18 June 2013

Hadiah Harijadiku Dari Jabatan

Ini adalah tanda ingatan daripada Jabatan saya sempena hari ulang tahun kelahiran saya yang secara kebetulan bersama dengan Hari Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Mei 2013 yang diadakan pada 28 Mei 2013. Sayangnya saya tidak dapat hadir kerana sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan.

Nilai RM tidak penting dalam sesebuah pemberian, apa yang paling utama adalah tanda ingatan itu.... Terima kasihlah kepada semua warga JPWPKL...

Mengapa Jibrail dan Mikail Menangis

Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali ada menyebutkan sesungguhnya bahawa iblis itu mempunyai beberapa nama. Namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al- Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ke tujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah adalah iblis.

Iblis terlupa akan diri sendiri (sombong dan berbangga diri) dan akibat daripada itu. Maka Allah S.W.T telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku kehendaki." Oleh kerana iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong.

Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.

Kemudian Allah S.W.T merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah S.W.T membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.

Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah S.W.T melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap empat, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggaan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.

Ketika Allah S.W.T membalas tipu daya iblis, maka menangislah Jibril A.S dan Mikail. Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Apakah yang membuat kamu menangis?" Lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu."

Firman Allah bagi bermaksud, "Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku."

Setelah diusir, maka iblis pun berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu."

Lalu Allah berfirman yang bermaksud, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum."

Berkata lagi iblis, "Tambahkanlah lagi untukku." Allah berfirman yang maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya."

Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Lalu Allah berfirman dengan maksud, "Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah."

Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Maka Allah berfirman lagi yang bermaksud,"Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram."

"Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan- perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka." (Hal ini ada disebutkan dalam surah al-Isra ayat 64 yang bermaksud : "Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan."

17 June 2013

Pejabat Baruku Yang Belum Sempurna

Ini adalah pejabat baru saya di Unit Penilaian Tahap Kompetensi (PTK), JPWPKL. Saya telah bertukar ke pejabat ini pada 30 Mei 2013 daripada Unit Pentadbiran Am (UPT) jabatan yang sama. Kedudukan kedua-dua pejabat ini boleh dikatakan jauh juga kerana skiranya berjalan kaki mengambil masa 15 minit kot sebabnya pejabat ini terletak di Tingkat 3 Blok A Duta 2. Yang paling mengembirakan kedua-dua Blok A dan B tidak mempunyai lif, jadi kami semua di bangunan ini bolehlah dikatakan sihat-sihat.

Tetapi yang kasihannya adalah orang yang mempunyai masalah kesihatan, rakan-rakan kami yang mengandung dan warga emas. Tentunya penat dan meletihkan.... bagi saya pertukaran ini seperti Allah menjawab permohonan saya untuk keluar dari UPT. Alhamdulillah syukur kepada Allah akhirnya saya dapat bertugas di Unit PTK dan mempelajari sesuatu yang baru yang belum pernah saya lakukan.

Pejabat ini merupakan pejabat yang kedua kecil yang pernah saya gunakan. Namun begitu saya tetap bersyukur kepada Allah setidak-tidaknya ada juga pejabat.... ada juga kawan-kawan yang tidak mempunyai pejabat sendiri atau yang terpaksa berkongsi pejabat. Pada awal saya berpindah ke blok ini, selama 2 hari saya hampir putus nafas menaiki tangga, maklumlah sudah terlalu lama saya tidak menaiki tangga yang tinggi. Saya juga bersyukur kepada Allah kerana rawatan yang saya lakukan di HATTM menunjukkan improvement di mana kaki saya sudah flexible dan kurang rasa sakit sekarang ini. Kini saya boleh mengatakan kepada diri sendiri bahawa dengan cabaran baru ini juga akan membuatkan jantung saya akan jadi lebih sihat. Hip hip hurree

Amalan & Kelebihan Bulan Syaaban

Sabda Nabi s.a.w. :-
'Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.'

Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga.Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub dan Nabi Daud.

Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari qiamat, dan diwajibkan syurga baginya.

Barang siapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukkan dia ke dalam syurga.

Berkata Siti Aisyah r.a.: 'Bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah S.A.W. ialah bulan Syaaban.'

Sabda Nabi S.A.W. :-
'Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).'

Sabda Nabi S.A.W. : 'Bahawa puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadhan, siapa berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersolawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu,diberkatkan rezkinya baginya. Bahawa Allah membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.'

Sabda Nabi S.A.W :-
'Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.'

Sabda Nabi S.A.W : 'Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia'. Kelebihan Ramadhan atas bulan- bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.'

Bulan Syaaban - keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Rejab dengan malam Isra' Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Syaaban telah datang Jibril kepada Rasulullah S.A.W. lalu katanya :- 'Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang tiada syirik denganNya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak dan derhaka terhadap ibubapa.'

Sabda Nabi S.A.W. : 'Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa segala makhlukNya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.

Sabdanya lagi : 'Apabila pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadat, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman, Adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala Aku afiatkannya. Adakah orang yang meminta rezki maka Aku rezkikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh.

Tersebut dalam kitab Al-Barokah, bahawa jin, burung, binatang- binatang buas,ikan di laut berpuasa mereka pada hari Nisfu Syaaban.

Tersebut di dalam kitab Iqna', bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Syaaban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasulullah S.A.W. kali keduanya, katanya :- 'Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada mensyirikkanNya sesuatu, angkatkan kepalamu, lalu Rasulullah mengangkatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga.'

Kata Syeikh Abdul Qadir Al-Kilani di dalam Ghaniah :- 'Bahawa malam Nisfu Syaaban adalah hariraya malaikat, begitu juga pada malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal dan ibadat sepanjang-panjang malamnya. Dan bagi anak-anak Adam berhariraya padanyapada siang hari dengan berpuasa dan ibadat, kerana mereka tidur pada malamnya.

Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Syaaban kepada enam orang :-

Orang yang kekal minum arak.
Orang yang derhaka dua ibubapanya.
Orang yang kekal dalam zina.
Orang yang banyak berkelahi.
Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta.
Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi.

Sesiapa sembahyang pada malam Nisfu Syaaban daripada umat Muhammad S.A.W. terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberitahu kepada Nabi Isa lalu Nabi Isa pun berdoa kepada Tuhan, 'Mudah-mudahan aku  daripada umat Muhammad S.A.W.'

16 June 2013

Lagu: Ayah - Aishah


Selamat Hari Bapa Kepada Semua sahabat-sahabat saya yang bergelar ayah. Teruskan usaha anda dalam mendidik anak-anakmu.
Bagi anak-anak yang telah kehilangan jangan lupa mendoakan arwah ayah masing-masing. Semoga lagu ini membawa kenangan kepada ayah anda.
Untuk arwah ayahku... doaku iringkan semoga ayah dirahmati Allah, di tempatkan di sisiNya bersama dengan kekasih-kekasihnya. Terima kasih ayah kerana membesarkan saya dengan penuh kasih sayang.

Sajak: Prosa Air mata - Usman Awang

Bahawasanya air mata
tiadalah ia memilih tempat untuk jatuh…
tidak pula memilih waktu untuk menitis…

Air mata adalah kepunyaan bersyarikat…
dipunyai oleh orang-orang melarat yang tinggal
di dangau-dangau yang buruk oleh tukang sabit yang masuk
ke padang yang luas dan ke tebing yang curam,
dan juga oleh penghuni-penghuni gedung-gedung yang permai
dan istana-istana yang indah.

Bahkan di situ lebih banyak orang menelan ratap dan memulas tangis.
Luka di jiwa yang mereka hidapkan, dilingkung oleh tembok dinding
yang tebal dan tinggi, sehingga yang kelihatan
oleh orang luar atau yang mereka ketahui hanya
senyuman saja,
padahal senyum itu penuh dengan kepahitan

Mac 19, 2008

P/S - Adnee

Airmata bagiku menebus dosa kepada Allah
banyak dosaku Ya Rabb
Engkau ampunkan daku
Terima aku ke syurgamu

Airmata juga bagi aku tanda lemah
Cuba tidak ku titiskan kerana dunia, kerana jiwa

Kerna airmataku sebolehnya hanya untuk Dia
Ya Rabb Ya Allah Ya Rahman

15 June 2013

Happy Birthday Azmee

Selamat Menyambut Hari ulang TAHUN Kelahiran pada 15 Jun ini kepada adik saya Azmee.

Semoga diberkati dan dirahmati sentiasa.

14 June 2013

Si Kaya dan Si Miskin

Assalamualaikum dan selamat sahabat-sahabatku, mari kita 'lihat' salah satu kisah Nabi Musa as.

Nabi Musa as memiliki umat yang jumlahnya sangat banyak dan umur mereka yang panjang-panjang. Ada di antara mereka yang kaya dan ada juga yang miskin. Suatu hari ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa as. Dia begitu miskin sehinggakan pakaian orang itu compang- camping dan sangat lusuh serta berdebu. Si miskin itu kemudian berkata kepada baginda Nabi Musa as, "Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar Allah SWT menjadikan aku orang yang kaya. Nabi Musa AS tersenyum dan berkata kepada orang itu, "saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah SWT. Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu dia berkata, "bagaimana aku mahu banyak bersyukur, aku makan pun jarang, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu helai ini saja". Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya. 

Beberapa waktu kemudian seorang kaya datang menghadap Nabi Musa as. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya. Ia berkata kepada Nabi Musa AS, "Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, terkadang aku merasa terganggu dengan hartaku itu. Nabi Musa as pun tersenyum, lalu ia berkata, "wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah SWT. Ya Nabiullah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Allah SWT?. Allah SWT telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. Telinga yang dengannya aku dapat mendengar. Allah SWT telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya", jawab si kaya itu. 

Akhirnya si kaya itu pun pulang ke rumahnya. Kemudian terjadi adalah si kaya itu semakin Allah SWT tambah kekayaannya karena ia selalu bersyukur. Dan si miskin menjadi bertambah miskin. Allah SWT mengambil semua kenikmatan-Nya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaian pun yang melekat di tubuhnya. Ini semua karena ia tidak mahu bersyukur kepada Allah SWT.

Apa ikhtibar yang boleh kita peroleh dari cerita di atas? mudah bukan - iaitu hanya bersyukur kepada Allah, maka Allah pastinya akan mengurniakan rezekinya kepada kita. Maka janganlah berhenti bersyukur dan berusaha, kerana tanpa usaha rezeki yang dijanjikan tidak kunjung tiba atau lambat. Allah tidak akan merubah sesuatu kaum itu, jika kaum itu tidak merubahnya. Fikirkanlah....