
Setelah lulus ujian Bahasa Inggeris yang diadakan di Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, saya dan beberapa rakan yang akan berkursus di negara yang sama, (tetapi kursus yang berlainan) dipanggil untuk hadir di kedutaan tersebut untuk memungut Visa dan elaun. Selepas itu perjalanan kami bermula.
Pada 28 Mei 2004 (hari lahir saya) saya bertolak ke KLIA dengan menaiki teksi untuk penerbangan ke Los Angelas (LA), penerbangan yang dijadualkan pada tengah malam. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 20 jam dengan satu berhenti. MAS berhenti (transit) di Taipei untuk senggaraan kapal terbang termasuk untuk ambil petrol selama lebih kurang satu jam.
Perjalanan tanpa kawan memang membosankan, di dalam pesawat saya ditemani oleh seorang pemuda Arab yang berhenti di Teipei kerana urusan business. Daripada Teipei hingga ke LA tempat duduk sebelah saya kosong. Tak de kawan nak berbual. Pesawat mendarat di Tom Breadly International Airport LA hampir petang. bila sampai di LA (itu kali pertama saya sampai di LA)saya ditegur oleh Dato' Profesor Dr Zurina Majid, beliau dalam perjalanan untuk memberikan ceramah mengenai subjek antropologi rasanya. Beliau bersama dengan suami beliau, Dr Loewe yang pernah menjadi guru saya sekejap semasa di USM. Daripada Tom Breadly AP saya berjalan kaki ke Terminal untuk penerbangan selanjutnya ke Colombia, kali ini saya mengambil penerbangan Delta, penerbangan ini penuh dan kerusi kapal duduk sempit. Sebelah saya seorang lelaki mat saleh yang agak gemok. Saya terpaksa transit di Atlanta, Georgia untuk menunggu penerbangan selanjutnya ke Colombia pada keesokan paginya. Bila tiba di Atlanta, hampir tengah malam, masa ini baru saya rasa takut, sebab seorang diri, ramai orang kulit hitam - saya terus ke Gate sepatutnya dan terus menyusun kerusi untuk tidur. Dari ATlanta ke Colombia jauh juga, saya tiba di Colombia lebih kurang jam 10.30 pagi, Miss Kate dah sedia menunggu, beg saya dah sampai lebih awal. Kami bertolak ke Fort Jackson dan terus ke pejabat untuk mengambil kunci bilik penginapan. Antara Mess dengan kelas tidak berapa jauh, boleh sampai lebih kurang 5 minit berjalan kaki.

Di Mess ini kebanyakan yang menginap di sini adalah pegawai-pegawai dari negara luar yang mengikuti pelbagai kursus di Fort Jackson. Photo di bawah diambil pada minggu pertama semasa saya di sana. Hari bekerja adalah dari hari Isnin hingga Jumaat. Sabtu dan Ahad adalah cuti jadi kami dibawa melancong ke beberapa tempat di negeri ini, antaranya Zoo Colombia, Port Sumter, Charleston dan beberapa daerah lain.

Bersama rakan dari Isreal dan Thailand.
Sebelum ke Fort Sumter kami sempat singgah sekejap di Musium yang dulunya adalah pejabat pentadbiran dan menjadi lokasi utama dalam merancang serangan, di bawahnya mempunyai seakan-akan dungon kecil yang penuh dengan bahan letupan, tempat makanan dan tempat berehat.

No comments:
Post a Comment