08 April 2015

Novel: Cinta Sufi - RAM


Cinta Sufi adalah novel ke4 dalam siri novel Bagaikan Puteri. Novel ini adalah hasil nukilan Saudara Ramlee Awang Murshid (RAM). Saya selesai membaca novel ini pada 1 April 2015, jam 5.00 petang di rumah saya di Ampang. 

Laksamana Sunan rupanya dikembalikan semula ke dalam sebuah gua di kampungnya tidak jauh dari tanah perkuburan yang telah bersemadinya ibundanya Sulimah. Pergembaraan Sunan ke abad ke21 yang ditakdirkan menunaikan misi penting melawan taughut dan pengikutnya Manggala di Indonesia. Sekembalinya dia ke abad ke15, Sunan sudah kehilangan kudratnya, dia tidak berdaya namun iman dan taqwa menyelamatkan dia.

Sunan ditawan dan dijadikan hamba sahaya Catalina, seorang balu berbangsa Portugis yang belayar menuju iman dan taqwa yang akhirnya menjadikan Catalina seorang muslimah. Banyak sungguh cabaran, dugaan dan ujian yang dihadapi oleh mereka. Ianya umpama kehidupan di pentas yang dicipta Allah, semua ciptaNya bukan sia-sia, semuanya ada sebab dan hikmah. Banyak pengajaran yang saya dapat yang jika dikiaskan itulah ertinya kehidupan . . dunia ini umpama laluan yang berliku untuk ke tempat (syurga) yang dijanjikan oleh Penciptanya, namun bukan semudah itu untuk meraihnya.

Dalam novel ini juga RAM menerapkan jalan cerita suspen dalam 2 dimensi waktu yang menarik. Kalau ingin mengetahuinya apa kata cari novel ini dan selami sendiri.

Novel berikutnya dalam siri Bagaikan Puteri adalah Sutera Bidadari . . agak-agaknya apa yang dialami oleh Sunan kelak?

07 April 2015

Retreat Terakhir Bersama YBhg. Datin Nawal

Gambar beramai-ramai sempena kenang-kengan bersama dengan YBhg. Datin Nawal, Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL). Datin telah bertukar ke Lembaga Peperiksaan. Semasa bersama dengan JPWPKL banyak yang kami belajar daripadanya. Dan kini segalanya tinggal kenangan sahaja.

Gambar ini dirakamkan dihari terakhir Retreat Jabatan yang telah disempurnakan di Mahkota Hotel Melaka pada 4 hingga 6 Mac 2015 yang lalu.

06 April 2015

Adik Beradik Tidur Berdakapan

Kiki dan Jiji tidur berdakapan di atas kotak, daripada kecik hingga sekarang hubungan mereka masih baik antara mereka. Ada kalanya mereka membersihkan diri masing-masing di samping ibu mereka Oky juga kerap membersihkan mereka.

Adik dan Zizi kerap dilihat tidur bersama, Adik adalah abang kedua Zizi. Jarak umur mereka adalah 6 bulan. Adik sangat kasihkan kesemua adik-adiknya.

Pada hari yang lain, Baby (abang) juga kerap dihimpit oleh adik-adiknya untuk tidur bersama.

05 April 2015

Tun Mahathir: UMNO dan PRU14

1. Ramalan oleh masyarakat sekarang ialah UMNO dan BN akan kalah Pilihanraya Umum ke-14 kerana terlalu banyak tuduhan yang dibuat terhadap Najib yang tidak dijawab olehnya.

2. Ia bermula dengan kes pembunuhan Altantuya, wanita Mongolia yang terlibat dengan skandal pembelian kapal selam.

3. Dua orang anggota polis dituduh menembak mati wanita berkenaan, dibicara, didapati bersalah, kemudian didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Kemudian dibicara semula dan dikena hukum bunuh.

4. Seorang daripada mereka berada dalam tahanan tetapi Sirul seorang lagi berada di Australia. Dia membuat kenyataan bahawa dia diarah untuk membunuh.

5. Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Dato Sri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul “merepet”, tidak ada siasatan yang dibuat. Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.

6. Kemudian kes 1MDB. Tuduhan penyelewengan dalam urusan wang berbillion Ringgit oleh Jho Low telah dibuat dengan bukti-bukti yang jelas. Tuduhan ini tidak dijawab selain dari berkata ia adalah pembohongan.

7. Kononnya aset 1MDB berjumlah 52 billion sedangkan hutang hanya 42 billion. Aset tidak jadi keuntungan sebelum dijual (dicairkan). Kenapa untuk membayar faedah sebanyak 2 billion pun terpaksa hutang dari Ananda Krishnan. Kalau 1MDB tidak rugi kenapa terpaksa hutang. Kenapa wang Kerajaan sebanyak 1 billion diberi kepada 1MDB setelah hutang dibayar?

8. Kononnya wang yang disimpan di Cayman Island sudah dibawa balik. Tetapi separuh disimpan dalam bank Swiss (BSI) di Singapura. Di mana pergi separuh lagi dari 6 billion? Kenapa wang ini tidak diguna untuk bayar faedah 2 billion.

9. Kononnya disimpan di Singapura kerana Bank Negara akan menyoal simpanan lebih dari 50 juta. Jikalau duit itu duit kita yang hanya disimpan di Cayman, apa masalahnya menjelaskan kepada Bank Negara punca wang itu. Lagi pun duit ini dimiliki oleh 1MDB yang dikuasai penuh oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.

10. Soalan-soalan lain berkenaan 1MDB tidak dijawab selain daripada berkata asetnya besar. Soal harga tanah Kerajaan yang dibeli oleh 1MDB tidak dijelas. Sudah tentu jika dibeli dengan harga yang murah dan dinaik nilai berkali ganda, aset ini menjadi besar. Tetapi Kerajaan rugi banyak dengan tanah miliknya dijual dengan harga yang tidak mencermin harga pasaran.

11. US$700 juta dibayar kepada Petro Saudi untuk apa? Sudahkah ditentukan Petro Saudi memiliki konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina dan Turkmenistan sebelum membayar wang yang begitu banyak.

12. Jho Low dilapor dalam New York Times, London Times dan Sarawak Report terlibat dalam pengurusan berbillion Ringgit duit 1MDB. Siapa dianya Jho Low yang begitu dipercayai oleh Dato Sri Najib. Pegawai Malaysia yang dilantik mengurus dana 1MDB mengaku mereka diarah oleh Jho Low yang mendakwa ia mendapat kepercayaan penuh dan arahan dari Dato Sri Najib.

13. Gambar-gambar Jho Low dan kelakuannya, umurnya yang amat muda serta cara hidupnya tidak menggambarkan peribadi yang menyakinkan orang ramai. Tetapi dia dilapur membeli rumah di New York dan Hollywood beratus juta Ringgit. Kemudian rumah-rumah ini dijual kepada anak tiri Najib dengan harga ratusan juta Ringgit bagi setiap satu kerana kononnya Jho Low telah jumpa rumah yang lebih indah di Hollywood yang harganya lebih tinggi.

14. Dari mana datangnya duit beratus juta kepada Riza Aziz tidak dapat dijelas. Keluarga Tun Razak termasuk Najib menafikan duit ini adalah dari keluarga. Pelaburan ratusan juta dalam filem “Wolf of Wall Street” oleh Riza datang dari mana?

15. Dan banyaklah lagi tuduhan dan soalan terhadap 1MDB yang ditubuh oleh Dato Sri Najib dan dikuasai sepenuh olehnya sebagai penasihat yang tidak dijelas dan dijawab selain dari menafi dan mendakwa semuanya bohong belaka. Laporan-laporan dalam akhbar di New York dan London amat memalukan negara.

16. Sementara itu, walaupun Kerajaan menghadapi kekurangan wang yang besar dan terpaksa hutang, Dato Sri Najib sebagai Perdana Menteri membeli sebuah lagi pesawat mewah. Umum mengetahui pesawat ACJ319 yang sedia ada diguna bukan sahaja untuk tugas rasmi tetapi sebagai kenderaan peribadi untuk Dato Sri dan Datin Sri.

17. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, dalam keadaan rakyat terpaksa bayar cukai yang lebih tinggi, dalam keadaan nilai Ringgit yang menurun teruk, dalam keadaan kos sara hidup meningkat dan rakyat dilanda banjir dan kehilangan ratusan juta Ringgit, Kerajaan membazirkan wang ratusan juta untuk pesawat mewah walaupun sudah ada pesawat-pesawat milik Kerajaan.

18. Cara pembelian tidak dapat menyembunyi bahawa akhirnya Kerajaan terpaksa menanggung beban pembelian ini. Jika syarikat bukan Kerajaan yang secara rasmi membeli, bayaran melalui lease (sewa) lebih tinggi daripada belian secara langsung kerana terpaksa memberi keuntungan kepada pemilik dan faedah yang dimasukkan.

19. Selain daripada ini dasar-dasar pemerintahan Dato Sri Najib terhad kepada pemberian wang percuma, menimbul kemarahan orang Melayu dengan mengenepikan Dasar Ekonomi Baru kerana ingin mendapat sokongan orang Cina. Namun penolakan BN dalam PRU 13 membuktikan orang Cina tolak pemerintahan Najib.

20. Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Dato Sri Najib. Ahli UMNO dan pemimpinnya perlu sedar bahawa UMNO dan dengan itu BN akan kalah jika Dato Sri Najib memimpin UMNO hingga PRU 14. Apabila UMNO kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali UMNO kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula.

21. Ramai juga ahli dan pemimpin UMNO yang setia secara buta tuli kepada pemimpin. Saya juga setia tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yang diwakili olehnya. Bukanlah mudah bagi saya menulis blog ini. Tetapi demi bangsa dan Negara saya terpaksa dedah semua ini.

22. Saya belum nyanyok walaupun umur hampir 90 tahun. Sesiapa yang berkata saya nyanyok sebenarnya menipu diri.

23. Melayu hanya akan selamat jika bersikap bangsa lebih utama daripada diri sendiri.

Tun Mahathir

Sumber: chedet.cc/?p=1624#more-1624

04 April 2015

15 rahsia keajaiban kaabah yang perlu diketahui

Berikut 15 perkara merupakan keajaipan yang kurang diketahui ramai tentang struktur Kaabah dari sudut sains :

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman.kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Sumber: http://www.lloveislam.com/

03 April 2015

Tanda-tanda si Comel Tidak Sihat

Gambar Hiasan - Si Baby
Kali ini saya nak kongsi dengan ilmu mengenai si meow. Anda pencita kucing kena tahu tanda-tanda ini.

Boleh dikatakan setiap jenis baka kucing mempunyai jenis penyakit yang sama, simptom-simptom yang sama serta kesan dan akibat yang sama. Setiap kucing yang sedang diserang penyakit atau yang sedang sakit akan menunjukkan reaksi dan karektor yang berlainan dari waktu sihatnya. Perubahan Reaksi, karekter dan perangai mungkin merujuk kepada "Tanda-tanda Kucing Anda Sedang Sakit". Dan hari ini, kami akan kongsikan serba sedikit, tanda-tanda yang menunjukkan bahawa si comel anda kemungkinan mengalami masalah kesihatan.

HILANG SELERA MAKAN

Makanan merupakan perkara paling penting dalam hidup seekor kucing. Semua kucing yang sihat mempunyai selera makan yang tinggi. Kiranya kucing anda menunjukkan tanda-tanda hilang selera atau pun makan terlalu sikit dari kebiasaan, anda perlu mengambil tindakan segera dengan megenal pasti apa masalah yang sebenarnya. Antara faktor-faktor yang menyebabkan pengurangan selera makan adalah;

1. Jemu dengan makanan harian yang sama. Namun campuran pelbagai jenama makanan juga tidak disarankan.

2. Menginginkan makanan lembik/ basah.

3. Makan yang diberi sudah rosak.(lemau, basi dan sebagainya)

4. Terdapatnya gangguan luar seperti kehadiran kucing lain dsb.

5. Makanan yang diberi tidak menepati citarasa.

6. Sekiranya kucing anda dr kategori outdoor, ada kemungkinan ia telah memakan sesuatu yg ditangkap- hasil buruan.

7. Tidak mengemari kedudukan tempat makannya.

8. Musim mengawan/ingin mengawan/tidak dapat mengawan kerana dikurung.

Sekiranya semua faktor di atas sudah diambil kira, namun masih tidak berselera, kemungkinan besar kucing anda sedang mengalami masalah kesihatan. Jika ini berlaku, disarankan ia dibawa segera ke veterinar yang terdekat. Antara faktor-faktor kucing sedang akit hilang selera makan.

1. Kucing demam.

2. Kucing mengalami masalah pernafasan yang teruk. (tidak dapat menghidu makanan).

3. Dehidrasi (Minum air lebih dari selalu, boleh mengurangkan selera makan kucing)

4. Mengalami masalah atau penyakit di dalam mulut.

5. Mengalami masalah penyakit hati dan penyakit buah pinggang yang serius dan pelbagai kemungkinan lagi.

SUKAR UNTUK MAKAN.

Hilang selera makan dan susah hendak makan merupakan dua perkara yang berbeza. Kucing yang mengalami kesukaran untuk makan bukan kerana kurang selera makan tetapi berkemungkinan mengalami sakit di bahagian mulut, dalam mulut, gigi, gusi, lidah, lelangit, kerongkong serta sakit organ-organ dalamannya yang lain. Penyakit Gigi dan Gusi contohnya sering berlaku pada kucing tua. Jika perkara ini berlaku silalah rujuk pada veterinar.

Penurunan Berat Badan

Faktor-faktor penurunan Berat Badan Kucing boleh berlaku disebabkan 7 perkara:

1. Parasit luar dan Parasit dalaman (Kutu/hama/cacing)

2. Jangkitan Virus (FIV/ FeLV)

3. Penyakit Usus. (Inflammatory Bowel Disease - IBC)

4. Penyakit Hati. (Liver Disease)

5. Kencing Manis. (Diabetes)

6. Penyakit buah Pinggang. (Kidney Disease)

7. Stress.

8. Perubahan Hormon.

Untuk mengetahui mana diantara faktor yang menyumbang kepada masalah penurunan berat si comel kalian, pemeriksaan di klinik veterinar adalah disarankan. Para veterinar akan membuat pemeriksaan rapi dan akan mengenalpasti permasalahan si comel anda.

MUNTAH-MUNTAH.

Muntah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara dan antaranya,

1. Gumpalan bulu yang terperangkap di dalam usus. (Hairball)

2. Makan terlalu cepat/ gopoh/ gelojoh.

3. Makan sesuatu yang tidak boleh dihadam.

4. Acapkali menukar makanan.

5. Alahan pada makanan atau bahan-bahan didalam makanan.

6. Jangkitan atau serangan penyakit.

7. Kecacingan yang teruk.

8. Keracunan.

Bagi masalah yang sebegini, juga disarankan rujuk ke veterinar berdekatan untuk kenalpasti punca sebenar si comel anda muntah.

DARAH DALAM NAJIS / AIR KENCING.

Darah didalam air kencing kucing adalah disebabkan pelbagai penyakit yang serius atau sesuatu yang serius telah berlaku pada kucing anda. Keadaan ini di panggil 'Hematuria'. Perkara ini menakutkan para-para pembela kucing kerana hanya masalah yang serius sahaja boleh menyebabkan kucing kita kencing berdarah. Salah satu penyebab 'Hematuria' ialah penyakit yang dipanggil " 'Feline Lower Urinary Tract Disease (FLUTD)" (batu karang atau jangkitan dalam pundi). Sekiranya keadaan ini berlaku pada si comel anda, tindakan segera membawa kucing anda kepada veterinar yang terdekat amatlah digalakkan.

Bagi permasalahan darah yang dijumpai bersama-sama najis. Beberapa faktor yang boleh dikaitkan adalah;

1. Masalah kecacingan yang teruk.

2. Penyakit Usus. (Inflammatory Bowel Disease - IBC)

3. Keracunan.

4. Masalah cirit birit yang teruk.

DEMAM.

Kucing akan menghidap demam apabila tindak balas atau reaksi tubuhnya kepada sesuatu jangkitan atau penyakit yang menyerangnya. Suhu normal tubuh badan kucing adalah 100 - 102.5°F (37.7 - 39.1°C). Untuk menyukat suhu badan kucing mungkin sukar kepada yang kurang mahir. Tetapi, kucing demam akan menunjukkan beberapa tanda seperti ;

1. Keletihan/Lesu - Tidur lebih lama dari kebiasan.

2. Hilang selera makan.

3. Bernafas dengan laju secara konstan. (Mencungap)

4. Menggigil. Suhu badan yang tinggi boleh mengakibatkan si comel kita berada dalam keadaan tidak stabil seakan-akan menggigil.

5. Bulu-bulu badan yang menegak atau serabai.

6. Tidak memberikan reaksi ketika diajak bermain.

7. Ada kalanya air liur meleleh tanpa sebab.

8. Pucat pada bahagian hidung, mata, gusi, tapak kaki.

Minum pada kuantiti yang banyak dan kerap.

Salah satau dari tanda-tanda si comel kita sedang mengalami masalah kesihatan adalah pengambilan air yang berlebihan. Antara punca terlalu kerap minum, si comel kita mungkin sedang mengalami masalah seperti ;

1. Serangan Virus Parvo

2. Masalah pada kelenjar Tiroid.

3. Diabetes.

4. Mengalami masalah pada buah pinggang.

Tindakan segera untuk dibawa ke Klinik veterinar berdekatan amatlah disarankan sekiranya tanda-tanda ini wujud pada si comel anda.

SARANAN JIKA SEBARANG TANDA-TANDA DITUNJUKKAN.

Sekiranya si comela anda mula menunjukkan tanda-tanda di atas, kami sarankan tindakan pantas membawa mereka ke Klinik Veterinar utk pemeriksaan dan rawatan yang sewajarnya. Tindakan pantas anda mampu mencegah masalah atau jangkitan yang lebih teruk. Mencegah itu sesungguhnya jauh lebih baik dari mengubati. Insyaallah~~

Peringatan: Nota ini bukanlah khidmat nasihat atas talian sebaliknya panduan khas kecemasan yang disediakan untuk tujuan pendidikan. SEPERTI YANG DINYATAKAN, SEBARANG MASALAH KESIHATAN DAN PERTANYAAN, MOHON PM KAMI DAN VETERINAR BERTUGAS AKAN MENJAWAB DAN MENGHURAIKAN KEKUSUTAN ANDA. DAN SEBAIKNYA, MASALAH YANG BERLAKU DIRUJUK DAN DIPERIKSA DI KLINIK VETERINAR.

Sumber: Helo Vet Disini

01 April 2015

Majlis Khas Buat Datin Nawal

Sebaliknya kami semua (pegawai JPWPKL) daripada Melaka kami terpaksa menerima kenyataan bahawa Pengarah yang kami sayangi akan meninggalkan kami. YBhg Datin Nawal diarah untuk melapurkan diri ke Lembaga Peperiksaan untuk menjawat jawatan Pengarah di sana.

YBhg. Datin semasa menyampaikan amanat beliau. Sayu dan sedih menyelubungi auditorium. Saya dapat rasakan bahawa beliau sangat berat hati untuk meninggalkan kami... tetapi apa kan daya ... demi tugas ... terpaksa dilalui...

Puan Raja sahabat saya kelihatan khusuk mendengar amanat dari Datin.

Puan Yus juga sahabat karib saya kelihatan sedih dan menitiskan air mata..

Saya dan Puan Gowri masa ini sedang menunggu surat keramat pertukaran kami.. Akhirnya Puan Gowri juga yang mendahului saya. Kami semua mengucapkan selamat bertugas ke tempat baru kepada YBhg. Datin Nawal.

GST - Good & Services Tax - Part 2

Hari ini GST dilaksanakan. Ramai yang saya perhatikan kelam kabut tanpa sebab. Ini berlaku apabila seseorang itu tidak mengetahui keadaan atau situasi sesuatu isu itu. Rasa tersebut juga ada kemungkinan disebabkan oleh asutan dan desas desus negative.

Semalam dilaporkan kebanyakan pasaraya penuh sesak dengan manusia yang berbelanja untuk mengelakkan dari dikenakan GST. Apa yang sebenarnya anda tahu mengenai GST.

1.  GST dikenakan pada kadar yang lebih rendah (6%) berbanding SST (16%). Contoh, dulu anda membayar 16% SST apabila menjamu selera di hotel atau beli kereta. Kini anda sepatutnya membayar cukai 6% saja. Jika membayar lebih apa yang anda perlu lakukan?

2.   Lebih 800 barang yang tidak dikena cukai seperti makanan basah, pendidikan, kesihatan, pengangkutan awam dan lain-lain. Sila semak senarai harga yang telah dimuat naik dalam pelbagai website.

3.   Terdapat banyak barangan untuk mereka yang berpendapatan rendah dikecualikan dari GST. Yang dikenakan cukai adalah barangan yang digunakan oleh orang kaya atau makan di tempat yang mewah.

4.   Orang luar bandar/ Melayu mendapat 2 kali keuntungan bila mana
      (a)   banyak barang dikecualikan 
      (b)   membeli di kedai kecil/ runcit yang jualannya di bawah RM500k yang dikecualikan dari GST.

5.   Anda hanya perlu membayar GST apabila anda membeli/ menggunakan sesuatu barang.

6.   Sejak GST mula diwarwarkan lagi, ramai pembuat/ pemborong/ peniaga cuba melarikan diri dari membayar SST. Tetapi di bawah pelaksanaan GST mereka sudah pasti tidak boleh melarikan diri kerana mereka telah didaftarkan dan Kerajaan mampu memantau mereka dari mana-mana sumber sekali pun.

7.   Pada permulaan pelaksanaan GST, beberapa harga barangan akan mengalami kenaikkan sedikit, tetapi bagi tempoh yang panjang harga-harga ini ada kemungkinan akan turun atau kekal. Ini disebabkan cukai-cukai yang terpaksa dibayar oleh pembuat dan pemborong. Namun begitu dengan hasil GST juga Kerajaan akan membantu rakyat yang memerlukan melalui kaedah seperti BR1M.

8.   Orang Melayu/ miskin yang bantah pelaksanaan GST bermakna:

(a)   mereka mahu kekalkan SST yang lebih mahal.

(b)   perjuangkan bukan Melayu/ orang kaya/ pembuat dan pemborong. Maka Melayu ini macamlah kerbau yang penat membajak di sawah tetapi seperti kucing yang kenyang makan nasi di rumah!

SEDIKIT PENCERAHAN MENGENAI GST

Apakah itu Good & Service Tax.

- GST = CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (good and service tax)

- Dulu kita bayar 2 cukai atas setiap barangan/ perkhidmatan yang kita beli/ guna iaitu :

  cukai jualan. (5%) dan cukai perkhidmatan ( 10%); ini akan dimansuhkan dan digantikan dengan GST.

Mengapa kerajaan melaksanakan GST?

-  Untuk memperbaiki sistem cukai sedia ada. Ini adalah kerana cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada mempunyai kelemahan, seperti cukai dua kali ganda ke atas pengguna dan ketiadaan pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barangan yang dieksport dan isu-isu harga pindahan.

-  Kelemahan-kelemahan ini menyebabkan kerugian kepada kedua-dua pihak pengguna dan kerajaan.

Apakah kadar GST?

-  Kadar GST dicadangkan ditetapkan pada 6%. Kadar ini adalah yang paling rendah di kalangan negara-negara ASEAN : 10% di Indonesia , Vietnam, Kemboja, Filipina , Laos dan 7% di Singapura dan Thailand.

Kini negara jiran yang melaksanakan GST adalah Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina. Kadar GST yang diguna oleh negara-negara ini waktu ini ialah Singapura 5%, Thailand 7%, Indonesia 10% dan Filipina 10%. Ketika itu, GST dijangka dilaksanakan 18 bulan selepas bacaan kedua rang undang-undang pada Mac tahun depan (2010). Ini bermakna cukai itu akan berkuat kuasa sekitar Ogos atau September 2011.

Sebagai cukai pengguna, GST akan dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan. Adakah ini bermakna bahawa segala-galanya akan menjadi lebih mahal?

-  Tidak semestinya, harga barang akan menjadi lebih murah kerana kadar cukai GST hanya 6% berbanding cukai sebelum ini 16%. Ini disebabkan tiada peniagan yang akan mematuhi kadar GST malahan mereka akan mengenakan GST di atas SST.

-  Sesetengah barangan dan perkhidmatan dikecualikan cukai.

-  Barangan makanan asas tidak dikenakan GST (beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempas ratus, ikan masin, cencalok, budu, belacan)

-  Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna.

-  Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan: kesihatan, perkhidmatan Pengeluaran passport, pembelajaran di sekolah.

-  Perkhidmatan pengangkutan: bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya.

-  Jual beli dan sewa rumah kediaman

-  Perkhidmatan kewangan terpilih

Adakah kerajaan membantu rakyat menghadapi GST?

-   pelbagai bantuan dan sokongan dalam tempoh peralihan ini disediakn kerajaan salah satunya di mana Kerajaan akan memberi bantuan tunai sekali RM300 kepada penerima BR1M.

Adakah kita masih perlu membayar cukai pendapatan kadar yang sama?

-   Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan sebanyak 1-3 % untuk semua pembayar cukai.

-   Pembayar cukai yang lain akan menikmati penjimatan cukai dan struktur cukai pendapatan individu akan dikaji.

Pendapatan bercukai dinaikkan kepada - melebihi RM400,000 dan kadar cukai maksimum 26% dikurangkan kepada 24%, 24.5% dan 25%

Bagaimana pula dengan perniagaan?

-   Kerajaan akan mengurangkan cukai pendapatan syarikat daripada 25% kepada 24% mulai tahun taksiran 2016

-   Cukai pendapatan syarikat kecil/sederhana turun daripada 20% kepada 19% mulai tahun taksiran 2016

-   Cukai pendapatan koperasi dikurangkan 1-2 mata peratus mulai tahun taksiran 2015 dan potongan cukai bagi yuran kesetiausahaan

-   Pemfailan cukai mulai tahun taksiran 2015

-   Potongan cukai tambahan untuk kos beli peralatan dan perisian ICT bagi tahun taksiran 2014 dan 2015

-   Geran latihan GST RM100 juta Bantuan RM150 juta untuk beli perisian perakaunan

Mengapa GST ini dilaksanakan sekarang dan bukan kemudian?

- Kerajaan berpendapat bahawa kerana kadar inflasi 2% adalah rendah dan ia sememangnya masa terbaik untuk melaksanakan GST.

Berapa banyak negara lain yang telah melaksanakan GST?

-   Lebih daripada 160 buah negara sudah melaksanakan GST. Kerajaan berpendapat ini menunjukkan bahawa GST terbukti ialah" telus, berkesan dan sistem cukai yang adil"

Adakah harga barangan naik?

-   Pengguna hanya perlu membayar satu kali cukai sahaja.

-   Perubahan harga barang atau Perkhidmatan amat minimun apabila GST dilaksanakan, Malahan, ada harga barangan yang akan menjadi lebih murah bergantung samada ianya adalah barangan asas atau tidak.

Apa yang penting memahami GST:

#   GST bukan cukai baru, tetapi menggantikan cukai jualan & perkhidmatan. Sebelum ini rakyat dah bayar 2 cukai di bawah SST.

#   GST mngmbilkira pola perbelanjaan mengikut kategori pendapatan. Makanan dan keperluan asas tidak dikenakan cukai.

#   GST bukan kos kepada perniagaan

#   IHP=INDEKS HARGA PENGGUNA akan turun bagi sesetengah barangan/ perkhidmatan seperti pakaian, kasut, barangan hiasan, perkakas rumah, penyelenggaraan, peralatan komunikasi

#   IHP MENINGKAT seperti minuman beralkohol dan tembakau, pendidikn swasta,"Restoran dan hotel

#   GST bagi menggantikan kelemahan dalam kutipan cukai selama ini: seperti cukai bertindih, ketirisan,dll.

#   GST tidak meningkatkan kos perniagaan kerana ia adalah cukai kepenggunaan. Cuma mengakibatkan penambhbaikn sistem cukai ini peniaga mungkin tidak terlepas dan trrpaksa bayar - itu yang dikatakan meningkat agaknya

#   GST DIKENAKN ATAS:

     - Setiap prngkt pengedaran

     - atas nilai tambah

     - Atas brgn dn perkhidmtan yg diimport

     - Atas jualan brg dan perkhidmatn di Malaysia

#   GST JUGA DIKENALI SEBAGAI VALUE ADDED TAX ( VAT) ATAU CUKAI NILAI TAMBAH.

#   GST (VAT) - Cukai penggunaan yang dikenakan ke atas aktviti nilai tambahan pada setiap peringkat rangkaian pengedaran semua barangan dan perkhidmtn melainkan yang dikecualikan oleh kerajaan.

#   Perlaksanaan GST merupakn salah satu langkah yang diambil kerajaan bagi menyusun semula sistem percukaian negara supaya ia lebih brkesan, saksama, efisien dan telus serta dapat mengelakkan berlakunya:

1) cukai terselindung

Kesan: cukai jualan yang dibayar di perngkat pengilangan telah menjadikan kos kepada pemborong dan peruncit, maka ianya telah diambilkira di dalam pengiraan margin keuntungan

2) cukai bertindih - berlaku dalam 2 keadaan

a) cukai bertindih di bawah sistem yang sama, iaitu sama ada cukai jualan atau cukai perkhdmatan

Kesan: pengguna terpaksa membayar harga lebih mahal kerana cukai perkhidmtan yang dikenakan merupakan sebahagian kos menyediakan perkhidmtan kepada pengguna,

b) cukai bertindih di bawah sistem cukai yang berlainan iaitu barangan berkenaan dikenakan cukai barangan serta perkhidmatan

Kesan: pengguna terpaksa membayar harga lebih mahal kerana cukai jualan merupakan sebahagian daripada kos yang akan dimasukkan ke dalam harga jualan dan dikenakan cukai perkhidmtan apabila menyediakan prkhidmatan kepada pengguna.

#   Pandangan mereka yang sekarang tidak membayar cukai penggunaan terutama golongan miskin terpaksa membayar cukai penggunaan bila GST dilaksanakan (tuduhan pembangkang)

- Sebenarnya rakyat tanpa mngira kelas pendapatan telah membayar cukai jualan dan perkhidmtan ke atas perbelanjaan harian mereka.

- Namun cukai yang dibayar ini terutamanya cukai jualan tidak kelihatan di dalam inbois atau resit kerana ia terselindung di dalam harga barangan.

- Sebagai contoh setiap RM100 yang dibelanjakan oleh golongn miskin, sebanyak RM 2.38 adalah untuk cukai. Tetapi apabila GST dilaksanakan dan dikenakan pd 4% beban cukai yang ditanggung akan menurun kepada RM 2.17 sahaja. Ini merupakan penjimatan di dalam perbelanjaan harian mereka.

# Adakah GST akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan naik?

IHP akan mengalami penurunan sebanyak 0.10% . Harga bagi 8 komponen turun:

- Pelbagai barangan dan perkhidmatan

- Restoran dan hotel

- Komunikasi

- Pengangkutan

- Hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan

- Perumahan, air, elektrik, gas, dan bahan api

- Pakaian dan kasut

- Minuman alkohol dan tembakau

# Apa peranan pengguna:

- Membuat perbandingan harga sebelum berbelanja

- Sentiasa merujuk kepada panduan harga pengguna

- Melaporkan apa-apa kenaikan harga yang tidak munasabah kepada pihak yang berwajib atau persatuan pengguna

- Berbelanja secara berhemah

— at Dataran Merdeka

Sumber: fb Lu Langsi Lu Mati - BN VS PR