05 October 2013

Dari Jendela: Grand Session Hotel KL

Landasan monorel merintangi betul-betul di hadapan bangunan Hotel Grand Session KL. Lama betul saya tidak ke sini, tarikh terakhir saya di hotel ini pada tahun 2010 semasa persidangan Penolong Pegawai Tadbir Kementerian Pertahanan yang di adakan di hotel ini selama 2 hari.

Kali ini saya bertugas sebagai Jawatankuasa Pendaftaran bagi Majlis Jasamu Dikenang, iaitu majlis persaraan bagi pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan KL.

Di hadapan bangunan ini adalah Hospital Besar Kuala Lumpur. Jalan raya nampaknya kurang sebuk, mungkin masa ini semua orang masih lagi di dalam pejabat masing-masing atau mungkin ramai penduduk KL menggunakan monorel untuk bergerak.

Permandangan KL dari jendela hotel ini.

Tu dia monorelnya, lama saya tunggu baru dia muncul. Terus terang saya belum pernah menaiki monorel ini lagi.

Siapa Zairil Khir Johari?

Kalau betullah artikel di bawah ini, saya pun tertipu sehingga hari ini.

Ramai orang mendesak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tampil memberi penjelasan berkenaan status ‘Zairil Khir Johari’. Menurutnya, banyak kekeliruan daripada penggunaan nama ‘Zairil Khir Johari’ yang seolah-olah merujuk kepada anak kandung Allahyarham Tan Sri Mohamed Khir Johari.

“Zairil anak tiri Khir Johari. Ibu bapa dia berbangsa China. Bila emak dia kahwin dengan Khir Johari dia guna nama Zairil Khir Johari bin Abdullah tetapi telah ditukar kepada Zairil Khir Johari saja dalam kad pengenalan dia. Bagaimana ini boleh berlaku? Adakah nama dia dalam surat beranak dia pun sudah ditukar? JPN mesti beri penjelasan? Nama dalam surat beranak mesti sama dengan nama dalam kad pengenalan,” katanya ketika mengulas artikel “Status Melayu Zairil Terus Dipertikai.”

Status Zairil:
Seorang lagi pengunjung yang bernama ‘bunga’ kerkata nama Zairil diberikan oleh Tan Sri Khir Johari apabila beliau berkahwin dengan Rose Christine Lim (Setiausaha Tan Sri Khir) pada tahun 1996.

“Zairil dilahirkan pada 17.10.1982 di Hawaii. Bapa beliau Howard Lim. Zairil berusia 13 tahun semasa ibunya berkahwin dengan Tan Sri Khir Johari. Zairil pemegang Kad Pengenalan No 821017-71-5183 (kod 71 menunjukkan dia bukan dilahirkan di dalam Malaysia). Nama asal dia Christopher Ross Lim,”katanya.

Biologi cina: Zairil bukan seorang Melayu seperti didakwa sama ada dari segi biologi ataupun jiwa.

“Pada dasarnya, orang Melayu akan menerima mana-mana kaum sebagai seorang Melayu jika mereka mempunyai jiwa Melayu, selain daripada menjadi seorang Muslim. Melayu, terutama yang berasal dari Alor Setar, termasuk diri saya sendiri, tahu tentang keluarga Tan Sri Khir Johari yang tinggal di tempat yang sama. Beliau telah berkahwin dengan Puan Sri Kalsom Abdul Rahman (Che Tom) pada tahun 1943 dan mempunyai 7 orang anak. Selepas Che Tom meninggal dunia pada 20 September 1994, Tan Sri Khir kemudian berkahwin dengan Puan Seri Christine Lim pada Februari 1998."

“Puan Seri Christine adalah seorang janda dan beliau mempunyai dua orang anak daripada perkahwinannya sebelum ini dengan seorang Cina. Salah seorang daripada anaknya diberi nama Zairil Khir Johari, nama Islam, mengambil nama suami barunya. Zairil berusia 13 apabila ibunya berkahwin dengan Tan Sri Khir. Ini memberitahu kita bahawa Zairi adalah seratus peratus Cina. Tan Sri Khir meninggal dunia pada tahun 2006 apabila Zairil berusia 23 tahun, ketika sedang belajar di luar negara,” dedah blog tunkuaisha.

Realitinya DAP akan terus cuba untuk memperbodohkan orang Melayu agar parti Chauvenist ini dapat diterima oleh orang Melayu dan melayakkan DAP untuk mentadbir negara kelak atas ehsan dan undi orang Melayu. Mungkin ada yang sudah sedar permainan DAP namun banyak lagi sebenarnya orang Melayu yang tidak peka dalam pekara ini. Harapan saya agar orang Melayu sampai menyampai bahawa DAP adalah musuh Islam dan juga orang Melayu.

Sumber: fb Boikot Barangan Cina DAP 

04 October 2013

Rahsia Tahi Lalat

Setiap orang mesti ada 1 atau lebih tahi lalat di muka atau pun di sekitar tubuh badan. Apa rahsianya tahi lalat tersebut? Terdapat kepercayaan orang Melayu mengenai tahi lalat ini, walaupun begitu ianya usah dipercayai dan hanya sebagai hiburan sahaja.

1.   Kepala sebelah kanan – terkabul cita-citanya
2.   Kepala sebelah kiri – sering menemui kesusahan
3.   Ubun-ubun – kurang jujur
4.   Pusar – cerdas,tangkas dan tekun
5.   Tengah dahi - degil
6.   Kening kanan – cergas dan cekap
7.   Kening kiri – cergas dan sopan santun
8.   Antara dua kening - selalu tak berfikir bila ambil tindakan
9.   Kening (dalam kening, celah-celah bulu kening) - Pandai, bijak dan artistik. Bertuah dalam soal kewangan
10. Sudut mata kanan luar – baik budi, ramai yang cinta, seksi dan lemah lembut
11. Sudut mata kanan dalam – disayangi suami atau isteri
12. Bawah mata - Selalu risau tentang anak-anak
13. Biji mata kanan – suka serong dan pembohong
14. Biji mata kiri – pembohong tapi baik hati
15. Alis kanan – baik hati, suka menolong
16. Alis kiri – ramai yang suka
17. Antara mata dan kening atau kelopak mata - Selalu bergaduh dengan ahli keluarga. Bernasib malang dengan kewangan
18. Telinga - Berpendidikan, berakhlak mulia dan sangat bagus
19. Pipi kanan – ramai teman
20. Tengah-tengah pipi kanan – ramai yang suka
21. Tengah-tengah pipi kiri – ramai kawan
22. Hidung – banyak rezeki
23. Batang hidung – banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
24. Bibir atas kanan – banyak rezeki dan pandai
25. Bibir atas kiri – ramai kawan, baik hati
26. Bibir bawah kanan – disegani orang, ramai yang suka
27. Bibir bawah kiri – pandai bicara, tak mudah kalah
28. Hujung mulut kanan – kecil rezeki, tak mudah kalah
29. Hujung mulut kiri – suka berpoya-poya
30. Atas mulut (bahagian misai, tengah-tengah) - Tidak akan dapat ramai anak lelaki atau menantu lelaki
31. Dagu bawah kanan – jujur dan baik hati
32. Dagu bawah kiri – bijaksana, berbudi luhur
33. Leher kanan – cerdas, jujur, berani menderita
34. Leher kiri – cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
35. Leher di tengah – tercapai apa yang dicita
36. Bahu kanan – cermat dlm mengambil keputusan dan banyak tanggungan
37. Bahu kiri – suka kerja keras, banyak tangungjawab
38. Dada kanan – dapat mengatasi masalah
39. Dada kiri – berani, jujur dan sabar
40. Buah dada kanan – baik hati, pendiam dan simpan rahsia
41. Buah dada kiri – ramai kawan, setia pada suami atau isteri
42. Punggung kanan – pendiam, simpan rahsia
43. Punggung kiri – lambat, kurang agresif
44. Perut bawah kanan – banyak rezeki, suka memberi maaf
45. Perut bawah kiri – baik hati, tenang hidupnya
46. Pinggang kanan – sayang pada isteri atau suami
47. Pinggang kiri – disayangi oleh isteri atau suami
48. Jari telapak tangan kanan – banyak rezeki tapi boros
49. Jari telapak tangan kiri – banyak rezeki, menyimpan
50. Lengan kanan – setia dan taat pada atasan
51. Lengan kiri – menepati janji dan suka kerja
52. Siku tangan kanan – kuat hendak memiliki kekayaan
53. Siku tangan kiri – baik hati, suka menolong
54. Ketiak kanan – menyimpan rahsia
55. Ketiak kiri – jujur, banyak yang cinta
56. Pergelangan tangan kanan – boros, suka bersukaria
57. Pergelangan tangan kiri – dapat berpangkat
58. Pangkal peha kanan – kemahuan kuat
59. Pangkal peha kiri – suka kerja apa saja
60. Kemaluan kanan atau kiri – baik, suka senggama (bersetubuh)
61. Kepala kemaluan – bakal beristeri dua
62. Betis kanan – suka berpoya, boros
63. Betis kiri – tidak suka menganggur
64. Tumit kanan – jujur, banyak kawan
65. Tumit kiri – baik budi
66. Di telapak kaki kanan – tidak mudah mengeluh
67. Di telapak kaki kiri – baik budi pekertinya
68. Lutut kanan – bersifat tidak peduli, tidak mahu berusaha
69. Lutut kiri – kurang berusaha

Di bawah ini pula adalah pandangan dari bangsa Melayu Jawa​

1.   Kepala - Banyak fikir, bijak/kreatif dalam berfikir banyak pula berangan. Jauh perjalanan
2.   Ubun kepala - Kurang bersikap jujur dalam sesuatu perkara yang melibatkan emosi.
3.   Dahi - Ada halangan siratulrahim. Mudah dicemburui, tersembunyi rasa iri, benci kawan terhadapnya.
4.   Bulu kening kiri - diri ‘berseri’ daya tarikan mata pasangannya namun terselit keperitan di mana sering pula ia menemui kesusahan.
5.   Bulu kening kanan - Terkabul cita-cita dan maksudnya, cerdas dan cekap.
6.   Bawah mata - Seorang yang amat sensitive, mudah tersentuh hati. Mudah menangis, baik budi, disayangi.
7.   Hidung – mudah dapat penyakit resdung selsema, sakit kepala, nafas berbau. Disukai ramai. Murah rezeki.
8.   Pipi kiri/ kanan - ditakuti mendapat penyakit yang boleh memudaratkan tubuh. “Panas” dalam hubungan, pergaulan, sentiasa ingin ‘menang’ dalam percakapannya sekalipun pendapatnya salah. Ego yang tinggi.
9.   Alur senyuman (smiling line) - Pemanis, daya tarikan menawan hati pasangannya. Murah rezekinya.
10. Alur dagu – Kesihatan, emosi sering terganggu, banyak halangan dalam mencapai sesuatu yang dihajat.​
11. Telinga - Seorang yang keras hati, ​degil, sukar menerima pendapat orang. Seorang pendengar yang baik.
12. Tahi lalat di tengkuk - gangguan ‘angin’, banyak halangan hidup masalah kesihatan, banyak fikir dan kusut, tidak tenteram, sukar tidor
13. Leher – mudah kembong perut dan masalah lendir, kahak.
14. Bahu kiri – banyak halangan hidup. Tidak disukai ramai, Mudah dijangkiti angin-jahat.
15. Bahu kanan - Banyak tanggungan. Halangan siratulrahim, kasih sayang dan pergaulan terbatas. Dicemburui hidupnya, angin.
16. Dada – Ramai kawan, mudah ditipu dalam perniagaan mahupun dalam kasih sayang.
17. Belakang badan - Kesihatan terganggu: sakit urat saraf, di belikat, pinggang, pinggul, mudah dihinggapi angin-jahat. Banyak halangan hidup, fikiran sering kusut dan tidak tenteram. Mudah mendapat stress (tekanan).
18. Bawah payudara - Hidupnya penasaraan , menjadi perhatian ramai.
19. Bawah perut - masalah kesihatan, kembong, usus, buasir, lemah nafsu syahwat, kurang air mani, mudah mendapat gangguan angin-jahat, mudah stress.
20. Peha kiri atau kanan - Ada halangan dan sekatan dalam kasih sayang, jodoh, halangan rezeki.

Jadi dah tengok ke di mana tahi lalat di wajah atau tubuh kita dan adakah rahsi yang dikatakan di atas sama atau sebaliknya. Apa pun semuanya adalah ketentuan Allah jua adanya. Wallahualam.

03 October 2013

Awas! Bahaya Penyakit Akibat Cakaran Kucing

Cat-scratch Disease (CSD) (penyakit cakaran kucing), ialah penyakit jangkitan kuman yang boleh dipindahkan kepada manusia menerusi gigitan, cakaran dan pendedahan kepada air liur kucing.

Kuman Bartonella Henselea selalunya berada dalam air liur kucing tanpa mengira jenis atau baka kucing. Kuman ini datang daripada kutu dan kucing bertindak sebagai pembawa. Kewujudan kuman ini dalam air liur kucing tidak membuatkan kucing itu sakit. Hampir kebanyakan kucing memiliki kuman ini dan anak kucing lebih terdedah kepada Bartonella Henselea berbanding kucing dewasa.

Bartonella Henselae boleh ditemui di mana saja di dunia dan selalunya muncul ketika musim sejuk atau gugur di barat. Selain cakaran atau gigitan, pendedahan kepada air liur kucing juga boleh menyebabkan seseorang berhadapan dengan CSD jika berlaku luka.

CSD tidak berjangkit dari seorang individu kepada individu lain kerana ia disebarkan menerusi cakaran atau gigitan kucing yang terdedah kepada Bartonella Henselea. Selalunya jika seseorang sudah berhadapan dengan CSD, dia akan imun kepadanya untuk sepanjang hayat. CSD secara umumnya bersifat tidak bahaya dan boleh sembuh dengan sendirinya tanpa rawatan.

Selepas dicakar atau digigit, lazimnya luka atau bengkak pada bahagian yang terkena gigitan atau cakaran kadangkala berlaku serta merta. Tetapi ia boleh juga muncul antara 2 ke 10 hari. Kesannya merah, sakit dan bernanah. Jika keadaan serius rawatan diperlukan.

CSD perlukan rawatan jika berlaku bengkak, sakit dan bernanah. Jika berlaku komplikasi, mungkin ia boleh membawa maut, apatah lagi jika yang terkena gigitan atau cakaran itu warga tua, kanak-kanak, pesakit HIV, barah, diabetes dan pesakit yang banyak mengambil steroid.

Jika bengkak mula menjadi merah, membesar dan sangat sakit bila disentuh serta mengandungi nanah, rawatan perlu diberikan. Malah kadangkala pembedahan kecil diperlukan untuk mengeluarkan nanah tersebut.

Kesannya, orang yang terkena jangkitan tu akan mengalami demam (fever). Fever ni biasanya dalam 1 atau 2 minggu. Selain itu, terdapat juga simptom lain di mana sesetengah orang boleh mendapat sakit kepala, sakit pinggang dan lain-lain.

Cara mencegah CSD:

1) Walaupun bunyinya agak remeh tetapi setiap kali selepas memegang kucing anda perlu membasuh tangan.

2) Hati-hati membelai kucing.

3) Mandikan dan bersihkan kucing bagi mengelak kutu.

4) Jangan leraikan kucing yang bergaduh.

Walau macam manapun, kita kena berhati-hati juga sewaktu membelai kucing tu..yang paling penting jaga kebersihan kucing anda!..itu yang pasti..

Sumber: fb Dunia Kucing

02 October 2013

Hari Angkatan Tentera 2013

Melihat veteran tentera mengambil bahagian dalam perbarisan Hari Angkatan Tentera 2013 membuatkan saya rasa sayu, terutama apabila mengenangkan arwah ayah saya yang juga seorang bekas tentera. 

Veteran-veteran ini pernah memperjuangkan kedaulatan negara ini, pernah hidup susah sehinggakan ramai yang terkorban semasa operasi. Veteran-veteran ini bukan sahaja terdiri dari bangsa Melayu dan bumiputera tetapi juga ramai dari kaum Cina dan India. Mereka semuanya telah terbukti berjasa dan kita bagaimana?

Semasa kumpulan vateran ATM melintas lalu di hadapan pentas, semua menteri-menteri berdiri memberikan tepukan, mungkin itu tandanya terima kasih mereka kepada bekas-bekas pejuang tanah air dalam erti kata yang lain, mereka ini adalah hero-hero kita dulu yang sanggup menggadaikan nyawa untuk keselamatan dan keamanan negara ini dari pencerobohan komunis dan anasir-anasir luar. Saya tertanya-tanya adakah semua rakyat negara ini berfikir seperti saya? menganggap mereka adalah hero, jika begitu mengapa masih ada lagi rakyat negara ini yang menunjukkan ketaat-setiaan mereka kepada Chin Peng? seorang pengkianat dan perosak bangsa, seorang penjenayah yang telah membunuh ramai nyawa orang-orang Melayu. Chin Peng dari PKM bersama dengan beberapa kaum Cina yang menjadi tali barut kominis bertanggungjawab mengorbankan ramai orang Melayu termasuk saudara-mara saya di Melaka.

Tidak mungkin Chin Peng dapat dimaafkan oleh orang Melayu hanya yang kurang siuman sahaja yang menganggap seorang komunis sebagai sahabat.

Perlu Baca: BERSATULAH KAUM CINA

Rencana ini adalah diterbitkan oleh sebuah majalah di London. Artikel ini ditulis dalam bahasa mandarin dan telah dialihbahasa oleh pelajar Melayu yang belajar di sana. Rencana ini telah disebarkan sekitar tahun 2006 dan kebenarannya telah terbukti kini.

"Kita semua kaum Cina di mana sahaja kita berada mestilah berbangga dengan bangsa kita; samada Cina Amerika, Cina Singapura, Cina Taiwan dan Cina Malaysia. Kita mestilah mengekalkan identiti kita. Di Malaysia, kita mesti memberitahu anak-anak kita dan mengajar mereka cara-cara perjalanan halus.

Setakat ini oleh kerana kedudukan kita, kita tiada pilihan untuk memilih kerajaan yang majoritinya dikuasai oleh orang Melayu. Tetapi kita sedar di bidang perniagaan dan perindustrian, orang Melayu tidak ada melainkan mengekalkan bangsa kita (Cina) sebagai unsur utama meninggikan ekonomi Malaysia dengan meletakkan keutamaan Bahasa Mandarin atau Kantonis di dalam akhbar tempatan sebagai syarat penerimaan atau syarat kelayakan perlu. Maka orang-orang Melayu tentunya terpinggir dari bidang pekerjaan tersebut.

Jadi kita mengambil kesempatan ini atas kedudukan kita dan meminta hak-hak politik. Orang-orang kita yang bergiat di bidang pelajaran hendaklah pastikan bahawa generasi yang akan datang tidak akan diajar segala pengorbanan orang Melayu, terutama sekali dalam pelajaran sejarah, Ilmu Alam dan lain-lain mata pelajaran, baikpun di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah.

Kita mesti mengajar anak-anak dan anak orang Melayu supaya mempunyai pendirian bahawa kejayaan itu bergantung semata-mata atas kebolehan. Untuk tujuan ini kerajaan Singapura yang kita harus banggakan kerana telah berjaya memecah-belahkan orang-orang Melayu dengan cara membahagikan mereka kepada banyak puak seperti Banjar, Acheh, Bugis, Mandaling, Boyan dan lain-lain.

Dari kesannya jiwa Rancangan ini, orang Melayu yang dulunya merupakan 19% daripada penduduk Singapura, sekarang hanya tinggal 10% sahaja. Sekarang mereka tiada pilihan melainkan memuji kerajaan Singapura kerana memberi mereka satu kestabilan, keadilan dan harapan untuk masa depan iaitu mana-mana bentuk yang kerajaan suka dan fikirkan, pasti mereka terima, sebabnya orang Melayu di sanatiada mempunyai suara lagi dan mereka akan tetap menemui kegagalan.

Sebagai orang Cina tulin, saya juga berbangga dengan cara yang dilakukan oleh En. Lim Chong Eu di Pulau Pinanguntuk memecah-belahkan orang-orang Melayu di sana. Beliau telah berjaya mengambil tanah-tanah orang-orang Melayu dan memajukannya sebagai kawasan perumahan dan perindustrian. Oleh kerana harga rumah-rumah itu terlalu tinggi bagi orang Melayu, mereka tiada keupayaan langsung untuk memiliki rumah-rumah tersebut. Polisi ini tidak sahaja harus dilakukan di Pulau Pinang, tetapi juga di lain-lain tempat selain bandar-bandar besar seperti Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka, Johor Bahru dan Kuantan. Kita orang Cina harus mara ke Alor Setar, Kangar, Kota Bharu dan Kuala Terengganu.

Tujuan kita ialah untuk menguasai segala kegiatan perdagangan yang berkaitan dengan bahan makanan, enjin, bank-bank serta pertanian. Alasan yang munasabah perlu dicari dan dikemukakan kepada kerajaan untuk menaikkan harga barang-barang keperluan harian. Inilah yang kita akan terus gunakan untuk mendapatkan kekuasaan politik di Malaysia. Oleh kerana kita telah kukuh di bidang Antarabangsa, kita mesti menganggap bahawa saluran penyebaran am yang ada pada kita. Setakat ini, dunia menganggap bahawa kerajaan Malaysia sekarang adalah anti Cina dan Pro-Melayu dan juga kita orang Cina ditindas. Orang Cina tersingkir dari kebanyakan peluang, itulah anggapan mereka. Juga bahawa kepakaran dan titik peluh kita telah tidak diberi dan mendapat ganjaran yang sepatutnya. Walau bagaimanapun, kebelakangan ini terdapat langkah-langkah yang diambil oleh elit-elit Melayu untuk mengubah gambaran ini dan menyuarakan apa yang sebenarnya berlaku.

The Mahadi 3 July 2013 03:47

Kita sebaliknya mematahkan langkah-langkah itu sebelum ianya berjaya dilaksanakan. Dalam bidang politik, orang-orang Cina haruslah bergembira dengan perpecahan demi perpecahan terlibat di kalangan orang-orang Melayu dengan keluarnya Pas dari Barisan Nasional, keluarnya ahli UMNO ke parti KeAdilan dan semakin perpecahan itu menguntungkan kita.

Saya sebagai orang Cina, sangatlah bergembira untuk memberitahu anda bahawa salah satu sebab penyingkiran itu adalah jarum dan tindak-tanduk teman-teman kita Gerakan dan MCA di dalam Barisan Nasional dan DAP dari luar. Sekarang tibalah masanya untuk kita menanam perasaan benci di kalangan orang-orang Melayu terhadap pemimpin mereka. Kalau kita bijak menjalankan operasi kita, kita akan berjaya mengasingkan Perdana Menteri sekarang ini yang terlalu jujur menjadi seorang Ahli politik. Kalau kita orang-orang Cina bersatu, kita berjaya memecah-belahkan Dato' Sri Dr. Mahathir Mohamed dengan Dato' Sri Anwar Ibrahim, kumpulan Abdullah Ahmad Badawi dengan Kumpulan Najib Tun Razak.

Apabila British meninggalkan Malaysia, pemerintahan adalah di tangan beberapa orang Melayu pilihan. Kita ketahui bahawa pemimpin-pemimpin Melayu ini kiranya disukai oleh orang Melayu sendiri. Pada keseluruhannya, mereka adalah orang-orang miskin tetapi bernafsu besar. Kita berkeupayaan memberikan apa yang mereka mahu. Kita akan terus mendapat apa yang kita kehendaki dari mereka. Kemudian sesudah kita memberi mereka secukupnya, kita akan mendedahkan mereka ini. Kita akan meminta mereka supaya dilucutkan daripada jawatan-jawatan mereka. Kita tidak akan rugi apa-apa dengan pemecahan itu, malah menguntungkan orang-orang Cina. Pekerjaan ini mesti dijalankan dengan licin, supaya intelek-intelek Melayu tidak akan menyedarinya.Setakat ini kawan-kawan kita di bidang perniagaan telah berjaya mengenepikan Dr Mahathir, Dr Abdul Rahman Yaakob dan semua pelampau-pelampau dalam UMNO termasuk juga sector kerajaan.

Kita orang-orang Cina harus bangga kerana orang-orang Melayu yang menerima rasuah ini telah diletakkan di badan-badan berkanun. Di UDA kita telah mendapat keuntungan yang banyak walaupun orang kita nombor dua di situ. Mereka yang tidak mempunyai pandangan yang kuat akan terus sanggup menjual orang-orang dari bangsanya sendiri, kiranya mereka diberi apa yang mereka kehendaki dan kita pula hendaklah menggunakan kelemahan mereka ini untuk kepentingan diri kita.

Kita akan gagalkan mereka dengan Tentera Darat, Laut dan Udara. Kita akan terus gagalkan mereka dalam polis. Kita telah buktikan bahawa tanpa kita orang-orang Cina, mereka tidak akan mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan kegiatan Komunis. Kita juga perlu bekerjasama dengan pergerakan di bawah tanah kerana tujuan kita adalah sama iaitu menguasai Malaysia.

Kepada kita, caranya tidak lain sama ada menerusi politik atau perjuangan bersenjata. Satu perkara lagi yang patut kita gunakan adalah kebencian yang ada pada orang-orang Melayu dengan Sultan-Sultan mereka. Kita mesti menguatkan lagi kebencian ini supaya apabila orang-orang Melayu tidak mempunyai kepercayaan terhadap Sultan-Sultan mereka, mereka akan hilang suatu simbol perpaduan dan kita dengan mudah sahaja dapat membawa mereka kepada kemusnahan mereka sendiri.

Untuk membuktikan apa yang saya katakan, sebagai seorang Cina, kita tahu kerajaan Malaysia sekarang lemah. Kelemahan ini terbukti dengan kegagalan mengawal harga barang-barang keperluan. Kita boleh menurun mana-mana cukai dengan menurunnya harga buah oren menjelang Tahun Baru Cina, tetapi kerajaan tidak berbuat demikian apabila tiba Hari Raya orang-orang Melayu kerana saya tidak pernah ingat harga buah Kurma diturunkan menjelang Hari Raya.

Pemimpin-pemimpin Melayu bertujuan untuk menolong orang-orang melayu dalam rancangan Malaysia ke-7. Kita orang-orang Cina harus menunjukkan sokongan kita terhadap rancangan ini kerana kita tahu mereka tidak akan mencapai matlamatnya. Di sebaliknya, apabila mereka hendak memajukan rancangan Felda, kita orang-orang Cina akan mendapat keuntungan melalui pembinaan jalan, pembinaan bangunan, pembinaan rumah-rumah, parit, pemotongan pokok, penyediaan tanah dan lain-lain.

Segala bentuk pembangunan akan membawa keuntungan kepada orang-orang Cina, yang juga bermakna kejayaan serta kekayaan orang-orang Cina akan bertambah. Sekarang ini saya percaya, orang-orang Cina sudahpun memegang 60% daripada kekayaan negeri ini termasuklah tanah. Sebaliknya orang-orang Melayu hanya memegang 3% berbanding 4% kepunyaan asing.

Kita tidak boleh berpuas hati. Kita orang Cina hendaklah mendapatkan kekayaan orang-orang asing ini sebelum ianya jatuh ke tangan orang-orang Melayu. Taktik kita memberi saham kosong kepada orang-orang Melayu hendaklah disambung terus kepada orang-orang Melayu ini dan akan mengenepikan orang-orang Melayu lain daripada memasuki bidang kewangan terutamanya sebagai akauntan.

Di bidang pelajaran kita mesti mewujudkan Universiti Merdeka secepat mungkin. Kita mesti terus menghantar beribu-ribu anak-anak kita ke Hong Kong, Taiwan , Amerika atau di mana-mana di dunia ini. Apabila mereka pulang kita akan memasukkan mereka di sektor-sektor Swasta yang mengandungi 80% daripada peluang pekerjaan. Oleh kerana keadaan ini, kerajaan sekarang ini yang pro-Melayu tidak akan berjaya menguasai keadaan pasaran. Petani-petani yang terdiri dari 75% orang-orang Melayu terus tidak bertanah. Nelayan akan tetap miskin oleh kerana pegawai-pegawai kerajaan mereka sendiri sudah tidak boleh dipercayai lagi.

Orang Cina harus menolong untuk memusnahkan segelintir pegawai-pegawai Melayu yang dedikasi dengan membawa mereka ke golongan kita. Kita dengan demikian diharapkan akan membuat mereka gagal dalam tujuan asal mereka. Ini kita pastikan lakukan dengan usaha bersama antara sektor swasta atau kerajaan.

Beberapa di kalangan Cina mungkin bertanya sama ada boleh atau tidak mengambil alih negara ini dengan pasukan tentera. Saya menjawab, mereka hanya general-general bodoh. Lihatlah sahaja kelulusan mereka dan pengalaman mereka dan lihat pula apa yang berlaku di Indonesia. Di Indonesia mereka semua boleh dibeli. Jadi, setelah kita memegang kuasa politik, kita boleh ketepikan pasukan tentera ini.

Kita orang-orang Cina mempunyai kebolehan untuk bermuka manis dan dipercayai oleh orang-orang Melayu dan kita harus memainkan peranan kita dengan baik. Kita akan terus bermanis muka dengan berkawan bersama mereka kerana waktu ini kita belum boleh menunjukkan niat dan belang kita yang sebenar. Contoh yang paling konkrit kita mengalami kekalahan teruk dalam atasan dan saya tahu apa yang ada di dalam otak mereka dan apa yang difikirkan. Pada keseluruhannya, pemimpin-pemimpin sekarang sedang takut menemui pengundi mereka.

Kita mesti mengumpulkan tenaga dan usaha mematahkan mereka dengan cara perlahan-lahan. Pada masa yang sama juga kita mesti perkuatkan dan mengapi-apikan risauan kesangsian orang-orang Melayu terhadap pemimpin-pemimpin mereka. Ini kerana terlalu jelas ketidakstabilan dan kemiskinan masyarakatnya. Akhirnya diharapkan mereka ini tidak akan berminat untuk mengundi dan membiarkan takdir yang menentukannya.

Kita akan membuat penentuan ke atas mereka dan masa depan mereka kerana orang-orang Cina akan menjadi pemimpin-pemimpin mereka itu.

Oleh Dr. Ng. Seng

p/s: Perkara inilah yang merisaukan aku sebenarnya. Perpecahan antara bangsa Melayu itu sendiri. Bersatulah Melayu! Jangan kerana gilakan kuasa hingga Tanah Melayu tergadai!!!! . . . Shaiful Yazan:

01 October 2013

Lagu: Labbaikal Allahumalabaik - Opick

Bulan haji (Zulhijjah) dah tiba lagi . . .  tahun ini adik saya Azman dan isterinya Aziah telah menerima jemputan Allah untuk ke sana. Alhandulillah sudah 6 hari mereka di sana dan hari ini kami menerima berita mereka dalam keadaan sihat wal afiat. Saya mendoakan setiap hari semoga Allah mempermudahkan segla urusan dan ibadat mereka di sana, dikurniakan kesihatan yang terbaik semoga mereka berdua berjaya untuk melaksanakan ibadat ini. Setiap kali melihat TV menyiarkan apa sahaja mengenai haji saya terasa hiba dan sayu kerana saya tidak tahu bila agaknya Allah nak jemput saya lagi ke sana. Memang rasa rindu - sedangkan saya baru saja mengunjungi Mekah dan Madinah pada bulan Mac yang lepas tetapi mengerjakan haji dan umrah memang berbeza. Semoga saya berpeluang lagi untuk ke sana. Insya Allah... ameen.

Ciri-ciri WANITA dalam al-Quran

Mari kita kenali wanita-wanita yang disebut dalam Al-Qur’an,

Pertama, Kategori pejuang. Wanita Kategori pejuang memiliki keperibadian kuat. Ia berani menanggung risiko apa pun saat keimanannya diusik dan kehormatannya dilecehkan. Jenis ini diwakili oleh :

1-  Siti Asiyah binti Mazahim, isteri Fir’aun. Walau berada dalam cengkaman Fir’aun, Asiyah mampu menjaga aqidah dan harga dirinya sebagai seorang Muslimah. Asiyah lebih memilih istana di syurga daripada istana di dunia yang dijanjikan Fir’aun.

Allah SWT mengabadikan do’anya, “Dan Allah menjadikan perempuan Fir’aun teladan bagi orang-orang beriman, dan ia berdo’a : Ya Tuhanku, bangunlah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam syurga dan selamatkanlah aku dari Fir’aun dan perbuatannya dan selamatkan aku dari kaum yang zalim.” (QS. At-Tahriim: 11).

2-  Maryam binti Imran Kedua, kategori wanita solehah yang menjaga kesucian dirinya. Kategori ini diwakili Maryam binti Imran. Hari-harinya ia isi dengan ketaatan kepada Allah. Ia pun sangat konsisten menjaga kesucian dirinya.

“Bagaimana akan ada bagiku seorang anak laki-laki, sedang tidak pernah seorang manusia pun menyentuhku dan aku bukan (pula) seorang pezina!” demikian ungkap Maryam (QS. Maryam: 20).

Kerana keutamaan inilah, Allah SWT mengabadikan namanya sebagai nama salah satu surat dalam Al-Qur’an (QS. Maryam [19]). Maryam pun diamanahi untuk mengasuh dan membesarkan Kekasih Allah, Isa putra Maryam (QS. Maryam [19] : 16-34). Allah SWT memuliakan Maryam bukan kerana kecantikannya, namun kerana kesolehan dan kesuciannya.

3-   Hindun Ketiga, kategori penghasut, tukang fitnah, dan biang gosip. Kategori ini diwakili Hindun, istrinya Abu Lahab. Al-Qur’an menjulukinya sebagai “pembawa kayu bakar” alias penyebar fitnah. Dalam istilah sekarang, wanita penyiram bensin.

“Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya ia akan binasa. demikian pula isterinya, pembawa kayu bakar yang di lehernya ada tali dari sabut.” (QS. Al-Lahab: 1-5). Bersama suaminya, Hindun bahu membahu menentang dakwah Rasulullah SAW, menyebar fitnah, dan melakukan kezaliman. Isu yang awalnya biasa, menjadi luar biasa ketika diucapkan Hindun.

4-   Zulaikha Keempat, kategori wanita penggoda. Tips ini digunakan Zulaikha saat menggoda Nabi Yusuf. Petualangan Zulaikha diungkapkan dalam Al-Qur’an,

“Dan wanita (Zulaikha) yang Yusuf tinggal di rumahnya menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya (kepadanya) dan dia menutup pintu-pintu, seraya berkata, “Marilah ke sini.” Yusuf berkata, “Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuanku telah memperlakukan aku dengan baik.” Sesungguhnya orang-orang yang zalim tiada akan beruntung.” (QS. Yusuf: 23).

5-   Isteri Nabi Nuh a.s dan Nabi Luth Kelima, kategori wanita pengkhianat dan ingkar terhadap suaminya. Allah SWT memuji wanita yang tidak taat kepada suaminya yang zalim, seperti dilakukan perempuan Fir’aun (QS. At-Tahriim: 11). Namun, pada saat bersamaan Allah pun mengecam perempuan yang bekhianat kepada suaminya (yang soleh). Isterinya Nabi Nuh dan Nabi Luth mewakili tips ini. Saat suaminya memperjuangkan kebenaran, mereka malah menjadi pengkhianat dakwah.

Difirmankan, “Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang soleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada kedua suaminya, maka kedua suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikit pun dari (siksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya) : Masuklah ke neraka bersama orang-orang yang masuk (neraka).” (QS. At-Tahriim: 10).

Wanita-wanita yang dikisahkan Al-Qur’an ini hidup ribuan tahun lalu. Namun karakteristik dan sifatnya tetap abadi sampai sekarang. Ada tips pejuang yang kokoh keimanannya, ada wanita selehah yang tangguh dalam ibadah dan konsisten menjaga kesucian diri, ada pula tips penghasut, penggoda, dan pengkhianat.

Terserah kita mau pilih yang mana. Bila memilih tips pertama dan kedua, maka kemuliaan dan kebahagiaan yang akan kita dapatkan. Sedangkan bila memilih tiga tips terakhir, kehinaan di dunia dan kesengsaraan akhiratlah akan kita rasakan.

“Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu ayat-ayat yang memberi penerangan, dan contoh-contoh dari orang-orang yang terdahulu sebelum kamu dan pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa.” (QS. An-Nuur: 34).

Wallaahu a’lam.

Sumber: 1001 SIRAH NABI MUHAMMAD SAW