Harta tersebut dipercayai tersimpan di sana sejak lebih lima abad lalu. Maka ramai yang meleleh air liur berharap dapat merasakan sedikit temuan ini. Inilah sifat manusia tak lekang dari sifat tamak haloba. Desas desus dari manusia tamak haloba mula kedengaran, meninjau peluang jika ada lubang sebesar jarum untuk ditembusi. Mana datangnya harta tersebut? siapa tuan punyanya? mustahil harta dalam bentuk emas yang telah dibentuk dan dicanai disembunyikan oleh makhluk halus tetapi ada kemungkinankah jika harta tersebut dipelihara oleh makhluk demi sumpah seseorang . . entahlah hanya Allah swt sahaja yang maha mengetahui.
Agak lama juga syarikat yang diamanahkan untuk mencari harta tersebut menganalisa, mengkaji dan mencarigali bermula pada Julai 2012 dan kerja-kerja tersebut telah berakhir pada 30 April 2014 ini.
Saya terbaca sebuah berita di mana Pengarah Urusan syarikat terbabit, Mohammad Foad Khushairy Mohd Said mendakwa, harta tersebut hanya boleh dikeluarkan dengan berbai’ah dan tidak boleh digunakan sesuka hati. “Saya hendak tekankan perkara ini tidak boleh dibuat main-main dan menerusi pengkajian kami secara teknologi dan spiritual, harta Kesultanan Islam Melayu Melaka memang tidak keluar dari bumi dan perairan Melaka termasuk isi kapal Flor De La Mar,” katanya.

Pada saya syarikat yang diberikan tanggungjawab untuk mengkaji perlu meneruskan kajiannya bagi mengetahui punca atau persepsi Sultan Melaka yang menyembunyikan harta ini.
Kembali kepada kerja-kerja menebuk lubang pintu bilik yang dipercayai menyimpan harta tersebut, sepatutnya kerja-kerja itu telah selesai pada 27 April yang lepas. Syarikat tersebut percaya terdapat sebanyak 20 buah bilik di pulau ini, manakala kesemua dinding batu pula mempunyai ketebalan antara 3.5 hingga lima meter serta mempunyai kedalaman lapan meter dari puncak bukit. Dipercayai juga sebelum ini banyak pihak yang berjaya masuk dan menembusi pintu berkenaan tetapi mereka gagal membawa harta itu keluar kerana binaan yang sangat kukuh. Mungkinkah kerana kuasa lain atau semata-mata kerana kekukuhan binaannya.
No comments:
Post a Comment