10 September 2014

Dari Jendela - Duta 1 JPWPKL

Permandangan dari pejabat saya di JPWPKL. Permandangan ini adalah dari tingkat tertinggi di Jabatan kami. Yang sebenarnya bangunan utama jabatan ini bukannya tinggi sangat pun.

3 blok di hadapan tu adalah bangunan Jabatan Hasil yang terletak di Komplek Kerajaan Jalan Duta, manakala kelihatan padang kecil di hadapan sebuah dewan yang kelihatan sangat kecil dalam kompoun Jabatan.

Cantiknya langit yang bewarna biru yang menunjukkan panasnya pada masa ini.

08 September 2014

Makan Tengahari Selepas Lawatan Ke KIP

Unit saya sedang melaksanakan gerak gempur KIP, setiap minggu kami akan keluar untuk membuat lawatan mengejut di beberapa KIP yang dipilih atas aduan pelanggan.

Kebanyakan KIP kami tidak mempunyai lif, jadinya terpaksalah kami menaiki tangga. Penatnya Allah saja yang tahu.

Kadang kala kami bertugas sehingga waktu rehat dan terpaksa mencari makan di luar. 

06 September 2014

FAKTA YANG MAHASISWA HARI INI KENA TAHU MENGENAI MAHATHIR DALAM SISTEM PENDIDIKAN!

1.   Ketika Tun M jadi Menteri Pendidikan pada 1974, Tun M mengubah model pendidikan kita dari British kepada model pendidikan Jerman.

2.   Kenapa Jerman? Jerman lebih kepada hands on dan praktikkan sesuatu yang kita belajar. Tun berpendapat kita buktikan dengan cara yang lebih jelas dgn buat kerja itu sendiri. Sebab itu orang Jerman lebih cekap dalam bidang kejuteraan.

3.   Tun M berkata Malaysia masih belum berjaya sepenuhnya berubah ke arah itu. Kita lebih menjurus kepada teori, peperiksaan bertulis tanpa buktikan kebolehan secara praktikal.

4.   Pada 4 tahun terakhir pemerintahan Tun, 7 buah kolej universiti telah ditubuhkan semua nya atas hasratnya ikut model pendidikan jerman (hands on or praktikal basis).

5.   Tahukah anda bahawa Tun M juga mewujudkan dan menekankan subjek Tamadun Islam dan kenegaraan?

6.   Tun M berkata subjek Tamadun Islam sangat penting malah tujuan beliau juga mahu orang bukan Islam mengenali agama Islam yang sebenar BUKAN agama Islam yang ditafsirkan oleh orang tertentu.

7.   Tun M berkata mereka (orang bukan islam) boleh memahami Islam dan tidak perlu berasa takut dengan Islam dan orang Islam pula akan lebih faham asal usul mereka.

8.   Tun juga dapati orang yang belajar agama tak banyak yang tidak belajar sejarah Islam dan kekurangan itu perlu diatasi.

9.   Tun M juga memperkenalkan Sekolah Wawasan. Beliau cadang kerana beliau melihat pelajar sekolah sekolah terpisah antara kaum.

10.  Sekolah wawasan Tun cadangkan gabungkan tiga sekolah dalam satu kampus.

11. Tapi aktiviti tertentu kena bersama mcm sukan perhimpunan dan waktu rehat dan Tun berpendapat ia baik utk.negara kita.

12. Tun juga perkenalkan PPSMI dan ianya dimansuh pada zaman penggantinya.

13. Ketika zaman Tun lagi MCA juga dan kaum Cina sangat menentang idea sekolah wawasan.

12. Tun M Berkata orang cina menentang secara emosi seolah2 anak mereka tak boleh bercampur dengan anak orang lain.

13. Tun M juga berkata mereka seolah anggap kita inferior(lebih rendah) dan beliau tak boleh hal itu.

14. Dari segi pragmatism, ini cara terbaik. Kalau mgkin tak boleh tutup sekolah berasaskan kaum. Sekolah wawasan adalah yang terbaik.

15. Hanya MCA dan kaum Cina menolak dan sebab itu Sekolah tamil boleh campur dengan sekolah kebangsaan dalam satu kampus.

16. Tun juga berkata kebanyakan orang India lebih suka hantar anak mereka ke sekolah kebangsaan dan mereka tak ada masalah utk tidak diadakan sekolah vernakular Tamil tapi lagi suka kalau dekat sekolah kebangsaan ada subjek mengajar bahasa Tamil.

17. Tun M juga menegaskan bahawa kalau kita baca Quran dan hadis2 sahih , kita akan dapati Al Quran itu cukup baik , cukup pragmatik dan cukup sesuai di mana2 zaman.

18. Yang menjadi masalah ialah tafsiran yang dibuat. Tafsiran ini pula ditumpukan kepada form(bentuk) bukan substance (isi).

19. Tun M juga antara yang cadangkan wujudkan Akta Universiti dan Kolej Universiti kerana ketika zaman beliau jadi Menteri pelajaran, dia dapati mahasiswa melayu lebih tertumpu kepada demonstrasi.

20. Kerajaan habis banyak guna duit rakyat tanggung mereka di universiti utk belajar bukan berdemonstrasi dan berpolitik. Ini sangat membazir dan tak hargai pelaburan tersebut.

Sumber: fb Kelab Che Det

05 September 2014

Apa Yang Israel Menang Atas Palestin

Izzat Al-Risyq Ahli Biro Politik HAMAS berikan kenyataan berikut:

1.   Israel tidak mencapai apa-apa kejayaan dalam operasi ketenteraan mereka selama 51 hari ini melainkan satu jenayah perang ke atas penduduk awam yang kebanyakannya ialah kanak-kanak, wanita dan warga emas.

2.   Musuh tidak berjaya mencapai apa-apa objektif yang mereka telah nyatakan pada awal peperangan, sebaliknya pejuang Gaza telah berjaya dalam operasi bertahan, menggegarkan kawasan mereka dan melakukan satu pukulan yang kuat ke atas mereka.

3.   Zionis adalah pihak yang memulakan peperangan ini, tetapi pejuang mampu bertahan dan di belakang mereka ialah rakyat Palestin yang mempertahankan diri mereka dengan apa cara sekali pun.

4.   Gencatan senjata tidak bermakna kami akan mengurangkan tuntutan rakyat kami dengan apa jua situasi, bahkan peperangan ini ialah satu bentuk perpaduan antara rakyat kami dan juga para pejuang. Kerjasama ini akan berterusan sehinggalah kami berjaya mencapai seluruh tuntutan kami.

5.   Di sebalik kesakitan dan pengorbanan, peperangan ini melambangkan satu roh semangat yang ditunjukkan oleh rakyat kami dan menunjukkan ketabahan yang telah dibina bersama para pejuang. Inilah rahsia strategi yang mampu mengalahkan penjajah Zionis dan mencapai kebebasan dan kepulangan kami ke tanah Palestin yang sedang dijajah oleh mereka.

6.   Apa yang telah berlaku dalam peperangan pada kali ini akan menjadi satu batu asas ke arah melengkapkan perjuangan kami mendapatkan hak-hak rakyat kami secara keseluruhan tanpa ada sebarang pengurangan.

7.   Kami mempunyai kemampuan dan faktor-faktor kekuatan moral dan ketenteraan yang mampu menyebabkan kami berterusan berusaha mendapatkan kembali hak-hak rakyat kami yang dirampas oleh Zionis.

8.   Kami akan sentiasa menjadi pelindung kepada anak watan dan rakyat kami serta hak-hak yang sepatutnya. Kami akan berterusan meneruskan kebangkitan ini sehinggalah kami berjaya mencapai kejayaan.

Sumber: Aman Palestin

03 September 2014

Bunting dan Beranak SiComel

Keluarga saya memelihara kucing sejak lama dulu. Ikut ayah saya dia juga memelihara kucing semasa dia masih lagi bujang. Dan kini saya mempunyai 9 ekor kucing.

Bermula dengan Smoky aka Oky yang saya ambil dari belakang rumah adik saya di Kota Tinggi semasa dia berusia lebih kurang 3 bulan. Oky dibuang semasa dia kecil, Kesian melihat anak kucing yang dibuang tanpa belaan. Oky akhirnya hidup sihat dan melahirkan anak sebanyak 2 kali dengan 7 ekor anak. Rasanya Oky kurang sihat kerana semasa melahirkan anak kali ke2 dia tak mampu lakukan sendiri. Apa lagi saya bantu dia dan alhamdulillah anak-anaknya sihat.

Oky bersama anaknya yang baru lahir
Pada kelahiran pertama Oky, saya tak ambil kisahpun tentang perkara mengenai bunting Oky, tetapi semasa kelahiran keduanya saya benar-benar bimbang apabila Oky mengalami sesak nafas atau lelah. Jadi saya mengambil langkah untuk mengetahui serba sedikit hal bunting dan kelahiran kucing.

Pada kebiasaanya selepas dari mating kucing lebih kurang 2 hingga 3 hari, akan berlakunya pensenyawaan antara kucing jantan dan betina, Untuk memudahkan pengiraan tempoh bunting kucing anda, maka catatkan di kalendar. Kucing biasanya bunting dalam tempoh 60 hingga 65 hari. Maka anda boleh bersedia untuk menerima ahli baru dalam keluarga anda.

Oky telah melahirkan anak pertamanya selepas 62 hari dan kelahiran ke2nya selepas 65 hari. Alhamdulillah kesemua anak-anaknya sihat dan kini membesar dengan baik.

02 September 2014

MALAIKAT YANG MENGUNJUNGI ORANG SAKIT

Apabila seorang hamba yang beriman menderita sakit, maka Allah memerintahkan kepada para malaikat agar menulis perbuatan yang terbaik yang dikerjakan hamba mukmin itu pada saat sehat dan pada saat waktu senangnya.” Ujaran Rasulullah SAW tsb diriwayatkan oleh Abu Imamah al Bahili.

Dalam hadist yang lain Rasulullah saw bersabda: Apabila seorang hamba mukmin sakit, maka Allah mengutus 4 malaikat untuk datang padanya. Allah memerintahkan :

1. Malaikat pertama untuk mengambil kekuatannya sehingga menjadi lemah.

2. Malaikat kedua untuk mengambil rasa lezatnya makanan dari mulutnya

3. Malaikat ketiga untuk mengambil cahaya terang di wajahnya sehingga berubahlah wajah si sakit menjadi pucat pasi.

4. Malaikat keempat untuk mengambil semua dosanya, maka berubahlah si sakit menjadi suci dari dosa.

Tatkala Allah akan menyembuhkan hamba mukmin itu, Allah memerintahkan kepada malaikat 1, 2 dan 3 untuk mengembalikan kekuatannya, rasa lazat, dan cahaya di wajah sang hamba. Namun untuk malaikat ke 4, Allah swt tidak memerintahkan untuk mengembalikan dosa2nya kepada hamba mukmin.

Maka bersujudlah para malaikat itu kepada Allah seraya berkata : "‘Ya Allah mengapa dosa2 ini tidak Engkau kembalikan?” Allah menjawab: “Tidak baik bagi kemuliaanKu jika Aku mengembalikan dosa2nya setelah Aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa2 tersebut ke dalam laut.” Dengan ini, maka kelak pesakit itu berangkat ke alam akhirat dan keluar dari dunia dalam keadaan suci dari dosa sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Sakit panas dalam sehari semalam, dapat menghilangkan dosa selama setahun.”

Wallahu a'lam bishawab

Dari : Oase Spiritual 2 Hikmah dalam Ujaran & Kisah (Disadur dari Kitab Klasik Al Mawa'izh al Ushfuriah)

Semoga kisah ini dapat memberi hikmah dan manfaat bagi kita semua... Aamiin.. Aamiin.. Ya Rabbal'alamin..