Cerita Pulau Nangka dah senyap sekarang. Perkembangan terakhir yang saya ikuti, Kerajaan Negeri Melaka dikatakan telah melantik kontraktor baharu untuk menguruskan tentang penggalian di pulau tersebut. Dan selepas itu diam... senyap... sepi.. mungkin belum ketemu apa-apa.
Yang sebenarnya apa yang ada di pulau ini sehinggakan beritanya menyebar ke seluruh dunia? Adakah cerita tentang harta kesultanan Melayu Melaka baru muncul atau sekian lama disembunyikan oleh alam?. Dari bacaan saya saya percaya bahawa kisah ini telah dimaklumi oleh penjajah terdahulu baik oleh Belanda, Inggeris mau pun Jepun. Mereka memang telah berusaha untuk cuba mengambil harta tersebut yang dikatakan makan beberapa generasi pun tak habis, tetapi tidak mampu mengalahkan pembinaan yang dilakukan oleh Sultan Melaka itu.
Melihat kepada struktur tembok batu yang dibina ini sememangnya sangat kukuh dan tidak terbanding dengan pembinaan sekarang ini, begitulah Almarhum Sultan Melaka menyembunyikan hartanya yang ada kemungkinan untuk diwariskan kepada rakyatnya terkemudian. Tidak terfikirkah oleh kita kenapa dan bagaimana orang dahulu bersusah payah untuk mempertahankan rakyat dan tanah airnya. Tidak terfikirkah oleh kita bagaimana mereka menghalau penjajah dari bumi Melaka.
Dalam kerja-kerja penggalian beberapa simbol unik turut ditemui seperti ukiran bulan sabit yang tertera kalimah “Muhammad Bin Abdullah” serta “Al-Mahdi serta peta Pulau Nangka dan yang uniknya adalah batu berbentuk piramid yang sama seperti terdapat di Pulau Serimbun yang terletak bersebelahan dengan Pulau Besar. Simbol lain yang ditemui adalah ukiran batu seperti orang Islam sedang solat iaitu melakukan duduk antara dua sujud, batu berbentuk ulas nangka.
Apa akan terjadi jika ada pihak-pihak yang cuba mengeluarkan khazanah Pulau Nangka yang dikatakan diwariskan kepada rakyat Melaka? adakah harta tersebut akan terus terbenam dan terus terbenam selain niat yang mengambilnya terpesung. Walallahualam..
Catatan pengalaman, pendapat dan curahan hati untuk dijadikan bacaan ringan sanak saudara dan kawan-kawan - tiada rahsia. Semua dijemput.
Showing posts with label Pulau Nangka. Show all posts
Showing posts with label Pulau Nangka. Show all posts
07 January 2015
30 May 2014
Harta Di Pulau Nangka Milik Sultan Melaka
Sejak akhir-akhir ini nama Pulau Nangka menjadi popular sehinggakan seluruh dunia mengetahui mengenainya. Tiba-tiba semua mata mengarah ke negeri Melaka di mana terletaknya Pulau Nangka itu. Pulau yang tidak sebesar manapun menjadi sebutan manusia kerana dikhabarkan terdapatnya harta karun yang bernilai berbilion ringgit.
Harta tersebut dipercayai tersimpan di sana sejak lebih lima abad lalu. Maka ramai yang meleleh air liur berharap dapat merasakan sedikit temuan ini. Inilah sifat manusia tak lekang dari sifat tamak haloba. Desas desus dari manusia tamak haloba mula kedengaran, meninjau peluang jika ada lubang sebesar jarum untuk ditembusi. Mana datangnya harta tersebut? siapa tuan punyanya? mustahil harta dalam bentuk emas yang telah dibentuk dan dicanai disembunyikan oleh makhluk halus tetapi ada kemungkinankah jika harta tersebut dipelihara oleh makhluk demi sumpah seseorang . . entahlah hanya Allah swt sahaja yang maha mengetahui.
Agak lama juga syarikat yang diamanahkan untuk mencari harta tersebut menganalisa, mengkaji dan mencarigali bermula pada Julai 2012 dan kerja-kerja tersebut telah berakhir pada 30 April 2014 ini.
Saya terbaca sebuah berita di mana Pengarah Urusan syarikat terbabit, Mohammad Foad Khushairy Mohd Said mendakwa, harta tersebut hanya boleh dikeluarkan dengan berbai’ah dan tidak boleh digunakan sesuka hati. “Saya hendak tekankan perkara ini tidak boleh dibuat main-main dan menerusi pengkajian kami secara teknologi dan spiritual, harta Kesultanan Islam Melayu Melaka memang tidak keluar dari bumi dan perairan Melaka termasuk isi kapal Flor De La Mar,” katanya.
Saya sangat setuju dengan kenyataa beliau, harta tersebut memang milik Kesultanan Melayu Melaka. Mengapa harta-harta tersebut berada di Pulau Nangka nanti saya uraikan mengikut pandangan saya. Harta yang dijumpai ini memang tidak boleh digunakan sesuka hati, ianya hanya boleh digunakan untuk kebajikan. Persoalannya sekarang apakah yang didefinisikan sebagai kebajikan, dan siapakah yang termasuk dalam menerima kebajikan tersebut?
Pada saya syarikat yang diberikan tanggungjawab untuk mengkaji perlu meneruskan kajiannya bagi mengetahui punca atau persepsi Sultan Melaka yang menyembunyikan harta ini.
Kembali kepada kerja-kerja menebuk lubang pintu bilik yang dipercayai menyimpan harta tersebut, sepatutnya kerja-kerja itu telah selesai pada 27 April yang lepas. Syarikat tersebut percaya terdapat sebanyak 20 buah bilik di pulau ini, manakala kesemua dinding batu pula mempunyai ketebalan antara 3.5 hingga lima meter serta mempunyai kedalaman lapan meter dari puncak bukit. Dipercayai juga sebelum ini banyak pihak yang berjaya masuk dan menembusi pintu berkenaan tetapi mereka gagal membawa harta itu keluar kerana binaan yang sangat kukuh. Mungkinkah kerana kuasa lain atau semata-mata kerana kekukuhan binaannya.
Harta tersebut dipercayai tersimpan di sana sejak lebih lima abad lalu. Maka ramai yang meleleh air liur berharap dapat merasakan sedikit temuan ini. Inilah sifat manusia tak lekang dari sifat tamak haloba. Desas desus dari manusia tamak haloba mula kedengaran, meninjau peluang jika ada lubang sebesar jarum untuk ditembusi. Mana datangnya harta tersebut? siapa tuan punyanya? mustahil harta dalam bentuk emas yang telah dibentuk dan dicanai disembunyikan oleh makhluk halus tetapi ada kemungkinankah jika harta tersebut dipelihara oleh makhluk demi sumpah seseorang . . entahlah hanya Allah swt sahaja yang maha mengetahui.
Agak lama juga syarikat yang diamanahkan untuk mencari harta tersebut menganalisa, mengkaji dan mencarigali bermula pada Julai 2012 dan kerja-kerja tersebut telah berakhir pada 30 April 2014 ini.
Saya terbaca sebuah berita di mana Pengarah Urusan syarikat terbabit, Mohammad Foad Khushairy Mohd Said mendakwa, harta tersebut hanya boleh dikeluarkan dengan berbai’ah dan tidak boleh digunakan sesuka hati. “Saya hendak tekankan perkara ini tidak boleh dibuat main-main dan menerusi pengkajian kami secara teknologi dan spiritual, harta Kesultanan Islam Melayu Melaka memang tidak keluar dari bumi dan perairan Melaka termasuk isi kapal Flor De La Mar,” katanya.
Saya sangat setuju dengan kenyataa beliau, harta tersebut memang milik Kesultanan Melayu Melaka. Mengapa harta-harta tersebut berada di Pulau Nangka nanti saya uraikan mengikut pandangan saya. Harta yang dijumpai ini memang tidak boleh digunakan sesuka hati, ianya hanya boleh digunakan untuk kebajikan. Persoalannya sekarang apakah yang didefinisikan sebagai kebajikan, dan siapakah yang termasuk dalam menerima kebajikan tersebut?Pada saya syarikat yang diberikan tanggungjawab untuk mengkaji perlu meneruskan kajiannya bagi mengetahui punca atau persepsi Sultan Melaka yang menyembunyikan harta ini.
Kembali kepada kerja-kerja menebuk lubang pintu bilik yang dipercayai menyimpan harta tersebut, sepatutnya kerja-kerja itu telah selesai pada 27 April yang lepas. Syarikat tersebut percaya terdapat sebanyak 20 buah bilik di pulau ini, manakala kesemua dinding batu pula mempunyai ketebalan antara 3.5 hingga lima meter serta mempunyai kedalaman lapan meter dari puncak bukit. Dipercayai juga sebelum ini banyak pihak yang berjaya masuk dan menembusi pintu berkenaan tetapi mereka gagal membawa harta itu keluar kerana binaan yang sangat kukuh. Mungkinkah kerana kuasa lain atau semata-mata kerana kekukuhan binaannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)


