07 October 2014

Kenangan Majlis Persaraan JPWPKL 2014

Pada 25 September 2014 yang lalu, JPWPKL telah mengadakan majlis persaraan penjawat awam 2014 yang sangat gilang gemilang. Majlis yang sangat dinanti-nantikan oleh semua penjawat awam yang mengakhiri khidmat mereka.

Majlis ini disempurnakan oleh YBhg. Tuan Abdullah bin Mad Yunus, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM yang dulunya beliau adalah pengarah kami.

Antara pegawai yang dijemput hadir

Tuan haji Sauki dan Puan Gowri

Saya merakamkan gambar bersama dengan seorang penerima hadiah sempena persaraan iaitu Kak Pah dan bersama dengan petugas majlis Cif Zuraidah Darin dan Awin.

Saya bersama dengan Puan Gowri sebelum majlis dimulakan.

Aksi kami...

Saya bersama dengan Kak Pah... Selamat bersara Kak Pah semoga maju jaya.

06 October 2014

Charlie Kucing Tertua

Kucing jantan berwarna ginger/ halia bernama Charlie bakal dinobatkan sebagai kucing tertua di planet bumi. Berusia 29 tahun dan jika dihitung mengikut kalendar kucing, Charlie kini berusia 133 tahun.

Berita mengenai usia Charlie ini dituntut direkodkan di The Guinness Book of World Records selepas pemegang rekod kucing tertua berusia 23 tahun bernama Hestia dari Cheshire telah mati pada bulan Ogos 2010.

Pemiliknya Sina Graham, yang kini tinggal di Coulter, Lanarkshire, UK berusia 54 tahun merupakan bekas koresponden BBC.

Setiap pagi Sina ucapkan selamat pagi kepada Charlie dengan menghidangkan secawan air teh. Charlie menggemari air
teh apabila Sina terlihat Charlie mencuri minum sisa air tehnya di atas kaunter dapur. Adakah ini rahsia Charlie panjang umur?
Ini Intan Isabella kucing saya yang hidup 17 tahun
Sina Graham memilikki Charlie pada usianya 6 minggu dan sejak itu Charlie jarang ditinggalkan. Charlie sering berada di sisinya walau Sina mengembara ke merata dunia. Amat menakjubkan bila dilihat jumlah bilangan pasport Charlie yang telah dicop dalam masa 3 dekad bersama tuannya. Charlie pernah mengikuti Sina semasa tuannya itu membuat liputan pembebasan Nelson Mandela di Afrika Selatan pada tahun 1990, pernah juga menemani tuannya ke Kuwait semasa Perang Teluk yang pertama dan juga semasa konflik Israel-Lebanon.

Semasa zaman presiden Bill Clinton, Charlie juga pernah menaiki jet Air Force One! “Saya membawa Charlie bersama saya kerana ia sudah menjadi satu kebiasaan dan dia mengingatkan saya di rumah. Dia suka mengembara walaupun kadangkala dia akan sembunyi di bilik air jika kami berada di tempat yang bercuaca panas. Saya berharap Charlie akan mencapai angka 30.


Saya akan menderita tanpanya. Dia merupakan teman hidup saya” kata Sina. Sina menceritakan betapa kucingnya yang setia ini mententeramkan beliau selepas suaminya, Norman meninggal dunia. Beliau rasa bertuah kerana Charlie nampaknya tidak ke mana-mana. Wajahnya merupakan perkara pertama yang dilihat setiap pagi dan yang terakhir dilihat pada setiap malam.

Charlie telah bersama-sama Sina melalui tiga perjuangan dalam kehidupannya iaitu melawan penyakit kanser payudara dan yang terkini kanser tulang. Dr Sarah Caney, pakar perubatan haiwan memberitahu bahawa Charlie amat menakjubkan. Untuk seekor kucing hidup sehingga usia 25 tahun pada umur manusia amat jarang dilihat apatah lagi yang boleh menjangkau usia 29 tahun. Beliau berpendapat antara factor Charlie panjang umur ialah diet, gene, tuah, persekitaran, lawatan ke vet yang kerap dan kehidupan yang memberangsangkan!

Sumber: fb

Dari Jendela - Cafeteria ISTEC

Kalau dilihat dalam gambar permandangan ini nampak seperti di negara di Eropah atau lebih tepat di suatu kawasan di pendalaman London. Dan musimnya adalah pada musim bunga atau musim panas.

tetapi yang sebenarnya ini adalah di ISTEC yang letaknya tak jauh dari JPWPKL. Saya ke sini bersama dengan teman-teman pejabat untuk menukar selera kami kerana di sini ada kafeteria yang boleh tahan rasanya di samping harga yang agak murah.

Semua gambar ini saya ambil dari kafeteria.

Dari sini kelihatan berbalam-abalm bangunan Kompleks Kerajaan Jalan Duta.

Dan di kejauhan tua kelihatan bangunan IIM



05 October 2014

Virus Sporo atau Sporotrichosis

Selepas Comel meningkan saya secara tiba-tiba, walaupun saya dah bawa dia ke Vet, membuatkan saya terlalu bimbangkan semua kucing-kucing dalam jagaan saya. Untuk mengetahui mengenai penyakit kucing saya banyak membaca. Dan artikel ini saya per;u kongsikan bersama anda terutamanya pencinta kucing.

Sporotrichosis merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh fungus (kulat) Sporothrix schenckii. Fungus jenis ini berpotensi menjangkiti kulit, sistem pernafasan, tulang dan otak. Cara jangkitan adalah melalui sentuhan dan pernafasan.

Penyakit Sporotrichosis atau lebih dikenali sebagai SPORO ini jarang berlaku. Oleh sebab itu, penyakit ini sukar dikesan oleh sesetengah doktor manusia dan doktor haiwan. Walau bagaimanapun, manusia masih boleh terdedah kepada risiko untuk dijangkiti penyakit ini.

Fungus ini berasal daripada persekitaran; tanah, tumbuhan dan dijangkiti dari satu spesies haiwan ke spesies yang lain, malah dari haiwan kepada manusia.

Kucing merupakan haiwan yang paling mudah menjangkiti dan membawa penyakit ini. Kucing-kucing yang tidak dimandulkan cenderung untuk keluar rumah, berkeliaran mencari pasangan dan bergaduh. Fungus ini dijangkiti oleh kucing melalui kulit yang tersangkut pada duri/ dahan tumbuhan, cakaran dan gigitan dari haiwan lain. Fungus ini sangat mudah dijangkiti melalui luka terbuka.

Manusia pula boleh dijangkiti pada kulit melalui sentuhan, dan pada sistem pernafasan melalui udara.

Mengenalpasti tanda-tanda Sporo adalah sangat penting bagi membolehkan manusia mengambil langkah berjaga-jaga ketika mengendalikan kucing yang disyaki Sporo positif.

Tanda-tanda Sporo pada kucing:

-  luka atau kudis pada kepala (terutama sekali pada hidung dan muka), kaki dan ekor.

-  luka ini pada asalnya berbentuk benjolan, menanah, menjadi kudis yang sukar untuk sembuh.

-  kudis-kudis akan mula merebak keseluruhan kepala dan kaki kucing yang dijangkiti

-  sesetengah kucing akan disertai dengan tanda-tanda demam, hilang selera makan dan kelesuan.

Sekiranya fungus ini menjangkiti manusia, tanda-tanda yang kelihatan ialah benjolan dan kudis pada jari, tangan atau muka.

Cara mengesahkan kucing dijangkiti Sporo :

- melihat sampel kudis di bawah microskop

- ujian darah menyeluruh di makmal

Rawatan Sporo :

- kuarantin yang ketat supaya tidak menjangkiti haiwan lain atau manusia

- pengambilan potassium iodide secara oral selama 4-8 minggu

- pengambilan Ketoconazole dan Itraconazole

- pengambilan anti-fungal yang lain

- ubat-ubatan di atas boleh menyebabkan toksid pada haiwan dan perlu diambil pada sukatan yang betul mengikut berat badan haiwan tersebut

- Sporothrix ialah fungus dan bukannya bakteria. Rawatan menggunakan antibiotik adalah tidak efektif.

- Haiwan yang menghidapi Sporo tidak boleh mengambil ubatan berunsur steroid.

Cara menghalang jangkitan Sporo :

- Haiwan-haiwan peliharaan tidak sepatutnya dibiarkan berkeliaran di luar

- Memandulkan haiwan bagi mengurangkan pergaduhan dan percakaran

*** Perhatikan sekiranya kucing anda tiba-tiba mengalami benjolan, luka atau kudis. Segera dapatkan rawatan doktor haiwan yang bertauliah.

Sumber: fb duniakucing

Saya ada terbaca dari rakan-rakan fb ubat yang boleh diambil dan menunjukkan keberkesanannya adalah mengan memakan ubat bernama 'SPORANOX', Ubat ini oleh beli di farmasi. Harganya dalam RM200 sekotak mempunyai 28 biji. Bagi kucing makan ubat tu sebiji sehari dan jangan lupa untuk sapu krim anti fungal dengan jenama 'LAMISIL' buat ini pernah dijual di uardian. Cuci bersih tempat luka tersebut dan sapukan krim. Dilaporkan ada kucing yang sudah beransur baik selepas sebulan lebih mengambil ubat tersebut. Alhamdulillah kesannya amat memberansangkan

Selamat Menyambut Aidil Adha 2014M


Saya mengambil kesempatan untuka mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha 2014M. Meriah sungguh menyambut hari kemenangan ini bermula di Arafah dan kemudian menyempurnakannya di Mina dan seterusnya di Mekah. Saya masih jelas meningatinya pada tahun 2006M yang lalu. Terasa nak ke sana lagi tetapi masih belum dijemput oleh Allah swt.

04 October 2014

Sepagi Bersama Mantan KS SK2P

Pada 26 September 2014, semua warga SP2P telah berkumul di Auditorium JPWPKL untuk bertemu sua denganmantan Ketua Sektor, Encik Razali bin Hj Eberhim.

Sayang foto kelam dan tak terang. Barisan Ketua Unit (KU) SK2P. Ini adalah barisan KU wanita.. yang paling hampir Pn Vino, Puan Nazneen dan Puan Azrin.

Saya dan Puan Gowri.

Penyampaian tanda ingatan yang seberapanya dari kami semua khusus untuk mantan KS.


02 October 2014

Jadual Vaksin Mimi, Kiki dan Nini

Veksin yang lepas dalam bulan September 2014, budak 3 beradik ni berkelakuan baik... tidak seperti sebelumnya bising dan stress.

Kali ini seperti biasa Kiki akan minta dikeluarkan sebab dia memang berjiwa bebas dan tidak suka dikurung. Manakal Nini dan Mimi tenang dalam carrier.

Wajah Mimi yang nampak relax...

Manakala wajah Kiki nampak stress dengan mata dia yang besar. Syukur alhamdulillah Mimi dan Nini dah sempurna veksinnya dan tinggal Kiki sahaja sekali lagi pada bulan ini.

01 October 2014

Usaha Yang DiKesan

Tenaga yang mereka taburkan tanpa ada balasannya. namun mereka berusaha untuk memberikan khidmat yang terbaik walaupun dalam tempoh yang sangat terhad. Inilah antara staf saya yang telah bertungkus lumus menyiapkan meletakkan reben di kotak hadiah untuk pegawai JPWPKL yang bersara.

Saya juga tidak meletakkan hanya kepada mereka, saya membantu seba yang mampu memandangkan ada lagi tugas yang perlu diselesaikan. Sayang sekali Maslinah tiada di dalam gambar ini. Maslinah yang lebih mesra saya panggil Ina tekun menyiapkan hadiah ini selama sehari setengah bersama dengan Syam.

Begitu juga dengan Mas dan Ani. Di samping itu Azura dan Afizah juga tidak ketinggalan membantu. Walaupun mungkin tidak ramai yang berterima kasih tetapi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka semua kerana usaha mereka juga adalah penyumbang kepada kejayaan majlis tersebut. Terima kasih semua