22 September 2012

Majlis Lambaian Kasih Persaraan En Murugesan a/l Sandyappen

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Puan Rusni binti Abd Jalil, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah wakil kepada Pengarah pelajaran dan selaku Timbalan Pengerusi Badan Kebajikan JPWPKL

Ucapan oleh En Muru sekali lagi kepada sahabat-sahabat yang bakal ditinggalkan.

Saya dan Nas sibuk mendaftarkan hadiah/ cenderahati yang diterima daripada Sektor-Sektor dan Unit-Unit

Penyampaian Cenderahati didahului oleh Puan Rosni mewakil Badan kebajikan JPWPKL

Ketua Sektor K2P

En Abd Rahman

Puan Chong

En Muru merakamkan cap jari akhir sebelum dia keluar dari Jabatan

Bersalam-salaman dan bermaaf-maafan dengan rakan sejawat

Antara pegawai-pegawai yang hadir. Sebelum menamatkan majlis saya menyampaikan 2 rangkap pantun lama. Tuai padi antara masa, esok jangan layu-layuan, intailah kami antara nampak; esok jangan rindu-rinduan.
Kalau ada sumur di ladang; boleh kita menumpang mandi; kalau ada umur yang panjang; bolehlah kita bertemu lagi.

En Muru telah berkhidmaat selama 35 tahun dan hari ini genaplah umurnya 55 tahun. Beliau memilih untuk bersara wajib 55 tahun. Dalam tempoh perkhidmatannya selama 35 tahun beliau telah berkhidmat di 3 buah sekolah dan sekali di Jabatan. Antara sekolah yang pernah dia bertugas adalahSJKC Chin Woo, Jalan Pasar; SJKC Nam Kheung dan SK Seri Saujana, Kuala Lumpur. En Muru mula berkhidmat dengan perkhidmatan awam pada 1 Januari 1979 sebagai tukang kebun sekolah.

No comments: