22 June 2012

Percutian Langkawi 2012 Part 23 - Pulau Dayang Bunting

Kami baru tiba di Pulau Dayang Bunting (PDB)
Shima dan anaknya Ammar

Masing-masing post dengan gaya tersendiri... mungkin masih terpengaruh dengan alunan ombak yang sedikit ganas

Alhamdulilah akhirnya tiba juga... tengok mak melangkah dengan cermat dan ain sedang tunggu mak di seberang sana. Kami memang salute pada mak kerana berjaya tiba di pelantar  Tasik dayang Bunting (TDB) dengan selamat.... kerana dalam perjalanan saya terjumpa dengan beberapa orang dalam kepenatan...

Kami berkhemah di pelantar TDB ... makan buah-buahan yang kami bawa dari hotel.... dah penat makan apa pun sedap.

Saya bangga dengan mak kerana sampai juga di pelantar TDB ... kerana ramai orang yang terkantoi dan lambat tiba walaupun usia mereka jauh lebih muda dari mak. Jejak-jejak ke tasik memang mencabar...
Permandangan orang ramai sibuk mandi-manda di kawasan tasik yang dikepong dengan jaring demi keselamatan pengunjung... yang sebenarnya tasik ini memang sangat dalam

Kaki saya dan kaki Amir... dalam tasik ini ada ikan dan memerang yang suka gigit kaki
Tak dapat nak berenang, main-main air dengan celupkan kaki dalam tasik pun jadilah. Shima, emak dan saya di tepi tasik dayang bunting.
Ahli keluarga saya sibuk berbincang... entah apa yang mereka cadang hendak buat... saya menemani mak sambil berehat-rehat di bawah teduran... mata rasa macam nak terpejam
Ammar dan Amir bermain bot di tasik dayang bunting

Pelantar di tepi tasik dayang bunting dilihat dari jauh
Cantikkan permandangan di tasik ini. Nun di hujung sana adalah sempadan antara air tawar (tasik) dengan air masin (laut)
Ain sampai terpusing kaki dia... mungkin penat berjalan tadi kot..... ha  ha  ha
Peace.. bye saya naik dulu (huuuu penatnya nak mendaki)...tapi ini misi penting kena cari tandas... jumpa lagi di bot.

No comments: