31 August 2014

5 Sebab Kenapa SiComel Menjadi Sempurna Dalam Keluarga

Kali ini sya ak brkongs dengan dasemua maklumat mengenai sicomel kucing pemeiharan kita. Saya peroleh artikel ini dari

Sicomel, kadang-kadang dilihat sifatnya suka menyendiri dan tidak personaliti. Sudah tentu dengan generasi sekarang ini kebanyakkan mereka ini lebih suka tidak berkongsi kehidupan mereka dengan sicomel. Kami pencinta kucing ketawa kerana kita tahu ianya tidak benar sekali dengan cara generasi sekarang. Setiap kucing mempunyai personaliti yang hebat dan unik. Mereka seronok, bersosial dan menjadi sebahagian dari keluarga kami.

Sesetengah keluarga menganggap anjing adalah haiwan peliharaan keluarga terbaik dan aktif, bersemangat penyayang serta suka bermain. Kami fikir anjing adalah haiwan kesayangan keluarga yang terbaik untuk beberapa, namun, sicomel boleh menjadi pilihan yang lebih baik untuk keluarga, terutama mereka yang mempunyai kehidupan yang sibuk.

Berikut adalah 5 sebab mengapa sicomel adalah haiwan peliharaan kesayangan keluarga yang ideal.

1- MEREKA BERSOSIAL

Kami sedar bahawa sicomel lebih cenderung bersosial antara satu sama lain, tetapi sebahagian besarnya, mereka akan datang di mana adanya manusia. Salah seekor kucing kami sentiasa berada disisi dan sentiasa dalam penglihatan kami. Jika anda bergerak kedalam ruang tamu untuk menonton televisyen, mereka akan mengikuti dan berada disisi anda, bukan?. Sicomel tidak akan melompat disekitar anda berada, tetapi mereka menikmati serta berkongsi ruang dengan anda. Sesetengah kucing akan berasa dirinya di dalam keadaan selesa bersama dengan pemiliknya. Salah satu teknik untuk mengajar anak-anak yang betul untuk mengenal dan menyayangi sicomel

Sesetangah kucing akan menyorokkan diri dari tetamu yang datang kerumah anda tetapi ada juga sicomel tidak takut dengan kehadiran org luar malah memanjakan diri di hadapan tetamu yang hadir berkunjung. Tidak seperti anjing, sifat kucing yang agak santai dan tidak terlalu gopoh untuk mendapat perhatian dari pemiliknya. Sekali lagi, sesetengah keluarga menikmati kehidupan seperti ini yang lebih tenang dengan kehadiran sicomel.

2- MEREKA BERMAIN

Tidak kira bagaimana sosial kucing, mainan besar biasanya sifat dan cara untuk melibatkan diri dalam permainan kucing yang aktif. Sicomel yang aktif dan sihat lebih suka dengan permainan yang berunsurkan pergerakan tali yang diikat dengan sebatang rod. Malah anak-anak kecil boleh menggunakan rod ini untuk bermain dengan kucing mereka. Sicomel sering melucukan apabila mereka bermain dan kanak-kanak suka dengan cara sebegini. Mereka suka melompat dan berlari dikawasannya. Ini adalah hiburan yang sangat baik untuk semua peringkat umur!

3- MEREKA MENGAJAR ANAK-ANAK TENTANG BELAS KASIHAN

Sesetengah anjing akan bermain dengan aktif dan kasar tidak kira keadaan sekalipun. Sicomel lebih suka di kendalikan dengan cara yang lemah lembut dan senyap ketika bersama-sama. Disini kanak-kanak boleh belajar bagaimana untuk berhati-hati dan hormat berinteraksi dengan sicomel, mereka belajar erti sifat belas kasihan. Inilah sifat yang akan mereka pegang untuk kehidupan di akan datang.

4- MEREKA MUDAH DAN SENANG UNTUK DIJAGA

Tidak seperti anjing, kucing biasanya melatih diri mereka sendiri. Mereka akan menguruskan dirinya sendiri seperti membersihkan dirinya dengan lidah, 'poo' & 'pee' dibekas pasir yang disediakan kerana ianya adalah kehidupan semulajadi sicomel. Ini menjadikan penjagaan kucing agak mudah bagi keluarga yang mempunyai jadual sibuk. Pada masa yang sama kanak-kanak akan mempelajari sikap tanggungjawab apabila mereka tahu bagaimana untuk mengendalikan sicomel dengan mudah.


5- MEREKA BOLEH BERSENDIRIAN SEKETIKA WAKTU
Sesetengah 'Dog Lover' sering terpaksa meninggalkan kerja atau mengambil masa untuk membawa anjing mereka keluar berjalan-jalan. Walaupun kucing tidak boleh dibiarkan bersendirian untuk tempoh masa yang lama, mereka boleh bersendirian untuk seketika waktu dan dengan cara ini membolehkan anda bersama keluarga untuk menjalankan aktiviti seperti belajar, bermain dan santai.

Jika anda mendapati anda terlepas waktu makan sicomel, anda akan meminta salah seorang dari keluarga untuk memberi makan serta bermain dengan sicomel. Dan jika anda hendak pergi bercuti atau atas dasar tugasan diluar kawasan, anda akan menggunakan servis penjagaan sicomel atau perkhidmatan hotel haiwan untuk menjaga mereka dengan harga dan bayaran yang berpatutan. Sicomel adalah haiwan yang suka bebas, tetapi mereka masih tetap memerlukan perhatian dan kasih sayang!

Adakah anda berfikir kucing adalah haiwan peliharaan yang sesuai untuk keluarga yang sibuk? Sila tinggalkan komen anda diruangan yang disediakan....

Sumber: Zul n Azizi Boarding Pets

Hamas menang?

Hamas bukan sahaja menang dari sudut ketenteraan. Kita boleh huraikan dari sudut ketenteraan namun kemenangan yang lebih besar, lebih menarik dan lebih muktamad adalah:

1. Kemenangan politik
2. (Public opinion) Pandangan umum masyarakat antarabangsa.

Seperti peperangan Hijaratus sijjil (2012) Israel tidak ada pilihan melainkan terima semua syarat yg dikemukakan oleh HAMAS. Bezanya kali ini ialah Israel menerima tuntutan HAMAS melalui Fatah as Sisi, yang diharapkan akan memaksa HAMAS untuk tunduk kepada syarat syarat Israel. Namun sebaliknya yang berlaku.

Tanpa sebarang perundingan Israel menerima semua tuntutan HAMAS!

1. Membuka semua 5 laluan masuk ke Gaza dari israel. Setakat ini cuma 2 yg berfungsi (Eretz dan Kareem Shalom), di mana pergerakan keluar masuk dan penyaluran bantuan kecemasan dan kemanusiaan termasuk bahan binaan akan berjalan lancar tanpa sebarang sekatan. Syarat ini juga termasuk transaksi kewangan dari seluruh dunia tanpa kawalan dari US, EU dan Israel.

2. Tentang zon perikanan. Bukan sahaja diperluaskan sehingga 6 batu nautika dan dilanjutkan sehingga 12 batu nautika sebelum akhir tahun 2014, bahkan buffer zone (zon penampan) dihapuskan. Sebelum ini nelayan dibenarkan menangkap ikan sehingga 3 batu nautika dan 1 batu nautika sebagai buffer zone (bermakna nelayan hanya boleh menangkap ikan setakat 2 batu nautika).

3. Tentang pembinaan semula - ini akan dimuktamadkan dalam tempoh sebulan selepas rundingan dgn egypt. Ini termasuk pembinaan semua pelabuhan dan lapangan terbang di Gaza. Di sini Mesir pula yang terpaksa mengakui hak Palestin untuk laluan tanpa sekatan di sempadan Rafah dan kemasukan barang-barang binaan yang akan diselaraskan dalam sebuah konferens antarabangsa yang akan dilaksanakan dalam tempoh sebulan dari tarikh bermulanya gencatan senjata jangka panjang.

4. Kejayaan terbesar ialah israel bersetuju untuk tidak lagi menjejak dan mensasarkan pergerakan pimpinan HAMAS dalam dan di luar Gaza.

Ini adalah kejayaan besar kerana Israel bersetuju di hadapan seluruh dunia utk menerima semua syarat syarat HAMAS terutama syarat tidak lagi menjejaki pimpinan HAMAS.

Israel terpaksa menelan ego nya yg amat pahit apabila tunduk kpd HAMAS yg dicop sebagai pengganas dan berikrar tdk akan berunding dgn HAMAS

Kini mereka bukan sahaja terpaksa berunding bahkan terpaksa menerima syarat syarat HAMAS!

Bagi mereka yg meneliti sejarah ini adalah umpama British unconditional surrender of Singapore to Japan! Penyerahan Singapura oleh British kepada Jepun yang tercatat sebagai episod paling memalukan dalam sejarah empayar British.

Jadi isunya bukan Israel akan mungkir janji. Kemungkinan Israel mungkir janji adalah hampir pasti. Sebab itu HAMAS hanya bersedia untuk rundingan gencatan senjata dan bukan rundingan damai. Ini bermakna hubungan di antara HAMAS dan Israel tetap hubungan peperangan yang dihentikan atas terma-terma yang diterima oleh Israel tanpa syarat. Oleh kerana ia gencatan senjata ia boleh berakhir bila-bila masa terutama sekiranya Israel melanggar ketetapan gencatan senjata tersebut.

Isunya israel telah dimalukan (humiliated before the whole wide world). Ia adalah ibarat kaki buli (big bully) yang diejek dan menjadi bahan tertawa masyarakat antarabangsa (taunted and a subject of jest by everyone.). US yang menjadi pelindung setia hanya memerhatikan sahaja ketua penjahat upahan mereka dimalukan oleh Gaza.

It is unthinkable for a big bully to be jeered by his own victim. And the world gave a standing ovation to gaza.

Dr. Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi,
Humanitarian Care Malaysia.

(foto: ezz al zanoon)

***
Bantuan anda sejumlah RM5.08 juta telah disalurkan di dalam Fasa 1 OperasiBadar. Bagaimana bantuan disampaikan semasa perang? Baca di sini:http://on.fb.me/1q9aPN4. [Ph]

Sumber: Aqsa Syarif

30 August 2014

Selamat Hari Kebangsaan Malaysia


Saya nak ucapkan selamat menyambut hari kebangsaan negara ini yang ke 57 kepada semua rakyat yang berbilang kaum.


10 syarat yang ditetapkan Hamas untuk Gencatan Senjata

Baru-baru ni HAMAS dan Israel memeterai persetujuan gencatan senjata. Dalam sejarah inilah kali pertama Israel mematuhi gencatan senjata ini setelah beberapa kali melanggarnya. Kenapa agaknya kan?

Saya mempunyai pandangan tersendiri bahawa Israel memangnya tidak boleh dipercayai 100%. Ini telah dinyatakan di dalam Al Quran. Mungkin disebabkan ini juga HAMAS memberi 10 syarat antaranya:

1.   Memberhentikan serta-merta peperangan antara kedua-dua belah pihak dan pengunduran kereta-kereta kebal Israel ke pangkalannya serta mengembalikan kawasan-kawasan perbatasan kuning yang digariskan sebelum ini serta tanah pertanian juga membenarkan para petani Palestin untuk bekerja di tanah-tanah pertanian mereka.

2.   Membebaskan semua rakyat-rakyat Palestin yang ditangkap sejak 23 Jun 2014 juga jaminan kebajikan mereka khususnya tahanan dari Jerusalem, Gaza dan rakyat Palestin dalam(rakyat palestin yang tinggal dalam Israel).

3.   Membuka kepungan ke atas Gaza secara total serta laluan-laluan sempadan untuk laluan barangan-barangan serta individu dan laluan untuk kemasukan semua bahan-bahan mentah seperti makanan dan bahan-bahan binaan serta membina stesen jana elektrik yang cukup untuk semua keperluan Semenanjung Gaza.

4.   Pembangunan semula pelabuhan laut antarabangsa dan lapangan terbang antarabangsa yang diselia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara-negara berkecuali.

5.   Perluasan kawasan penangkapan ikan bagi nelayan sehingga 10km dari persisir pantai Gaza serta menyediakan para nelayan dengan kapal-kapal nelayan dan muatan/kargo besar.

6.   Menjadikan laluan Rafah sebagai laluan antarabangsa yang diselia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), negara-negara Arab dan negara atas kerjasama.

7.   Penandatanganan untuk gencatan senjata bagi tempoh 10 tahun serta menempatkan pengawal-pengawal antarabangsa di setiap sempadan.

8.   Jaminan dari pihak Israel untuk tidak menceroboh ruang udara Palestin serta membenarkan mereka dari Gaza untuk menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa.

9.   Israel tidak dibenarkan masuk campur dalam urusan kerajaan Palestin mahupun dalam pembentukan kerajaan perpaduan Palestin.

10.  Pembinaan semula kawasan-kawasan perindustrian di sempadan serta jaminan keselamatannya dan kemajuannya.

Sumber : Jabatan Media Hamas (Terjemahan oleh Aman Palestin)

29 August 2014

India film actress Monica converts to Islam

India film actress Monica, who has been queen of Tamil film industry for many years converted to Islam, The Times of India reported on May 31, 2014. Earlier, Bollywood’s internationally famous music directors A.R. Rahman and Yuvan Shankar Raja had converted to Islam. However, while Rahman and Shankar have continued to work in the film industry, Monica has decided to quit the film industry to get married and raise a family.

“I embraced Islam because I was attracted to Islamic rules especially the women’s rights in Islam. I started reading about Islam in 2010 with the misconception that it promotes extremism. However, during my research I found out that Islam is indeed a religion of peace,” she said.

“I have been practicing Islam for almost four years now. My father is a Christian and my mother is a Hindu and they support my decision fully. My last film ‘Nadhigal Nanaivathillai’ would be releasing soon and I won’t be acting in films henceforth,” Monica said during a press conference (video below) at RKV Studios on May 30, 2014.

Monica, 26, has changed her name to MG Rahima where ‘M’ has been extracted from her father’s name Marothi Raj while ‘G’ represents her mother’s name Gracy.

Born as Rekha Maruthiraj, she took the name Monica for her acting career in Tamil and Telugu films. Later, she changed her name to Parvana for Malayalam films

Monica has acted in nearly 70 Tamil, Telugu and Malayalam films like Inidhu Inidhu Kadhal Inidhu, Isai Arasan 23m Pulikesi, Varnam and the 2013 film Jannal Oram.

Monica won Tamil Nadu State Award as the best child actor for her performance in En Aasai Machan.
http://thedeenshow.com/watch/3177/indias-top-actress-monica-converts-to-islam

____________________________________________
Watch This weeks new show of TheDeenShow
https://www.youtube.com/watch?v=dsv5ouE91Uw

Please subscribe to my youtube channel
https://www.youtube.com/user/TheDeenShowTV?sub_confirmation=1

28 August 2014

Kereta Pertamaku

Minggu ni Radio Sinar FM mengutarakan tajuk KERETA PERTAMAKU di rancangan bual paginya. Saya teringat akan kereta pertama saya yang diusahakan pembeliannya oleh ayah. Inilah kereta pertama saya yang sangat saya banggakan itu. 

Saya memperoleh kereta ini selepas setahun saya berkerja di dalam perkhidmatan Kerajaan. Kebanyakkannya ayah yang bersusah payah untuk menguruskan pembeliannya dan setelah memperolehinya saya gunakannya. Perposing dengan kereta Mazda 323 yang pada tahun itu juga boleh tahan glamournya.

Dengan kereta inilah saya sering balik kampong bersama dengan sepupu saya Julia (along). Kami masih muda dan bergaya dengan kereta ini. Cuba bayangkan !!! melihat anak muda sekarang saya dapat menyelam rasa seronok dan teruja . . . . itulah kehidupan masa muda yang penuh dengan cabaran dan keseronokan. Namun kita kena bijak dalam mengambil tindakan. Berfikir kena banyak kali sebelum bertindak.

27 August 2014

Gaya Baby Tidur

Buah hati saya, Si Baby yang sekarang ni saya kerap panggil dia abang kerana dia adalah anak Oky yang sulung. Dengan mempunyai adik 6 ekor dan seekor adik angkat Itam Mike Black (IMB) Baby lebih menunjukkan sifak abangnya terutamanya terhadap adik-adik kandungnya yang 5 ekor itu.

Walaupun begitu dia sangat tahu apabila saya ada, dia akan lebih manja berbanding adik-adiknya. Tengok je gaya dia tidur dah membuat saya jadi sangat sayang pada dia. Bila digosok perutnya dia berpusing-pusing.

Kata perawat di Vet yang saya kunjungi dia bersaiz lebih besar dari usianya yang baru mencecah 10 bulan. Mungkin kerana baka Maine Coon yang masih ada dalam tubuhnya membuatkan Baby dan Adik bersaiz besar dengan berat masing-masing hampir 5kg dan 5.2kg.

Tengoklah muka manja dia. Siapa yang tak sayang kan? Pada semua orang yang memelihara kucing, bagaimana buruk dan hodoh pun kucing kita tapi pada mata kita dia tetap tercantik dan manja... betulkan?

Nenyak betul dia tidur terutamanya masa hujan dan dalam bilik yang berhawa dingin.

Gaya seksi Baby

Tidurlah bermimpikan tikus comel dan mengejarnya sehingga dapat tangkap... dia tak berpengalaman untuk tangkap tikus hidup hanya selalu bermain dengan tetikus je...

26 August 2014

..... Bila Tun Mahathir Bersuara ...

Aug 18th, 2014 @ 10:54 am › chedet

1. Ada orang yang memberitahu kepada Dato Seri Najib Tun Razak yang saya telah memburukkan pemerintahannya.

2. Saya tidak akan menyangkal kerana saya telah berkali-kali menegur dasar-dasar Kerajaan sekarang.

3. Saya menegur kerana saya berpendapat pemimpin yang tidak ditegur akan percaya segala-gala yang dilakukan oleh mereka baik-baik belaka. Hanya apabila ditegur sahaja barulah pemimpin akan sedar akan kesalahan dan mungkin akan memperbetulkannya.

4. Izinkan saya mencerita cerita dongeng berkenaan seorang raja Inggeris. Ia dikelilingi dengan ramai dato-dato yang mendakwa dia adalah seorang raja yang amat berkuasa keatas segala-galanya. Demikian pasang-surut air di laut pun akan patuh kepada perintahnya.

5 Alkesah, maka pada satu hari raja menitah untuk meletakkan takhtanya di pantai menghadapi laut.

6. Air sedang pasang dan raja bertanya kepada dato-datonya apakah baginda boleh hentikan air pasang supaya tidak basahkan kakinya.

7. Jawab mereka, “Ya, Tuanku. Air tidak akan sampai kaki Tuanku.”

8. Maka raja pun menitah supaya air laut itu tidak naik lagi.

9. Tetapi air laut itu terus pasang dan kena pada kaki baginda. Maka baginda pun murka kepada dato-datonya. Demikianlah sikap dato-dato kerana ingin menyenangkan hati raja mereka.

10. Satu lagi cerita dongeng juga ialah berkenaan dato-dato istana yang tidak pernah menegur raja. Mereka sepanjang masa mengiyakan saja apa juga yang dilakukan oleh raja.

11. Satu hari raja masuk dewan dalam keadaan bogel. Baginda bertanya cantikkah pakaiannya. Semua angguk kepala dan berkata “Ya Tuanku”.

12. Hanya seorang budak yang berkata, “Tuanku bogel.”

13. Maka raja pun murka akan dato-datonya yang tidak berkata yang benar apabila dia bogel.

14. Kita boleh dapat sedikit pelajaran dari cerita-cerita dongeng ini.

15. Orang Melayu mempunyai banyak pepatah yang boleh jadi panduan dalam kehidupan mereka. Antaranya ingin saya sebut di sini: “Sayangkan anak tangan-tangankan, Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan” Dengan izin saya ingin menambah sedikit kepada pepatah ini. “Sayangkan pemimpin tegur-tegurkan”

16. Saya lihat bagaimana orang Melayu tidak mudah menegur pemimpin. Walaupun pemimpin jelas bersalah, tidak ada siapa yang sanggup menegur secara terbuka. Tetapi di belakang pemimpin mereka akan keluarkan kata-kata yang kesat terhadapnya.

17. Mungkin saya berbeza sedikit dari Melayu lain. Apabila YTM Tunku membuat beberapa dasar dan tindakan yang tidak disenangi oleh ramai orang Melayu, saya menulis surat menegur Tunku.

18. Walaupun kerananya saya dipecat, tetapi YTM Tunku meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Mungkin bukan kerana teguran saya, tetapi hakikatnya Tunku mengundur diri.

19. Demikian juga dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Mungkin kerana teguran, mungkin kerana prestasi buruk Pilihanraya ke 12. Tetapi hakikatnya Tun Abdullah juga letak jawatan.

20. Saya sendiri pun letak jawatan. Sebahagian dari sebabnya ialah kerana saya dengar bisik-bisik yang menyoal “Bila lagi orang tua ini akan pergi.” Saya percaya jika saya tidak letak jawatan, bisik akan jadi jeritan.

21. Pilihan saya bagi mengganti Tun Abdullah ialah Dato Seri Najib. Setelah beberapa lama dilihat bahawa dasar dan tindakan Dato Seri Najib tidak lebih berkesan dari Tun Abdullah.

22. Saya tidak sangka yang pencapaiannya dalam Pilihanraya Umum ke13 lebih buruk dari Tun Abdullah.

23. Harapan saya Dato Seri Najib akan mengambil ikhtibar dari prestasinya yang buruk dalam Pilihanraya Umum ke 13. Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan dari segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Dato Seri Najib.

24. Saya tidak ada pilihan selain dari menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur.

25. Apakah dianya yang saya fikir salah. Ia bermula dengan pendirian melayani semua tuntutan musuh. ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit pun mengurangkan tentangan oleh parti lawan. Sebaliknya jenayah bertambah dengan banyaknya kerana pembebasan ketua-ketua geng.

26. Demikian juga dengan sikap merendah diri kepada negara jiran sehingga urusan dalam negeri pun tertakluk kepada pendapat Kerajaan negara jiran.

27. Tetapi pendapat kaum dan parti yang kuat menyokong untuk menyelamatkan kedudukan Kerajaan tidak diberi layanan yang saksama.

28. Wang Kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila sahaja pilihanraya umum diadakan. Ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada Kerajaan untuk segala-galanya. Bagi yang betul-betul miskin, bantuan seperti ini memanglah wajar. Tetapi beribu rakyat yang ditawar menolak bantuan wang seperti ini. Semangat rakyat untuk bekerja menjadi luntur apabila mereka diberi ganjaran tanpa apa-apa usaha oleh mereka. Semangat ini tidak akan menolong pembangunan Negara.

29. Dasar ekonomi mengutamakan tuntutan pengguna. Impot barangan digalakan dan industri tempatan diabaikan, bahkan dihalang oleh dasar Kerajaan.

30. Cuti ditambah sehingga adakalanya pekerja bercuti lebih satu minggu. Sebaliknya gaji minimum dinaikkan tanpa mengambilkira kenaikan kos yang boleh menjadi perniagaan dan perusahaan tidak bedayasaing dengan barangan impot.

31. Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara.

32. Semua ini disebabkan penyokong Kerajaan tidak pernah menegur pemimpin.

33. Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman, dipulau oleh Datuk Seri Abdullah dan difitnah oleh ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima.

34. Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya.

Sumber: fb Kelab Che Det