
Wuduk atau nama lain di negara kita adalah air sembahyang yang wajib diambil sebelum seseorang itu menunaikan solatnya. Sebagai orang Islam yang tulin, tidak perlu banyak tanya mengapa dan apa rasionalnya mengangkat wuduk, apa yang disuruh Rasulullah saw buatkan sahaja tanpa syak dan persoalan.
Islam mensyariatkan pengambilan wuduk sebelum menunaikan solat dan membaca Al Quran atau untuk melaksanakan ibadat lain. Dan perbuatan ini mengambarkan betapa tingginya nilai melakukan wuduk kerana ianya adalah konsep kesempurnaan ibadah selain memiliki khasiat dan rahsia yang tersendiri.

Masih banyak lagi hadis Rasulullah s.a.w. menerangkan akan hal wuduk dan fadhilatnya wuduk. Antaranya disebutkan tentang cahaya dari muka orang yang berwuduk itu akan menerangi hidupnya di alam barzakh. Titisan air wuduk dari anggota yang dibasuh pula dikaitkan dengan penyucian dosa. Wuduk juga dikaitkan dengan amalan yang mendorong kesihatan kepada pengamalnya. Apatah lagi ia merupakan salah satu di antara perbuatan bersuci dalam Islam. Seseorang yang sering berwuduk akan memastikan dirinya sentiasa berada dalam keadaan bersih, paling tidak pada anggota wajib wuduk, iaitu tangan, muka dan kakinya.

Muslim meriwayatkan sabda Nabi saw yang bermaksud: "Sesiapa yang mampu di antara kamu maka hendaklah dia memanjangkan ghurrah dan tahjeelnya." Ghurrah bermaksud membasuh muka melebihi kawasan muka yang biasa dan tahjeel pula bermaksud membasuh tangan melebihi siku dan membasuh kaki adalah melebihi kawasan buku lali iaitu antara buku lali dan lutut.
Selain tiga pancaindera ini merupakan sebahagian daripada muka yang wajib dibasuh ketika berwuduk, Islam juga mensyariatkan membasuh tangan hingga ke siku. Disunatkan juga orang berwuduk itu berkumur-kumur dan melakukan istinsyak, yakni menyedut air ke hidung dan menghembuskannya kembali (untuk menyucikan rongga hidung), selain memulakan wuduk dengan membasuh pergelangan tangan.
Selain ketika berwuduk, Rasulullah s.a.w. turut mengesyorkan umat Islam (amalan sunat) membasuh tangan dan menyucikan rongga hidung sebelum melakukan apa-apa yang lain sebaik bangkit dari tidur. Ada hadis menyebutkan “kita tidak tahu ke mana tangan kita pergi semasa tidur”, dan “hidung sebagai tempat tidur syaitan tatkala kamu tidur”.
![]() |
Gambar hiasan - mana mungkin si comel ini ambil wuduk |
Beberapa Penemuan Saintifik Melalui Berwuduk:
1. Apabila air dingin melalui tubuh yang letih dan layu di samping kab, air tersebut mampu melancarkan peredaran darah dan membuatkan tubuh lebih segar.
2. Air dingin meningkatkan keupayaan sel darah putih dalam tubuh serta meningkatkan sistem pertahanan tubuh melawan virus.
3. Berwuduk di waktu pagi meningkatkan produktiviti hormon estrogen sekaligus meningkatkan tahap kesuburan.
4. Boleh memperbaiki jaringan kulit dan buat kuku lebih sihat dan kuat.
5. Air dingin pada waktu pagi mampu menghasilkan ion2 negatif yang boleh meneutralkan darah dan membantu menyerap oksigen dengan lebih optimal sehingga wajah kelihatan lebih cerah dan berseri.
6. Cadangan agensi kesihatan dunia dalam menangani penularan wabak selsema babi (H1N1) antara langkah: tertib utama dalam berwuduk seperti membasuh tangan, membersihkan mulut dan hidung.
Kesimpulan:
Abu-Laits berkata: "Siapa yang ingin selamat dari siksaan kubur maka harus membiasakan 4 perkara dan meninggalkan 4 perkara iaitu:
- Menjaga solat lima waktu
- Banyak bersedekah
- Banyak membaca Al Quran
- Memperbanyak bertasbih (membaca: Subhanallah walhamdulillah wal'aa ilaha illallah wallahu akbar, walahaula wala quwata illa billah)
Semua 4 perkara ini dapat menerangi kubur dan meluaskannya. Adapun 4 perkara yang harus ditinggalkan ialah:
- Dusta
- Kianat
- Adu-adu
- Menjaga kencing, sebab Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bersih-bersihlah kamu daripada kencing, sebab umumnya siksa kubur itu kerana kencing. (Yakni hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya.)
Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Innallahha ta'ala kariha lakum arba'a: Al'abatsu fishsholaati, wallagh wu filqira'ati, warrafatsu fisshiyami, wadhdhahiku indal maqaabiri. (Yang bermaksud) Sesungguhnya Allah tidak suka padamu empat, main-main dalam sembahyang dan lahgu (tidak hirau), dalam bacaan quran dan berkata keji waktu puasa dan tertawa di 'dalam' (kawasan?) kubur."
Walallahualam......
Walallahualam......
No comments:
Post a Comment