22 October 2010

Catatan Perjalanan - United State of America (USA)

Kali ini saya ceritakan kisah perjalanan saya ke USA untuk berkursus. Pada Jun 2004, saya telah dicalonkan untuk mengikuti Kursus Kewangan di Amerika Syarikat (USA). Kursus tersebut adalah anjuran Kerajaan USA di bawah program The International Military Education and Training (IMET). Saya dikehendaki untuk melaporkan diri di Fort Jackson, South Carolina (SC) 1 Jun 2004 dan kursus tamat pada 2 Julai 2004. Kedudukan SC adalah di sebelah kanan peta USA, iaitu mengadap Lautan Atlantik. Ibu negeri SC adalah Colombia. Cuaca negeri tersebut ok sahaja, dan pada masa itu musim panas (summer).


Setelah lulus ujian Bahasa Inggeris yang diadakan di Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, saya dan beberapa rakan yang akan berkursus di negara yang sama, (tetapi kursus yang berlainan) dipanggil untuk hadir di kedutaan tersebut untuk memungut Visa dan elaun. Selepas itu perjalanan kami bermula.

Pada 28 Mei 2004 (hari lahir saya) saya bertolak ke KLIA dengan menaiki teksi untuk penerbangan ke Los Angelas (LA), penerbangan yang dijadualkan pada tengah malam. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 20 jam dengan satu berhenti. MAS berhenti (transit) di Taipei untuk senggaraan kapal terbang termasuk untuk ambil petrol selama lebih kurang satu jam.

Perjalanan tanpa kawan memang membosankan, di dalam pesawat saya ditemani oleh seorang pemuda Arab yang berhenti di Teipei kerana urusan business. Daripada Teipei hingga ke LA tempat duduk sebelah saya kosong. Tak de kawan nak berbual. Pesawat mendarat di Tom Breadly International Airport LA hampir petang. bila sampai di LA (itu kali pertama saya sampai di LA)saya ditegur oleh Dato' Profesor Dr Zurina Majid, beliau dalam perjalanan untuk memberikan ceramah mengenai subjek antropologi rasanya. Beliau bersama dengan suami beliau, Dr Loewe yang pernah menjadi guru saya sekejap semasa di USM. Daripada Tom Breadly AP saya berjalan kaki ke Terminal untuk penerbangan selanjutnya ke Colombia, kali ini saya mengambil penerbangan Delta, penerbangan ini penuh dan kerusi kapal duduk sempit. Sebelah saya seorang lelaki mat saleh yang agak gemok. Saya terpaksa transit di Atlanta, Georgia untuk menunggu penerbangan selanjutnya ke Colombia pada keesokan paginya. Bila tiba di Atlanta, hampir tengah malam, masa ini baru saya rasa takut, sebab seorang diri, ramai orang kulit hitam - saya terus ke Gate sepatutnya dan terus menyusun kerusi untuk tidur. Dari ATlanta ke Colombia jauh juga, saya tiba di Colombia lebih kurang jam 10.30 pagi, Miss Kate dah sedia menunggu, beg saya dah sampai lebih awal. Kami bertolak ke Fort Jackson dan terus ke pejabat untuk mengambil kunci bilik penginapan. Antara Mess dengan kelas tidak berapa jauh, boleh sampai lebih kurang 5 minit berjalan kaki.

Bilik penginapan sangat selesa. Siap dengan pantri, ruang rehat, bilik tidur, bilik pakaian dan bilik mandi. Pantri dilengkapkan dengan semua peralatan yang diperlukan di sebuah dapur. Saya bawa kebanyakan bahan seperti beras, sardin, magee dan sebagainya tetapi hanya bertahan untuk 2 minggu sahaja, selepas itu saya ke Matt berhampiran untuk beli bahan makanan tetapi agak susah nak pilih kerana terpaksa membaca kandungan bahan.

Di Mess ini kebanyakan yang menginap di sini adalah pegawai-pegawai dari negara luar yang mengikuti pelbagai kursus di Fort Jackson. Photo di bawah diambil pada minggu pertama semasa saya di sana. Hari bekerja adalah dari hari Isnin hingga Jumaat. Sabtu dan Ahad adalah cuti jadi kami dibawa melancong ke beberapa tempat di negeri ini, antaranya Zoo Colombia, Port Sumter, Charleston dan beberapa daerah lain.

Kawan-kawan di atas dari Sudan, Thailand, Pakistan dan Jordan. Di bawah adalah photo semasa kami di atas bot untuk ke Fort Sumter, iaitu sebuah pulau kecil yang menjadi post kawalan utama untuk mempertahankan Charleston daripada serangan tentera Yanke semasa peperangan saudara. Charleston mendapat nama daripada nama Putra Charles dari England.


Bersama rakan dari Isreal dan Thailand.

Sebelum ke Fort Sumter kami sempat singgah sekejap di Musium yang dulunya adalah pejabat pentadbiran dan menjadi lokasi utama dalam merancang serangan, di bawahnya mempunyai seakan-akan dungon kecil yang penuh dengan bahan letupan, tempat makanan dan tempat berehat.
Model Fort Sumter yang menunjukkan pulau ini seperti bukan pulau yang indah, 100% pulau ini merupakan benting pertahanan daripada musuh. Di sepanjang depan port - diletakkan beberapa meriam besar yang sedia menyerang musuh yang tidak diundang.

dan photo di bawah saya bersama-sama meriam lama yang pernah berjasa kepada Charleston. tak tahu dah berapa banyak kapal telah ditenggelamkan dan berapa nyawa yang melayang olehnya.

21 October 2010

Rindu Pada Ayah

Hari ini saya rasa rindu sangat pada ayah. Terbayang apa yang dia buat kalau dia ada lagi di sisi kami. Yang pasti saya akan selalu berkomunikasi dengannya melalui telefon kalau tak balik kampong atau kalau ayah tak datang ke rumah. Semoga ayah dirahmati Allah pada setiap saat, diletakkan roh ayah di sisinya bersama para kekasihnya.


Ayah adalah manusia terbaik yang kami pernah temui di muka bumi ini. The best father and the best friend. Sehingga kini ketiadaan ayah amat dirasai oleh kami. Kami sentiasa berdoa semoga kita semua dapat berjumpa lain di negara yang kekal. Ayah kena tunggu hingga kami semua sampai di sana.

19 October 2010

Dugaan Dalam Menjalankan Tugas

Sejak hari Isnin minggu ini, saya rasa agak kepenatan menguruskan urusan sumber manusia di opis saya di HATTM. Keletihan itu mungkin disebabkan oleh kurang tidur kot, rasa letih sehingga saya hampir terlelap semasa memandu. Itu yang bahaya. Bagi saya ini adalah salah satu dugaan dalam menjalankan tugas kerana keletihan akan menyebabkan fikiran saya turang tumpuan, kuasa berbicara menjadi lemah dan yang paling saya takuti akan timbul rasa marah (dijauhkan Allah hendaknya).

Tapi yang hairannya, semasa di opis tak pulak rasa mengantuk, walaupun begitu di waktu rehat saya cuba untuk melelapkan mata, tetapi tak nak tidur pulak. Di opis, setiap jam dan minit ada sahaja staf awam yang datang untuk dapatkan nasihat dan pandangan, pelbagai isu dan masalah yang mereka hadapi, kebanyakan isu/ masalah yang dihadapi mereka yang melibatkan prestasi kerja mereka.Walau apa pun yang mereka hadapi dan walau siapa pun mereka, saya akan bersama mereka untuk memecahkan kebuntuan, semoga dengan bantuan saya mereka kembali ceria dan gembira menghadapi pekerjaan harian. Kesemua mereka adalah aset penting bagi organisasi ini, oleh yang demikian mereka tidak boleh dibiarkan menghadapi isu/ maslah sendirian. Saya layan kesemua mereka sama dan adil - hasrat saya agar semua staf awam di HATTM dapat memberikan produktiviti terbaik. Saya berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan saya dalam berbicara dan yang utama tidak menyakiti hati sesiapa, semoga Allah melembutan hati-hati kami dan timbulkan rasa ikhlas dalam hati kami untuk bertugas kerana Allah.

Bagi memulihkan keletihan, setiap malam saya berazam untuk tidur awal, tetapi setiap malam itu jugalah saya akan tidur lambat, sebabnya 1 perkara utama, iaitu saya aktif main games on-line, ditambah dengan respon daripada kawan-kawan seluruh dunia. Biasanya saya sangat suka untuk menulis ruangan blog ini dan juga e-dairy saya ataupun chat dengan sahabat dari negara-negara lain. Tapi minggu ini semuanya berubah kerana keletihan, terfikir dalam hati saya, keletihan ini mungkin disebabkan oleh umur saya yang meningkat, jadi cepat letih dan mengantuk. Nak kata perubahan emosi tak pulak terasa, hanya rasa penat dan nak tidur lebih awal.

16 October 2010

Pembentangan Belanjawan 2011 Oleh PM

Menjadi amalan Negara Malaysia, pembentangan bajet dilakukan pada Hari Jumaat. Diharap pembentangan ini mendapat semangat dari penghulu segala hari. Semalam (15 Oktober 2010) pembentangan bajet oleh Perdana Menteri (PM) Malaysia, pada pandangan saya bajet tahun ini boleh dikatakan antara bajet yang terbaik disaat dunia menghadapi krisis ekonomi, walaupun tidak dapat dinafikan krisis ini nampaknya akan pulih tetapi tindakan Kerajaan bolehlah "dipuji", namun tindakan pelaksanaannya perlulah dipantau oleh Kerajaan kerana takut peruntukan yang dinyatakan dikaut oleh "segolongan orang" sahaja.

Bajet kali ini membuktikan Kerajaan sedikit sebanyak mendahulukan rakyat, terutamanya rakyat di pendalaman. Pembangunan yang bakal dibangunkan juga nampaknya ke arah pembentukan masyarakat harmoni di samping mencapai hasrat/ dasar Kerajaan yang lain seperti pembangunan wawasan 2020, gaji minimum yang tinggi (saya suka idea ini) dan sebagainya. Shabas!!!!!

Seperti yang saya nyatakan di atas, dalam pelaksanaan untuk memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat, golongan yang terdahulu merasai nikmat bajet ini adalah para kontraktor. Tiba-tiba muncul beberapa persoalan dalam kepala saya. Agak-agaknya siapa/ kontraktor mana yang diberi peluang mendapat kontrak dengan Kerajaan?, Adakah konsep kroni masih diamalkan dalam Kerajaan kita? Desas desus yang saya dengar kini menyatakan bahawa kroni dan/ atau syarikat yang terlibat dengan isteri PM akan mendapat habuan yang banyak atau bagaimana?, begitu juga dengan munculnya beberapa orang kaya yang secara kebetulan menceburkan diri dalam politik. Macam mana Kerajaan nak buktikan bahawa persoalan-persoalan yang ada dalam kepala rakyat dapat dijawab dan Kerajaan mampu pula menterjemahkan segala persoalan tersebut dengan jelas dan telus? cam mana ya?

Pendengar kepada pembentangan ini juga terdiri daripada berjuta pegawai Kerajaan. Apa yang ditunggu-tunggu adalah pengumuman mengenai bonus. Kerajaan mungkin ada sebab tersendiri mengapa bonus perkhidmatan awam tidak dapat diumumkan semalam. Tapi saya dapat rasakan, mungkin ada pegawai Kerajaan yang merasakan kurang puas hati. Memandangkan bilangan pegawai kerajaan yang ramai, ada kemungkinan PM akan terdengar suara-suara yang mempertikaikan beberapa perkara. Jadi agak-agaknya apakah jawapan yang bakal dikeluarkan oleh Kerajaan mengenai perkara ini. Bagi saya sebagai salah seorang pegawai Kerajaan mengambil dua (2) sikap, iaitu tunggu pengumuman selanjutnya dari Kerajaan dengan harapan ada sesuatu untuk kami, kalau tak ade saya dah 'set'kan fikiran saya akan menerima apa sahaja yang diumumkan, dan tindakan kedua saya akan analisis tindakan Kerajaan pada kali ini seiring dengan pendapatan dan perbelanjaan.

Saya yang sebenarnya bukan nak komen Kerajaan, tetapi pada saya apa yang betul pada pandangan saya akan saya puji, tetapi jika tidak betul pada pandangan saya, saya akan cuba dapatkan alasan/ sebab mengapa ianya berlaku. Saya amat maklum bahawa bukan senang nak bangunkan masyarakat, apa tah lagi untuk membawa negara ke ambang negara maju, maaflah, kalau dulu masa pemerintahan Tun Mahathir saya amat selesa menyatakan mungkin kita akan dapat mencapai impinan untuk bergerak ke negara maju, tapi kini entahlah (semoga Allah bersama kita dan mengkabulkan doa-doa kita). Adakah kawan-kawan perasan bahawa kita hanya ada 10 tahun sahaja lagi untuk capai sasaran kita, entahlah...... jadi saya melihat bajet kali ini secara umumnya memang boleh membantu negara untuk mencapai sasaran tersebut, walaupun mungkin hanya diambangnya sahaja. Selepas dari itu kenalah kita bersama-sama buat analisis semula akan kejayaannya atau sebaliknya. ingat tak lagi dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tak berjaya tu, kita buang masa sahaja, saya amat berharap agar Kerajaan mengambilnya sebagai ikhtibar. Kalau nak bincangkan kegagalan DEB takut saya tak dapat tidur lak nanti.

Yang sebenarnya banyak lagi yang saya nak katakan tetapi masa tak pengizinkan. Topik ini merupakan topik yang sangat saya minat.

09 October 2010

ISO HATTM - Tanggungjawab dan Keikhlasan

HATTM patut dipuji kerana dalam usia yang terlalu muda sudah berani untuk mengharungi pancaroba dan pengalaman membangunkan ISO bagi semua urusan dokumentasi HATTM. Saya nak pinjam kata-kata YBhg Dato' Pegawai Memerintah, di mana ISO bukannya suatu perkara yang baru, ianya adalah kerja yang kita laksanakan tetapi kita dokumentasikan supaya ianya boleh diaudit. Betul tu, kalau sesuatu kerja atau perkara itu tidak dapat diaudit, macam mana kita nak tahu akan keberkesanannya dan macam mana kita nak tau kelemahannya, selepas diaudit kita ada ruang untuk penambahbaikan dan pembetulan.

Kini kami berada di Awana Genting. Ramai pegawai kanan yang sama-sama berganding bahu untuk merealisasikan hasrat ini, YBhg Dato' Pegawai Memerintah juga hadir serta berkongsi ilmu dan pendapat dalam mengubal beberapa dokumen. Selama 3 hari dan 2 malam kami berkampong beramai-ramai di Genting,tetapi pada pandangan saya usaha ini bagai kurang berjaya. Tak berani saya nak katakan siapa yang bertanggungjawab, walaupun dalam hati saya telah mengenal pasti beberapa insan yang memandang remeh akan usaha ini ditambah dengan sifat kurang profesionalisme. Agaknya disebabkan oleh beberapa kekangan antaranya pengalaman dan sumber manusia, maka HATTM mengambil keputusan untuk mendapatkan bantuan 'pakar', tetapi setelah sekian lama nampaknya, warga HATTM sendiri terpaksa melaksanakan inspirasi ini, dengan tiada pengalaman dan kekangan kerja harian, dalam keadaan merangkak warga HATTM bergerak juga walaupun ada yang ketinggalan. Duit habis tetapi hasil tak nampak sangat,kita yang penat dan stress. Tetapi kerana sayangkan organisasi ini, susah payah akan ku hadapi, walaupun di depan ku berdiri kukuh seekor naga, tetap akan ku cuba mengapai bintang di atasnya.

Pada ucapan penutup oleh YBhg. Dato' Pegawai Memerintah ada mengunkapkan kata-kata berikut yang patut menjadi pengajaran dan pedoman kepada kita warga HATTM, kita patut dapat tafsirkan kata-kata beliau itu, adakah ianya lahir dari rasa gembira atau sebaliknya rasa kecewa melihat apa yang kita hasilkan tapi tak sampai kepada expectation beliau. Kata beliau "Kerja kita, kita yang kena buat, orang lain tak ada yang datang untuk buatkan kerja tu untuk kita.. jangan tunggu sampai kerja itu melekat" saya yakin ramai yang faham apa yang dimaksudkan oleh YBhg. Dato'. Pada diri saya sendiri tiba-tiba pada masa itu saya rasa malu pulak, kerana dalam diam rupanya ada yang tidak beres. Apa lagi kekawanku, jom kita bergerak dan capai apa yang sepatutnya. Saya yakin ada yang tanya apa yang sepatutnya itu? jawablah sendiri.

Buat rakan seperjuang ku, teruskan tanggungjawab mu dengan keihklasan kerana hanya Allah Taalah sahaja yang akan membalasnya. Jangan cepat putus asa, kitakan dari bangsa yang tidak mudah mengalah, jadi apa lagi teruskan usaha, sambil kukuhkan barisan. Perpaduan dan kerjasama merupakan faktor pemdorong kejayaan. Jangan ada yang menjadi api dalam sekam, membakar tanpa disedari... tiba-tiba hangus semuanya.

Satu perkara yang aku nak tegurkan, sepatutnya kita bergerak atas landasan yang dilukiskan di awal garis permulaan, apa yang aku maksudkan adalah milestone dan rangka kerja. Jadi di setiap pertemuan, di awal bicara milestone dan rangka kerja perlu disemak, adakah ianya selari dengan persetujuan semasa rundingan dengan konsultan (antara syarat yang tercatat dalam surat tawaran yang dikeluarkan kepada konsultan). Pada aku, perahu dah di air dan berkolek separuh sungai, untuk sampai ke seberang tak jauh lagi, jadi pastikan ianya selamat sampai. Kini aku telah menjadi salah seorang yang mendayung kolek tersebut dan aku tak pula sanggup menjadi penyebab kolek itu karam. Semoga Allah menyatukan hati-hati kami dan menguatkan kesatuan kami untuk sama berderap ke garisan akhir. Amin.

P/S - Kenangan berurut reflaksilogi di Awana bersama teman baikku Lt Kol Hajah Sabrina binti Abdullah.

15 September 2010

Apa Kesudahannya Nasib Perkataan Melayu?

Takkan Melayu hilang di dunia - itu adalah kata-kata Tun Tuah (Laksamana Hang Tuah - pahlawan Melayu di Zaman Kesultanan Melayu Melaka), tetapi benarkan Melayu tak kan hilang?

Sukar untuk dipastikan kerana jika kita susun semula kronologi perkembangan masyarakat Melayu atau nama MELAYU itu sendiri, ada kemungkinan bangsa Melayu atau perkataan Melayu hanya akan kekal dalam buku sejarah sahaja.

Itu pun jika ada insan-insan yang teringat untuk mengabadikan nama Melayu dalam media. Kini nama Tanah Melayu (Malay Land) masih kekal terletak kuat pada badan-badan keretapi api di Malaysia dan di atas beberapa buku sejarah yang tidak popular. Tak tahulah sampai bila nama itu mampu terlekat kuat pada besi-besi keretapi tersebut, bagi buku-buku sejarah lama mungkin selepas sekian lama, maka akan terhapuslah nama tersebut. Kan bagus jika negara ini masih dikekalkan dengan nama Tanah Melayu.

Awal kata, izinkan saya menyusun jari sepuluh untuk mohon maaf jika kata-kata saya nanti akan membuatkan seseorang terasa hati atau merasa kurang senang. Ini adalah tindakan spontan dari saya apabila terbaca artikel daripada beberapa orang yang mendakwa rakyat Malaysia, cuba menghangatkan sentimen perkauman dengan mencabar Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan Persekutuan yang dibaca oleh generasi sebelum dan selepas kemerdekaan akan mempunyai pengertian yang berbeza. Agak sukar untuk menyalahkan individu dalam perkara ini, memang tiada siapa yang mengaku diri mereka bersalah. Oleh yang demikian pada pandangan saya, Kerajaan kita perlu mengambil suatu langkah yang sangat aktif untuk melihat mengapa terdengar rasa tidak puas hati daripada rakyat-rakyat Malaysia yang bukan berbangsa Melayu.

Negara ini pernah mengalami beberapa insiden tentang isu ini, kalau generasi yang berumur emas dan pertengahan mungkin masih lagi ingat akan kejadian 13 Mei, kini ada pula insiden Hanraf - kenapa agaknya timbulnya isu ini? pernahkah cerdik pandai negara memikirkan suatu resolusi yang perlu ditangani dari awal perkembangan rakyat lagi, maksud saya dari bangku sekolah.

Saya agak bimbang dengan perkembangan seperti ini, ianya umpama api dalam sekam, membakar tanpa disedari. Pada pandangan saya suatu kajian semula silibus pelajaran sejarah tanah air perlu dilaksanakan dan pengenalan sejarah mengenai perjalanan rakyat (seperti Datok Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut dan ramai lagi) mengharungi ranjau dan duri untuk mencapai kemerdekaan juga tidak perlu lagi disorok.

Kajian ini dilihat sangat perlu pada masa kini kerana terdapat ramai rakyat Malaysia yang mula lupa akan sejarah awal kemerdekaan Tanah Melayu, seawal kemasukan penjajah di bumi Melaka semasa zaman pemerintahan Kesulatanan Melayu Melaka dan seterusnya diikuti oleh penjajah British yang bertanggungjawab mengubah bentuk pemerintahan Tanah Melayu. Yang hairannya British masih mengekalkan negaranya sebagai tanah orang Inggeris - English Land (England). Dengan adanya sejarah awal Tanah Melayu diharap ianya dapat difahami oleh semua rakyat di Malaysia terutamanya generasi muda.

Pada saya hanya dengan mengetahuai asal usul negara ini, maka struktur rakyat yang berbagai kaum ini akan dihargai dan dikasihi oleh semua - untuk menjaganya semua rakyat akan bertindakan bersama-sama, dan insyallah keamanan negara ini akan dapat dikekalkan.

Tidak ramai generasi muda negara ini yang betul-betul mengetahui asal usul negara ini sehingga kemerdekaan dicapai tanpa menitiskan darah (perkara ini sangat dimegahkan oleh pemimpin yang meneragui kemerdekaan Malasyia - harapnya sehingga bila-bila tiada darah yang menitis kerana isu yang saya pandangan sangat remeh). Itu memang betul, tetapi gerakan untuk mencapai kemerdekaan telah bermula lebih awal lagi dan pertumpahan darah pernah terjadi. Pahlawan seperti Tok Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan ramai lagi tidak patut dipadamkan daripada sejarah atau sejarahnya diremehkan atau disentuh secara lewa atau dikenali sebagai pengkhianat. Memanglah pahlawan pada masa itu adalah orang Melayu seiring dengan nama negara ini iaitu Tanah Melayu, kalau bukan orang Melayu siapa yang akan mempertahankan negara ini, kalau berlaku sesuatu kepada negara ini, orang Melayu nak ke mana????????.

Apabila British memasuki negara ini, ramai buruh daripada India dan China dibawa masuk untuk mengeluarkan segala hasil negara ini seperti getah dan bijih besi. Biasalah orang Melayu masa itu merasakan mereka adalah tuan, dan bangsa lain yang dibawa masuk adalah pendatang (situasi yang serupa dengan PATI sekarang ini). Tetapi apabila negara ini menuntut kemerdekaan, British yang bertanggungjawab membawa masuk orang China dan India telah meletakkan syarat supaya Duli Raja-Raja Melayu menerima kedua-dua bangsa ini sebagai rakyat. Apa nak buat kerana keinginan kemerdekaan yang kuat, maka rakyat Tanah Melayu mengandungi bangsa China dan India selain dari Melayu.

Bagi menjaga kepentingan orang Melayu yang merupakan bangsa asal negara ini maka Perlembangaan Persekutuan diwujudkan dengan menerangkan hak keistimewaan orang Melayu. Rakyat perlu berterima kasih kepada Duli Raja-Raja Melayu kerana kesudian Duli Raja-Raja Melayu dan orang-orang Melayu menerima kedua-dua bangsa ini dan berkongsi kekayaan negara ini bersama, sebagai balasan mereka perlulah memahami inspirasi Perlembagaan ini, malangnya sudah terdengar suara yang cuba mencabar Perlembagaan dan cuba untuk menghapuskan keistimewaan orang Melayu. Sedih dan sangat sedih.

Saya beri contoh dalam skala yang sangat kecil - kita membenarkan sebuah keluarga menumpang di rumah kita, selepas 30 tahun, anak mereka yang menumpang menuntut kesamaan hak atas rumah dan harta tuan rumah hingga mencetuskan salah faham, anak-anak ini tidak mengetahui (kerana tidak diceritakan oleh ibubapa mereka) bahawa yang sebenarnya mereka menumpang di rumah tersebut. Cuba kita lihat pula di negara India dan di negara China, adakah orang Melayu yang menjadi rakyat di sana ada kemungkinan diberi hak untuk memiliki aset atau tanah di negara-negara tersebut dengan sewenang-wenangnya? Jawablah sendiri.

Baik!!! saya nak tanya - pernahkah Kerajaan membuat bancian mengenai pemilikan tanah mengikut bangsa di negara ini, adakah perbandingan pemilikan tanah daripada tahun 1956 hingga sekarang? Agaknya dalam tempoh 10 tahun lagi, iaitu tahun 2020 apa jadi dengan nasib orang Melayu? mungkin statistik menunjukkan orang Melayu ramai berkumpul di taman-taman kos rendah dan sederhana saja?. Kini pun telah terbukti bahasa orang Melayu ramai mendiami rumah-rumah pangsa yang tidak mempunyai tanah... kemana tanah yang mereka warisi dari nenek moyang mereka dulu pergi? Teringatkan lirik lagu "Anak Kecil main Api".

Agaknya di mana kelemahan kita? yang saya nampak mungkin kita tidak ada ahli sejarah bangsa Melayu atau pakar sejarah orang Melayu lebih pakar dalam sejarah bangsa dan tamadun bangsa lain. Pikir-pikirkan lah wahai rakyat Malasya dan khususnya orang Melayu. Jangan merempat dan terbuang di negara sendiri.

Aidilfitri Tanpa Ayahanda Tercinta


Aildilfitri 2010 merupakan tahun kedua berhari raya tanpa ayah di sisi, walau bagaimanapun kami mengunjungi pusara ayahanda selepas solat sunat Aidil Fitri untuk beraya bersama ayah. Semoga Allah mencucuri rahmat yang tak terhingga ke atas roh ayah dan menempatkan ayah bersama para rasul dan nabi yang dicintai-Nya. Amin







Kami sangat merindui ayah. Ayah akan tetap dalam ingatan kami semua. Doa untuk ayah tak akan putus dari kami emak, anak-anak dan zuriat ayah.

08 September 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Sempena Aidil Fitri yang akan menjelang dalam 2 - 3 hari lagi, saya ingin memohon ampun dan maaf daripada semua sanak saudara, sahabat handai dan semua yang mengenali saya. Lumrah manusia memang tak lekang dari berbuat kesilapan sama ada sengaja atau tidak. Walau bagaimanapun, setelah sedar kesilapan yang dilakukan, eloklah kalau kita memohon ampun dan maaf.

Kepada yang memandu, pandulah berhati-hati, kenderaan memang banyak di jalan raya. Kita tak dapat nak membaca fikiran orang lain, jadi berdoalah supaya kita selamat dalam perjalanan.

Selepas beraya di kampong, jangan lupa balik semula untuk bertugas.