Dah lama saya menyimpan foto-foto bangunan tertinggi di dunia. Sebelum saya nak buang, elok juga saya kongsikan bersama, mungkin boleh menambah pengetahuan am.

Taipei 101 di Taiwan. Ketinggiannya 508 m, kegunaannya adalah untuk ruang pejabat. Setakat ni ia merupakan bangunan kedua tinggi.

Apa nama menara ini??? dan di mana????

Ini kalau kita tak tahu jangan jadi rakyat Malaysia. Inilah Petronas Twin Tower Building, bangunan kembar yang tertinggi di dunia. Ketinggian keseluruhannya adalah 451.9 m.

Jin Mao Tower, Shanghai China, ketinggian 420.5 m

Di mana ini??

Siapa tahu ini World Tower di mana? Kalau tak silap namanya Burj al Arab, di Dubai, United Arab Emerites. Ketinggian bangunan ini adalah 320.96 m (1,053.0 ft)
No comments:
Post a Comment