelegaan
- Meninggikan pelowapan bahanapi
- Minyak pelincir sentiasa berada pada takat kelikatan yang sesuai

(c) Memanaskan enjin dari mula ia dihidupkan sehingga ke suhu kendalian pada jangka masa yang singkat. Ini dapat dilakukan dengan menghalang sistem penyejuk dari berfungsi semasa enjin sejuk dan membenarkannya berfungsi semula apabila enjin mencapai suhu kendalian . Bagi tujuan ini termostat digunakan.

Sumber: fb Mat Kacau