16 December 2015

Selamat Pengantin Baru Linda

Alhamdulillah pada 12 Disember 2015 yang lalu, seorang bekas staf SP&K Roslinda binti Ramlan telah selamat menamatkan zaman bujangnya. Majlis perkhwinannya dihadiri oleh beberapa orang warga KPDNKK Melaka. Kami sempat bergambar bersama dengan Linda. Saya mewakili warga KPDNKK Melaka mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Linda dan suami agar bahtera rumah tangga mereka diberkati dan dirahmati Allah swt sehingga ke Jannah.

Emak saya, Yaya dan anaknya Hawa di khemah jamuan. Perkhwinan Linda diadakan di Kampung Bukit Senggeh, Jasin Melaka, sekampung dengan arwah datuk saya. Yang kelakarnya saya boleh sesat semasa nak ke rumah Linda. Itu mengambarkan betapa lamanya saya tak memandu ke sana.

15 December 2015

Saya Mengantuk

Mommy Hero rasa macam mengantuk je ni....

Mata Hero macam dah nak tutup ...

Eeeeh Hero buat apa kat meja tu... kalau nak tidur pun masuklah ke bilik. Mommy sibuk ni nak menjahit.... tadi Hero nak temankan....

Akhirnya dia terlelap juga dalam memerhatikan saya menjahit. Hero anak kucing yang sakit kini dah cantik namun saya rasa sakit hatinya masih ada kerana kencing dia yang masih kotor. Semoga Allah swt menyembuhkan penyakitnya itu.

14 December 2015

Bengkel Kerja dan Lab Hand On Aplikasi HRMIS Peringkat KPDNKK Negeri

Gambar kenang-kenangan beramai-ramai semasa kami sama-sama menghadiri bengkel HRMIS yang diusahakan oleh BPSM KPDNKK.

Saya bersama dengan rakan-rakan dari KPDNKK Negeri Sembilan semasa kami menghadiri jamuan makan malam sebelum esoknya kami menamatkan benkel ini.

Puan Hajjah Aiton bersama dengan stafnya masing-maisng dengan gaya tersendiri. Saya ersyukur kerana dapat mengenali mereka dan menambahkan bilangan sahabat dalam hidup ini.

Kami dalam kelas bersama dengan Nor Arlia rakan pejabat dan wakil KPDNKK Kuala Pilah.

Saya sedang menikmati sarapan pagi di hotel.

13 December 2015

Hadis: Dates and Fasting

The Prophet Muhammad said: "Whoever finds dates should break his fast with them and the one who does not should break his fast with water because it is pure"

Now a days dates can be find at any part of the world with a reasonable price. In Malaysia you will find dates at most of the market or super market. So do we have any reason not to practice the above hadis?

12 December 2015

Ms Lulu

Ms Lulu anak dara sedang membesar, tetapi antara kucing yang pendiam dan tak suka berkawan. Saya risau dengan sikap dia yang menyendiri. Rupa Ms Lulu memang comel, saiz dia tak besar dan bulu dia sangat lembut. Rupa Lulu lebih menyerupai arnab dari seekor kucing.

Nasib baik dia jinak dengan saya dan tak kisah bila saya dukung dia. Lulu akan berbunyi apabila dia nampak saya dan mula golek-golekkan badan dia bila saya mendekat. Mungkinkah dia takur dengan kucing-kucing lain yang bersaiz besar?

11 December 2015

Farewell Linda

Hari itu, iaitu pada 9 Disember 2015 adalah hari terakhir Linda bersama dengan kami, kerana esoknya Linda mula bercuti dan selepas itu dia terus berhenti bekerja di pejabat kami. Mkalumlah hujung minggu ni Linda akan berkahwin dan mungkin mengikut suaminya ke Selangor.

Saya bagi pihak kawan-kawan di KPDNKK Melaka amnya dan khususnya bagi semua warga SP&K mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan yang Linda dan berikan kepada kami terutamanya dalm bidang IT. Jika ada kelapangan nanti datanglah ziarah kami atau setidak-tidaknya bertanyalah khabar. Semoga Linda dan keluarganya dirahmati Allah swt dan berkurniakan kehidupan yang berkat dan bahagia.

06 December 2015

Belangsungkawa Armarhum Tuanku Laksamana Johor Tuanku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim

Alfatihah .. saya iringi pemergian YAM Tuanku laksanama Johor Tuanku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim mengadap Penciptanya dengan rasa sedih dan dukacita. Memang rasa terkejut walaupun semua rakyat negara ini mengetahui akan derita penyakit yang baginda alami.

Kasih keluarga dan rakyat mengatasi kasih dan sayangnya Sang Pencipta kepada armarhum Tunku Abdul Jalil. Jadi bagi kita yang ditinggalkan, hanya doa dan kiriman ikhlas bacaan Al Quran yang boleh kita lakukan supata dengan kiriman tersebut moga-moga Allah swt menerima semua amal yang dilakukan oleh baginda semasa hidupnya. Jua jangan dilupa untuk mendoakan agar Allah swt mengampunkan dosa-dosa banginda.

Semoga Allah swt menempatkan roh baginda bersama-sama dengan orang-orang yang soleh. Ameen.

04 December 2015

Gelagat Nini Dan Ibunya Oky

Kucing pun macam manusia walaupun sudah besar tetapi masih memerlukan kasih sayang dari ibu dan keluarga mereka, begitu juga dengan Nini dan Kiki, kucing betina anak kepada Oky. Nini dan 4 lagi adik beradiknya dilahirkan oleh Oky pada bulan Mac tahun lepas.

Walaupun dah hampir 2 tahun dia tetap bersifat keanak-anakan, selalu minta ibu atau abang-abang dan adik beradik yang lain menjilat dia. Dan kadang-kadang dia juga akan menjilat ibu dan adik-adiknya yang lain.

Kata orang Melayu kasih ibu sepanjang hayat, agaknya begitu juga dengan haiwan. Walaupun kadang-kadang saya nampak Oky macam rimas dan marah pada anak-anaknya yang suka 'meleseh' (bergesel) dengan dia, tapi akhirnya Oky akan jilat juga anak-anaknya.

Memelihara haiwan seperti kucing bukan untuk suka-suka je tapi memerhatikan sikap dan fitrah hidup mereka ada kalanya menjadikan pelajaran yang sangat bernilai bagi kita. Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia, dan kita yang memerhatikan mendapat hikmah dan hidayah dari sesuatu kejadian Allah swt.

Saya terfikir jika anak-anak kucing yang masih kecil dibuang, sedangkan mereka masih memerlukan kasih sayang, bagaimanakah pengakhiran hidup makhlok kecil tersebut. Mungkin disebabkan manusia tidak memikirkan haiwan ini juga punya nyawa dan hak untuk hidup makanya ada manusia yang dengan senang dan tanpa rasa bersalah membuang mereka di merata-rata termasuk di tepi jalan raya. Bagaimana rasanya hati manusia yang melihat anak-anak haiwan kecil yang dibuang menemui kematian? bersalah? menyesal? menangis? tepuk dada tanya iman.