18 December 2014

6 Tahun Ayah Dah Tinggalkan Kami

Ayah di driving range - percubaan menebas
Hari ini dan masa ini tepat ayah tinggalkan kami. Pada masa dan hari yang sama 6 tahun dahulu ayah telah meninggalkan keluarga kami. Kami doakan agar ayah sentiasa berada di dalam keredaan Allah swt, di tempatkan di kalangan orang-orang yang dirahmati dan berada bersama dengan Rasulallah saw. Semoga Allah swt mengampunkan segala dosa ayah sama ada yang sengaja atau tidak, yang besar atau kecil.

Kami sangat berharap agar kita akan bersama nanti di akhir zaman dan di syurga

Persembahan Risk Group - Pengurusan Risiko JPWPKL

Presenter kumpulan kami adalah En Yusuf, memang tepat pilihan kami kerana En Yusuf seorang presenter yang bagus dan pandai menerangkan fakta tanpa merujuk kepada bahan.

Subjek ini seakan menjadi subjek pakar beliau, sedangkan bagi kumpulan kami ini adalah subjek baru, walaupun telah lama ada di dalam kriteria SSR.

Persembahan kumpulan kami antara yang terpnajang. Syabas kepada En Yusuf khasnya dan amnya kepada semua ahli kumpulan.

17 December 2014

Adnee Ahmad - Outlook Web App

Adnee Ahmad - Outlook Web App

Coklat Cita Rasaku

Ini adalah gubahan ice-cream coklat kegemaran saya. Impiana Hotel menghidangkan ice-cream di setiap makanan. Apa yang perlu anda lakukan ambil dan sedia untuk dimakan. Tapi bagi saya, sebelum makan saya lebih suka gubah dulu makanan tersebut.

Tak berapa jelas gubahannya sebab mangkuk yang dalam... 

Bersama Puan Mahani, yang juga hadir bengekl yang sama.

16 December 2014

Gaya Tidur Kiki

Kali ni saya nak kongsikan foto Kiki yang sedang nyenyak tidur dalam sick-bay kucing yang saya jadikan daripada sebuah kandang yang sedang besarnya. Sick-bay ini saya adakan bagi mengasingkan kucing yang sakit dan demam terutamanya yang mengidap penyakit berjangkit seperti selsema. 

Bagi keselesaan mereka saya letakkan sebuah tutup kotak yang besar. disebabkan badan mereka yang semakin berat tutup kotak yang saya gunakan untuk mereka tidur jadi penyek. Macam mana tidak penyek jika mereka sangat lasak. Tutup kotak tu memang dah tak muat tapi mereka akan bawa keluar atau gonggong tutup kotak di mana mereka suka.

Tengoklah cara Kiki mengeliat, nampak comel kan? Masa ni cuaca bukan pun panas sangat.

Bebas bergerak tanpa gangguan abang dan adik...

Bergulung.. mungkin dia diulit mimpi indah??? selemat bermimpi sayang.

15 December 2014

Risk Group - Diskusi

Semasa Retreat Jabatan yang diadakan baru-baru ini di Ipoh Perak, Ketua Sektor (KS) dan Ketua Unit (KU) diasingkan dengan fungsi masing-masing. Semua KU dan Ketua Penolong Pengarah (KPP) telah ditugaskan dalam kumpulan.

Ini adalah kumpulan saya yang dianggotai oleh Puan Jayagowri, Puan Rosmawati, En Yusuf, En Ismail, En Zulfadly dan saya. Selama 2 hari kami berkampung di sini dengan tugasan kami Pengurusan Risiko.

Di akhir bengkel semua kumpulan dikehendaki untuk membuat persembahan hasil perbincangan masing-masing.

14 December 2014

Kasih Abang Pada Adiknya

Tengok muka air muka Si Adik pun dah nampak kasih sayang. Walaupun haiwan Allah swt menjadikan haiwan ni dengan kasih sayang. Kucing kecil tu adalah Kiki, adik kepada Si Adik, Kiki sememangnya sangat suka bergesel dan bermanja-manja dengan kedua-dua abangnya. Malahan dia juga memang suka bermanja dengan saya juga.

Walaupun ruang yang kecil, Si Adik tetap memberikan sedikit ruang untuk adiknya, cukup supaya adiknya tidak jatuh. Wajah dan aksi mereka pun hampir sama, maklumlah mereka adalah adik-beradik.

Adik dia dah nak tidur.....

Akhirnya kedua-dua mereka pun terlelap dengan gaya tidur yang sama.

13 December 2014

Pets Right Food

Bagi pencinta haiwan terutamanya kucing dan anjing, mungkin poster ini dapat memberi anda sedikit pengetahuan mengenai makanan yang sesuai utnuk haiwan peliharaan anda. Rupanya haiwan yang kita pelihara tidak dapat lari dari dijangkiti pelbagai jenis penyakit, dan di posterini ada dinyatakan makanan yang sesuai utnuk sesuatu penyakit itu.

Jadi lain kali untuk belikan makanan untuk haiwan peliharaan anda sebutkan kod-kod yang diberikan bagi menjaga kesihatan mereka.