24 July 2015

Kesempatan Bergambar Raya 2015

Saya bersama dengan adik saya Ain dan Shima. Masa ini kami baru sahaja selesai menunaikan solat sunat di Masjid FBS.

Ain bersama dengan anak bungsunya Amir. Dah besar panjang Amir

Saya bersama dengan anak saudara saya Amir, semoga Allah swt merahmati dia, memberkati dia, memberikan hidayah yang lebih kepada dia, selamatkan dia dalam kehidupan, capaikan cita-cita dia dan yang paling utama capaikan juga cita-cita saya dan mamanya supaya Amir menjadi ustaz hafiz terbilang nanti.

Yang ini Shimah bersama anak bujangnya Ammar, tingginya Ammar dari ibunya. Kalo dulu masa bayi dan masa dia masih kecil, tak renggang dari pingggan ibunya dan duduk dalam pangkuan je.... Ammar tak suka dengan orang lain jadi ibunya jadi kenderaan dia selalu. Semoga Ammar sentiasa ingat jasa ayah dan ibu dia sentiasa.

23 July 2015

Malaysia Tanahair Ku - Tun Mahathir

Saya dapat rasakan kasihnya Tun kepada tanah merdeka ini. Begitu juglah dengan kasihnya saya pada bumi bertuah ini walaupun saya tidak dilahirkan di tanah ini. Seperti yang saya selalu bayangkan, tanah ini masih bertuah walaupun ianya diragut rakus oleh 'rakyat'nya, atau dijadai/ dijual demi kebahagian sementara yang tidak berpanjangan, atau mungkin oleh mereka yang hidup mencungap dalam lumpur mencari setitik air jernih untuk diteguk, atau mungkin si kaya penghisap darah yang perlu ditumbangkan dulu.

Tapi itulah nasibnya tanah ini!!!

22 July 2015

Solat Hari Raya Di FBS

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kami dapat menunaikan solat sunat Aidil Fitri di Masjid Felda Bukit Senggeh. Selesai sahaja solat saya mengambil peluang untuk merakamkan beberapa foto sebagai kemnang-kenangan


Ini mewakili ahli wanita keluarga saya. Tak nampak mak pun, mungkin mak bersolat bersama-sama dengan sahabat-handai kerana mak baru je balik menetap di FBS. Semua wajah nampak ceria dan gembira.

Tu pun mak di kelilingi sahabat-sahabatnya, bersalam-salaman dan bermaaf-maafan. Masjid ini memang penuh dengan pengunjungnya al-maklumlah masjid ni bukannya luas sangat berbanding dengan kehadiran anak-anak rantau yang pulang beraya.

Lama tak jumpa berpeluk-pelukan melahirkan perasaan rindu dan syukur.
Selamat Hari Raya semua!!!

21 July 2015

Kursus SMART Integriti: Explore Race: Rahmat (Main Pasir)

Teringat masa saya kanak-kanak dulu, apabila cuti sekolah ayah akan bawa kami sekeluarga ke pantai sama ada di Melaka atau PD. Kanak-kanak memang suka bermain pasir dan pasir menjadikan mereka sangat kreatif. Tapi dalam kursus ini juga kami didedahkan dengan pasir.

Kami disuruh mencari barang yang disembunyikan dalam pasir. Bertungkus lumus kami mengali, menyepak dan meraba-raba pasir yang panas dan hangat. Semua ahli kumpulan bekerjasama untuk mencapai objektif tersebut. 

Ada kumpulan yang berjaya menjumpai semua barangan yang disembunyikan dan ada yang tidak. Di sinilah letaknya pengajaran buat kami. Permainan ini bukannya untuk mencari siapa yang menang tetapi melihat kepada kumpulan yang bekerjasama dalam kumpulan dan antara kumpulan.

Biasanya dalam explore race kemenangan menjadi hambatan semua peserta, jadi ramai yang terlupa akan sifat kemanusiaan. 

20 July 2015

Makan Tengah Hari Bersama Hairi dan Mohd Nor

Memangnya sedap makan tengahari di sini, tapi kat mana ya??? saya pun dah lupa... masa ni saya dan 2 staf saya dari UPT selesai tugas kami di Putrajaya sebelum kami balik semula ke pejabat. Rasanya masa ni pun dah tengah hari jadi saya ajak mereka makan tengah hari bersama.

Yang tak boleh nak lupa adalah - makan di gerai ni memangnya sedap, tapi kedudukan gerai ni jauh dari hiruk pikuk bandaraya, tetapi penggunjungnya ramai sehinggakan tempat duduk pun boleh penuh. Nasib baik kami ada sedikit ruang hujung untuk menikmatai hidangan ini. Macam biasa saya menikmati nasi lemak dan sekeping roti canai... semuanya habis ... Kalau saya nak cari semula gerai ini memang tak akan berjumpa.

19 July 2015

Bujang dan Acik

Dua anak kucing yang saya pungut semasa di rumah saya di Taman Saga Ampang, kesemua kucing saya juga dibawa pindah ke Melaka termasuk mereka. Bujang kucing jantan dan Acik kucing betina, kedua-dua mereka seperti kekasih. Namun Acik masih terlalu kecil untuk mengerti kehidupan dewasa, jadi dia selalu marah pada Bujang bila Bujang mengurat dia. Lawak betul mereka berdua...

Nak tidur pun dekat-dekat. Si Adik suka menyakat Acik dan ada kalanya sehinggakan Acik menjerit dengan suara dia yang hilang. Setiap kali Adik cuba menyerang Acik, Bujang akan berlari datang dan tangankan Adik. Saya terfikir adakah mereka ni boleh berfikir atau mereka bertindak ikut firasat. Hanya Allah swt saja yang mengetahui ciptaannya. Ada kemungkinan haiwan juga ada fikiran dan perasaan untuk dikasihi, disayangi dan melindungi.

Bagaimana pula dengan manusia????

18 July 2015

Tinggal Kenangan: Hari Akhir Ketik Kad Kehadiran

8 Mei 2015 adalah hari akhir saya bertugas di JPWPKL. Saya mengetik kad saya terakhir pada jam 6.47 petang selepas hari mesyuarat terakhir saya di Jabatan ini. Banyak suka duka saya bertugas di sini dan banyak juga pengalaman baru yang saya timba.

Ramai sahabat-sahabat baru yang saya jumpa dan menjadi rapat. Banyak juga ragam yang saya pelajari dan fahami. Setiap pertemuan memang ada perpisahan di hujungnya. Dan inilah penghujungnya. Namun ianya bukannya erti perpisahan dengan sahabat-sahabat di sini. Mereka sentiasa ada dalam doa saya. Bahagian di dunia dan di akhirat, sesungguhnya kebahagian akhirat tiada galang gantinya.

Sistem Kehadiran Staf - ADNEE BINTI HAJI AHMAD - Selamat Pulang. Itulah yang tertera di atas skrin SKS.

Saya masih ingat di mana saya melapurkan diri ke Jabatan ini pada 15 Oktober 2011 dan terus di tempatkan di Unit Pentadbiran Am (UPT) dan saya pernah juga ditukarkan sekejap dalam 5 bulan ke Unit PTK dan kembali semula ke UPT sehingga tarikh saya bertukar ke Melaka. Saya hargai masa saya di Jabatan ini dan ianya akan kekal dalam lipatan kenangan.

17 July 2015

Kursus SMART Integriti: Explore Race

Antara perkara yang terkandung dalam Kursus SMART Integriti yang saya hadiri pada bulan Mei 2015 yang lalu ialah Explore Rase yang dikendalikan oleh ustaz-ustaz. Tercabar juga acara-acara yang diadakan seperti melesaikan puzzle di atas. Ianya menguji cara kita berfikir dan bertindak.

Acara tutup mata dan shli kumpulan lain memberikan arahan untuk mencari sesuatu. Yang tutup mata hanya perlu menggunakan kepakaran mengecam suara sahabatnya kerana pada masa yang sama ahli kumpulan lain juga memberikan arahan kepada peserta mereka. Lawak tapi mesejnya sangat jelas.

Saya terlibat dalam acara ini dan tanpa kita sedari rupanya kita boleh bertindak di luar kebiasaan hanya untuk memastikan kumpulan ita menang.

Satu lagi acara seakan puzzle yang memerlukan pemerhatian dan pemikirn yang tidak jumut. Apa agaknya arahanya???