16 July 2015

DR MAHATHIR: AKU AKAN PERGI TAK LAMA LAGI

Bangsa yang merdeka
Bangsa yang mulia
Sekarang sanggup menjual hak yang sedikit
Hak memilih, hak mengundi
Untuk mendapat kesenangan tanpa usaha, kesenangan yang sedikit
Maruah dijual
Bangsa dijual
Tanahair dijual
Segalanya dijual
Untuk nikmat yang tidak kekal, nikmat yang sementara yang sedikit sahaja
Politik yang menyelamat
Menjadi politik yang menghancur
Pemimpin semakin tamak
Untuk tempat dan kedudukan tinggi
Perbuatan yang haram dihalalkan
Nama Allah diperalatkan, dijual untuk nikmat yang sementara di dunia
Akan kembalikah bangsaku
Menjadi bangsa yang dijajah, dihina dan diperhambakan
Wahai bangsaku
Begitu mudahkah kamu lupa
Aku akan pergi tidak lama lagi
Dapatkah aku pejam mata dan hembus nafas terakhir
Kerana bangsaku
Negaraku
Masih mulia
Masih bermaruah
Masih dipandang tinggi
Atau mataku terbeliak
Nafasku tersesak, terhenti, kerana segala yang diperjuangkan luput ditelan nafsu
Ya Allah lindungilah bangsaku
Sedarkanlah mereka
Sedarkan mereka bahawa Engkau tidak akan mengubah nasib bangsa
Melainkan bangsa itu sendiri cuba mengubahnya
Mengubah sendiri, membendung nafsu
Kerana Allah
Kerana agama
Kerana bangsa
Kerana negara
Biarlah aku pergi
Mata terpejam rapat
Nafas perlahan berhenti…

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
Julai 10, 2015

Tahniah Cif Zali Kerana Naik Pangkat

Tahniah Cif Zali kerana diberi kepercayaan kenaikan pangkat. Cif Zali ini adalah orang kanan saya semasa saya di UPT, JPWPKL seorang yang banyak ilmu dan pengalaman serta ringan tulang. Saya tak dapat bayangkan jika dia tiada memang agak sukar juga saya untuk menjayakan tanggungjawab saya sebagai KU UPT dulu. Dia memang layak untuk menerima kenaikan pangkat tersebut.

Semoga staf bawahan seliaannya dapat mengambil contoh baik daripada dia. Semangat Cif Zali kerja bersungguh dan tidak ambil sesuatu tugas sambil lewa patut dicontohi.

Selamat maju jaya Cif dan terima kasih kerana bertugas bersama saya.

15 July 2015

Budak 4 Beradik

Dah sebulan saya dan kucing-kucing saya berpindah dari Kuala Lumpur ke Melaka. Rasanya semua kucing-kucing saya dah boleh menyesuaikan diri mereka dengan keadaan rumah yang baru. Namun saya lihat budak 7 beradik ini, anak-anak Oky masih takut-takut, mereka kerap ada bersama seakan-akan memerlukan sokongan antara mereka.

Setiap kali ada yang menjerit si Adik (abang mereka) akan berlari mencari punca suara adiknya. Macam hero nak selamatkan mangsa, dia akan berada dekat dengan adiknya seakan menyelamatkan mereka. Tengoklah berlonggok Mimi, Zizi dan Kiki di hadapan abangnya Si Adik.

Saya risau dengan sikap Si Adik, sebab dia akan menyerang atau mengusik 4 ekor lagi kucing yang saya pungut terutamanya Acik dan Miss Lulu, tanpa usul periksa (ya tak ya juga sebab dia haiwan yang tiada fikiran, tapi dia ada perasaan untuk selamatkan adik dia). Itu sebabnya adik-adik dia rasa selamat bersama Si Baby (Abang) dan Si Adik dari ibu mereka Oky.

14 July 2015

Kenangan Bersama YBhg Datin Nawal - Mantan Pengarah JPWPKL

Selak-selak external hard disk terjumpa dengan foto ini, saya bersama dengan YBhg Datin Nawal, mantan Pengarah JPWPKL, kalau tidak silap saya masa ini adalah hari amanat terakhir YBhg Datin sampaikan untuk kami warga JPWPKL kerana beliau bertukar ke Lembagai Peperiksaan menjawat jawatan Pengarah di sana. YBhg Datin banyak meninggalkan kesan pada saya terutamanya dengan ketegasan beliau dalam bertindak. Saya teringat akan bos lama saya iaitu YBhg Dato' Aziziah Abod yang juga banyak mengajar saya akan hal-hal pejabat.

Selamat berbahagia saya ucapkan kepada mereka berdua, semoga bahagia di dunia dan alam selepas ini. Terima kasih yang tidak terhingga kerana suka mengajar saya.

02 July 2015

Bujang Selamat Dioperasi

Alhanmdulillah semalam (1 Julai 2015) Bujang selamat dioperasi kerana neutered. Semoga selepas dari ini dia lebih tenang, tidak marah-marah dan tidak bergaduh dengan kucing-kucing saya yang lain.

Mula dari bertolak, Bujang bising-bising di dalam kereta dan masih mengeow apabila tiba di Vet jain, mungkin dia dapat rasakan dia diapa-apakan.

Rupanya proses di Vet jasin cepat siap dan daya bawa balik Bujang ke rumah dalam keadaan dia masih pengsan lagi. Makanya mudahlah saya memindahkan Bujang dari dalam Carrier ke dalam sangkar supaya Buajng tidak lasak apabila sedar kelak.

Bujang sedar dalam jam 12.15 tenagah hari dan mula menjilat tempat luka, saya terpaksa pakaikan e-kolar supaya dia tidak boleh menjilat luka tersebut. Menjelas petang Bujang dah ok, dah boleh minum dan makan. Dan pagi tadi saya mendapat semula Bujang saya yang nakal dan manja. Alhandulillah semuanya ok je.

26 June 2015

PD Laluan Kapal Terbang


Semasa saya menghadiri kursus di PD pada bulan lepas, saya dapati kapal- terbang sering melintasi kawasan ini dan ianya telah menjadi laluan rasmi. Pelbagai jenis kapal terbang dari syarikat penerbangan yang berbeza menggunakan laluan yang sama. Ada kalanya kapal terbang-kapal terbang ini terbang rendah sehinggakan nampak logo syarikat.

Rasanya dulu kekerapan laluan tidak seperti sekarang ini, ini mungkin juga disebabkan peningkatan perkhidmatan oleh syarikat penerbangan atau pertambahan penerbangan dari luar negara.

Nampak cantik di tengah-tengah pucuk pokok kelapa ada sebuah kapal terbang sedang melintas dan kelihatan terlalu kecil seperti kapal terbang mainan.

24 June 2015

Kasih Si Abang

Dalam banyak-banyak anak Oky, Kikilah yang paling manja. Manja dia melampau kerana setiap kali nampak abang-abang dia (Si Baby dan Si Adik) dia akan melesehkan diri (jatuhkan diri di depan atau di badan abang-abang dia) dengan harapan abang-abang dia akan jilat dan bersihkan bulu dia.

Tengok tu, kerana sayangkan adik abang dia akan terus melayan adiknya itu. Kadang-kadang saya naik geram melihatkan gelagat Kiki pantang abang dia nak rehat dia akan datang.

Abang-abang dia memang sayangkan adik-adik yang 5 ekor tu sejak dari lahir. Kalau Oky tak bersihkan anak-anak dia makanya Si Baby dan Si Adiklah yang memikul tanggungjawab tu. Sehinggakan bila Oky dah tak mau susukan mereka Si Baby dan Si Adik jugalah yang menyusukan adik-adiknya walaupun tak ada susu yang keluar sebab kedua-duanya kucing jantan. Itulah kisahnya kasih sayang abang kepada adiknya.

23 June 2015

Service Si Hitam Manis di Melaka

Pada 11 Jun 2015 yang lalu saya terpaksa membuat penyelenggaraan kereta saya di Melaka buat kali pertama. Apa nak buat kerana pertukaran saya ke Melaka banyak jadual yang berubah termasuk service si hitam manis ni. Bimbang taku sesat dan susah nak cari Toyoto Service makanya saya bercuti, rupanya tak susah manapun nak cari pusta servis ni yang terletak di Cheng.

Saya tak tahu setakat mana prestasinya tetapi nampaknya saya perlu mencuba sekali lagi di sini untuk melihat prestasi servisnya. Kalau mengikut prestasi kereta agak ok, tetapi body yang digisel kenderaan kurang mendapat sentuhan mereka tidak seperti di Taman Midah. Saya perlu bagi mereka masa lagi untuk menilai.