13 August 2014

Baby dan Adik Menempuh Kehidupan Baru

 Akhirnya jadual untuk pembedahan Baby dan Adik tiba juga. 7 Ogos 2014 merupakan hari yang banyak haiwan dijadualkan pembedahan OHE atau neutered kerana ramai doktor pelatih dari UPM turun di Veterina ini.

Adik dan Baby memalingkan mukanya, tetapi hari ini mereka sangat tenag dan tidak langsung mengeow. Sopan sungguh dan mereka berdua sentiasa ada pelawat yang melihat dan bercakap dengan mereka. Tapi mereka yang sangat pemalu.

Buah hati kesayangan saya. Tenangnya dia menunggu nombor dipanggil.

Tapi saya pun tak duduk jauh dari mereka. Saya sanggup bersila di lantai asalkan dapat bercakap dengan mereka berdua sebelum kedua-duanya masuk ke theater.

Sabar yang sayang. Untuk kebaikan tindakan ini terpaksa dilakukan.

12 August 2014

Cerita Tentang Ayahanda Tun Dr Mahathir yang perlu umat Islam Malaysia tahu!



Terima Kasih pada sahabat kita Tuan Rahim kerana mengarang maklumat ini dengan sempurna.

TAHUKAH ANDA??

1. Dia lah yang menggerakkan negara Islam yang lain untuk membantu Bosnia Herzegovina ketika umat Islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2. Dia juga lah yang menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam kita ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” – Tun Mahathir.

3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam di Bosnia.

4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestin.

5) Dia juga lah pemimpin Islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6) Dia juga lah yang mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat Islam demi untuk melepaskan sekatan Amerika Syarikat.

7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan Islam dimata dunia.

8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

9) Dia lah yang ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.

Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..

Bila berbicara soal Tun M, sudah pasti sebak dan berlinang air mata kerana jasa yang dicurahkannya sudah pasti tidak dapat dibalas.

Siapa dia? Ya.. dialah..

TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia.

‪#‎MMFC‬ ‪#‎TDM‬

11 August 2014

Gaza Makin Musnah

Lihat sahaja kemusnahan yang telah dilakukan oleh Israel terhadap Gaza. Maka sangat benarlah firman Allah di dalam AL Quran bahawa di akhir zaman bangsa Yahudi merupakan pemusnah bumi ini. 

Yang menjadi kebingungan kita bangsa ini disokong oleh Amerika Syarikat (AS) yang kononnya bertindak sebagai polis dunia. Jadi jelaslah kepada kita jenis polis macam mana AS ini. Kemusnahan bangunan mungkin kita boleh diamkan tetapi kematian dan pembunuhan beramai-ramai tidak mungkin boleh kita diamkan.

Zionis Israel sememangnya bangsa yang telah disebut-sebut dalam Al Quran, iaitu kitab Allah swt. Yang mana kita nak pertikai dan mendustakannya.

5 Ogos 2014 Yang Merunsingkan

Pada 5 Ogos 2014 yang lalu, saya membawa Si Baby, Adik dan Kiki untuk pemeriksaan Veteriner di Hospital Veterina Cheras. Saya tiba agal lewat, iaitu jam 9 pagi dan masa tu dah ramai pesakit haiwan dengan tuan masing-masing. (Foto emak sedang memujuk Kiki)

Sebaik sahaja saya membawa ketiga-tiga mereka masuk ke ruang menunggu mereka dah mula mengeow mulanya perlahan dan lama-lama menjadi kuat. Kucing-kucing lain juga sedia ada yang sudah mengeow. Rasanya ini yang membuatkan simanja saya tiga ekor tu rasa tidak selesa. Foto di atas Baby lebih selesa duduk di kaki saya.

Selepas ambil nombor, saya ajak emak saya menunggu sahaja di dalam kereta. Mungkin dengan alat hawa dingin yang sejuk membuatkan mereka lebih tenang. Malangnya sehingga jam 12 tengahari nombor saya masih belum dipanggil. Saya terpaksa bercakap dengan petugas untuk memeriksa Baby dan Adik di dalam kereta saya sahaja, kerana kedua mereka perlukan pengesahan untuk membolehkan temujanji untuk operasi OHE (nutered). Alhamdullilah seorang doktor di situ sangat prihatin dengan keadaan ketidak selesaan mereka dan membenarkan seorang petugas memeriksa Baby dan Adik di dalam kenderaan sahaja.

Akhirnya Kiki dapat juga berjumpa dengan perawat kerana selsema dia. Inilah pertama kali kucing-kucing saya buat hal. Apabila mereka meragam saya dan mak yang rasa sangat tidak selesa. Setiap kali mereka mengeow saya rasakan kesakitannya. Kasihan sungguh .... Kiki berkongsi tempat duduk pemandu dengan saya.

10 August 2014

Kuasa Allah Siapa Yang Nak Lawan

[cakna Palestin : 23 Mujahid Al-Qassam terselamat dari runtuhan terowong setelah 13 hari terperangkap]

Satu kejadian yang tidak disangka berlaku apabila sekumpulan mujahidin dari pergerakan Al-qassam seramai 23 masih hidup walaupun terperangkap selama 13 hari disalah sebuah terewong yang menyeberangi sempadan Gaza dan Israel untuk menyerang askar Zionis Israel. Peristiwa ini adalah salah satu daripada kisah-kisah yang menceritakan tentang karamat Allah S.w.t kepada hamba-hambanya yang berjuang di jalan-NYA.


Salah seorang daripada Mujahid Al-Qassam memberitahu bahawa, Peristiwa ini berlaku apabila jalan keluar dan masuk salah satu terowong ini dimusnahkan oleh tentera Zionis Israel dan menyebabkan mereka iaitu 23 orang Mujahidin ini terperangkap di dalamnya. Kedalaman terowong bawah tanah itu dipercayai sedalam 25 meter dari permukaan tanah.

Wakil bilik gerakan pergerakan Al-Qassam memberitahu bahawa, sejak hari pertama mereka dihantar untuk melakukan serangan keatas tentera Zionis Israel melalui terowong ini, hubungan diantara mereka dan kumpulan 23 Mujahidin ini terputus disebabkan runtuhnya jalan keluar dan masuk terowong ini setelah di Bom oleh tentera zionis. Maka dengan itu, mereka menyangka 23 mujahidin ini telah pun syahid.

Pihak Al-Qassam menjalankan carian terhadap 23 mujahidin ini setelah genjatan senjata dipersetujui antara Hamas dan Israel. Operasi mencari ini adalah untuk mencari jasad mereka yang tertimbus. Namun apa yang mengejutkan ialah, apabila kami menjumpai mereka iaitu 23 orang Mujahidin ini berada dalam keadaan sihat sepanjang tempoh 13 hari mereka terperangkap didalam terowong ini.

Selain daripada itu, salah seorang daripada 23 Mujahidin ini berkata, bahawa sesungguhnya pertolongan ALLAH itu ada. Allah telah memudahkan urusan dan keperluan mereka selama mereka terperangkap didalam 'perut bumi' ini. Kebetulan pada waktu itu adalah pada bulan Ramadhan, maka setiap daripada kami membawa bekal sedikit buah Tamar (kurma), sepanjnag kami terperangkap dalam terowong itu, kami makan separuh daripada buah kurma yang kami bawa itu setiap hari. Manakala sumber minuman pula kami mendapatkanya daripada punca airmata air yang mengalir di kawasan terowong itu, maka kami mengambilnya dengan menggunakan cebisan daripada baju dan setiap daripada kami meminumnya dalam anggaran separuh gelas setiap hari.

Beliau menambah lagi " sesungguhnya kejadian ini menjadi bukti kepada seluruh penduduk Palestin khususnya dan seluruh umat islam Amnya, bahawasanya ALLAH bersama kita dan DIA (ALLAH) tidak sesekali meninggalkan kita dengan sia-sia , Sesungguhnya Sebaik-baik pertolongan itu adalah pertolongan daripada ALLAH ".

sumber : Nafhidatul Misr/ Al-Jazeera Misr/ Malaysians 4 Egypt - M4E

6 Ogos 2014

Boycott Starbuck - Product by Israel


09 August 2014

Breaking: Russian Satellite Imagery on MH17 (Black Box and New Evidence)

Black Box Proves Missile Didn’t Do It
—
… by Gordon Duff, Senior Editor

Scroll down for our update on “explosive decompression” and aircraft cannon coverage. Simply put, shrapnel or “fragmentation” can’t blow an airplane apart. Bullets have little effect and even blowing out a door or window won’t do much. However, a moderate bomb can do much, as you can check below. A bigger bomb now seems to be the answer and, just perhaps, the missile seen below as a way of trying to blame Russia.

Read the new material supplied by Los Alamos National Labs. If you have questions, list them and we will endeavor to get you the answers.

Reporting on Malaysian Airlines flight MH17 has become childish, irresponsible and many have actually decided to invent wild stories even worse than the government/AIPAC lies.

Some such stories are on Veterans Today, stories totally unresearched, stories that are groundless and based on speculation and bad brain chemistry. Such stories push our editorial limits as they are no more than spam.

We have made note of several findings thus far. We have noted that were a missile used, an exhaust trail would have been visible for many miles and would have been photographed. It was not and, thus, never existed. Locals were questioned, none saw a launch nor exhausts.

The Russians have finally allowed someone to send us their video of MH17. Judge for yourself. We stick to “bomb” but are taking this under advisement:

[ Note: What you will be watching below is not a black and white image but infrared one. Hotter items show up as white. What looks like a launch smoke plume is not...but the infared heat signature. If you rewatch it and freeze at the beginning you will see the white hot spot dot where the launcher was in the tree line. There is a smoke plume, very visible, loud, and more visible as it gets higher...Jim W. Dean ]

For more please read: http://www.veteranstoday.com/2014/07/27/notes-on-mh17/

08 August 2014

Fatwa Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi berkenaan boikot ekonomi Zionis dan Amerika Syarikat

20 Muharram 1423 AH
4 April 2002

SOALAN : Apakah kita dibenarkan membeli barangan dari sumber Israel, sedangkan wang yang kita guna dalam jual-beli itu akan digunakan untuk membantu "jentera peperangan" Yahudi?

JAWAPAN oleh Sheikh Yusuf Al-Qaradawi :

Membebaskan tanah milik Islam daripada mereka yang menakluk atau menyerangnya adalah merupakan satu Jihad. Jihad ini merupakan suatu yang wajib dan mulia; pertamanya ke atas warga negara berkenaan. Sekiranya warga negara tersebut tidak mampu untuk melawan, maka Muslim dari negara jiran wajib membantu. Sekiranya ini masih tidak mampu juga untuk melawan, maka semua Muslim di dunia ini mesti membantu.

Palestin adalah bumi kepada Kiblat pertama umat Islam, bumi Isra' dan Mi'raj, bumi kepada Masjid al-Aqsa dan daerah yang dimuliakan ALlah. Penakluk bumi ini merupakan musuh besar kepada umat Islam, dan mereka didokong oleh negara yang terkuat ketika ini – Amerika, juga komuniti Yahudi dari seluruh dunia.

Jihad wajib dilancarkan kepada mereka yang merampas tanah dan menghalau pemiliknya, menumpahkan darah, mengkhianati kehormatan, memusnahkan rumah-rumah, membakar ladang-ladang, dan memusnahkan bumi berkenaan. Jihad merupakan kewajipan yang paling terdahulu dari kewajipan-kewajipan yang lain, merupakan tugas paling utama umat Islam. Muslim mesti melaksanakan jihad, pertamanya kepada pemilik tanah berkenaan, kemudian jiran-jirannya, dan akhirnya seluruh umat Islam.

Kita mesti bersatu menentang penjajah. Kita bersatu di dalam Islam, termasuklah kesatuan dalam iman kepada Shari'ah, kesatuan kepada Qiblat, dan kesatuan dalam kesengsaraan dan harapan.

Seperti yang difirmankan oleh Allah: "Sungguh, inilah agama kamu, agama yang satu." (Qur'an, 21:92). Allah swt juga berfirman: "Sesungguhnya orang-orang yang mukmin itu bersaudara." (Qur'an, 49:10).

Dalam satu riwayat Hadith RasuluLlah saw menyatakan: "Orang Islam bersaudara orang Islam, tiada boleh ia menganiayainya, dan tiada boleh membiarkannya (dalam kehinaannya,) dan tiada boleh mendustainya dan tiada boleh menghinakannya." [Riwayat Muslim].

Hari ini kita melihat saudara dan anak-anak kita di Al-Aqsa dan Palestin mengorbankan darah mereka, menyerahkan jiwa mereka di jalan Allah. Seluruh umat Islam mesti membantu mereka dengan apa jua kuasa yang mereka ada. (Lihat al-Quran, 8:72).

Sekiranya seseorang meminta bantuan kerana agamanya, kita mesti membantu. Jentera bantuan kepada mereka adalah melalui boikot secara menyeluruh terhadap barangan musuh. Setiap riyal, dirham... dan sebagainya yang digunakan untuk membeli barangan mereka akan akhirnya menjadi peluru-peluru untuk menembak jantung saudara-saudara dan anak-anak di Palestin.

Oleh kerana itu, adalah wajib bagi kita untuk tidak membantu mereka (musuh Islam) dengan membeli barangan mereka. Membeli barangan mereka bererti menyokong tirani, penindasan dan kekejaman. Membeli barangan mereka akan menguatkan mereka; tangungjawab kita adalah untuk melemahkan mereka semampu kita.

Kewajipan kita juga adalah untuk memberi kekuatan kepada saudara-saudara kita yang berjuang di bumi barakah ini semaksima yang boleh. Jika kita tidak mampu memberi kekuatan kepada saudara kita, adalah menjadi tugas kita untuk melemahkan musuh. Sekiranya kelemahan musuh tidak tercapai kecuali dengan boikot, maka kita wajib memboikot mereka.

Barangan Amerika, sepertimana barangan "Israel" adalah haram. Adalah haram untuk mengiklankan barangan mereka. Hari ini, Amerika adalah Israel kedua. Mereka membantu sepenuhnya entiti Zionis. Israel tidak mampu merampas tanpa bantuan Amerika. Semua pemusnahan yang dilakukan "Israel" adalah dengan menggunakan duit Amerika, senjata Amerika, dan veto Amerika. Amerika telah berkurun-kurun melakukan semua ini tanpa menerima kesan hukuman atau protes terhadap tekanan dan kedudukan mereka yang mencurigakan daripada dunia Islam.

Kini tibalah masanya untuk umat Islam mengatakan "TIDAK" kepada Amerka, "TIDAK" kepada syarikat-syarikatnya, dan "TIDAK" kepada barangannya yang membanjiri pasaran kita. Kita makan, minum, pakai dan pandu apa sahaja hasil produk Amerika.

Kita semua mesti bersatu menentang penceroboh. Kita bersatu dalam Islam, termasuklah kesatuan iman kepada Sharia'ah, kesatuan kepada Qiblat, dan kesatuan dalam kesengsaraan dan harapan. Allah swt berfirman: "Sungguh, inilah agama kamu, agama yang satu." (Qur'an, 21:92).

'Ali ra. pernah berkata: "Kamu ada tiga musuh; musuh kamu, kawan musuh kamu, dan musuh kawan kamu". Amerika hari ini adalah lebih daripada kawan terhadap musuh kita; mereka sanggup mengorbankan diri mereka untuk Israel. Umat Islam seluruh dunia yang mencecah 1.3 bilion, mampu memberi kesengsaraan kepada Amerika dan syarikat-syarikatnya dengan memboikot mereka. Ini adalah kewajipan agama kita, dan merupakan jalan Allah. Setiap orang Islam yang membeli barangan "Israel" atau Amerika, bilamana terdapat pilihan barangan dari negara lain, adalah melakukan suatu yang haram. Mereka melakukan dosa secara jelas, merupakan satu jenayah kepada undang-undang Allah, yang akan mengundang hukuman Allah dan kebencian manusia.

Saudara-saudara kita di "Israel" dan Amerika terpaksa berurusan dengan mereka dan membeli produk mereka. Allah tidak meminta sesuatu di luar kemampuan; hanya apa yang kita mampu.
Allah berfirman: "Maka bertaqwalah kamu kepada ALlah menurut kesanggupanmu" (Qur'an, 64:16).

RasuluLlah saw. pernah bersabda: "Sekiranya aku mengarahkan sesuatu, buatlah sebanyak yang kamu mampu." Muslim di Amerika harus bekerja dengan syarikat-syarikat yang paling kurang permusuhan kepada Islam, paling kurang bersekutu dengan Zionis. Boikot syarikat-syarikat Zionist sebanyak yang mungkin.

Arab dan dunia Islam lain mesti memboikot semua syarikat-syarikat yang cenderung kepada Zionis dan menyokong Israel, tidak kira apa jua negara asal syarikat tersebut (contohnya Marks & Spencer,) dan mana-mana dari mereka yang menyokong Zionis membantu negara "Israel."

Boikot adalah merupakan senjata yang ampuh, telah digunakan di masa lalu dan kebelakangan ini. Ianya telah digunakan oleh jahiliah Mekah menentang Rasulullah saw. dan para sahabat. Ianya telah memudaratkan mereka; hinggakan mereka terpaksa memakan daun. Ia juga telah digunakan oleh para sahabat untuk melawan jahiliah di Madinah.

Kebelakangan ini, kita dapat lihat negara-negara menggunakan boikot dalam perjuangan mereka memerdekakan diri dari penjajahan. Contoh yang terkenal adalah Gandhi yang telah mengarahkan masyarakat India memboikot barangan Inggeris, dan merupakan usaha yang berkesan.

Boikot berada di tangan bangsa dan masyarakatnya. Kerajaan tidak dapat memaksa rakyat membeli barangan dari negara tertentu. Marilah kita menggunakan senjata ini untuk menentang musuh bangsa dan agama kita, supaya mereka sedar bahawa kita masih hidup, dan umat ini tidak akan lupus, InsyaALlah.

Boikot akan membawa berbagai kesan; ianya mengajar semula umat Islam bagaimana untuk membebaskan diri mereka daripada perhambaan. Mereka menggalakkan kita untuk terikat kepada apa yang tidak berfaedah, malahan merosakkan kita. Boikot merupakan satu demonstrasi persaudaraan Islam and kesatuan Ummah. Adalah kewajipan kita untuk tidak mengkhianati saudara kita, yang berkorban setiap hari. Kita tidak akan memberi keuntungan kepada musuh kita.

Boikot ini adalah merupakan tentangan kecil, yang akan membantu tentangan lebih besar yang dilakukan oleh saudara-saudara kita di bumi Anbiya', dan menjadi kubu di perbatasan Jihad. Sekiranya setiap Yahudi di dunia ini menganggap dirinya sebagai seorang askar, mendokong Israel sedaya upaya, maka sudah tentu setiap orang Islam yang menggunakan jiwa dan hartanya adalah merupakan seorang askar yang memerdekakan Al-Aqsa. Usaha paling kecil seorang Muslim boleh lakukan adalah dengan memboikot barangan musuh. Allah berfirman: "Wahai orang yang beriman, kamu adalah pelindung antara kamu." Sekiranya kita tidak melakukan ini, akan berlaku perpecahan dan kerosakan yang besar.

Ibu-ibu dan anak-anak perempuan kita, yang mengurus rumahtangga, mempunyai peranan yang mungkin lebih besar daripada peranan orang lelaki, kerana wanita mengawasi keperluan rumah, dan membeli apa yang diperlukan. Ibu-ibu boleh membimbing anak-anak. Dia menanam semangat Jihad dalam diri anak-anak, dan mendidik mereka apa yang perlu dilakukan demi Ummah, dan apa yang mereka perlu lakukan terhadap musuh Islam, terutama sekali berkenaan boikot. Apabila anak-anak faham perkara ini, mereka akan menjalankan boikot dengan penuh semangat, dan akhirnya akan mengepalai ibubapa mereka.

Sekiranya seorang pengguna membeli barangan Yahudi atau Amerika dikira melakukan satu dosa yang berat, sudah tentu pedagang yang membeli barangan tersebut dan menjadi ejen mereka dikira melakukan dosa yang lebih berat. Malahan sekiranya syarikat tersebut beroperasi dengan menggunakan nama yang berlainan, mereka sedar bahawa mereka hanya memperdayakan orang. Umat Islam seluruh dunia kini perlu membuktikan kewujudan mereka, dan harus menunjukkan keinginan untuk mempertahankan kesucian. Umat Islam harus tahu siapa sahabat mereka, dan siapa musuh mereka. Umat Islam dilarang memberi ruang kepada kelemahan, dan kesedihan, dan menerima perdamaian yang zalim yang ingin dikenakan oleh Zionis.

Allah berfirman: "Maka janganlah kamu lemah dan mengajak damai, kerana kamulah yang lebih unggul, dan Allah bersama kamu." [Qur'an, 47:35].

Saya menyeru semua yang beriman kepada ALlah, Kristian dan lainnya, dan semua manusia yang bebas dan mulia di dunia ini untuk bersama kami, dan menyokong kebenaran berbanding kebathilan, dan keadilan berbanding penindasan. Bantulah untuk memenangkan mereka yang lemah, yang setiap hari dibunuh di jalan Allah, mempertahankan tempat yang suci.

Saya juga memohon pekerja-pekerja Arab dan negara-negara Islam dari seluruh dunia supaya menyokong rakyat Palestin, dan menunjukkan kemaharan mereka dengan melawan penzalim yang sangat gagah ini, dengan mengganggu perniagaan mereka sebanyak yang mungkin. Akhirnya, saya meminta mereka yang bijak, bertimbang rasa dan berpengalaman di setiap negara supaya bersatu membina boikot, mewujudkan pilihan alternatif dan mengelak daripada apa-apa yang tidak baik, dan teruskan mendidik masyarakat, sehinggalah kebenaran menang dan kepalsuan terhapus. Yakinlah, ianya akan musnah.

"Katakan 'bekerjalah,' sesungguhnya Allah akan melihat usaha kamu dan RasulNya dan orang-orang yang beriman, kamu akan dikembalikan ke dunia yang tidak pernah kamu lihat dan kamu akan tahu apa yang kamu telah kerjakan."

"Pandangan ini adalah berdasarkan kepada hujah-hujah daripada al-Quran dan Sunnah dan Ijma' umat Islam." Wallahu'alam.