06 September 2013

Kajian Penguasaan Ekonomi Malaysia

Bacalah kajian yang dilakukan oleh Luqman Abd Hamid mengenai penguasaan ekonomi di Malaysia.

Robert Kuok, satu nama yang tidak asing dalam dunia perniagaan. Beliau berasal dari Fujian, China dan perkara itu tidak menjadi batu penghalang kepada beliau untuk menjadi orang terkaya di bumi Melayu. Nama individu terkaya tidak terhenti di situ, ia disertai dengan nama Lim Kok Thay, Teh Hong Piow, Quek Leng Chan, Lee Shin Cheng, Yeoh Tiong Lay, Tiong Hiew King dan taukey judi terkenal yang mempunyai pelbagai networking politik iaitu Vincent Tan. Secara kolektif mereka merupakan 10 individu terkaya di Malaysia.

Penguasaan besar kaum Cina di dalam ekonomi Malaysia menyebabkan tekanan kepada penduduk asal, dalam konteks ini ia dikenali sebagai tekanan minoriti dominan yang membawa maksud tekanan kelompok minoriti yang mendominasi di tengah-tengah kelompok penduduk asal (indigenous) yang majoriti. Untuk makluman, dominasi Cina berlaku hampir di setiap negara di Asia Tenggara. Indonesia sebagai contoh mempunyai 3% bangsa Cina tetapi mereka menguasai hampir 70% ekonomi Indonesia [i] yang mempunyai bilangan penduduk seramai 240 juta orang. Begitu juga di Filipina, Profesor Amy Chua di dalam bukunya bertajuk World On Fire menyatakan etnik Cina Filipina hanyalah 1% daripada jumlah keseluruhan penduduk tetapi menguasai 60% pasaran ekonomi di Filipina. Ia seperti kaum Yahudi seramai 14 juta yang mengatasi keseluruhan 1.6 billion umat Islam.

Di Malaysia, ia tidak terkecuali. Dominasi masyarakat Cina bukanlah sesuatu yang asing, daripada 10 orang terkaya di negara pada tahun 2013 hanya 1 sahaja Melayu [ii]. Penguasaan ekonomi jelas ditunjukkan oleh bangsa Cina apabila hampir menguasai sektor pembinaan dan pelaburan manakala pendapatan isi rumah bumiputera, adalah yang terendah antara 3 kaum terbesar di negara [iii].

Dalam dimensi yang lain, isu dominasi Cina telah mencapai tahap yang matang dan kini bergerak kepada gelombang kedua apabila cuba menunjukkan kekuatan politik. Dong Zong sebagai contoh menonjolkan sikap chauvinis dengan jelas apabila membuat pola pengasingan rakyat dengan terus menyokong sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC). Ketika semua pihak sedar bahawa pendididikan adalah alat perpaduan nasional, kumpulan Dong Zong dengan megah membuat pelbagai helah dan alasan bagi mengelakkan integrasi kaum berjalan dengan kadar yang tinggi menerusi sistem persekolahan satu aliran. Ironinya sistem sekolah pelbagai hanya terdapat di Malaysia. Besar sungguh cabaran membesarkan anak-anak di masa depan dengan keadaan yang multi-budaya, mungkin Dong Zong tidak membaca kajian yang dilakukan Yew Yeok Kim (1982) apabila menyatakan bahawa masyarakat Cina yang belajar dengan bahasa ibunda sukar bergaul dengan bangsa lain bahkan lebih tebal perasaan kecinaan mereka [iv]. Adakah Dong Zong langsung tidak memikirkan kestabilan masa depan negara?

Bukan itu sahaja, ada juga yang berstategi licik seperti musang berbulu ayam, apabila kuat ia menolak ke tepi orang Melayu yang kuat beragama Islam. Isu perlantikan Datuk Seri Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang diboikot oleh DAP bukan satu retorik politik tetapi ia menunjuk sikap sebenar puak ultra kiasu chauvinis Cina, mujur undang-undang tubuh negeri Perak menyatakan hanya orang Melayu boleh menjadi menteri besar bukannya bangsa lain. Bukan mahu bersikap rasis, tetapi belajarlah daripada sejarah, taktik dan strategi yang digunakan untuk menyisihkan penduduk asal. Dahulu semasa Lee Kwan Yew ingin mendapatkan sokongan Melayu dilantiknya Yusuf Ishak menjadi presiden negara [v] namun selepas era Yusuf Ishak terdapatkah lagi orang Melayu yang menjadi pemimpin tertinggi negara republik itu? Jawabnya tidak. Inilah strategi mereka, mengunakan orang pada masa yang betul, apabila tidak diperlukan lagi, dibiar dicampak dan merempat di bumi sendiri! Itu belum menyentuh mengenai rekrut tentera dan anggota keselamatan, jika disentuh sudah pasti kita dapat menilai di manakah nilai patriotisme dan kenegaraan pada kumpulan minoriti dominan.

[Untuk versi penuh, rujuk: http://www.ismaweb.net/v4/2013/08/ancaman-minoriti-dominan/]

Hakikat sejarah yang perlu difahami semua pihak

Hal ini terjadi kerana masyarakat sekarang tidak memahami perjanjian kontrak sosial yang telah disepakati dulu. Sebagai balasan kewarganegaraan kepada bangsa asing, terdapat hak tertentu yang perlu diberikan kepada orang Melayu antaranya ialah hak agama Islam sebagai agama persekutuan, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, raja-raja dan hak keistimewaan yang lain seperti hak tanah, biasiswa dan jawatan di dalam kerajaan. Inilah yang disepakati oleh bapa-bapa kemerdekaan kita dan ia termaktub di dalam perlembagaan persekutuan.

Orang Melayu perlu menyedari hakikat sejarah, penjajah datang ke negara ini adalah untuk merobek kekayaan bumi, polisi laissez faire British menjadikan minoriti dominan di hadapan, sektor perniagaan diberikan sepenuhnya kepada bangsa asing manakala warga tempatan diberikan perusahaan pertanian seperti padi yang sukar ditanam (sistem pengairan tidak baik pada zaman dahulu dan faktor tanaman mengikut cuaca). Dasar pecah dan perintah yang meletakan minoriti dominan di bandar-bandar besar terus mencengkam penduduk asal. Bukan kerana Melayu lemah tetapi memang dasar penjajah yang tidak menginginkan Melayu untuk maju, jika belajar cukup menjadi kerani, jika berniaga cukup menjadi petani. Kesan daripada jahil sejarah ini maka berlakulah rentetan peristiwa yang disebutkan di atas, maka tidak hairan ada pelajar minoriti dominan yang menyaman Khazanah Nasional kerana gagal memberikan biasiswa kepada mereka [viii].

Langkah ke depan

Dalam menilai situasi Melayu yang dipukul badai bencana minoriti dominan, pemimpin Melayu seharusnya menginsafi apa yang telah mereka lakukan terhadap bangsa ini. Jiwa Melayu perlu kembali kepada institusi pentarbiyahan supaya mereka kembali mempunyai kekuatan jiwa dan kemahuan agar dapat keluar daripada kemelut yang dicipta penjajah. Ekonomi mandiri Melayu perlu diperkukuhkan, bahkan banyak perkara perlu dilakukan demi memastikan survival Melayu terus kekal di bumi mereka sendiri dan semua ini merujuk kepada kesepakatan politik Melayu.

“Melayu Sepakat Islam Berdaulat”

Luqman Abd Hamid
Biro Kajian & Pemikir
Ikatan Muslimin Malaysia

05 September 2013

Kereta: Rim Tayar Besar?

Apa bestnya kalau rim tayar tu lagi besar? kereta sekarang pakai rim tayar 18"...tapi kat m'sia nih susah sikit nak cari sparepart tayar 18"....so kena tukar 17"...apa kebaikan dan keburukan rim tayar yang besar nie selain dari sedap bawak dan stabil????

pemakaiaan rim berpandukan pada cc kereta.boleh di pakai sekiranya cc kereta anda semakin besar.rim juga semakin besar.apa ke jadah kancil pakai rim 17inci.contoh bmw kenapa rim diorang sebesar talam.melihat juga pada nadinya.kalau nadi macam kuda lumba nak dibandingkan dengan dugong di lautan.jauh bezanya,berfikirlah secara waras.tapi bab motorsport di kala ini.kewarasan mengatasi segalanya.itu sebab motorsport ni meluas.jgn berfikir secara singkat dan dlam kotak pemikiran yg cetek.

kalau keter power bole la pakai rim besaq, kalau takat iswara 1.3 jerk.., tak payah.. keter jadik berat..minyak kuat, paling tidak utk rim 18 kena 1.8..

Fakta : Tayar kereta lembu lg besOr....tak pnah pancit pun...cube ko tanye lembu. kah! KAH! KAH!

Lagi stabil kalau di lengkapkan dengan sistem absorber dengan betul.
Tayar besar ni cantek dan cun kalo kereta lowered sikit. Tapi harga dia (sendiri nak ingat)

Kalau nak cun lagi ambil jenis mcm ni:205/17/45

yg penting keter mau power dulu, pastu baru bole pikir pasang tayar /rim besar.kalau tak pegi macam siput.

kalau rim besar ni, lebar tayar pun bertambah. Secara tak langsung cengkaman tayar pada jalan pun banyak la.. Logik tak?? Stabil la sikit kereta tu bila ambil selekoh.

cuba ko bayangkan kalau jenis tayar yg kita guna kat F1... mau cair jadinye..tu bagi yg kaki racing lar.
kualiti dan material yg digunakan harus diambil kira juga..

Kalau keta 1.6, elok pakai rim 16 atau 17" je

kalau keta 1.5, elok pakai rim 15 atau 16" je

sebab bila rim lebar, top speed sedap kat h/way...korner pun sedap....lagi satu nampak cantik bila lowed..

tak bising ker bunyik tayar bila rim lebar? contoh: wira 1.5 rim 15.
tahap kebisingan tetap ada..ikut jenis tayar (lagi mahal, lagi best)
..yang bising tu bukannya tayar tapi eksosnya...tak nak bunyi bising pakai earphone dengar lagu oh morena>

kelemahannya : bila main rim besar efect dan tekanan pada wheel bearings 2) bila lowered ni byk jugak efect pada part lain mcm bushing,absorber,lower dan lain lain.
itu sebab pemilihan rim berpandukan pada cc kereta.

p/s : tiara wa pakai rim 18inci lubang tiga skru pasal knuckle dia di cipta khas dari citreon. kah kah kah

MOTORSPORT FOR LIFE!!!

Sumber: fb Mat Kacau

Antara Sunni dan Syiah Oleh Tun Mahathir

MAHATHIR MOHAMAD 31 Ogos 2013 http://www.sinarharian.com.my/

1. Sejarah Islam dipenuhi dengan permusuhan antara Sunni dengan Syiah. Kerapkali peperangan berlaku di antara mereka. Hari ini kita baca dalam akhbar dan TV berkenaan dengan letupan bom yang membunuh dan mencedera beratus-ratus daripada pengikut kedua-dua mazhab ini semasa mereka sedang sembahyang Jumaat di masjid dan di lain-lain tempat di mana mereka berkumpul.

2. Melihat akan permusuhan dan bunuh-membunuh di antara Sunni dan Syiah, musuh-musuh Islam, Yahudi dan sekutu mereka amat gembira. Bagi mereka, sama ada Sunni atau Syiah, semuanya adalah orang Islam dan seteru mereka. Kerja mereka untuk melemah dan musnahkan Islam dan orang Islam sedang dibuat oleh orang Islam sendiri.

3. Permusuhan antara Sunni dan Syiah ini tidak berlaku di Malaysia kerana buat sekian lama semua orang Islam di negara ini terdiri daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah, iaitu Sunni pengikut Imam Shafei. Mereka semua berpegang kepada ajaran Islam yang sama. Walaupun perbezaan politik memisahkan di antara orang Islam di Malaysia, tetapi ia tidak sampai kepada membunuh dan berperang.

4. Sekarang ini ajaran Syiah sedang dikembangkan di Malaysia. Jika Syiah bertapak di sini sudah tentu orang Islam Malaysia akan berpecah lagi. Jarak antara mereka yang terima ajaran Sunni dan Syiah akan semakin luas. Masing-masing akan adakan masjid berasingan dan bermacam lagi perbezaan.

5. Lambat laun permusuhan mereka akan meningkat sehingga mereka akan merusuh, membunuh dan berperang seperti yang berlaku di Iraq, Pakistan dan Syria.

6. Kesan daripada ini ialah negara akan jadi tidak stabil dan tidak aman. Orang Islam di Negara ini akan ditimpa bala yang amat dahsyat. Mereka yang sudah pun lemah akan menjadi lebih lemah. Kerosakan yang teruk akan berlaku seperti yang kita lihat di Negara-negara di mana Sunni dan Syiah bermusuh.

7. Selama ini kita berpegang dan menganuti agama Islam tanpa banyak masalah. Kita tahu di Iran dan beberapa Negara Islam yang lain ada penganut agama Islam Syiah. Kita tidak ingin menimbulkan masalah bagi mereka dengan mencuba mengembangkan fahaman dan mazhab Sunni di kalangan mereka. Sebaliknya janganlah cuba membawa fahaman Syiah ke Malaysia yang aman kerana kita berpegang kepada satu mazhab yang sama.

8. Kepada kamu agama kamu, kepada kami agama kami (Lakum dinukum waliyyadin). Al Quran menerima adanya orang yang beriman dan ada yang kafir. Tidak ada paksaan dalam Islam. Mereka yang kafir bebas dengan kekafiran mereka dan mereka yang Islam juga bebas menganuti dan mengamal ajaran Islam. Dengan itu permusuhan tidak akan berlaku dan masyarakat menjadi aman.

Entri ini dipetik dari blog Tun Mahathir, chedet.cc

PS: Pada pandangan saya pula, melihat kepada amalan dan kepercayaan syiah saya sangat yakin bahawa syiah yang diamalkan bukan dalam golongan Islam. Bagaimana kita boleh terima syiah sebagai Islam jika terlalu banyak ajaran Islam dipesongkan dan menghalalkan darah Islam sunni. Apa yang perlu dilakukan adalah mewarwarkan kepada dunia bahawa syiah bukan Islam agar semua dunia tahu akan kedudukan ini. Ini adalah penting apabila syiah secara terang-terang mengadakan hubungan baik dengan Israel dan kafir yang lain dalam membantai orang Islam.

04 September 2013

Guevara Sniper Mujahid Syria Yang Digeruni

Untuk mempertahankan agama dan akidah, ianya bukan menjadi tanggungjawab lelaki sahaja, malahan menjadi tanggungjawab wanita juga. Itulah yang berlaku di Syria, percayakah anda wanita di sebelah ini adalah sniper Syria yang digeruni?.

Seorang perempuan bertudung yang sedang memegang senjata ini menjadi begitu popular di Syria selepas gambar-gambar mengenainya bersama selaras sniper beredar di internet. Wanita bertudung lengkap dengan pakaian seragam tentera dilaporkan kelihatan di jalan-jalan utama sekitar bandar Aleppo, Syria. Identiti perempuan bertudung lengkap dengan pakaian tentera itu dikenali sebagai Guevara (mengambil nama tokoh resolusi Argentina, Ernestio ‘Che’ Guevara) sementara nama sebenarnya tidak didedahkan.

Dia yang berusia 36 tahun merupakan seorang guru bahasa Inggeris di Aleppo mula menjadi seorang penembak sniper setelah kehilangan dua orang anaknya beberapa bulan lalu..

Kedua-dua anknya yang berusia 7 dan 10 tahun mati setelah serangan udara oleh tentera pemerintah yang mengenai tepat pada rumahnya sehingga mengorbankan kedua-dua anaknya itu. Perkara itulah yang menjadi inspirasi untuknya terlibat sebagai penembak tepat skuad tersebut..

“Saya suka bertempur. Saat melihat rakan seperjuangan mati ditembak, saya harus membalas dendam” ujarnya.

“Menembak musuh membuatkan saya berasa lega. Setiap kali melihat musuh berjaya ditembak, saya sering berteriak ‘yes” katanya.

Meskipun dia kelihatan berani dengan snipernya itu, wanita bertudung dan berpakaian seragam tentera ini turut menyatakan bahawa dia tetap seperti perempuan lain. Dia kerap terjaga di malam hari menangisi kematian kedua-dua anaknya dan kekerasan yang pernah dia saksikan.

Subhanallah! Semoga Allah melindungi beliau dan umat Islam seluruhnya di Syria sana. Sama-sama kita doakan mereka!

Sumber: See more at: http://fuh.my/wanita-ini-adalah-sniper-syria/#sthash.e975Gsgd.dpuf

03 September 2013

Cara Ringkas Solat Jenazah

Lokasi Jenazah Untuk disolatkan
Kalau di Mekah dan di Madinah, boleh dikatakan selalu kita akan bersama-sama untuk menyembahyangkan jenazah. Namun tahukah kita cara sistematik dalam melaksanakan solat tersebut.

Pada pandangan saya, setiap orang Islam mestilah tahu untuk melaksanakan solat jenazah untuk ahli keluarga terutamanya untuk emak atau ayah yang meninggal dunia. Silat jenazah bagi kedua-dua orang tua adalah merupakan penghormatan yang terakhir buat insan yang membesarkan dan menjaga kita.

Cara Ringkas Solat Jenazah :

1.   Angkat Takbir Pertama "Allahuakbar" dan lintaskan niat dalam hati iaitu "Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala". Jadi menjadi makmum maka tambahlah dalam niat "sebagai makmum kerana Allah Taala". Kemudian bacalah Alfatihah sehingga akhir

2.   Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
++ Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
++ Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah seperti dalam tahiyyat akhir

3.   Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"
++ Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh di bawah ni :
++ Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
++ Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
++ Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat. ada doa lain di link bawa (al azkar)

4.   Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar"
++ "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan dan kiri
++ Selesai

Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat-rapat, dan ikutlah jugalah rukun di atas. Cukup rukun makalah sah lah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat jenazah..

02 September 2013

Kenali Ulama Asyariah Maturidiah


Mari kita kenali siapakah ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Ulama ini adalah penyambung ajaran, pesanan dan wasita dari Rasulallah saw. Mereka adalah pakar rujuk dan guru yang boleh dihubngi oleh semua umat Islam jika ada isu/ masalah tentang agama. Siapakah mereka?

Atas Dari kiri

Habib Umar Al-Hafidz (Yaman),
Syeikh Afeefuddin Al-Jilani (Iraq),
Syeikh Hamzah Yusuf (Amerika Syarikat),
Syeikh Muhammad Nuruddin Al-Banjari Al-Makki (Indonesia),
Syeikh Muhammad Fuad Ibn Kamaludin Al-Maliki (Malaysia),
Habib Hassan Al-Attas (Singapura),
Habib Ali Zainal Abidin Ibn Abdul Rahman Al-Jufri (Yaman),
Syeikh Sayyid Ahmad Ibn Muhammad Ibn Alawi Al-Maliki (Makkah).

Bawah Dari Kiri

Prof Al-Muhaddis As-Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki Al-Hasani (Makkah)
Al-Muhaddis Syeikh Muhammad Ibn Ibrahim Al-Kattani (Mesir)
Al-Arif Billah Syeikh Dr. Yusof Ibn Mahyuddin Al-Bakhor (Lubnan)
Al-Allamah Syeikh Prof. Dr. Abdul Razak Al-Sa'adiy (Iraq)
Syeikh Ali Jumaah (Mesir)
Al-Muhaddis Syeikh Dr. Mahmud Said Ibn Muhammad Mamduh (Mesir)
Sultan Al-Ulama' Al-Habib Salim Ibn Abdullah Ibn Umar As-Syatiri (Yaman)
Al-Arif Billah Al-Habib Abdul Qadir Ibn Ahmad As-Seggaf (Yaman)

Via: Azwa AL-Hafiy

01 September 2013

KISAH ADAM CORRIE LEE BIN ABDULLAH MEMELUK ISLAM

Inilah kisah bagaimana artis Saudara Adam Corrie Lee diberikan hidayah oleh Allah swt untuk kembali ke fitrah. Kita ikuti kisahnya:

"Assalamualaikum sahabat-sahabat. Saya ada banyak menerima msg dari sahabat-sahabat di FB yang ingin tahu bagaimana saya boleh memeluk Islam.

Saya ringkaskan di sini untuk sahabat-sahabat budiman. Secara rasmi saya telah kembali pada fitrah. Berasal dari keluarga cina yang menganuti agama Budha.

Saya giat belajar mengenal Islam sebelum memeluk Islam lagi. Belajar bagaimana solat, serba sedikit mengenai fardu ain.

Saya telah mengucap 2 kali syahadah sebagai Adam Corrie Lee bin Abdullah. Alhamdulillah dengan hidayah yang diberi di ketika usia 39 tahun. Impian pertama sebagai Muslim ialah ingin menjadi tetamu-Nya.

Bagaimana boleh peluk Islam?

1. Kaabah. - saya suka tengok Kaabah. Ia membuatkan saya tenang dan rasa ingin ke sana.

2. Bersahabat baik saya anak ustaz ketika kanak-kanak, selalu bawa saya ke masjid. Suka akan akhlak dan cara hidup mereka.

3. Mencari pedoman dan kebenaran dalam hidup. Telah banyak agama sy kaji sebelum membuat keputusan balik pada fitrah.

Mendapat hidayah ketika di dalam mimpi setelah berdoa pada Allah sebelum tidur;

"Ya Allah! sekiranya Islam adalah agama yang benar untuk aku pegang sepanjang hayat hayatku, Kau berikan lah pertunjuk pada aku Ya Allah."

Ketika tidur saya telah bermimpi seperti berada di syurga, lalu didatangi seorang yang bercahaya putih, mukanya bersih tersenyum.

Ia memberi satu ketenangan yang amat ketika itu. Insan tersebut seperti memberitahu Islam adalah peganganmu.

Alhamdulillah impian pertama selepas memeluk Islam, perkara pertama ingin saya lakukan selepas pandai solat 5 waktu ialah menjadi Tetamu Allah.

Alhamdulillah dalam masa 10 bulan menjadi saudara baru, Allah telah menjemput saya menjadi TetamuNya.

Makanan Yang Merbahaya Untuk Kucing

Oky suka ikan kembung rebus dengan labu
Sama ada sedar atau tak, kebanyakan pemilik kucing memberi makanan yang tidak sepatutnya kepada kucing-kucing peliharaan mereka tanpa menyedari makanan tersebut boleh mengancam kesihatan dan membahayakan si comel.

Antara makanan-makanan yang merbahaya bagi kucing adalah:

•   Tuna.  Ikan tuna tidak mengandungi nutrisi dan zat yang diperlukan oleh kucing. Pemberian ikan tuna secara berlebihan boleh menyebabkan keracunan merkuri (mercury poisoning)

•   Segala jenis bawang dan daun bawang. Bawang dan daun bawang boleh menyebabkan kurang sel darah merah, anemia, keracunan dan masalah 'gastrointestinal upset'

•   Susu dan produk tenusu. Menghidangkan susu dan keju kepada kucing dewasa boleh menyebabkan masalah pada sistem penghadaman kerana kebanyakan kucing dewasa tidak boleh menghadamkan susu dan akan menyebabkan cirit-birit.

•   Alkohol.  Keburukan alkohol sama seperti kesannya pada manusia dan boleh menjejaskan hati dan otak. 2 sudu alkohol boleh menyebabkan seekor kucing yang seberat 2kg mengalami koma. Dan sesudu lagi boleh membunuhnya!

•   Anggur dan kismis. Anggur dan kismis merupakan makanan ringan kegemaran arnab, hamster, dan haiwan-haiwan kecil yang lain. Tetapi jika diberikan kepada kucing, boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan membunuhnya.

•   Kafein. Pemberian kafein boleh memudaratkan dan kesannya tidak dapat akan dapat diubati. Antara simptom-simptom keracunan ialah lesu, bernafas dengan laju, kejang otot dan sawan. Kafein bukan saja terdapat dalam minuman seperti teh, kopi dan coklat, tetapi juga terdapat dalam minuman tenaga seperti Red Bull. Selain itu, kafein terdapat dalam ubat selsema untuk manusia dan ubat tahan sakit (painkiller) manusia.

•   Coklat. Coklat boleh menyebabkan kematian. Tanda-tanda keracunan sama seperti keracunan lain, iaitu degupan jantung tak stabil, kejang otot, dan sawan.

•   Gula-gula dan manisan. Gula-gula, gula getah, ubat gigi, dan apa saja manisan yang mengandungi xylitol boleh mengakibatkan peningkatan insulin dalam badan kucing anda, dan menyebabkan paras gula dalam badan merosot. Xylitol boleh mengakibatkan kegagalan hati. Tanda keracunan ialah muntah, lesu, hilang keseimbangan badan, sawan dan kegagalan hati.

•   Lemak dan tulang haiwan. Lemak dan tulang boleh menyebabkan muntah dan cirit-birit. Selain itu, tulang boleh menyebabkan masalah tercekik dan mencederakan sistem penghadaman kucing.

•   Telur mentah. Telur mentah mengandungi bakteria seperti salmonella dan E.coli. Protein dalam telur putih yang mentah yang dipanggil avidin menghalang penyerapan vitamin B biotin dan akan menyebabkan keguguran bulu, dan masalah kulit pada kucing.

•   Daging dan ikan mentah. Seperti telur mentah, daging dan ikan mentah boleh mengandungi bakteria penyebab keracunan. Enzim dalam ikan mentah boleh menghapuskan thiamine, iaitu penyumbang vitamin B untuk kucing anda. Kekurangan thiamine boleh menyebabkan kerosakan otak dan koma.

•   Makanan anjing. Sekali sekala memakan makanan anjing tak mengapa. tetapi perlu diingatkan makanan anjing tidak direka khas untuk keperluan kucing anda dan isi kandungan kedua-dua makanan ini adalah berbeza. Makanan kucing mengandungi lebih banyak protein, vitamin dan fatty acids. Pemberian makanan anjing secara berterusan menyebabkan kucing anda kekurangan zat dan nutrisi.

•   Hati ayam. Kuantiti yang kecil tidak mengapa. Tetapi jika berlebihan akan menyebabkan keracunan vitamin A. Keadaan ini boleh menjejaskan tulang kucing anda. Tumbesaran tulang akan terbantut dan kucing akan mengidapi osteoporosis. Keracunan vitamin A juga boleh membawa maut.

•   Terlalu banyak 'treats'. Seperti manusia, terlalu banyak makan treats boleh menyebabkan obesiti dan diabetes.

•   Yis/ ragi roti. Kegunaan yis/ ragi adalah sebagai penaik roti/ kek. Sekiranya di makan oleh kucing, perut kucing anda akan membengkak dari dalam dan menyebabkan kesakitan. Yis/ ragi juga boleh menyebabkan keracunan alkohol pada kucing.

•   Ubat-ubatan manusia. Kesilapan yang biasa dilakukan oleh pemilik kucing ialah memberi makan ubat-ubatan manusia kepada kucing mereka yang sakit. Jangan memberi ubat yang diberi dari farmasi kecuali telah mendapat pengesahan dari doktor. Ubatan seperti paracetamol, acetaminophen dan ibuprofen boleh menyebabkan kematian pada kucing.

Kucing adalah karnivor dan perlukan daging sebagai makanan asas. Sebagai pemilik haiwan, adalah menjadi tanggungjawab anda menyediakan makanan yang seimbang untuk memastikan kucing anda berada dalam keadaan sihat. Makanan seperti daging lembu dan beras perang (brown rice) boleh diberikan dalam jumlah yang kecil dan tidak kerap.

Kredit: Scratch