26 July 2015

Kursus SMART Integriti: Explore Race - Rahmat

Kumpulan saya dalam permainan kami yang terakhir semasa Kursus SMART Integriti yang dianjurkan oleh Bahagian Integriti KPDNKK. Walaupun ramai yang dah dewasa tapi kerana permainan ini rasa macam kembali jadi kanak-kanak.

Giliran saya untuk membuang dadu. Syarat permainan ditentukan oleh kumpulan. Untuk permulaan angka ganjil akan bergerak ke hadapan manakala angka genap bergerak ke belakang. Titik juara adalah di hadapan.

Doakan supaya kami dapat angkat genap yang banyak supaya langkah kami menpercepatkan kami menuju ke kemenangan. Tapi semuanya dah tersurat .. kami kalah juga.

Menang kalah bukan keutamanya, apa yang penting adalah pemuafakatan dalam mencapai persetujuan.. Kumpulan Al Amin ini memang boleh dibanggakan kerana kami memangnya bersatu dalam semua kerja dan keputusan. Kepada semua ahli kumpulan Al-Amin terima kasih kerana bersama-sama dan kepada semua peserta kursus selamat maju jaya.

25 July 2015

Tuah Fitri

Inilah dia anak kucing yang saya selamatkan pada 1 Syawal yang lalu. Masa tu saya bersama dengan adik-adik saya Hj Nan, Shima dan Ain dalam perjalanan balik dari membeli durian, maklumlah sepanjang bulan puasa kami sekeluarga cuba tidak makan durian dengan kerap walaupun sangat teringin.

Selepas selesai makan dan membeli durian, kami bertolak untuk pulang ke rumah, Ain memandu kereta dan dia mengekori sebuah lagi kenderaan, di belakang kereta Ain ada sebuah Toyota Camry juga tidak laju. Saya perhatikan seperti ada plastik hitam yang berbuai-buai di bawah kereta di hadapan kami, tak lama kemudian 'plastik' tu jatuh barulah saya sedar rupanya yang saya sangkakan plastik adalah seekor anak kucing yang sangat kecil. Tuhan jadikan perasaan semulajadi kucing ini berlari ke tepi jalan dan bukan sebaliknya sebaik sahaja dia terjatuh dari kereta. Alhamdulillah kesemua kenderaan tidak melanggar anak kucing tersebut. 

Saya minta adik saya berhentikan kereta supaya saya dapat mengambil anak kucing yang malang itu. Semasa saya memungut dia, dia diam saja agaknya masih terkejut. Saya peluk dia dan masuk ke dalam kereta, barulah dia mula mengeow... Inilah rupa anak kucing tersebut, kerana tuah dia saya namakan di Tuah Fitri. Tuah telah menjadikan kucing saya  sebanyak 13 ekor semuanya.

24 July 2015

Beraya Di Gerai Durian Tangkak

Raya pertama beraya di gerai jual buah di Tangkak, banyak juga buah durian yang kami makan, almaklum lama betul kami tak makan durian kerana bulan puasa, mana tidaknya bimbang kepanasan badan dan jatuh demam.

Sedap .... durian di sini memangnya baik-baik, isinya tebal dan lemak serta manis..

Selesai makan Shima cuci tangan takut baunya melekat....

Adik saya Hj Nan sedang berunding untuk membeli durian, sedangkan kami dah habis makan pun.

Kesempatan Bergambar Raya 2015

Saya bersama dengan adik saya Ain dan Shima. Masa ini kami baru sahaja selesai menunaikan solat sunat di Masjid FBS.

Ain bersama dengan anak bungsunya Amir. Dah besar panjang Amir

Saya bersama dengan anak saudara saya Amir, semoga Allah swt merahmati dia, memberkati dia, memberikan hidayah yang lebih kepada dia, selamatkan dia dalam kehidupan, capaikan cita-cita dia dan yang paling utama capaikan juga cita-cita saya dan mamanya supaya Amir menjadi ustaz hafiz terbilang nanti.

Yang ini Shimah bersama anak bujangnya Ammar, tingginya Ammar dari ibunya. Kalo dulu masa bayi dan masa dia masih kecil, tak renggang dari pingggan ibunya dan duduk dalam pangkuan je.... Ammar tak suka dengan orang lain jadi ibunya jadi kenderaan dia selalu. Semoga Ammar sentiasa ingat jasa ayah dan ibu dia sentiasa.

23 July 2015

Malaysia Tanahair Ku - Tun Mahathir

Saya dapat rasakan kasihnya Tun kepada tanah merdeka ini. Begitu juglah dengan kasihnya saya pada bumi bertuah ini walaupun saya tidak dilahirkan di tanah ini. Seperti yang saya selalu bayangkan, tanah ini masih bertuah walaupun ianya diragut rakus oleh 'rakyat'nya, atau dijadai/ dijual demi kebahagian sementara yang tidak berpanjangan, atau mungkin oleh mereka yang hidup mencungap dalam lumpur mencari setitik air jernih untuk diteguk, atau mungkin si kaya penghisap darah yang perlu ditumbangkan dulu.

Tapi itulah nasibnya tanah ini!!!

22 July 2015

Solat Hari Raya Di FBS

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kami dapat menunaikan solat sunat Aidil Fitri di Masjid Felda Bukit Senggeh. Selesai sahaja solat saya mengambil peluang untuk merakamkan beberapa foto sebagai kemnang-kenangan


Ini mewakili ahli wanita keluarga saya. Tak nampak mak pun, mungkin mak bersolat bersama-sama dengan sahabat-handai kerana mak baru je balik menetap di FBS. Semua wajah nampak ceria dan gembira.

Tu pun mak di kelilingi sahabat-sahabatnya, bersalam-salaman dan bermaaf-maafan. Masjid ini memang penuh dengan pengunjungnya al-maklumlah masjid ni bukannya luas sangat berbanding dengan kehadiran anak-anak rantau yang pulang beraya.

Lama tak jumpa berpeluk-pelukan melahirkan perasaan rindu dan syukur.
Selamat Hari Raya semua!!!

21 July 2015

Kursus SMART Integriti: Explore Race: Rahmat (Main Pasir)

Teringat masa saya kanak-kanak dulu, apabila cuti sekolah ayah akan bawa kami sekeluarga ke pantai sama ada di Melaka atau PD. Kanak-kanak memang suka bermain pasir dan pasir menjadikan mereka sangat kreatif. Tapi dalam kursus ini juga kami didedahkan dengan pasir.

Kami disuruh mencari barang yang disembunyikan dalam pasir. Bertungkus lumus kami mengali, menyepak dan meraba-raba pasir yang panas dan hangat. Semua ahli kumpulan bekerjasama untuk mencapai objektif tersebut. 

Ada kumpulan yang berjaya menjumpai semua barangan yang disembunyikan dan ada yang tidak. Di sinilah letaknya pengajaran buat kami. Permainan ini bukannya untuk mencari siapa yang menang tetapi melihat kepada kumpulan yang bekerjasama dalam kumpulan dan antara kumpulan.

Biasanya dalam explore race kemenangan menjadi hambatan semua peserta, jadi ramai yang terlupa akan sifat kemanusiaan. 

20 July 2015

Makan Tengah Hari Bersama Hairi dan Mohd Nor

Memangnya sedap makan tengahari di sini, tapi kat mana ya??? saya pun dah lupa... masa ni saya dan 2 staf saya dari UPT selesai tugas kami di Putrajaya sebelum kami balik semula ke pejabat. Rasanya masa ni pun dah tengah hari jadi saya ajak mereka makan tengah hari bersama.

Yang tak boleh nak lupa adalah - makan di gerai ni memangnya sedap, tapi kedudukan gerai ni jauh dari hiruk pikuk bandaraya, tetapi penggunjungnya ramai sehinggakan tempat duduk pun boleh penuh. Nasib baik kami ada sedikit ruang hujung untuk menikmatai hidangan ini. Macam biasa saya menikmati nasi lemak dan sekeping roti canai... semuanya habis ... Kalau saya nak cari semula gerai ini memang tak akan berjumpa.