03 September 2015

Keselamatan Penghuni Baru

Risau dengan keselamatan ikan-ikan tu makanya saya terpaksa letakkan akurium di bawah kerusi supaya tiada kucing yang memanjat di atas akurium macam yang dibuat oleh Bujang dan Tuah.

Tapi lain pulak jadinya, akurium tu dihurung oleh mereka dan ada yang tidak berganjak dan merenung ikan-ikan tu macam Adik.

makin lama makin ramai mereka dan saya dapat rasakan betapa stressnya ikan-akan tu.

Bujanglah yang paling tak senang duduk kejap-kejap dia datang balik dan cuba memanjat tapi dah ada kerusi.

02 September 2015

Salam Pengenalan Dari Bujang dan Tuah

Bujang dah dapat rasakan bahawa penghuni baru yang saya bawa balik tu yang sebenarnya adalah lauk dia. Macam kata peribahasa Melayu yang bermakna - tak kan kucing tolak ikan paling tidak menghidu. Itulah yang dilakukan oleh Bujang sekarang.

Sikap Bujang ni sedikit sebanyak mempengaruhi adiknya Tuah Fitri, apa saja yang dilakukan oleh Bujang akan ditiru oleh Tuah. Bujang mengais akurium mkanya Tuah pun mengais akurium juga.

Bujang naik akurium dan terhidu-hidu, Tuah pun buat yang sama tapi sebab akurium kecik Tuah tak ada tempat nak naik.

Akhirnya berjaya juga dia naik bila abangnya Bujang turun. Semoga Allah selamatkan penghuni baru rumah saya ni.

01 September 2015

Bila Mommy Bawa Balik Penghuni Baru

Rakan sepejabat saya, En Noorzlan beri saya 3 ekor ikan betuk atau ikan puyu untuk dipelihara. Tiba je di rumah saya pun letakkan ikan-ikan tersebut dalam akurium Amir (dulu Amir pelihara kura-kura). Itam MB dan Mimi tekun melihat pergerakan ikan tu. 

Saya letakkan akurium tu atas meja di tepi dinding, ikan-ikan tu berenang dan pergerakan itu menarik perhatian hampir kesemua kucing-kucing saya. Pada mulanya semua perhatikan je ikan-ikan dalam akurium tu dari jauh. Rasa takut dan hairan  menyelinap dalam diri mereka agaknya. 

Mereka perhatikan dulu tanpa usik kejap di atas kejap di bawah. Oky siap memanjat untuk perhatikan ikan-ikan tu dengan lebih dekat.

Manakala Tuah dan Bujang lebih berani dan lihat dengan lebih dekat, tapi Acik hanya puas hati lihat dari jauh je. Itulah gelagat 'anak-anak' saya apabila ada penghuni baru di rumah kami.

31 August 2015

Sehati Sejiwa

Syukur alhamdulillah, negara yang kita cintai sekali lagi menyambut hari kebangsaan pada tahun ini. Tak sangkakan negara kita semakin dewasa dan menuju ke usia emas. Bagi Semenanjung Malaysia tahun ini adalah tahun ke 58 kita merdeka.

Ramai pemimpin yang bertukar ganti dalam membawa hala tuju negara merdeka ini. Apa pun kita perlu mengucapkan terima kasih kepada mereka atas usaha tersebut.

Seperti juga tahun-tahun terdahulu, kali ini juga tema, slogan dan lagu kemerdekaan dicipta dan diwarwarkan bagi menjadi ikutan dan inspirasi rakyat jelata. Apa yang kita buat sebagai rakyat????

Jadi kita hayatilah tema, lagu dan slogan dengan hati-hati dan diteliti, Semoga ianya membawa mesej yang penting bagi kita memahami dan mengerti akan erti kemerdekaan, pengobanan dan hidup aman dan damai walau apa pun bangsa, agama, warna kulit dan kepercayaan kita.

Percayalah dan telah lama terbukti bahawa perpaduan yang kuat dan kukuh antara rakyat merupakan senjata ampuh dalam mencapai kejayaan dan kecemerlangan bagi mengwujudkan kesejahteraan serta
kemakmuran negara. Tanpa perpaduan, nescaya kemerdekaan dan kedaulatan negara yang telah lama
diperoleh akan lenyap dalam sekelip mata.

Namun sayangnya masih ada rakyat negara ini yang sanggup mencetuskan provokasi kaum. Mereka menyalahgunakan hak kebebasan bersuara, dengan mengambil kesempatan mencetuskan isu-isu sensitif dan kontroversi yang dapat merosakkan rasa muhibah dan perpaduan. Sayangilah diri anda dan keluarga anda yang menumpang teduh di bawah payung negara Malaysia.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA. SEHATI SEJIWA MENUJU KESEJAHTERAAN

28 August 2015

Tuah Fitri Cepat Membesar

Inilah Tuah Fitri, si kecil yang semakin nakal dan suka mengusik semua kucing-kucing saya yang lain. Tuah seakan-akan merasakan bahawa kesemua kucing saya menerima dia dalam keluarga walaupun ada beberapa ekor yang seakan-akan marah dengan Tuah yang kecil ini.

Kalau ada yang cakap Tuah tak comel, saya tak kesah pun pada saya semua kucing-kucing saya comel dan menarik. Mereka adakan buah hati saya dan emak. Tengok Tuah ni dah besar dia, dulu masa saya selamatkan dia panjangnya tak sampai pun sejengkal kini dah sejengkal lebih.

Dia sedang memerhatikan abang dia Zizi di atas almari baju. itulah tempat Zizi tidur dan berehat. Sayangnya Tuah tak boleh memanjat lagi sebab almari tu tinggi.

Akhirnya Tuah kena puas hati tidur kat atas kontena je la. Tapi mommy dah letakkan tilam empuk supaya Tuah selesa. Tuah jangan membesar cepat sangat ye!!!!

23 August 2015

Wajah Terkini Abang aka Si Baby

Hai semua ingat tak lagi, si hansem saya ni... Nama di Si baby dan saya panggil dia abang sebab dia yang tua dalam keluarga kucing saya selepas ibu dia Oky.

Abang kucing saya yang sangat baik, dia berfikiran terbuka menerima 5 ekor lagi kucing pungut yang bukan darah daging dia. Tapi abang tak suka sesiapa pun yang main dengan ekor dia.

Si hansem saya yang hampir 2 tahun. 18 Oktober 2015 ni maka genaplah umur dia dan Si Adik 2 tahun nanti.

22 August 2015

Dari Jendela: HQ KPDNKK

Antara permandangan bangunan Kerajaan di Putrajaya. Yang ini saya rakamkan dari tingkat 10 di salah sebuah pejabat di KPDNKK Ibu Pejabat.

Cantik dan berseni tapi . . . . . .

Ada lagi pembangunan yang bakal dilaksanakan. Apa agaknya projek tu  . . .. .

Nun jauh di sana kelihatan sebuah jambatan yang saya dan rakan di MinDef panggil jambatan perbendaharaan. Tanda jambatan ini menjadi simbol lokasi untuk berjumpa bila sama-sama hadir untuk tugas rasmi di Putrajaya lama dulu.

21 August 2015

Kesian Tuah Fitri Demam

Minggu ni Tuah Fitri jenap sebulan bersama dengan keluarga saya. Kasihan dia mungkin kerana terlalu lapar Tuah makan apa sahaja dan 2 minggu lepas Tuah sakit perut dan muntah-muntah. Semasa dia muntah dia dah mula tak makan. Rasanya dia demam sebab badan dia panas je.

Apa ikhtiar saya lagi selepas dia diberikan ubat cacing dan vitamin. Saya hanya suapkan dia air zam-zam dan doakan agar dia cepat pulih. Sepanjang dia sakit perut dan muntah-muntah dia lebih selesa duduk atas kerusi tu je sambil melihat abang kakak dia berlari berlompat. Langsung dia tak ada hati nak join sama. Kesian Tuah .. budak nakal yang demam