15 October 2013

IBADAH KORBAN MENURUT PANDANGAN ISLAM

SEJARAH ASAL USUL KORBAN

1. Korban Zaman Nabi Adam A.S (Rujuk Surah Al-Maidah : 27- 31)

2. Korban Zaman Nabi Nuh A.S

3. Korban Zaman Nabi Daud dan Sulaiman A.S

4. Korban Zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail A.S

5. Korban Zaman Nabi Musa A.S

6. Korban Bangsa Yunani dan Rom

7. Korban Abdul Mutalib nenda Rasulullah S.A.W

PENGERTIAN KORBAN

Bahasa : Nama yang diberikan terhadap apa yang dikorbankan atau apa yang disembelih pada Hari Raya Adha.

Dinamakan juga sebagai ‘Udhiyyah’ yang berasal daripada perkataan ‘Dhuha’ iaitu waktu Dhuha, kira-kira antara jam 7.00 hingga 11 pagi, kerana korban disyariatkan oleh Allah SWT supaya dilaksanakan setelah selesai Solat Eidul Adha.

Ada juga yang mengatakan ianya berasal daripada perkataan Al-Udhiyyah dan Ad-Dhahiyyah yang dimaksudkan binatang sembelihan seperti unta, lembu, kambing yang disembelih pada hari Raya Korban dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) dengan tujuan untuk mentaqarrubkan diri kepada Allah.

Syarak : Menyembelih haiwan yang tertentu dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah dalam waktu yang khusus (hari-hari Nahar). Ibadah ini telah disyariatkan pada Tahun Kedua Hijriyah sepertimana juga disyariatkan ibadah zakat dan Solat Dua Hari Raya (Eidul Fitri dan Eidul Adha) dan telah dipastikan syariat mengenai berdasarkan al-Quran, Sunnah dan ijma’ ulamak.

DALIL-DALIL MENGENAI KORBAN

i. DALIL AL-QURAN

Firman Allah maksudnya: Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)

Maksudnya: “Dan telah Kami (Allah) jadikan untuk kamu unta-unta itu sebagai syiar agama Allah. Kamu banyak memperoleh kebaikan daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya.” ( Al-Haj ; 36)

ii. DALIL HADIS MENGENAI KELEBIHAN KORBAN

Banyak hadis yang membicarakan mengenai ibadah korban, antaranya hadis daripada A’isyah, Rasulullah bersabda maksudnya;

“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)

Para sahabat pernah bertanya Rasulullah SAW : “Ya Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan Udhiyyah?”

Rasulullah Saw menjawab: “ Itulah sunnah bapamu Ibrahim.”

Para sahabat bertanya lagi : “Apakah yang kita akan perolehi daripada ibadah Udhiyyah?”

Baginda menjawab : “ Tiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan) kamu akan mendapat satu kebaikan.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

“Barangsiapa yang diberikan kemudahan, sehingga memampukan dia untuk berkorban, akan tetapi dia tidak mahu berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami (masjid) ini.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

(Lihat nas al-Quran Surah al-Haj : 36-37)

iii. DALIL IJMA’ ULAMAK

Para ulamak Islam telah bersepakat mengenai pensyariatan korban berdasarkan ayat dan hadis Rasulullah yang menyatakan bahawa amalan korban merupakan amalan yang paling Allah sukai di Hari-Hari ‘Eidul Adha, di mana binatang yang dikorbankan akan didatangkan di Hari kiamat sepertimana keadaan dan sifatnya ketika disembelih dan diletakkan darahnya yang telah diterima di sisi Allah, sebelum darah tersebut tumpah ke bumi. Korban juga merupakan sunnah yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS berdasarkan firman Allah maksudnya;

“ Dan Kami tebus anak itu (Ismail) dengan seekor sembelihan (kibas) yang besar.” (Surah As-Soffaat : ayat 107)

HUKUM IBADAH KORBAN

Sebahagian ulama berpendapat bahawa korban itu hukumnya wajib, manakala sebahagian yang lain menganggapnya sebagai sunnah.

Alasan yang mengatakan amalan korban itu adalah wajib berdasarkan firman Allah maksudnya: Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu sembahyanglah engkau pada Hari Raya Haji dan sembelihlah (binatang) korbanmu.” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)

Sabda Rasulullah SAW maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda : “ Barangsiapa yang mempunyai kemampuan, tetapi tidak melakukan korban, maka janganlah dia menghampiri tempat solat kami.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Manakala mereka yang berpandangan bahawa amalan korban adalah suatu amalan sunnah adalah berpandukan hadis Nabi SAW;

Maksudnya: “Aku diperintah untuk melakukan korban dan korban itu adalah sunnah bagi kamu.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW menyatakan maksudnya: “Diwajibkan ke atasku supaya berkorban dan tidak diwajibkan ke atas kamu.” (Hadis riwayat Dar al-Qutniy)

Berdasarkan hadis di atas, ibadah atau amalan korban adalah wajib ke atas diri Rasulullah SAW, akan tetapi hanya dianggap sunnah ke atas umatnya.

Terdapat sat Athar sahabat (hadis mengenai sahabat Nabi) bahawa Abu bakar dan Umar, pernah tidak melakukan ibadah korban, sehingga apabila ditanya oleh orang ramai mengenai tindakan mereka berdua itu, maka mereka berdua menyatakan bahawa mereka bertindak demikian kerana khuatir sekiranya mereka berkorban, orang ramai akan menganggapnya sebagai satu amalan wajib, sedangkan asalnya tidak diwajibkan ke atas mereka. (Hadis riwayat Al-Baihaqiy dan lain-laiannya dengan sanad yang baik)

Menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ibadah qurban ialah sunnah muakkad (sunnah yang amat dituntut) menurut kebanyakan mazhab fiqah. Dalam Mazhab Imam Abu Hanifah, amalan tersebut dianggap sebagai ibadah wajib. Wajib di sini ialah sesuatu yang lebih ringan daripada ‘fardhu’ dan lebih berta daripada sunnah. (Imam Abu Hanifah membezakan antara Fardhu dengan wajib, tidak sebagaimana imam-imam yang lain).

Hukum wajib di sini bermakna sesiapa yang meninggalkannya dianggap berdosa sekiranya mereka terdiri daripada golongan yang berkemampuan dan berkedudukan. Rasulullah pernah ditanya mengenai amalan qurban tersebut, lantas baginda menjawab;

“Itulah sunnah daripada bapa kamu, Ibrahim…” (Hadis riwayat At-Tirmizi dan Al-Hakim)

Sehubungan denga itu, ibadah korban dikira sama ada Sunnah Muakkadah atau wajib. Mazhab lain, selain Imam Abu Hanifah menghukumkan ‘makruh’ jika seseorang yang mempunyai kemampuan tetapi tidak melakukan ibadah korban.

Menurut Mazhab Imam As-Syafi’ie, hukumnya adalah ‘Sunnah muakkadah’ iaitu sebagai ibadah tambahan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika baginda masih hidup. Baginda dilaporkan pernah berkorban dengan dua ekor biri-biri yang besar bagi dirinya, keluarganya dan seluruh umatnya yang tidak sempat atau tidak mampu untuk berkorban.

Namun begitu kebanyakan ulamak berpendapat ibadah korban adalah amalan yang sunnah sahaja. Seseorang itu tidak akan dianggap berdosa besar sekalipun tidak pernah melakukan ibadah korban seumur hidupnya. Jika dia tidak berkorban, lantaran tidak berkemampuan, anggaplah bahawa nabi terlah berkorban bagi pihak umatnya.

Berpandukan kepada amalan korban yang dilakukan oleh Rasululah SAW yang menyembelih dua ekor biri-biri bagi pihak dirinya, keluarga dan umatnya, maka para ulamak berpendapat adalah memadai jika seseorang ketua dalam sesebuah keluarga seperti suami bagi isteri atau bapa bagi anak-anaknya.

Bagi yang mampu digalakkan memilih binatang ternakan yang terbaik, sihat dan gemuk. Imam Muslim meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik, menyatakan bahawa Rasulullah SAW menyembelih korban dengan dua ekor kibas yang terbaik dengan tangannya sendirinya dengan membaca ‘Bismillah’ dan ‘Bertakbir’ dan meletakkan kakinya di atas rusuk di sebelah tengkuk kedua-dua kibas tersebut.

Bersambung. . . .

Disediakan oleh:
Ustaz Shahrom Abu Hassan
Penasihat Syariah Qurban Aqiqah JIM 1431H

Selamat Menyambut Aidil Adha 1434 Hijrah/ Masihi 2013


Saya mengucapkan selamat menyambut Aidil Adha atau popular di negara saya mengelarkan hari ini sebagai Hari Raya Korban atau hari Raya Haji kepada emak, adik-adik saya dan semua sanak saudara serta kenalan dan tidak lupa juga kepada muslimin mulimat di seluruh dunia.

Semalam 9 Zulhijjah saudara semuslim kita sama-sama berkumpul di Padang Arafah kerana berwukuf dan hari ini mereka telah dan sedang menuju ke Mina selepas bermabit (bermalam) di Muzalifah. Terkenang-kenang semasa di sana lama dulu dan rindu pada Arafah dan Mina setiap kali tibanya musim haji. Entah bila agaknya saya dapat ke sana lagi... entah ada umur entah tidak, tetapi semasa di sana saya juga mendoakan agar saya dijemput lagi berkali-kali oleh Allah swt untuk melaksanakan ibadat ini.

Akhir kata, maaf zahir dan batin, mohon dihalalkan apa yang dimakan dan diminum.

14 October 2013

Doa Hari Arafah


Dari ‘Aisyah ra berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِى بِهِمُ الْمَلاَئِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلاَءِ
yang bermaksud: “di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah hari Arafah. Dia akan mendekati mereka lalu akan menampakkan keutamaan mereka pada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?” (HR. Muslim no. 1348).

Dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ

yang bermaksud: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.” (HR. Tirmidzi no. 3585. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan). Maksudnya, inilah doa yang paling cepat dipenuhi atau terkabulkan (Lihat Tuhfatul Ahwadzi, 10: 33).

Dikesempatan hari ini juga saya berdoa ke hadrat Illahi supaya menyelamatkan diri saya, ibubapa, adik beradik, sanak saudara dan seluruh umat Muhammad saw dari seksa kubur dan api neraka, dikuatkan iman dan dijauhkan dari fitnah Dajjal. Semoga Allah swt menyelamatkan saudara-saudara kita di Syria, Mesir, Pelastine, Mynmar, Thailand, Afganistan, Pakistan, Filippina dan juga di Malaysia.

13 October 2013

Kelebihan Puasa Hari Arafah

Puasa hari Arafah jatuh pada 9 Dzulhijjah. Ia disunatkan kepada orang yang tidak menunaikan haji, iaitu bagi bukan jemaah haji. Antara kelebihan puasa sunat hari `Arafah ialah:

1)   Diampuni dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang. Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:

َََيُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَ الْبَاقِيَة
“Puasa itu (puasa hari `Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”
(HR Muslim)

2)   Amalan terbaik yang disukai ALLAH Ta`ala kerana ia termasuk dari 10 hari pertama dari bulan Dzulhijjah. Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:

مَا مِنْ اَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا اَحَبُّ اِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الْاَيَّامِ, يَعْنِي اَيَّامَ الْعَشْرِ, قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ, وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟ قَالَ: وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ, اِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ شَيْءٌ
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”

Para sahabat bertanya: ”Walaupun berjihad di jalan ALLAH?”

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: “Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).” (HR al-Bukhari)

3)   Hari yang paling banyak dibebaskan dari api neraka. Dari `A’isyah radhiAllahu `anha berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:

َمَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَة
“Tidak ada hari yang lebih ramai ALLAH Ta`ala membebaskan hambaNYA daripada api neraka lebih daripada hari `Arafah.” (HR Muslim)

Bagi jemaah haji, mereka tidak disunatkan berpuasa. Malah disunatkan berbuka sebagai mengikut Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam dan supaya dia tetapkuat dan gagah untuk memperbanyakkan doa pada hari tersebut.

Semoga ALLAH Ta`ala memberikan kita hidayah dan taufiq untuk dapat melaksanakan ibadah puasa sunat hari `Arafah dan mengecapi kelebihan-kelebihan daripadanya, ameen…

Sumber: muzir.wordpress.com

Bengkel PBPPP di Hotel Quality City Centre KL

Taklimat yang diadakan oleh Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi, Kementerian Pendiidkan Malaysia (KPM) yang diadakan di Hotel Quality Kl pada 22 hingga 24 Septmber 2013. Bengkel ini adalah untuk menerangkan pelaksanaan penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) KPM.

Saya dan En Dzuraidi  mewakili Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Wakil-wakil lain adalah dari JPN Selangor dan juga PPW dan PPD masing-masing. PBPPP akan mula dilaksanakan pada tahun 2015 manakala mulai November tahun ini sehingga tahun hadapan adalah merupakan tempoh percubaan. 

12 October 2013

Dari Jendela: Quality Hotel KL

Nampak masa sungai dan laluan keretapi? Saya kurang pasti. . . 
Bangunan di sebelah Hotel Quality


Kolam Renag Hotel, kalau tidak silap di tingkat 4

Di waktu tengahari, saya sendiri terasa hendak berendam. Dari bilik saya di tingkat 6 namapk jelas kolam ini.

Pemandangan di sebelah kiri hotel, kalau tidak silap yang bumbung biru tu adalah sekolah.

Permandangan di sebelah kanan hotel, jalan di hadapan adalah Jalan Raja Laut. Masa ni adalah lebih kurang jam 10 pagi tak banyak kereta atau mungkin kenderaan tertahan di lampu trafik.

11 October 2013

Kelebihan Membaca Surah Al-Kahfi Di Hari Jumaat

Al-Quran adalah kitab suci umat Islam yang memiliki kelebihan dari seluruh kitab-kitab yang lain sebelumnya, membaca Al-Quran diniliai suatu ibadah yang besar walaupun orang tersebut tidak memahaminya, di antara surah-surah yang memiliki kelebihan dan keistimewaan dalam membacanya adalah surah Al-Kahfi kerana surah tersebut memiliki kelebihan dan keistimewaan jika dibaca pada hari Jumaat.

Surah Al-Kahfi adalah surah Al-Makkiyah yang memiliki 110 ayat, banyak hadis yang menceritakan kelebihan surah ini, antara hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam kitab Shahihnya :

قال البخاري : حدثنا عمرو بن خالد : حدثنا زهير : حدثنا أبو إسحاق،عن البراء قال : كان رجل يقرأ الكهف وإلى جانبه حصان مربوط بشطنين، فتغشته سحابة فجعلت تدنو وتدنو، وجعل فرسه ينفر، فلما أصبح أتى النبي صلى الله عليه وسلم قذكر ذلك له، فقال : تلك السكينة تنزلت بالقرآن. صحيح البخاري كتاب فضائل القرآن، باب فضل الكهف، ص : 898 ، ط : دار السلام للنشر والتوزيع، الرياض

Ertinya : Seorang lelaki sedang membaca Surah Al-Kahfi, di sisinya terdapat seekor kuda yang terikat dengan dua tali, maka awan pun datang menyelubungi, mendekat dan menghampiri, sehingga kuda lari terkejut, manakala di pagi hari beliau mendatangi Nabi SAW, dan menceritakan kejadian tersebut, maka Nabi bersabda: Itu adalah ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al-Qur`an, ( H.R Bukhari, kitab Fadha`il Al-Qur`an, bab Fadhli Al-Kahfi, halaman : 898 .)

قال البيهقي : أخبرنا محمد بن عبد الله الحاقظ، أنبأنا أبو بكر محمد بن المؤمل، ثنا الفضل بن محمد الشعراني، ثنا نعيم بن حماد، ثنا هشيم أنبأنا أبو هاشم عن أبي مجلز، عن قيس بن عباد، عن أبي سعيد الخدري ، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة، أضاءله من النور ما بين الجمعتين. رواه البيهقي في السنن الكبرى في كتاب الجمعة، باب ماسؤمر به في ليلة الجمعة ويومها من كثرة الصلاة على رسول الله وقراءة سورة الكهف وغيرها ؟، مجلد 4، ص : 530 ط : دار الفكر

Ertinya : Rasulullah saw bersabda: Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Maka Allah swt akan meneranginya dengan cahaya dari Jumaat yang dia baca kepada Jumaat yang berikutnya. (H.R Baihaqi)

قال الحاكم : عن أبي بكر بن المؤمل: حدثنا الفضل بن محمد الشعراني، حدثنا نعيم بن حماد، حدثنا هشيم،حدثنا أبو هاشم، عن أبي مجلز عن قيس بن عباد ، عن أبي سعيد، عن النبي صلى الله عليه وسلم، أنه قال : من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة، أضاء له من النور ما بينه وبين الجمعتين، ثم قال : هذا الحديث صحيح الإسناد، ولم يخرجاه

Ertinya : Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya di antara dua kali Jumaat. (H.R Hakim dalam Mustadrak)

قال السيوطي في الجامع الصغير : عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من قرأ سورة الكهف يوم الحمعة أضاءله النور ما بينه وبين البيت العتيق ( هب ) عن أبي سعيد، ورمزه بالحسن

Ertinya : Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya di antaranya dan Bait `Atiq.

(HR Ahmad) : Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda:
“Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.”

(HR Ibnu Katsir) : Daripada Umar beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:
“Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.”

(Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243) : Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang menjaga sepuluh ayat dari surat Al-Kahfi, ia akan memiliki cahaya pada hari kiamat.” Hadis ini bersumber dari Abu Darda’.

Untuk mendengar bacaan dan terjemahannya, sila klik link dibawah ini.
Quran Explorer - [Sura : 18, Verse : 1 - 110]

Daripada Abu Darda' r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat dari permulaan surat al-Kahfi, maka ia terjaga dari gangguan Dajjal."
Untuk mendengar bacaan dan terjemahannya,sila klik link dibawah ini.
Quran Explorer - [Sura : 18, Verse : 1 - 10]

Dalam riwayat lain disebutkan: "Dari sepuluh ayat terakhir surah al-Kahfi." (Riwayat Muslim)
Untuk mendengar bacaan dan terjemahannya,sila klik link dibawah ini.
Quran Explorer - [Sura : 18, Verse : 100 - 110]

10 October 2013

Gaya Oky Terkini

Dah masuk 6 bulan Oky menjadi keluarga saya, tetapi perasaan takut dia masih menebal. Walaupun Oky tidur tetapi dia tidak tidur dengan lena, kalau ada pergerakan dia cepat-cepat akan buka mata dan kelihatan seperti kebingungan. Bila dia lihat saya yang ada dekat dia, maka dia akan lelapkan mata semula.

Kucing yang pernah saya atau keluarga saya pelihara sebelum ini tidak seperti Oky. Kalau mereka dah tidur kita angkat dan alihkan tempat tidur pun mereka boleh sambung dengan lena. Saya kesian melihatkan Oky - saya terfikir ada kemungkinan Oky pernah mengalami peristewa yang menakutkan dalam diri dia.

Maklumlah Oky ni saya pungut semasa dia berumur 3 bulan, bermakna selama 3 bulan Oky hidup sebagai stray cat. Mungkinkah dia dibuang atau dilahirkan oleh ibunya di gelandangan.

Kini Oky dah besar dan saya rasa dia sedang bunting. Oky kuat tidur dan tempat tidur dia adalah di atas katil saya, di dalam kandang dia (saya letakkan dalam bilik tidur saya) dan di bawah meja kecil juga yang ada dalam bilik saya.

Oky sangat selesa tidur dalam bilik dan dia rasa sangat selamat. Tengoklah beberapa gaya Oky yang seksi, yang manja dan bersahaja.

Oky tidur-tidur ayam

Tidur dengan cuba memeluk bantal guling.



Sedapnya dia tidur. . .  agaknya sedang bermimpi.

Kucing jenis ini memangnya kurang manja tapi Oky suka berada di sekeliling saya.

Tengok muka dia yang garang...

Buat-buat tidur..