23 August 2015

Wajah Terkini Abang aka Si Baby

Hai semua ingat tak lagi, si hansem saya ni... Nama di Si baby dan saya panggil dia abang sebab dia yang tua dalam keluarga kucing saya selepas ibu dia Oky.

Abang kucing saya yang sangat baik, dia berfikiran terbuka menerima 5 ekor lagi kucing pungut yang bukan darah daging dia. Tapi abang tak suka sesiapa pun yang main dengan ekor dia.

Si hansem saya yang hampir 2 tahun. 18 Oktober 2015 ni maka genaplah umur dia dan Si Adik 2 tahun nanti.

22 August 2015

Dari Jendela: HQ KPDNKK

Antara permandangan bangunan Kerajaan di Putrajaya. Yang ini saya rakamkan dari tingkat 10 di salah sebuah pejabat di KPDNKK Ibu Pejabat.

Cantik dan berseni tapi . . . . . .

Ada lagi pembangunan yang bakal dilaksanakan. Apa agaknya projek tu  . . .. .

Nun jauh di sana kelihatan sebuah jambatan yang saya dan rakan di MinDef panggil jambatan perbendaharaan. Tanda jambatan ini menjadi simbol lokasi untuk berjumpa bila sama-sama hadir untuk tugas rasmi di Putrajaya lama dulu.

21 August 2015

Kesian Tuah Fitri Demam

Minggu ni Tuah Fitri jenap sebulan bersama dengan keluarga saya. Kasihan dia mungkin kerana terlalu lapar Tuah makan apa sahaja dan 2 minggu lepas Tuah sakit perut dan muntah-muntah. Semasa dia muntah dia dah mula tak makan. Rasanya dia demam sebab badan dia panas je.

Apa ikhtiar saya lagi selepas dia diberikan ubat cacing dan vitamin. Saya hanya suapkan dia air zam-zam dan doakan agar dia cepat pulih. Sepanjang dia sakit perut dan muntah-muntah dia lebih selesa duduk atas kerusi tu je sambil melihat abang kakak dia berlari berlompat. Langsung dia tak ada hati nak join sama. Kesian Tuah .. budak nakal yang demam

18 August 2015

Sibuk Itu Yang Tak Sempat

Betul tu, memangnya saya sibuk hingga tak ada kesempatan untuk post artikel di blog ni. Selalu teringat tapi apakan daya!!!!. Kalau dulu di KL saya ada internet di rumah, tapi di Melaka tidak ada, line broadband yang ada pun sangat perlahan, makanya blog saya bagaikan ditinggalkan tuan.

In sya Allah saya cuba balik menulis selepas balik dari tanah suci nanti. Cadangnya nak masukkan stremyx walaupun mungkin tak sebaik unifi. Apa nak buat tinggal di kawasan pendalaman, tak ada mata pun yang sudi memandang dan membantu kami di sini. Mungkin mereka fikir kami tak tahu erti kemajuan alam maya.

Tak tahulah bila agaknya kawasan pendalaman akan dibekalkan internet yang murah dan mempunyai kemampuan yang laju. Doa je la . .. .

13 August 2015

Persidangan Tahunan PERPUN Kali 4 2015

Saya bersama dengan Yaya menghadiri persidangan di atas yang diadakan di Avillion Hotel Melaka. Persidangan kali ke4 ini diterajui oleh UTeM Melaka.

Bertemu dengan kawan baru dari Open Uni. Persidangan ini menjemput ketua-ketua jabatan dan para peserta persidangan yang terdiri daripada perpustakawan dan guru-guru yang terlibat dengan perpustakaan. Tiba-tiba teringatkan Perpustakaan Negara di KL di mana satu-satunya perpustakaan yang saya kunjungi. Adakah perpuskaan ini telah mulakan sistem pinjaman buku melalui on-line?

Jamuan selepas perasmian kami bersama dengan guru-guru dari sekolah di Melaka yang juga dijemput hadir.

11 August 2015

Pengalaman Itu tanda Kasih Allah

Entah kenapa tiba-tiba kedua-dua tayar kereta saya sebelah kiri pancit. Dalam berbual-bual dengan mak tiba-tiba bunyi bising. Saya hentikan kereta dan memeriksa dan mendapati tayar kempis habis.

Masa makin berlalu dan mak perlu ke Klinik Selandar untuk check-up dan booking untuk rawatan selanjutnya. Nasib baik ada yang sudi membantu. Sementara menunggu bantuan dari kedai tayar berhampiran saya terpaksa menukar tayar belakang dulu. Kereta ni memang berat.

Lepas bantuan tiba saya minta mereka ketatkan skrew tayar dan menggantikan tayar hadapan. Inilah tanda Allah swt masih kasihkan makhloknya. Ini adalah tanda ingatan supaya saya melihat semula apa yang tak kena atau tersalah laku. Insaf selepas itu dan berdoa untuk kesejahteraan. Jangan terlalu memandang buruk atau buruk sangka kepada Allah swt. Dia beri setelah kita diuji. Itulah kata-kata ahli agamawan. Apa pun saya tetap bersyukur atas ujian dan rahmat Nya.

10 August 2015

Beraya Dengan 'Adik'

Adik nama kucing Shima bersma dengan Ammar, abang si Adik tu, sukalah Adik bila didokong oleh tuannya.

Sayangnya Adik tak pakai baju raya, berbogel sejak dari pagi

Saya bersama Adik di pagi raya pertama Aidilfitri

Tengok je perut dia macam dah makan ketupat dan lemang yang berlebihan. Saya sendiri pun tak dapat ambil foto dengan kucing-kucing saya di pagi raya hanya sempat bersama Oky pada raya yang lepas.

07 August 2015

Aksi Acik Di Tikar Sembahyang

Ingat tak lagi, anak kucing yang saya ambil semasa saya di rumah KL. Masa saya ambil Acik masih kecil, telingan, hidung dan kaki tangan penuh kurap. Kini Acik dah lawa dan gebu.

Pantang saya hamparkan tikar sembahyang/ sejadah Acik akan landing dan mula bermain. Ada kalanya dia memanjat telekong saya. 

Acik kesayangan saya pandai bawa diri..... kini bila ada anak kucing yang lebih kecil Acik tak berebut untuk dimanjakan, tapi ada masanya dia akan sibuk minta saya dokong dia. Bila Acik rebah-rebahkan diri di kaki saya masa tulah dia minta diri dia didokong.

Dah anak dara Acik yang saya sayang ni.