09 December 2013

Kenapa Adik Tengok Baby Melepas

Cerdek anak-anak kucing saya ni. Mudah betul ajar dia menggunakan toilet dia. Mula-mula saya letakkan litter-box kecil tak jauh dari tempat makan dia selama 2 hari. Apabila mereka dah biasa dengan litter-box tu baru saya alihkan ke dalam tandas di mana litter-box ibu dia berada. Setiap kali Baby nak melepas, Adik akan ikut dan tunggu Baby melepas, selepas tu sibuk dia nak tolong kambuskan najis Baby.

Setelah seminggu saya perhatikan, akhirnya mereka juga menggunakan litter-box ibunya. Saya rasa kucing memang suka dengan pasar yang banyak sebab mudah dikais untuk dijadikan lubang.

Baby buat apa tu???

08 December 2013

TIPS KALAU KERETA KENA BANJIR

Artikel ini saya perolehi dari fb, dan ianya sangat membantu anda yang mengalami kereta yang terkena banjir. Terima kasih kepada penulis artikel ini.

Kereta Tenggelam Sebab Banjir??? JANGAN SESEKALI START...!!! Kita tidak tahu bila musibah menimpa... Tambah-tambah dalam musim banjir ni.... Dah bala nak sampai, tidak kira waktu kan? Dan kadang-kadang, kita tidak sempat pun nak selamatkan harta benda berharga. Contohnya kenderaan kesayangan kita dan akhirnya, ia ditenggelami air. 

Anda jangan risau, ia masih lagi boleh digunakan! Selepas banjir surut, periksa kereta anda. Sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk enjin dan bahagian dalam kereta JANGAN SESEKALI CUBA HIDUPKAN ENJIN KERETA....!!! 

Tindakan ini biasanya akan dilakukan oleh ejen-ejen bengkel atau kereta penunda. Sebabnya supaya tuan punya kereta terpaksa membayar lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan enjin kereta, aliran elektrik akan mengalir dan mengakibatkan litar pintas pada kotak komputer. Ini berlaku kerana masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, dan jika ia berlaku, alat tersebut terpaksa diganti. Kos untuk sebuah kotak komputer adalah lebih kurang RM1,000 — RM1,500 bergantung kepada jenis kereta, cc dan pilihan pengguna. 

Tindakan ini juga akan menyebabkan kesemua sensor yang biasanya akan beroperasi semasa kita menghidupkan enjin terbakar. Biasanya satu sensor harganya tidak berapa mahal tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kos yang tinggi. Kita ambil contoh, sensor untuk mengesan atau untuk mengarah minyak kotak gear (gearbox) mengalir dengan baik di dalam kotak gear apabila tidak berfungsi akan menyebabkan pengagihan minyak gearbox tidak sekata dan paling lama gearbox tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah 2 hingga 3 bulan. 

Selepas itu, keseluruhan gearbox terpaksa diganti (harga untuk gearbox baru wira 1.6 auto adalah lebih kurang RM7,000). Ini adalah salah satu sebab kenapa apabila kita membeli kereta baru, waranty kereta akan termansuh apabila kita mengubahsuai sistem elektirk kereta termasuk sistem audio kereta kerana apabila sensor tidak menerima jumlah elektrik yang cukup, ia tidak dapat berfungsi dengan baik dan peralatan yang berkaitan dengannya akan rosak. 

Jadi beringatlah, jangan sesekali berikan kunci kereta anda kepada mekanik ataupun ejen bengkel sehingga dipastikan kotak komputer dan sistem pendawaian elektrik dikeringkan sepenuhnya. Ia tidak akan rosak walaupun ditenggelami air....!!!! Jom SHARE untuk maklumat bersama Insya Allah ....!!! 

Sumber dari Anak-anak pasir puteh

07 December 2013

16 Nasihat Tun Mahathir Kepada Peniaga Melayu

Tun Mahathir merupakan pemimpin Malaysia yang menjadi idola saya. Tak ramai pemimpin yang mempunyai pandangan yang jauh seperti beliau.

Di saat kegemilangannya Tun melepaskan kepimpinannya kerana pada pandangannya mungkin negara ini sudah sedia melahirkan ramai pemimpin. Tetapi pada saya, nampaknya anggapan ini tidak sepenuhnya tercapai. Tapi dengan adanya nasihat Tun rakyat ini masih lagi boleh mengambilnya sebagi panduan dalam hidup. Artikel ini saya ambil dari fb Boikot Barangan Cina DAP.

1.   Melayu perlu belajar dari bawah. Bangsa Melayu perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia perniagaan. Bukan sekadar ada wang dan membuka bisnes, namun perlu belajar dengan bekerja dalam bidang tertentu dan memahami selok belok dunia perniagaan .Contohnya jika mahu mmebuka retsoran, bekerja dan melihat situasi dunia perniagaan restoran dari pekerja mmebuat air, tukang masak, pelayan dan sebagainya. Pengalaman dan kemahiran akan membantu kita bila membuka perniagaan.

2.   Modal efektif. Melayu yang mahu berniaga perlu mempunyai modal efektif dan relevan. Contohnya jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000 perlu ada wang tunai RM300,000. RM100,000 untuk bisnes, bakinya untuk pengurusan dan modal menghadapi pelbagai masalah dalam perniagaan. Adalah salah hanya mempunyai RM100,000 jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000.

3.   Berusaha bersungguh-sungguh. Melayu perlu berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu. Usaha berterusan sama ada dalam promosi, pemasaran, produk dan sebagainya. Tanpa usaha keras, kejayaan tidak akan datang.

4.   Bersabar dalam tempoh lama. Melayu perlu belajar bersabar kerna bisnes perlukan masa panjang. Dr Mahathir berkata "Saya buka kedai roti dah 5 tahun tapi belum nampak untung...". Perniagaan perlukan masa panjang untuk berjaya, bukan sekelip mata.

5.   Mengenai jenis perniagaan. Melayu perlu mengenali jenis perniagaan dengan baik. Jika buka restoran, tahu apa jenis masakan, cara promosi, cara menambahkan pelanggan dan sebagainya.

6.   Rajin meninjau bisnes. Melayu perlu rajin keluar dari pejabat dan meninjau dunia perniagaan sama ada produk, pekerja dan segalanya. Sikap Melayu yang hanya terperap dalam pejabat akan menyebabkan kegagalan.

7.   Manfaatkan teknologi. Melayu perlu manfaatkan segala teknologi seperti peralatan mesin moden, internet dan sebagainya.Ini akan membantu melahirkan produk berkualiti dan berjaya dalam pasaran.

8.   Sentiasa tambahkan aset. Melayu perlu sentiasa tambahkan aset seperti pembelian tanah, rumah, kedai, emas dan sebagainya kerana harganya akan meningkat. Beliau mengatakan tanah di KL dibeli oleh Pavilion dengan harga RM7000 satu kaki.

9.   Belajar dengan bangsa lain. Melayu perlu belajar dengan bangsa lain.Jika di Malaysia Cina berjaya dalam bisnes, Melayu perlu belajar dengan mereka. Belajar dengan manusia berjaya akan membantu kita berjaya seperti mereka.

10.   Ikhlas dalam perniagaan. Melayu perlu ikhlas menjalankan bisnes,bukan hanya mencari kekayaan namun memanfaatkan kekayaan untuk kebaikan.

11.   Menolak mitos. Ramai Melayu menganggap Cina berjaya kerna menipu sedangkan ia mitos. Hakikatnya Cina berjaya kerana usaha keras dan gigih. Mereka datang ke Tanah Melayu tiada apa-apa dan kini menguasai ekonomi negara. Beliau menyindir "Kalau ada yang anggap Cina kaya sebab menipu, buatlah!"

12.   Mengamalkan peribadi mulia. Usahawan Melayu perlu mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seperti rajin,amanah, tidak menipu dan sebagainya. Setiap amalan baik perlu diterapkan jika mahu berjaya. Manusia yang menipu dan tidak amanah, kejayaan bersifat sementara dan tidak kekal.

13.   Menjauhkan sifat keji. Melayu perlu menjauhkan sifat keji seperti suka berbohong, mungkir janji, tidak amanah, menjual harga terlampau tinggi, hasad dengki, menjatuhkan bisnes org lain dan sebagainya. Sikap keji adalah punca kebanyakan usahawan Melayu gagal dalam bisnes.

14.   Jangan terlalu bergantung dengan tender kerajaan. Melayu tidak boleh bergantung dengan tender kerajaan kerana kuota terhad dan jumlah usahawan yang ramai. Melayu sepatutnya mempunyai produk yang boleh berjaya di pasaran sama ada dalam dan luar negara.

15.   Mempunyai network. Melayu perlu mempunyai network agar saling bantu membantu sesama bangsa. Amalan ini telah diterapkan bangsa Cina dan mereka berjaya.

16.   Membayar hutang dengan baik. Melayu perlu membayar hutang dengan baik dan menguruskan perniagaan dengan betul.Hutang wajib dibayar walaupun satu sen. Ramai Melayu mengabaikan hutang dan ini menyusahkan pihak yang memberi pinjaman. Mereka yang tidak membayar hutang bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri, namun menyusahkan pihak lain.

"Jangan jadi puak kecil..tunggu di luar bandar. Apakah maknanya Tanah Melayu jika tak kuasai" - Nasihat beliau amat mendalam.

05 December 2013

Perkembangan My Babies-cat

Saat inilah kita seronok bermain dengan anak kucing, semasa umur mereka dalam lingkungan 6 hingga 8 minggu. Mereka sangat aktif dan perasaan ingin tahu memenuhi diri mereka. Semua benda mereka nak gigit dan rasa/ makan dan semua tempat mereka nak panjat.

4 Hingga 6 Minggu

Kebanyakan anak kucing sudah mula memakan makanan pejal pada umur 4 minggu dan boleh berhenti menyusu pada umur 6 minggu. Adalah perkara biasa jika anak kucing memakan kotoran atau najis mereka sendiri semasa dalam tempoh susuan, tetapi mereka akan mulai belajar dengan cepat bahawa najis sendiri adalah tidak begitu....enak.

Anak kucing akan mempunyai kesemua gigi mereka pada umur 6 minggu. Anak kucing yang didedahkan kepada luar rumah dan diawasi oleh ibu kucing akan mula mempelajari perkara-perkara asas dalam memburu (jika ibu nya juga mempunyai tabiat memburu).

Mungkin tempoh ini lah yang sangat mustahak dalam pembentukan perilaku sosial mereka. Kucing yang tidak didedahkan kepada manusia dan binatang lain (termasuk kucing lain) pada masa ini akan mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri mereka pada masa akan datang.

Perilaku bermain secara koordinasi akan mula kelihatan pada tempoh ini. Matanya akan berubah dari warna biru kepada warna kekal, badan mereka mula berupaya menghasil dan mengawal suhu badan. Mereka juga sudah boleh mengawal pembuangan najis dan kencing. Perlindungan dari penyakit masih dipengaruhi dari imunti turun-temurun, iaitu antibodi yang diperolehi dari ibunya.

6 Hingga 8 Minggu

Ini adalah waktu paling awal jika anak kucing itu mahu dipisahkan dari ibu atau adik-beradiknya untuk diperkenalkan kepada rumah lain. Namun, adalah baik jika kita menunggu sehingga sekurang-kurangnya berumur 8 minggu. Anak kucing pada waktu ini sudah boleh menguruskan keperluan asasnya sendiri. Di dalam rumah yang baru, anak kucing mungkin akan ketakutan dan kesepian pada peringkat awal, tetapi biasanya dia akan dapat menyesuaikan dirinya.

Imuniti yang mereka perolehi sudah mula berkurang, dan anak kucing ini perlu memulakan vaksinasi untuk merangsang perlindungan terhadap penyakit-penyakit tertentu. Pendedahan semulajadi terhadap virus dan bakteria akan menyebabkan penyakit, tetapi ia juga akan merangsang badannya untuk menghasilkan antibodi dan meningkat imuniti pada masa hadapan.

Pada peringkat ini, anak kucing memerlukan tambahan protein, vitamin dan mineral yang diperlukan untuknya terus membesar dan berkembang. Zat-zat ini boleh diperolehi daripada makanan yang dirumus khas untuk anak kucing samada kering atau basah.

04 December 2013

Istilah Babi Terutamanya Dalam Makanan

Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi..

Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis 'This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi.

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:

1. Pork: Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine: Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Hog: Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.

4. Boar: Babi liar.

5. Lard: Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon: Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

7. Ham: Daging pada bahagian paha babi.

8. Sow: Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

9. Sow Milk: Susu babi.

10.Pig: Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.

11.Porcine: Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.

Sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati..Moga Allah S.W.T akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat.

Dibawakan Oleh: Suami, Isteri & Doktor

03 December 2013

Tingginya Dia Bertugas

Semasa saya terkandas di Lebuhraya DUKE minggu lepas kerana kebakaran tanker minyak, saya terpandang pada pekerja-pekerja di atas yang sedang melaksanakan tugas mereka. Kalau tidak silap saya mereka sedang memasang billboard di atas sebuah bangunan. Bangunan tersebut sudah memang tinggi dan ditambah pula dengan ketinggian billboard, maka bertambah tinggilah kedudukan mereka.

Saya ni jenis yang gayat, memang takut pada ketinggian. melihat mereka saya jadi ngilu apa tah lagi mereka seorang itu sedang duduk atas palang besi. Tapi itulah hakikatnya apabila seseorang itu mencari rezeki yang halal. Kalau tiada mereka siapa pula yang akan melaksanakan tugas tersebut?

02 December 2013

Baby Membesar

Dah lama saya tak ada anak kucing. Selepas Si Baby dan Si Adik dilahirkan oleh Oky pada 18.10.2013 yang lepas, saya tercari-cari maklumat mengenai pembesaran anak kucing. Semakin hari Baby dan Adik semakin besar. Kini kedua-dua mereka dah berumur 6 minggu. Mereka dah makan dan membuang najis sendiri. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Bermula Kelahiran Sehingga 1 Bulan

Dalam tempoh ini, anak kucing akan berubah menjadi kucing yang berdikari dan tidak lagi bergantung kepada ibunya untuk makanan, suasana yang hangat dan pembuangan najis. Anak kucing yang baru lahir tidak dapat melihat dan mendengar, tetapi boleh menghidu dan mempunyai deria sentuhan pada bahagian muka yang membolehkan mereka mendekati ibunya untuk mendapat haba.

Jika anda mendapati ada anak kucing baru lahir dan ditinggalkan, anda perlu lah melakukan tugas-tugas yang dilaksanakan oleh ibu kucing. Antara tugas yang dilakukan adalah menyusukannya dengan susu khas untuk kucing dan kemudiannya membantu mereka membuang najis. Anak kucing tidak mampu membuang sendiri sehinggalah berumur 4 minggu.

Pastikan anda menggunakan susu rumusan khas yang boleh didapati di klinik vet. Walaupu mereka menyukai rasa susu lembu, kucing tidak dapat menghadam laktosa di dalamnya. Ini akan menyebabkan sembelit dan bahaya bagi anak kucing. Mulut adalah organ yang sangat penting bagi anak kucing. Mereka akan mula menggunakan mulut dalam masa kurang 1 jam selepas lahir, iaitu ketika menyusu. Dalam tempoh beberapa minggu terawal, mereka perlu di susui setiap 2-3 jam sekali.

Telinga kucing akan mula terbuka pada umur 5 hari. Mereka mula menunjukkan reaksi pada bunyi pada umur 10 hari, namun mereka masih belum dapat mengenalpasti bunyi tersebut sehinggalah berumur 3 minggu. Mata akan terbuka antara hari ke-5 dan 14 selepas dilahirkan. Tetapi mereka masih belum boleh melihat dengan baik sehinggalah matanya telah terbuka selama beberapa hari.

Anak kucing yang baru lahir boleh merasai menggunakan kedua-dua kaki depan dan belakang. Mereka boleh berjalan dengan langkah yang tidak begitu koordinasi selama 2 minggu dan boleh menempatkan kaki depan mereka secara visual. Oh ya, mereka juga sudah mula memanjat pada umur 3 minggu.

Imuniti diturunkan kepada anak kucing ketika mereka menerima susu ibu yang pertama, dalam tempoh 24 jam pertama hidup mereka. Imuniti ini akan mencegah mereka dari penyakit dalam tempoh sebulan yang pertama dan terus menyusu secara normal dan dipelihara dengan baik, hangat dan bersih oleh ibu mereka.

Sumber: http://alamkucing.blogspot.com

01 December 2013

Kenapa Tubuh Manusia Tidak Boleh Dilangkah?

Pasti ramai tertanya-tanya kenapa badan manusia tidak boleh dilangkah? Kalau nak mengurut sekali pun tidak digalkkan menggunkan kaki malah seeloknya menggunakan tangan.. Terdapat penjelasan daripada para saintis..

Dr. Ahmad Khan seorang peneliti lulusan Summa Cumlaude dari Duke University menemukan informasi lain selain konstruksi Polipeptida yang dibangun dari kodon DNA.

DNA (Deoxy Nucleotida Acid) sendiri merupakan materi genetik yang membawa informasi yang dapat diturunkan. Di dalam sel manusia DNA dapat ditemukan pada inti sel dan di dalam mitokhondria.

Di dalam inti sel, DNA membentuk satu kesatuan untaian yang disebut kromosom. Setiap sel manusia yang normal memiliki 46 kromosom yang terdiri dari 22 pasang kromosom somatik dan 1 pasang kromosom sex (XX atau XY)

Dalam dunia biologi dan genetika dikenal banyaknya DNA yang hadir tanpa memproduksi protein sama sekali. Area tanpa produksi ini disebut Junk DNA atau DNA sampah.

Kenyataannya DNA tersebut menurut Ahmad Khan jauh sekali dari makna sampah. Menurut hasil hasil risetnya, Junk DNA tersebut merupakan untaian firman-firman Allah sebagai pencipta serta sebagai tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berpikir.

Setelah bekerjasama dengan adiknya yang bernama Imran, seorang yang ahli dalam analisis sistem, laboratorium genetiknya mendapatkan proyek dari pemerintah.

Proyek tersebut awalnya ditujukan untuk meneliti gen kecerdasan pada manusia. Dengan kerja kerasnya Ahmad Khan berupaya untuk menemukan huruf Arab yang mungkin dibentuk dari rantai Kodon pada kromosom manusia.

Sampai kombinasi tersebut menghasilkan ayat-ayat Al Qur”an. Akhirnya pada tanggal 2 Januari tahun 1999 pukul 2 pagi, ia menemukan ayat yang pertama “Bismillah ir Rahman ir Rahiim. “Iqra bismirrabbika ladzi Khalq”, “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan”.

Ayat tersebut adalah awal dari surat Al-A”laq yang merupakan surat pertama yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad di Gua Hira. Anehnya setelah penemuan ayat pertama tersebut ayat lain muncul satu persatu secara cepat. Sampai sekarang ia telah berhasil menemukan 1/10 ayat Alquran.

Ahmad Khan kemudian menghimpun penemuan-penemuannya dalam beberapa lembar kertas yang banyak memuat kode-kode genetika rantai kodon pada cromosome manusia yaitu; T, C, G, dan A masing-masing kode Nucleotida akan menghasilkan huruf Arab yang apabila dirangkai akan menjadi firman Allah yang sangat mengagumkan.