01 December 2013

Kenapa Tubuh Manusia Tidak Boleh Dilangkah?

Pasti ramai tertanya-tanya kenapa badan manusia tidak boleh dilangkah? Kalau nak mengurut sekali pun tidak digalkkan menggunkan kaki malah seeloknya menggunakan tangan.. Terdapat penjelasan daripada para saintis..

Dr. Ahmad Khan seorang peneliti lulusan Summa Cumlaude dari Duke University menemukan informasi lain selain konstruksi Polipeptida yang dibangun dari kodon DNA.

DNA (Deoxy Nucleotida Acid) sendiri merupakan materi genetik yang membawa informasi yang dapat diturunkan. Di dalam sel manusia DNA dapat ditemukan pada inti sel dan di dalam mitokhondria.

Di dalam inti sel, DNA membentuk satu kesatuan untaian yang disebut kromosom. Setiap sel manusia yang normal memiliki 46 kromosom yang terdiri dari 22 pasang kromosom somatik dan 1 pasang kromosom sex (XX atau XY)

Dalam dunia biologi dan genetika dikenal banyaknya DNA yang hadir tanpa memproduksi protein sama sekali. Area tanpa produksi ini disebut Junk DNA atau DNA sampah.

Kenyataannya DNA tersebut menurut Ahmad Khan jauh sekali dari makna sampah. Menurut hasil hasil risetnya, Junk DNA tersebut merupakan untaian firman-firman Allah sebagai pencipta serta sebagai tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berpikir.

Setelah bekerjasama dengan adiknya yang bernama Imran, seorang yang ahli dalam analisis sistem, laboratorium genetiknya mendapatkan proyek dari pemerintah.

Proyek tersebut awalnya ditujukan untuk meneliti gen kecerdasan pada manusia. Dengan kerja kerasnya Ahmad Khan berupaya untuk menemukan huruf Arab yang mungkin dibentuk dari rantai Kodon pada kromosom manusia.

Sampai kombinasi tersebut menghasilkan ayat-ayat Al Qur”an. Akhirnya pada tanggal 2 Januari tahun 1999 pukul 2 pagi, ia menemukan ayat yang pertama “Bismillah ir Rahman ir Rahiim. “Iqra bismirrabbika ladzi Khalq”, “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan”.

Ayat tersebut adalah awal dari surat Al-A”laq yang merupakan surat pertama yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad di Gua Hira. Anehnya setelah penemuan ayat pertama tersebut ayat lain muncul satu persatu secara cepat. Sampai sekarang ia telah berhasil menemukan 1/10 ayat Alquran.

Ahmad Khan kemudian menghimpun penemuan-penemuannya dalam beberapa lembar kertas yang banyak memuat kode-kode genetika rantai kodon pada cromosome manusia yaitu; T, C, G, dan A masing-masing kode Nucleotida akan menghasilkan huruf Arab yang apabila dirangkai akan menjadi firman Allah yang sangat mengagumkan.

30 November 2013

Senarai 25 RASUL pilihan

1.   Nabi Adam Alaihissalaam.
Asal keturunan semua manusia. Isterinya bernama Hawa yang dicipta daripada tulang rusuk baginda. Mulanya tinggal di Syurga, kemudian Allah swt turunkan mereka ke Dunia.

2.   Nabi Idris Alaihissalaam.
Penduduk Babil Iraq, terima 30 suhuf untuk umatnya keturunan Qabil. Orang pertama pandai menulis, membaca, ilmu falak dan jahit menjahit.

3.   Nabi Nuh Alaihissalaam.
Allah utus baginda ke negeri Arminia. Allah swt telah menurunkan bala dengan banjir besar kepada kaumnya yang ingkar. Baginda digelar’ Najiyullah.

4.   Nabi Hud Alaihissalaam.Berketurunan Sam bin Nuh. Diutuskan kepada kaum ‘Ad di utara Hadhra Maut, Yaman. Allah swt membinasakan kaumnya yang ingkar dengan angin kencang yang sangat sejuk 8 hari 7 malam.

5.   Nabi Soleh Alaihissalaam.Berketurunan Sam bin Nuh daripada generasi ke 6. Diutuskan kepada kaum Thamut, di antara Hijaz dan Syam. Allah memusnahkan kaumnya yang ingkar dengan pekikan suara yang kuat dari langit.

6.   Nabi Ibrahim Alaihissalaam.
Juga berketurunan Sam bin Nuh. Dilahirkan di Musol, Iraq ketika pemerintahan raja Namrud. Di gelar dengan ‘Khalilullah’. Seorang yang bijak dan berfikir.

7.   Nabi Luth Alaihissalaam
Anak saudara Nabi Ibrahim Alaihissalaam. Diutuskan kepada penduduk negeri Sadum (Laut Mati, Jordan). Allah swt menurunkan bala kepada penduduk yang derhaka dengan menurunkan hujan batu yang membinasakan mereka.

8.   Nabi Ismail Alaihissalaam.
Putera nabi Ibrahim Alaihissalaam dengan Hajar. Baginda dan ibunya orang pertama yang mendiami Mekah. Baginda membantu bapanya membina ka’bah. Digelar sebagai ‘Zabhihullah’.

9.   Nabi Ishak Alaihissalaam.
Putera Nabi Ibrahim Alaihissalaam dengan Sarah. Daripadanya lahir berketurunan Bani Israel. Dimakamkan di Hibrun, Palestin.

10.  Nabi Ya’kub Alaihissalaam.
Putera Nabi Ishak Alaihissalaam. Juga dikenali dengan nama Israil (hamba Allah). Diutuskan kepada penduduk negeri Kan’an. Dikurniakan 12 orang anak lelaki, antaranya ialah Nabi Yusuf Alaihissalaam. Dimakamkan di Hibrun bersebelah bapanya.

11. Nabi Yusuf Alaihissalaam.
Putera Nabi Ya’kub Alaihissalaam yang paling disayangi. Seorang yang sabar, tabah, pemaaf, penyayang, dan sangat menghormati orang tuanya. Keistimewaannya ialah sangat kacak, pandai mentadbir mimpi dan bijaksana.

12. Nabi Ayub Alaihissalaam.
Keturunan nabi Ishak Alaihissalaam. Di kurniakan harta yang banyak dan anak yang ramai. Seorang yang bertaqwa dan suka membantu. Diuji dengan kemusnahan harta, kematian anak dan mengidap penyakit yang berat bertahun-tahun.Baginda sabar dan mempunyai iman yang teguh.

13. Nabi Zulkifli Alaihissalaam
Putera Nabi Ayub Alaihissalaam. Seorang nabi dan raja kepada penduduk di Dmsyik dan sekitarnya. Asal nama baginda ialah Bashar, dan maksud Zulkifli ialah bersanggupan kerana baginda banyak berpuasa di siang hari dan beribadat pada waktu malam.

14. Nabi Syuib Alaihissalaam Berketurunan Nabi Luth Alaihissalaam. Diutuskan ke negeri Madyan, Jordan. Kaumnya mengamalkan sikap mengurangkan timbangan dan sukatan dalam jual beli. Allah binasakan mereka dengan gempa bumi dan petir yang sangat dasyat.

15. Nabi Musa Alaihissalaam
Keturunan Nabi Ya’kub Alaihissalaam. Putera Imran, saudara Nabi Harun. Dipelihara oleh Asiah isteri Firaun. Firaun menentang dakwah Nabi Musa akibatnya mati lemas tenggelam dalam Laut Merah.

16. Nabi Harun Alaihissalaam
Saudara Nabi Musa Alaihissalaam. Seorang yang fasih berbicara merupakan teman dakwah Nabi Musa.

17. Nabi Daud Alaihissalaam Berketurunan Nabi Ishak. Baginda memiliki suara yang merdu, dan boleh melembutkan besi dengan tangan. Seorang yang kuat beribadat, raja yang adil dan bijaksana. Telah membina kota BaitulMaqdis bersama-sam puteranya Nabi Sulaiman

18. Nabi Sulaiman Alaihissalaam
Putera Nabi Daud. Seorang rasul dan raja yang bijaksana. Keistimewaan baginda ialah boleh memahami bahasa binatang, boleh memerintah angin dan jin. Berjaya mengislamkan ratu Balqis, kemudian berkahwin dengannya.

19. Nabi Ilyas Alaihissalaam
Keturunan Nabi Harun. Diutuskan kepada Bani Israel yang ketika itu menyembah berhala, Ba’l. Baginda berdakwah kepada mereka, tetapi gagal. Allah menurunkan bala dengan kemarau selama 3 tahun.

20. Nabi Ilyasa’ Alaihissalaam
Anak angkat Nabi Ilyas. Diutuskan kepada Bani Israel. Baginda berjaya didalam dakwahnya. Tetapi setelah baginda meninggal, Bani Israel kembali kufur. Allah menurunkan bala dengan melenyapkan segala kesenangan yang dinikmati.

21. Nabi Yunus Alaihissalaam
Diutuskan kepada kaum yang menyembah berhala di Ninawa, Iraq. Apabila mereka enggan menerima dakwahnya, baginda meninggalkan mereka dan menumpang sebuah kapal. Kapal tersebut mengalami masalah, dan baginda terpilih untuk dibuang ke dalam laut bagi mengatasi masalah kapal tersebut daripada karam. Baginda di telan ikan nun (paus).

22. Nabi Zakaria Alaihissalaam Keturunan Nabi Sulaiman. Diutuskan kepada Bani Israel, Palestin. Baginda sentiasa berdoa supaya dikurniakan zuriat. Pada usianya 100 tahun dan isterinya mandul, baginda dikurniakan anak yang dinamakan Yahya (hidup). Baginda juga telah membesar Maryam, ibu Nabi Isa.

23. Nabi Yahya Alaihissalaam
Putera Nabi Zakaria. Dikurniakan kepada baginda ilmu yang luas sejak kecil. Seorang yang bertaqwa, berbudi bahasa, rajin, dan tidak sombong. Mati syahid dibunuh oleh raja yang kejam demi mempertahankan hukum Allah.

24. Nabi Isa Alaihissalaam
Putera Maryam bt. Imran. Jibril telah meniupkan ruh suci ke dalam rahim ibunya. Baginda boleh bercakap ketika masih bayi. Diutuskan kepada Bani Israel, dan diberikan kitab Injil. Bani Israel yang ingkar dengan dakwahnya cuba untuk membunuh baginda, namun Allah mengangkatnya ke langit dan akan turun ke bumi untuk menegakkan kebenaran.

25. Nabi Muhammad S.A.W.Berketurunan Bani Ismail. Dilahirkan di kota Mekah. Di gelar ‘al-Amin’. Dilantik sebagai rasul ketika berusia 40 tahun. Merupakan nabi dan rasul yang terakhir. Baginda menerima ujian yang dasyat daripada kaum Musyrikin Mekah. Baginda wafat di kota Madinah.

Lima Nabi/ Rasul yang mendapat gelaran Ulul Azmi disebabkan oleh tentangan dan ujian yang diterima lebih hebat berbanding nabi-nabi lain dalam menyampaikan agama Allah. Mereka ialah:

1. Nuh Alaihissalaam
2. Ibrahim Alaihissalaam
3. Musa Alaihissalaam
4. Isa Alaihissalaam
5. Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam

29 November 2013

Kemalangan Di DUKE Highway

Semalam saya ada tugas di SPA Putrajaya. Selepas selesai tugas di SPA masa dah tengahari dan saya mengajak pemandu Jabatan untuk makan tengahari di Ampang. Sebaik sahaja kami naik Lebuhraya DUKE saya dapati berlaku kesesakan.

Tanpa syak saya jangkakan mungkin kesesakan tidak lama. Apabila saya membuka Waze baru saya tahu rupanya sebuah tanker yang membawa minyak telah terbakar. Sebab itulah sejumlah 6 buah jentera Bomba berulang alik.

Kami terperangkap di lebuhraya ini hampir 1 jam setengah dan tepay jam 3 petang laluan dilepaskan sedikit demi sedikit. Saya dimaklumkan melalui facebook kereta-kereta terawal telah diarah untuk membuat pusing balik. Itulah rupanya kebakaran tanher tersebut.

Bayangkan jika ada seseorang yang terpaksa menghadiri mesyuarat pada jam 2.30 petang... apa nak katakan?????

Gaya Tidur SiKembar Berumur 1 Bulan

Dah besar mereka berdua, dah pandai berjalan walaupun belum kuat lagi. Tapi dah nampak kenakalannya. Mereka suka betul gigit jari-jari kaki dan tangan saya. Walaupun gigit mereka kecil tapi tajam. Sakit juga dibuatnya.

Malam hari mereka dan Oky tidur bersama saya, biasalah saya bangun lewat sikit pada hari Sabtu dan Ahad. Tetapi mereka pula bangun lebih awal dan mulalah mereka nerayap-rayap di atas katil. Pantang nampak jari-jari saya mereka mula mengigit-gigit. Bila saya sembunyikan jari-jari mereka gigit pula hidung.

Gaya Si Baby dan Si Adik tidur berpelukan. Tengok mereka sedang tidur rasa kasihan pada mereka, haiwan yang tidak berdaya dan mengharapkan kita manusia untuk membantu mereka hidup.

Baby tidur atas Si Adik. Maha suci Allah menjadi haiwan ini yang menjadi kesayangan Rasulallah saw dan ramai manusia. Oh ya ayah saya juga adalah pencinta kucing. Ayah suka pungut anak kucing dan bawa balik ke rumah sehingga ayah terpaksa buat ruang khas untuk mereka kerana bilangan mereka yang banyak. Kini ayah dah tiada dan sifat sukakan kucing ada pada semua anak-anaknya. Keluarga kami adalah keluarga yang bercakap dengan kucing. Pelik kan?

Adik tidur atas Si Baby. Comelkan anak kucing saya. . . semakin hari saya semakin saya pada mereka dan ibu mereka. Nak kerja luar station pun rasa susah, setakat ni saya terpaksa mencari alasan untuk tidak bertugas di luar station sehingga mereka besar sedikit dan dah boleh ditinggalkan di mana-mana Pusat Boarding.

28 November 2013

Pesan Sahabat

Saya tertarik dengan artikel ini, rasanya ianya adalah pesanan daripada saudara kita yang berasal dari Indonesia. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau kerana kesudiannya berkongsi dengan kita semua. Artikel ini bagus untuk dilaksanakan, semoga ianya membantu kita meneruskan kehidupan kita sehingga kita menemuiNya.

Jangan berbaring ketika adzan, nanti jenazah kita berat."Rasulullah S.A.W bersabda "Sampaikanlah Meskipun hanya satu Ayat.."

Jangan berkata-kata semasa adzan, agar lidah tidak kelu sebut syahadat ketika sakaratul maut.

5 Perkara kesihatan bagi muslim

1.   Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan bisa mengurangkan lemak yg terkumpul. Kita bisa lihat orang yang amalkan mandi pagi pada umumnya badan tidak gemuk.

2.   Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air es) setiap pagi. Mujarabnya, Insya Allah jauh dari penyakit (susah kena penyakit).

3.   Waktu sholat Subuh disunahkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya semenit selepas membaca doa). Ia bisa terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yg membuat kajian kenapa dalam shalat perlu bersujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4.   Para 'Ulama thibbun nabawy juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah mengingatkan untuk tidak makan ikan bersama ayam. Dikhawatirkan akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menemukan dimana dalam badan ayam mengandungi ion + ve, sementara dalam ikan mengandung ion-ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi umpan balik biokimia yang bisa merusak USUS kita.

5.   Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menemukan bahwa ENZYME banyak terkandung di celah jari, yaitu 10 kali lipat terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak terurai).

Sabda Nabi SAW, Ilmu itu milik Allah, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan Insya Allah, Allah akan menggandakan 10 kali lipat kepadanya.

Cara senang untuk dapatkan pahala
walaupun sesudah meninggal dunia:

Pasang kipas di surau/ masjid, walaupun 1, setiap kali orang pakai, anda dapat pahala walau sesudah mati.

Derma kursi roda di Rumah Sakit, setiap kali pasien gunakan, anda akan dapat pahala.

Beri baju kepada orang, setiap kali orang pakai baju anda, anda dapat pahala.

Beri makanan kapada orang, anda dapat pahala selagi makanan itu menjadi darah dagingnya.

Menyampaikan ilmu yang bermanfaat, selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada.

Berbagi pesan ini kpd orang banyak. Walaupun 1 tolong bagikan kepada orang, anda akan dapat pahalanya sebab anda telah berdakwah untuk sampaikan ilmu. InsyaAllah yg penting keikhlasan karena Allah semata salam bijak.

@rezaInspirator

27 November 2013

22 Sifat Buruk Bangsa Yahudi Dalam Al-Quran

Dalam Al-Quran sedikit sebanyak disebutkan 22 sifat buruk bangsa Yahudi iaitu:

1.   Keras hati dan zalim (Al Baqarah: 75, 91, 93, 120, 145,170; An-Nisa:160; Al-Maidah:41)

2.   Kebanyakan fasik dan sedikit beriman kepada Allah S.W.T (Ali Imran: 110; An-Nisa:55)

3.   Musuh yang paling bahaya bagi orang-orang Islam (Al-Maidah: 82)

4.   Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan orang-orang Islam seperti mereka mengenal anak mereka sendiri (Al-An’am: 20)

5.   Mengubah dan memutarbalikkan kebenaran (Al Baqarah: 75, 91,101,140,145, 211; Ali Imron: 71, 78; An-Nisa: 46; Al-Maidah:41)

6. Menyembunyikan bukti kebenaran (Al-Baqarah: 76, 101, 120, 146; Ali Imron: 71)

7. Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi cita rasa atau nafsu mereka (Al-Baqarah: 87,101,120,146; Al-Maidah:41)

8. Ingkar dan tidak dapat menerima keterangan dan kebenaran AlQuran (Al-Baqarah:91,99; Ali Imron:70)

9. Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran,membisukan diri untuk mengucapkan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran (Al-Baqarah:171)

10. Mencampuradukkan yang benar dan yang salah,yang hak dan yang batil (Ali Imran:71)

11. Berpura-pura mendukung orang Islam tetapi apabila ada dibelakang orang-orang Islam, mereka mengutuk dengan sekeras-kerasnya (Al-Baqarah:76; Ali Imran:72,119)

12. Hati meraka sudah tertutup akan Islam kerana dilaknat oleh Allah S.W.T yang disebabkan oleh kekufuran mereka sendiri (Al-Baqarah: 88,120,145,146)

13. Kuat berpegang pada rasa kebangsaan mereka dan mengatakan bahwa mereka adalah bangsa yang istimewa yang dipilih oleh Allah dan menyakini agama yang selain daripada Yahudi adalah salah (Al-Baqarah:94,111,113,120,135,145; Al-Maidah:18)

14. Tidak akan ada kebaikan untuk seluruh manusia jika mereka memimpin (An-Nisa:53)

15. Tidak suka,dengki,iri hati terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah :90,105,109,120)

16. Mencintai kemewahan dan kehidupan dunia, bersifat tamak dan rakus, menginginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan serta takut akan kematian (Al-Baqarah: 90, 95, 96, 212)

17. Berkata bohong, mengingkari janji dan melampaui batas (Al-Baqarah :100, 246, 249 Ali Imran: 183, 184; An-Nisa:46)

18. Berlindung di sebalik mulut yang manis dan perkataan yang baik (Al-Baqarah: 204, 246; Ali Imron:72; An-Nisa:46)

19. Mengada-ada perkara-perkara dusta dan suka kepada perkara-perkara dusta (Ali Imran: 24, 94, 183, 184; Al-Maidah:41)

20. Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah: 206, 212,247)

21. Tidak amanah dan memakan hak orang lain dengan cara yang salah (Ali Imran:75,76; At-Taubah:34)

22. Selalu melakukan kerosakan dan menganjurkan peperangan (Ali Imran:64)

Dipetik dari Nizarazu.com melalui: Fuh.my

26 November 2013

Ikan Di Zaman Nabi Musa

Maka apabila mereka berdua sampai ke tempat pertemuan dua laut itu, lupalah mereka akan hal ikan mereka, lalu ikan itu menggelongsor menempuh jalannya di laut, yang merupakan lorong di bawah tanah. (61)

(Lihat ikan itu telah mengering, dan kena semula air, dan hidup, dan lihat ikan itu menggelungsur bawah tanah, dan menggelungsur meninggalkan bekas jalannya)

Kisah Musa as dan Khidir as dituturkan oleh Al-Qur’an dalam Surah Al-Kahf ayat 65-82. Menurut Ibnu Abbas, Ubay bin Ka’ab menceritakan bahawa beliau mendengar Nabi Muhammad saw bersabda: “Sesungguhnya pada suatu hari, Musa berdiri di khalayak Bani Israil lalu beliau ditanya, “Siapakah orang yang paling berilmu?” Jawab Nabi Musa, “Aku” Lalu Allah menegur Nabi Musa dengan firman-Nya, “Sesungguhnya di sisi-Ku ada seorang hamba yang berada di pertemuan dua lautan dan dia lebih berilmu daripada kamu.”

Lantas Musa pun bertanya, “Wahai Tuhanku, dimanakah aku dapat menemuinya?” Allah pun berfirman, “Bawalah bersama-sama kamu seekor ikan di dalam sangkar dan sekiranya ikan tersebut hilang, di situlah kamu akan bertemu dengan hamba-Ku itu.” Sesungguhnya teguran Allah itu mencetuskan keinginan yang kuat dalam diri Nabi Musa untuk menemui hamba yang shalih itu.

Di samping itu, Nabi Musa juga ingin sekali mempelajari ilmu dari Hamba Allah tersebut.

Musa kemudiannya menunaikan perintah Allah itu dengan membawa ikan di dalam wadah dan berangkat bersama-sama pembantunya yang juga merupakan murid dan pembantunya, Yusya bin Nun.

Mereka berdua akhirnya sampai di sebuah batu dan memutuskan untuk beristirahat sejenak karena telah menempuh perjalanan cukup jauh. Ikan yang mereka bawa di dalam wadah itu tiba-tiba meronta-ronta dan selanjutnya terjatuh ke dalam air.

Allah SWT membuatkan aliran air untuk memudahkan ikan sampai ke laut. Yusya` terpegun memperhatikan kebesaran Allah menghidupkan semula ikan yang telah mati itu.

Selepas menyaksikan peristiwa yang sungguh menakjubkan dan luar biasa itu, Yusya’ tertidur dan ketika terjaga, beliau lupa untuk menceritakannya kepada Musa Mereka kemudiannya meneruskan lagi perjalanan siang dan malamnya dan pada keesokan paginya,

Nabi Musa berkata kepada Yusya` “Bawalah ke mari makanan kita, sesungguhnya kita telah merasa letih karena perjalanan kita ini.” (Surah Al-Kahfi : 62)
Ibn `Abbas berkata, “Nabi Musa sebenarnya tidak merasa letih sehingga baginda melewati tempat yang diperintahkan oleh Allah supaya menemui hamba-Nya yang lebih berilmu itu.” Yusya’ berkata kepada Nabi Musa,

“Tahukah guru bahwa ketika kita mencari tempat berlindung di batu tadi, sesungguhnya aku lupa (menceritakan tentang) ikan itu dan tidak lain yang membuat aku lupa untuk menceritakannya kecuali syaitan dan ikan itu kembali masuk kedalam laut itu dengan cara yang amat aneh.” (Surah Al-Kahfi : 63)

Musa segera teringat sesuatu, bahwa mereka sebenarnya sudah menemukan tempat pertemuan dengan hamba Allah yang sedang dicarinya tersebut. Kini, kedua-dua mereka berbalik arah untuk kembali ke tempat tersebut yaitu di batu yang menjadi tempat persinggahan mereka sebelumnya, tempat bertemunya dua buah lautan.

Musa berkata, “Itulah tempat yang kita cari.” Lalu keduanya kembali, mengikuti jejak mereka semula. (Surah Al-Kahfi : 64)

Setibanya mereka di tempat yang dituju, mereka melihat seorang hamba Allah yang berjubah putih bersih. Nabi Musa pun mengucapkan salam kepadanya. Khidir menjawab salamnya dan bertanya,

“Dari mana datangnya kesejahteraan di bumi yang tidak mempunyai kesejahteraan? Siapakah kamu” Jawab Musa, “Aku adalah Musa.” Khidir bertanya lagi, “Musa dari Bani Isra’il?” Nabi Musa menjawab, “Ya. Aku datang menemui tuan supaya tuan dapat mengajarkan sebagian ilmu dan kebijaksanaan yang telah diajarkan kepada tuan.”

Khidir menegaskan, “Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup bersabar bersama-samaku.” (Surah Al-Kahfi : 67) “Wahai Musa, sesungguhnya ilmu yang kumiliki ini ialah sebahagian daripada ilmu karunia dari Allah yang diajarkan kepadaku tetapi tidak diajarkan kepadamu wahai Musa. Kamu juga memiliki ilmu yang diajarkan kepadamu yang tidak kuketahuinya.”

Nabi Musa berkata, “Insya Allah tuan akan mendapati diriku sebagai seorang yang sabar dan aku tidak akan menentang tuan dalam sesuatu urusan pun.” (Surah Al-Kahfi : 69)

Dia (Khidir) selanjutnya mengingatkan, “Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu pun sehingga aku sendiri menerangkannya kepadamu.” (Surah Al-Kahfi : 70)

- iMuslim

25 November 2013

Sarapan Pagi Baby dan Adik

Celik je mata Baby dan Adik terus cari susu emak dia, breakfast la katakan. Biasanya mereka menyusu sehingga mereka tertidur semula. Inilah permandangan yang selalu saya lihat pada hari Sabtu dan Ahad.

Tu Adik dah terlentuk agaknya dan kenyang menyusu dan Baby masih lagi menyusu. Agaknya Baby lambat menghisap susu ibunya atau pun mungkin dia suka main-main.

Walaupun Baby lahir hampir 3 jam lebih awal dari Adik, tapi tubuh Baby lebih kecil. Risau juga saya tapi melihat pada kelincahan dia saya tahu dia sihat.