06 December 2014

Tidak Sihat Di Ipoh

Selepas berjumpa doktor di salah sebuah klinik di Ipoh, nasib baik pihak Heritage Hotel baik hati nak hantar saya dan Puan Vino ke klinik, jika tidak mungkin sepanjang malam saya tidak dapat tidur. Kalau anda semua nak tahu, semasa saya menghadiri bengkel saya seperti tersilap makan. Perkara ni berlaku semasa saya dan rakan-rakan dalam bas untuk ke Sayong, saya dah berpenuh dingin dan rasa nak muntah tidak tertahan.

Nasib baik juga Cif Zali dan Maslinah mendesak saya ke klinik. Alhamdulillah ubat yang klinik ni bagi sesuai dengan saya dan kekerapan ke tandas dapat dikurangkan jika tidak terpaksa saya tidur dalam tandas je. menjadi pengajaran kepada saya supaya meemrhatikan apa yang patut saya ambil maklumlah engin dalam badan dah tua dan takut tidak berupaya berkerja keras. 

05 December 2014

Ideal Body Weight For Pets

Ramai pemelihara kucing dan haiwan pemeliharaan yang sangat suka jika kucing atau haiwan pemeliharaan mereka gemuk dan gebu. Tetapi rupanya kucing atau haiwan yang gemuk dan gebu tidak semestinya sihat sebaliknya seperti juga manusia haiwan ini mungkin juga obes. Obes menyebabkan haiwan pemeliharaan kita diserang pelbagai jenis penyakit terutamanya sakit jantung.

Disebabkan kita tidak memahami mereka, jadi kita ada kemungkinan untuk menyediakan makanan untuk mereka pada bila-bila masa. Saya sendiri sentiasa menyediakan makanan dalam bentuk kibbles bagi kucing-kucing saya. Dan kibbles yang diberi adalah mengikut kegemaran mereka. Alhamdulillah semua kucing saya mengemari kibbles Royal Canin (RC) sahaja, jadi tidak sukar bagi saya menyediakan pelbagai jenis kibbles untuk setiap mereka.

Terdapat juga beberapa ekor kucing saya yang berat tetapi mungkin belum sampai obes, namun begitu mereka masih aktif bergerak, berlari dan melompat. Saya juga menyediakan pelbagai jenis mainan bagi mengelakkan mereka dari duduk, makan dan tidur sahaja.

Suatu Subuh di Ipoh

Awal subuh lebih tepak selepas saya selesai tunaikan solat subuh. Pagi ni awan dilangit macam jernih dan dikejauhan berbalam-balam saya dapat lihat deretan banjaran Titiwangsa yang menjadi tulang belakang negara kita ini. Rumah-rumah bertingkat dan salah sebuah istana masih belum terjaga lagi, tetapi bangunan tinggi di hujung tu dah kelihatan lampu menerangi bangunan masing-masing.

Solat subuh adalah diwajibkan kepada semua muslim, jadi kerana solat subuh jugalah semua muslim terpaksa bangun untuk menunaikannya. Kelebihan berada di tingkat lebih tinggi dalam membuatkan kita lebih mensyukuri akan nikmat yang Allah swt berikan. Nikmat mata yang dapat melihat kejadiannya sejak awal pagi, nikmat telingan mendengan deruan angin sepoi bahasa dan nikmat merasai perasaan yang nyaman dan tenteram. Teringat akan 'anak-anak' (kucing-kucing) sayang yang suka mengejutkan saya setelah azan subuh berkumandang di taman saya.

04 December 2014

GST - Good & Services Tax - Part 1

GST ... buat masa ini rakyat Malaysia ramai yang tidak suka dengan 3 huruf ini. 3 huruf ini buatkan ramai ahli ekonomi dan tukang cukai lahir di Malaysia secara tiba-tiba. Semua buat andaian dan ceramah dalam pelbagai media sosial ikut kefahaman.

Macam-macam yang saya baca, ada yang logik dan ada yang sangat merapu. Ramai juga yang beranggapan bahawa Kerajaan mengambil keputusan melaksanakan GST semalam (tiba-tiba)

Ramai juga yang tidak tahu apakah maksudnya 3 huruf tu.... Ramai yang dengan yakin mengatakan GST adalah Government Service Tax. Masih ramai juga yang tidak tahu bahawa GST telah diamalkan di hampir keseluruhan dunia. Paling memalukan ada yang mengatakan kenapa Malaysia tidak mengikut cukai seperti yang diamalkan oleh Singapura negara maju rantau ini. Sebelum saya berikan pandangan saya, apa kata kita lihat pengertian cukai.

Apa yang dimaksudkan dengan cukai?. Cukai adalah kaedah yang ditentukan oleh sesuatu Kerajaan bagi pengumpulan hasil daripada syarikat, kumpulan atau individu.

Kenapa cukai dikenakan oleh hampir semua negara?. cukai yang dikutip adalah bagi membiayai perbelanjaan negara dalam perbagai bidang seperti keselamatan, ekonomi, pembangunan fizikal dan sosial.

Bila mula sejarah cukai di negara ini?. Bila ya? Pernahkah anda membaca sejarah Kesultanan Melayu Melaka di mana dalam pemerintahan di zaman tersebut telah wujud jawatan Syahbandar di mana bertanggungjawab untuk memungut cukai (customs dues) di pelabuhan. Cukai yang dikutip dibalas semula dengan Kerajaan Melaka pada masa itu memberikan perlindungan kepada kapal-kapal
yang menggunakan selat dan perairan Melaka serta ianya juga merupakan bayaran kerana penggunaan kemudahan disediakan oleh Kerajaan. Inspirasi ini melahirkan duti kastam pada masa kini.

Apa manfaat cukai kepada kita?. Secara ideal kita boleh katakan bahawa cukai adalah dari rakyat kepada rakyat dan ianya manfaat dalam pelbagai bentuk. Paling mudah difahami adalah cukai pintu yang kita bayar diberikan semula dalam bentuk kebersihan kawasan rumah termasuk potong rumput, pungutan sampah dan sebagainya.

Banyak negara mengkaji cukai-cukai yang dikenakan dan berpendapat bahawa GST adalah kaedah cukai terbaik dan terkesan untuk rakyat. Di negara kita GST bukannya cukai baru atau cukai yang direka semalam, malahan bukan ciptaan Kerajaan Malaysia jadi pengertian GST adalah singkatan kepada Goods and Service Taxes atau Cukai Barangan dan Perkhidamatan.

GST juga di kenali dengan nama lain seperti VAT iaitu value added taxes (cukai nilai tambah). Macam yang sebukkan tadi GST bukan ciptaan Kerajaan Malaysia, jadi dari mana datangnya GST ini?. Yang sebenarnya GST telah mula diperkenalkankan di Perancis pada tahun 1954, oleh seorang ahli percukaian yang bernama Maurice Lauré. Maurice berpendapat GST perlu menggantikan sistem percukaian yang sangat bergantung kepada jualan bagi mengimbangkan dengan sistem cukai pendapatan yang tidak signifikan dan impak yang tidak jelas.

Maurice memperkenalkan cukai yang dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna - lebih tepat kita dikenakan cukai apabila menjadi pengguna. Kaedah cukai ini juga dikenali oleh ahli ekonomi sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax).

Pada amnya GST dipungut daripada pengguna oleh kerajaan, seperti yang disebutkan di atas pengguna terdiri daripada pengguna individu dan yang utama adalah dari pengilang, pemborong, pembekal dan peniaga yang berdaftar dengan pihak berkuasa cukai di bawah Akta GST. Secara khusus pula GST akan dikenakan oleh organisasi-organisasi perniagaan kepada pengguna dengan syarat tambahan selain dari berdaftar di mana jumlah jualan tahunan produk atau perkhidmatan melebihi jumlah yang ditetapkan. Di Malaysia, organisasi perniagaan tersebut hendalah mempunyai nilai jualan tahunan pada RM 500 000 ke atas.

Tidak seperti Sale Service Tax (SST), GST dikenakan cukai dalam setiap tahap urus niaga iaitu daripada pengilang, pemborong, pembekal dan akhirnya peniaga. Manakala jumlah jualan barangan dan perkhidmatan merupakan jumlah nilai yang diterima oleh organisasi perniagaan (tidak termasuk GST) ke atas semua aktiviti yang dicukai. Maka, organisasi perniagaan yang berkenaan hendaklah membekal atau bersetuju untuk membekal barangan atau perkhidmatan kepada pengguna sama ada untuk tujuan mendapat untung atau tujuan lain seperti aktiviti perdagangan, pembuatan, kerjaya, persatuan atau kelab.

Semasa Kerajaan membentangkan Rang Undang-undang ini di Parlimen baru-baru ini, Kerajaan menegaskan sekiranya berlaku penyelewengan GST oleh peniaga, mereka boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan Akta Kawalan dan Anti Pencatutan 2010.

Di samping itu ,harga bekalan yang dijual akan ditetapkan selepas mengambil kira GST. Organisasi perniagaan juga boleh menuntut kredit cukai bagi setiap GST yang telah diambil kira dalam bekalan yang dibeli untuk tujuan mengendalikan perniagaan. Kredit cukai ini juga dikenali sebagai “kredit cukai input”.

Banyak lagi maklumat tentang cukai dan GST ini dan insyallah saya akan sambung kemudian. Saya harapkan semua fahamkan dulu sesuatu isu itu sebelum melompat mengambil keputusan berhujah tanpa pengetahuan yang betul.

Jumpa lagi nanti....

03 December 2014

Masa Untuk Ubat Kutu

Dah tiba masanya untuk meletakakan ubat kutu kepada semua kucing-kucing yang saya pelihara. Ubat kutu yang biasa saya gunakan adalah Spot on Cat, tetapi pet shop yang saya pergi kali ni tidak menjual ubat kutu jenis tersebut. Saya suka gunakan ubat kutu tersebut kerana ianya tahan lama, hampir 2 bulan lamanya dan semua kutu dan telur kutu hilang dalam tempoh 3 hari saja. 

Di sebabkan tiada ubat kutu yang biasa tu, makanya saya terpaksa beli ubat kutu jenis Advantage, ikut kata penjualnya ianya bagus seperti ubat kutu yang biasa saya gunakan. Lepas letak ubat tersebut, saya akan buat pemantauan untuk melihat keberkesanannya nati.

Sedih Akan Botakkah Tanah Airku Nanti

Dalam perjalanan saya dan rakan-rakan ke utara (ke Ipoh), saya terpegun dengan pembangunan negara yang agak pesat. Dan tiba di suatu tempat saya terpandang pula dengan gunung dan bukit yang hampir gondol. Malahan ada gunung dan bukit yang dah hilang menjadi tanah lapang.

Sedih hati apabila terbayangkan dulunya kawasan ini menghijau, tetapi kini dan makin kenuning-kuningan menampakkan tanah dan batu serta marmar yang berharga. Mungkin disebabkan hasilnya yang bernilai maka ada pihak yang terpaksa mengambil tindakan mengadaikan aset bumi demi pembangunan (atau demi kocek dan perut????). Tapi saya sedar siapalah saya nak membantah hanya saya menyuarakan rasa hati sahaja.

Ya kerana kegersangan tanah ini nanti pastinya ada yang jadi kaya, ada yang mampu meningkatkan kehidupan sendiri hanya yang akan dikongsi dengan rakyat marhain yang kurang cerdik adalah keringat dan tulang empat kerat. Sampai bila pencerobohan dan rogol tanah airku akan berterusan?????

02 December 2014

Cubaan Menyusu

Mimi dah berusia 8 bulan, dalam lima adik beradiknya yang dilahirkan sama, Mimi, Kiki dan Zizi memang sangat suka menghidap susu dari ibunya Oky atau dari abang-abangnya Baby dan Adik. Usaha dan cubaan menyusu dari ibunya Oky selalu gagal kerana Oky akan menolak anaknya ke tepi atau ada kalanya menolak anak-anaknya dengan kaki. 

Lihat sahaja kedua-dua foto ni cubaan Mimi sehingga ibunya terpaksa melarikan diri. Saya kasihan pada Mimi tetapi rasanya umur 8 bulan bagi kucing dah patut bercerai susu tapi mungkin disebabkan oleh ketagih agaknya menyebabkan dia menyondol-yondol iby dan abang-abangnya. Macam mana saya nak buat untuk pisahkan kucing-kucing yang suka sangat menyusu ni?????

01 December 2014

Apa Kata KJ Pasal Harga Petrol.

Saya terjumpa artikel ini, dan rasanya patut dikongsi bersama. Setuju atau tidak bukan perkara utama, apa yang penting adalah fakta dan selepas itu kita boleh berfikir dan cari kebenaran. Jangan bercakap jika tidak tahu..... jadilah warga yang cerdik dan bukan penyebar fitnah. Jom kita baca apa kata KJ.
Saya nak ambil sedikit masa untuk menjelaskan tentang harga petrol. Ramai yang tidak memahami cara bagaimana harga petrol dikira. Ini menimbulkan keadaan dimana ramai pakar ekonomi mee segara tiba-tiba muncul dengan teori tersendiri.

Contoh pakar mi segera seperti gambar di bawah. Dengan penuh keyakinan beliau kata "ini fakta..." Saya juga yakin ramai yang mebaca post tersebut dan terus share secara membuta tuli tanpa sebarang usul periksa. "Mesti Mamat ni betul." "Logik juga dia tulis."

Apa yang beliau tulis itu salah sebab harga minyak dunia itu yang diambil sebagai contoh adalah harga minyak mentah. Untuk pengetahuan semua, petrol yang kita guna untuk kenderaan kita bukan minyak mentah. Itu minyak yang sudah diproses, ditapis, diangkut, diedar, diniaga dll. Jadi fakta dibawah tidak betul. Kalau beliau konfiden dengan 'fakta' beliau, saya sarankan beliau mengisi kenderaannya dengan minyak mentah. Tengok jauh mana boleh jalan.

Mungkin di sini ada yang nak tulis, "OK lah KJ. Jangan sembang je bro. Tunjuk lah cara nak kira petrol ni."

Baik. Harga petrol di Malaysia dikira mengikut formula yang dikenali sebagai Automatic Pricing Mechanism atau APM.

Harga rujukan bagi kiraan APM adalah Mean of Platts Singapore (MOPS). Ini merupakan harga minyak yang sudah diproses. (Makulumat lanjut tentang MOPS boleh di-Google).

Harga MOPS dicampur pula dengan beberapa kos lain:

- Kos operasi (9.58 sen/liter)
- Margin syarikat minyak (5 sen/liter)
- Margin dealer stesen minyak (12.19 sen/liter)
- 'Alpha' yakni perbezaan MOPS dengan harga pembelian sebenar (5 sen/liter)

Jadi dengan mudah:
MOPS + 9.58 sen + 5 sen + 12.19 sen + 5 sen = harga pasaran sebenar petrol di Malaysia

Satu lagi gambar di atas menunjukkan penjelasan yang sama dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri atau KPDNKK. Di sini ada pula yang nak menyampuk, "Sudah lah bro. Harga minyak naik lettew. Bangang barang naik."

Kerajaan pun telah mengumumkan penarikan subsidi petrol pada 1 Disember. Ramai kutuk. "Kerajaan ale utoo" bagai. Yang kutuk ini tidak pantau harga pasaran minyak.

Kita guna formula di atas.

Purata harga MOPS untuk RON95 dari 1 hingga 19 November adalah 195.15 sen. Campur dengan kos lain diatas = 226.88 sen atau kurang lebih RM2.27. Maksudnya, bila kita apungkan harga petrol pada 1 Disember dan tren penurunan harga pasaran minyak berterusan, ada kemunkinan besar harga petrol RON95 turun. Subsidi dijimat, harga pun boleh turun.

Kesimpulannya, semak semua 'fakta' dulu. Jangan cepat share. Think first.