22 June 2013

KISAH PERLAWANAN ANTARA SEORANG LELAKI DAN IBLIS

Bukan pokok ini
Kebiasanya suami isteri yang memahami perasan dan keadaan akan hidup tenteram, namun begitu ragam kehidupan tidak pernah tidak dipukul badai. Meskipun sesebuah keluarga itu hidup dalam keadaan yang melarat, ada kalanya kehidupan mereka lebih bahagia sekiranya rumah tangga itu didirikan atas dasar ketaatan kepada perintah Allah swt. Segala yang dilarang Allah dihindari, dan mengerjakan ibadah mereka dengan tekun sekali.

Ini ada sebuah kisah keluarga yang boleh dijadikan tauladan. Si Suami adalah seorang yang alim bertakwa dan bertawakal. Tetapi sudah beberapa lama isterinya mengeluh terhadap kemiskinan yang tiada habis-habisnya itu. Sang isteri memaksa suaminya agar mencari jalan keluar dari kehidupan yang melarat ini. Sang isteri membayangkan alangkah bahagianya hidup mereka jika segala-galanya serba cukup.

Akhirnya Sang suami, iaitu lelaki alim itu pun berangkatlah ke ibu kota dengan tujuan untuk mencari pekerjaan. Di tengah perjalanan dia melihat sebatang pohon besar yang sedang dikerumuni oleh orang ramai. Dia mendekati kumpulan orang tersebut, ternyata kumpulan manusia itu sedang memuja pohon yang kononnya keramat dan sakti. Ramai juga kaum wanita dan pedagang-pedagang yang memohon dari pohon itu agar suami mereka setia atau dagangan mereka laris.

"Ini syirik," fikir lelaki alim tadi. "Ini harus dibanteras habis-habisan. Masyarakat tidak boleh dibiarkan menyembah serta meminta selain daripada Allah." Maka pulanglah dia ke rumah dalam keadaan terburu-buru. Isterinya merasa hairan mengapa pula suaminya pulang secepat itu. Lebih menghairankan adalah apabila dia melihat suaminya mengambil sebilah kapak yang tajam. Lantas lelaki alim tadi bergegas keluar. Isterinya bertanya namun lelaki itu tidak menjawab. Dengan segera lelaki itu menunggangi keldainya dan dipacunya cepat mungkin ke pohon tersebut. Malangnya sebelum dia sampai di pohon itu, tiba-tiba melompat sesusuk tubuh tinggi besar dan hitam, itulah iblis yang menyerupai manusia.

"Hai, mahu ke mana kamu?" tanya si iblis. Orang alim menjawab, "Saya mahu menuju ke pohon yang disembah-sembah oleh manusia syirik. Saya sudah berjanji kepada Allah akan menebang pohon itu." Iblis menambah "Kamu tiada apa-apa hubungan dengan pohon itu, yang penting kamu tidak terikut-ikut dengan perbuatan syirik seperti mereka. Sudah pulanglah sahaja." Maka jawab lelaki alim dengan tegas: "Tidak boleh, kemungkaran mesti di banteras."

"Berhenti, jangan kamu teruskan!" bentak iblis dengan nada marah. Lelaki alim tidak mengendahkannya dengan berkata: "Saya akan teruskan juga!"

Kerana masing-masing tegas pada pendirian, akhirnya terjadilah perkelahian antara orang alim tadi dengan iblis. Kalau dilihat pada perbezaan saiz badan mereka, sudah tentu orang alim itu dengan mudah boleh dibinasakan oleh si iblis. Namun ternyata iblis akhirnya menyerah kalah dan memohon ampun. Kemudian dengan berdiri serta menahan kesakitan dia berkata, "Tuan, maafkanlah kekasaran saya tadi, saya tak akan berani lagi mengganggu tuan. Sekarang pulanglah tuan ke rumah. Saya berjanji, setiap pagi, apabila tuan selesai menunaikan solat Subuh, saya sediakan wang emas 4 dinar di bawah sejadah tuan. Pulanglah dan jangan diteruskan niat tuan itu".

Mendengar janji iblis mengenai wang emas 4 dinar itu, maka hancur berkecailah ketegasan si alim tadi. Di saat ini dia teringatkan akan isterinya yang sering merungut ketidakcukupan hidup. Jika setiap pagi dia memperoleh 4 dinar, maka dalam sebulan dia boleh menjadi orang kaya. Mengingatkan desakan-desakan isterinya itu maka pulanglah dia tanpa mengambil tindakan untuk menumbangkan pohon tadi, dan hasratnya untuk membanteras kemungkaran lenyap begitu sahaja.

Keesokkan harinya setelah si alim selesai solat Subuh, maka diangkatnya sejadahnya di situ tergolek 4 dinar wang emas. Dia melompat keriangan, kegembiraan ini juga dikongsi bersama dengan isterinya. Begitulah yang berlaku seterusnya sehinggalah pada hari keempat dia mulai merasa kecewa kerana di bawah sejadahnya sudah tiada apa-apa kecuali tikar pandan yang buruk dan usang. Isterinya mulai marah-marah kerana wang yang diperoleh sebelum ini sudah kehabisan. Si alim dengan lesu menjawab, "Jangan khuatir, esok barangkali kita bakal mendapat 8 dinar sekaligus."

Keesokkan harinya, dengan rasa bimbang dan cemas mereka mengangkat sejadah selepas solat Subuh, malangnya tiada wang emas yang ditunggu itu. Dengan perasaan marah si isteri membentak: "Kurang ajar. Penipu, awak pergilah tebang pohon itu". "Ya, memang dia telah menipu aku, aku akan menebang pohon itu sehingga ke ranting dan daun-daunnya," sahut si suami juga dalam keadaan marah.

Maka segera dia mengeluarkan keldainya sambil membawa kapak yang tajam, dia memacu keldainya menuju ke arah pohon yang disembah manusia ramai. Di tengah jalan si iblis yang berbadan tinggi besar tersebut menghalangnya sekali lagi. Katanya dengan suara yang kesat dan marah, "Mahu ke mana kamu?" maka jawab si alim dengan gagah berani: "Aku mahu menebang pohon itu". Iblis menahannya dan berkata: "Berhenti, jangan kau lanjutkan."

Maka terjadilah kembali perkelahian yang hebat. Tetapi kali ini bukan iblis yang kalah, tapi si alim yang kalah dan terkulai. Dalam kesakitan, si alim tadi bertanya dengan penuh hairan, "Dengan kekuatan apa engkau dapat mengalahkan aku, padahal dulu engkau tidak berdaya sama sekali?"

Iblis itu dengan angkuh menjawab, "Tentu saja engkau dahulu boleh menang, kerana waktu itu engkau keluar rumah untuk Allah. Demi Allah, andaikata kukumpulkan seluruh belantaraku menyerangmu sekalipun, aku tetap tidak akan mampu mengalahkanmu. Sekarang kamu keluar dari rumah hanya kerana tidak ada wang di bawah sejadahmu. Maka biarpun kau keluarkan seluruh kebolehanmu, tidak mungkin kamu mampu menjatuhkan aku. Pulanglah saja, jika tidak akan aku patahkan batang lehermu".

Mendengar penjelasan iblis ini si alim tadi termangu-mangu. Ia merasa sangat bersalah, dan niatnya memang sudah tidak ikhlas kerana Allahi. Dengan terhuyung-hayang dia pulang ke rumahnya. Dibatalkan niat untuk menebang pohon itu. Dia sedar bahawa perjuangannya yang sekarang adalah tanpa keikhlasan dan bukan kerana Allah, dan dia sedar bahawa perjuangan yang semacam itu tidak akan menghasilkan apa-apa selain dari sia-sia yang berterusan. Sebab tujuannya adalah kerana harta benda, mengatasi keutamaan Allah dan agama. Ini bererti dia telah menyalahgunakan agamanya untuk kepentingan hawa nafsu kehidupan dia.

"Barang siapa di antaramu melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah (berusaha) memperbaikinya dengan tangannya (kekuasaan), bila tidak mungkin hendaklah berusaha memperbaikinya dengan lidahnya (nasihat), bila tidak mungkin pula, hendaklah mengingkari dengan hatinya (tinggalkan). Itulah selemah-lemah iman."

Hadis Riwayat Muslim

P/S - Apakah tauladan yang kita boleh peroleh dari cerita ini dan adakah pasti kita tidak pernah mendahulukan dunia atau bisikan iblis? Jawablah sendiri dengan muhasabah diri.....

21 June 2013

JLD 800 ke Klinik Jun 2013

Dah tiba masa untuk JLD 800 untuk mengunjungi kliniknya, iaitu Toyota Service Centre (TSC), itulah tempatnya JLD 800 sering mendapat pemeriksaan dan rawatannya. Saya ambil cuti sehari untuk memastikan semua pemeriksaan dan rawatan sewajarnya dilakukan dengan sebaik mungkin. 3 hari sebelum tarikh yang ditetapkan saya telahpun membuat tempahan selenggaraan bagi kereta ini dan jadual saya ditetapkan pada jam 8.30 pagi. Jadi pada tarikh tersebut saya tiba di TSC jam 8.10 pagi dan kereta saya terus di daftar dan dibuat pemeriksaan awal.

Encik Lokman adalah supervisor yang mengendalikan senggaraan kereta saya kali ini. Beliau sedang membuat pemeriksaan awal sebelum JLD 800 di bawa ke bahagian selenggaraan. Banyak juga perkara yang perlu dilakukan terhadap kereta ini termasuk membuat alligment, cuci body dan cuci enjin.

Sementara menunggu JLD 800 siap diselenggara, pihak syarikat menyediakan ruang menunggu yang selesa, sayangnya selalu talian internet dan juga wifi TM di sini bermasalah. Nasib saya baik kerana saya sentiasa membawa bersama saya sebuah novel, jadi tidaklah saya membuang masa selama 4 jam begitu sahaja. Alhamdulillah tepat jam 12.30 tengahari kereta saya siap diselenggara dan jadual selenggaraan akan datang adalah pada bulan Disemnber ini. Saya amat berterima kasih kepada Encik Lokman atas kerjasamanya. Saya juga amat berharap agar talian internet dan wifi telah dinaiktaraf pada kunjungan saya yang akan datang. Insyallah....

Those Born 1930 - 1979?

You may have seen this before. Those of You Born 1930 - 1979. At the end of this article is a quote of the month by Jay Leno.. If you don't read anything else, Please Read what he Said. Very well stated, Mr. Leno.

TO ALL THE KIDS WHO SURVIVED THE 1930's, 40's, 50's, 60's and 70's!!

First, we survived being born to mothers Who smoked and/ or drank while they were Pregnant.
They took aspirin, ate blue cheese dressing, Tuna from a can and didn't get tested for diabetes.
Then after that trauma, we were put to sleep on our tummies in baby cribs covered with bright colored lead-base paints.

We had no childproof lids on medicine bottles, Locks on doors or cabinets and when we rode Our bikes, we had baseball caps not helmets on our heads.
As infants & children, We would ride in cars with no car seats, No booster seats, no seat belts, no air bags, bald tires and sometimes no brakes.

Riding in the back of a pick-up truck on a warm day Was always a special treat.
We drank water From the garden hose and not from a bottle.
We shared one soft drink with four friends, From one bottle and no one actually died from this.
We ate cupcakes, white bread, real butter and bacon. We drank Kool-Aid made with real white sugar.

And, we weren't overweight. WHY? Because we were Always outside playing...that's why!
We would leave home in the morning and play all day, As long as we were back when the Streetlights came on. No one was able To reach us all day.

And, we were O.K. We would spend hours building our go-carts out of scraps And then ride them down the hill, only to find out We forgot the brakes. After running into the bushes a few times, we learned to solve the problem.

We did not have Playstations, Nintendo's and X-boxes. There were no video games, no 150 channels on cable, No video movies or DVD's, no surround-sound or CD's, No cell phones, No personal computers, no Internet and no chat rooms. WE HAD FRIENDSAnd we went outside and found them!

We fell out of trees, got cut, broke bones and teeth And there were no lawsuits from these accidents. We ate worms and mud pies made from dirt, And the worms did not live in us Forever.

We were given BB guns for our 10th birthdays, Made up games with sticks and tennis balls and, Although we were told it would happen, We did not put out very many eyes..

We rode bikes or walked to a friend's house and Knocked on the door or rang the bell, or just Walked in and talked to them.

Little League had tryouts and not everyone made the team. Those who didn't had to learn to deal With disappointment.Imagine that!!

The idea of a parent bailing us out if we broke the law Was unheard of. They actually sided with the law!These generations have produced some of the best Risk-takers, problem solvers and inventors ever. The past 50 years Have been an explosion of innovation and new ideas. We had freedom, failure, success and responsibility, and we learned how to deal with it all.

If YOU are one of them? CONGRATULATIONS!

You might want to share this with others who have had the luck to grow up as kids, before the lawyers and the government regulated so much of our lives for our own good.While you are at it, forward it to your kids so they will know how brave and lucky their parents were.

Kind of makes you want to run through the house with scissors, doesn't it ?
The quote of the month is by Jay Leno: "With hurricanes, tornados, fires out of control, mud slides, flooding, severe thunderstorms tearing up the country from one end to another,and with the threat of swine flu and terrorist attacks. Are we sure this is a good time to take God out of the Pledge of Allegiance?'

For those that prefer to think that God is not watching over us.. ..go ahead and delete this. For the rest of us...pass this on.

A Small Prayer!
God determines who walks into your life....it's up to you to decide who you let walk away, who you let stay, and who you refuse to let go. I need this back. If you'll do this for me, I'll do it for you. When there is nothing left but God, that is when you find out that God is all you need.

Amalan Pada Malam Nisfu Syaaban

Berikut adalah beberapa amalan yang boleh dilakukan pada hari/ malam nisfu syaaban. Kata Imam Syahrurazi, Sohiba (Awariful Maarif). Apabila telah selesai solat maghrib hendaklah mebaca surh Yasin dengan diniatkan mohon panjangkan umurnya dalam mentaati Allah, seterusnya dibacakan doanya.

Kemudian dibacakan pula Yasin dengan diniatkan diluaskan Allah rezkinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya.

Kemudian dibacakan pula Yasin serta diniatkan minta dimatikan dalam iman, kemudian dibacakan doanya.

Pada malam Nisfu Syaaban sangat baik dibanyakkan beristighfar dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil, dan meminta diampunkan Allah dosa-dosa ibubapa kita dan keluarga kita. Amat baik sekali dibacakan penghulu Istighfar. Mohon keampunan dua ibubapa. (seberapa banyak yang boleh) Mohon keampunan dan taubat diri. (70/100 kali pagi petang) Membaca al-Quran.

Membaca Tasbih. (seratus kali)

Membaca Solawat atas Nabi. (10 atau 100 kali pagi dan petang) Membaca Zikrullah. (seratus kali selepas solat subuh dan selepas solat asar).

Solat-solat sunat : Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, Sunat Dhuha, Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat. (Solat Sunat Hajat ditengah malam sebaik- baiknya memohon hajat sesuatu).

Hendaklah kita sentiasa menyegerakan amal taat, dan jangan sekali- kali menangguhkannya ke masa yang lain, kerana dalam menangguh- nangguh amal taat itu mengandungi bahaya.

Sabda Rasulullah S.A.W. Rebutlah peluang lima sebelum lima:

Masa muda sebelum tiba masa tua.

Masa sihat sebelum tiba masa sakit.

Masa lapang sebelum tiba masa sibuk.

Masa kaya sebelum tiba masa papa dan

Masa hidup sebelum tiba mati.

Sabdanya lagi yang bermaksud: "Segerakanlah mengerjakan amal-amal soleh sebelum kamu sibuk, dan adakanlah perhubungan di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan memperbanyakkan zikir (ingatan) kepadaNya."

Akhirnya beramallah menurut keimanan masing-masing. Kalau tidak dapat semua janganlah ditinggalkan semua. Lebihan atau sisa umur kita yang masih tinggal sedikit lagi, hampir sampai ke hujungnya. Rebutlah amal sebanyak-banyak yang boleh, bertaubatlah kepada Allah dosa-dosa yang banyak, dengan segala kesungguhan untuk bekal kita di akhirat, yang akan pergi tidak akan pulang-pulang lagi. Semoga dalam keredhaan Allah S.W.T. InsyaAllah. Wallahualam.

20 June 2013

Sejuknya Tidur Di Bilikku Di FBS

Sejak akhir-akhir ini cuaca dunia dilaporkan semakin panas dan ianya merupakan masalah global. Di Malaysia cuaca panas ini akan terus berlaku sehingga bulan September.

Keadaan panas ini sudah tentu membuatkan ramai orang rasa sangat gelisah. Tetapi apa nak dibuat kerana cuaca ini berlaku bukan sahaja kerana fitrah alam, tetapi juga dilakukan oleh manusia itu sendiri. Jadi bolehlah dikatakan bahawa kemusnahan alam dan dunia ini nanti adalah di tangan manusia. Allah swt telah menjadikan alam dan dunia ini seindah dan sempurna untuk didiami oleh makhluknya, sayang sekali kerana kerakusan dan cita-cita tinggi manusia itu akhirnya manusia sendiri hidup dalam kegelisahan.

Wah panjang lebar pulak saya bercelotehkan. Yang sebenarnya saya nak berkongsi dengan keluarga dan kawan-kawan mengenai alat hawa dingin (AC) baru yang telah dipasang di bilik saya dan bilik adik saya Ainee di kampong... itu je.

Alhamdulillah dengan adanya AC ini maka selesalah sedikit kami tidur malam kerana di waktu malam tidur kami selalu terganggu hingga mengganggu pula aktiviti yang lain seperti memandu pulang ke distinasi. Sebelum ini hanya bilik emak sahaja yang ada AC dan saya antara yang selalu menumpang di biliknya. Kesian juga dengan mak kerana kurang selesa akibat saya berada di biliknya.

Rumah saya di Ampang memang telah dipasang dengan AC sejak lama dulu. Sekali lagi saya mengucap syukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan kemudahan dan rezekinya kepada saya dan keluarga. Alhamdulillah ya Allah, terima kasih ya Allah...

7 Keajaiban Yang Lebih Ajaib Dari 7 Keajaiban Dunia

Menara Pisa, Tembok Cina, Candi Borobudur, Taj Mahal, Ka’bah, Menara Eiffel, dan Piramid di Mesir, inilah semua keajaiban dunia yang kita tahu.Namun sebenarnya semua itu belum terlalu ajaib, kerana di sana masih ada tujuh keajaiban dunia yang lebih ajaib lagi.

7 keajaiban dunia itu adalah:

Haiwan Berbicara di Akhir Zaman
Maha suci Allah yang telah membuat segala sesuatunya berbicara sesuai dengan yang Ia kehendaki. Termasuk dari tanda-tanda kekuasaanya adalah ketika terjadi hari kiamat akan muncul haiwan melata yang akan berbicara kepada manusia sebagaimana yang tercatat dalam Al-Qur’an, surah An-Naml ayat 82,

“Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami”.

Mufassir Negeri Syam, Abul Fida’ Ibnu Katsir Ad-Dimasyqiy memberi ulasan tentang ayat di atas: “Haiwan ini akan keluar di akhir zaman ketika rosaknya manusia, dan mulai meninggalkan perintah-perintah Allah, dan ketika mereka telah mengganti agama Allah. Maka Allah mengeluarkan ke hadapan mereka haiwan bumi.Konon khabarnya, dari Mekah, atau yang lainnya sebagaimana akan datang perinciannya. Haiwan ini akan berbicara dengan manusia tentang hal itu”.[Lihat Tafsir Ibnu Katsir (3/498)].

Haiwan aneh yang berbicara ini akan keluar di akhir zaman sebagai tanda akan datangnya kiamat dalam waktu yang dekat. Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Sesungguhnya tak akan tegak hari kiamat,sehingga kalian akan melihat sebelumnya 10 tanda-tanda kiamat: Gempa di Timur, gempa di Barat, gempa di Jazirah Arab, Asap, Dajjal, haiwan bumi, Ya’juj & Ma’juj, terbitnya matahari dari arah Barat, dan api yang keluar dari jurang Aden, akan menggiring manusia”. [HR. Muslim dalam Shohih-nya (2901), Abu Dawud dalam Sunan-nya (4311), At-Tirmidziy dalam Sunannya (2183), dan Ibnu Majah dalam Sunannya (4041)]

Pohon Kurma yang Menangis
Adanya pohon kurma yang menangis ini terjadi di zaman Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam, mengapa sampai pohon ini menangis?

Kisahnya, Jabir bin Abdillah-radhiyallahu ‘anhu- bertutur,“Jabir bin Abdillah -radhiyallahu ‘anhu-berkata: “Adalah dahulu Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- berdiri (berkhutbah) di atas sebatang kurma, maka tatkala diletakkan mimbar baginya, kami mendengar sebuah suara seperti suara unta dari pohon kurma tersebut hingga Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- turun kemudian beliau meletakkan tangannya di atas batang pohon kurma tersebut” .[HR.Al-Bukhariy dalam Shohih-nya (876)]

Ibnu Umar-radhiyallahu ‘anhu- berkata: “Dulu Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam-berkhuthbah pada batang kurma. Tatkala beliau telah membuat mimbar, maka beliau berpindah ke mimbar itu. Batang kurma itu pun merintih. Maka Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam mendatanginya sambil mengeluskan tangannya pada batang kurma itu (untuk menenangkannya)”. [HR. Al-Bukhoriy dalam Shohih-nya (3390), dan At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (505)]

Untaian Salam Batu Aneh
Mungkin kalau seekor burung yang pandai mengucapkan salam adalah perkara yang sering kita jumpai. Tapi bagaimana jika sebuah batu yang mengucapkan salam. Sebagai hamba Allah yang mengimani Rasul-Nya, tentunya dia akan membenarkan seluruh apa yang disampaikan oleh Rasul-Nya, seperti pemberitahuan beliau kepada para sahabatnya bahawa ada sebuah batu di Mekah yang pernah mengucapkan salam kepada beliau sebagaimana dalam sabdanya, Dari Jabir bin Samurah dia berkata, Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda,

“Sesungguhnya aku mengetahui sebuah batu di Mekah yang mengucapkan salam kepadaku sebelum aku diutus, sesungguhnya aku mengetahuinya sekarang”.[HR.Muslim dalam Shohih-nya (1782)].

Pengaduan Seekor Unta
Manusia adalah makhluk yang memiliki perasaan. Dari perasaan itu timbullah rasa cinta dan kasih sayang di antara mereka. Akan tetapi ketahuilah, bukan hanya manusia saja yang memiliki perasaan, bahkan haiwan pun memilikinya.

Oleh kerana itu sangat disesalkan jika ada manusia yang tidak memiliki perasaan yang membuat dirinya lebih rendah daripada haiwan. Pernah ada seekor unta yang mengadu kepada Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- mengungkapkan perasaannya. Abdullah bin Ja’far-radhiyallahu ‘anhu- berkata,

“Pada suatu hari Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wasallam- pernah memboncengku dibelakangnya, kemudian beliau membisikkan tentang sesuatu yang tidak akan kuceritakan kepada seseorang di antara manusia. Sesuatu yang paling beliau senangi untuk dijadikan pelindung untuk buang hajatnya adalah gundukan tanah atau kumpulan batang kurma. Lalu beliau masuk ke dalam kebun laki-laki Anshar. Tiba tiba ada seekor unta. Tatkala Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- melihatnya, maka unta itu merintih dan bercucuran air matanya. Lalu Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- mendatanginya seraya mengusap dari perutnya sampai ke punuknya dan tulang telinganya, maka tenanglah unta itu.

Kemudian beliau bersabda: “Siapakah pemilik unta ini, unta ini milik siapa?” Lalu datanglah seorang pemuda Anshar seraya berkata, “Unta itu milikku, wahai Rasulullah”. Maka Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda,

“Tidakkah engkau bertakwa kepada Allah dalam binatang ini, yang telah dijadikan sebagai milikmu oleh Allah, kerana ia (binatang ini) telah mengadu kepadaku bahawa engkau telah membuatnya letih dan lapar”. [HR. Abu Dawud dalam As-Sunan (1/400), Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (2/99-100), Ahmad dalam Al-Musnad (1/204-205), Abu Ya’la dalam Al-Musnad (3/8/1), Al-Baihaqiy dalam Ad-Dala’il (6/26), dan Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyqa (9/28/1). Lihat Ash-Shahihah (20)]

Kesaksian Kambing Panggang
Kalau binatang yang masih hidup boleh berbicara adalah perkara yang ajaib, maka tentunya lebih ajaib lagi kalau ada seekor kambing panggang yang berbicara. Ini memang aneh, akan tetapi benar. Kisah kambing panggang yang berbicara ini terdapat dalam hadis berikut: Abu Hurairah-radhiyallahu ‘anhu- berkata,

“Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam-menerima hadiah, dan tidak mahu makan sedekah. Maka ada seorang wanita Yahudi di Khoibar yang menghadiahkan kepada beliau kambing panggang yang telah diberi racun. Lalu Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- pun memakan sebahagian kambing itu, dan kaum (sahabat) juga makan.

Maka Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda: “Angkatlah tangan kalian, kerana kambing panggang ini mengabarkan kepadaku bahawa dia beracun”. Lalu meninggallah Bisyr bin Al-Baro’ bin MA’rur Al-Anshoriy. Maka Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- mengirim (utusan membawa surat),

“Apa yang mendorongmu untuk melakukan hal itu?” Wanita itu menjawab: “Jika engkau adalah seorang nabi, maka apa yang aku telah lakukan tak akan membahayakan dirimu. Jika engkau adalah seorang raja, maka aku telah melepaskan manusia darimu”. Kemudian Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- memerintahkan untuk membunuh wanita itu, maka ia pun dibunuh.

Batu yang Berbicara
Setelah kita mengetahui adanya batu yang mengucapkan salam, maka keajaiban selanjutnya adalah adanya batu yang berbicara di akhir zaman. Jika kita fikirkan, maka terasa aneh, tapi demikianlah seorang muslim harus mengimani seluruh berita yang disampaikan oleh Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam-, baik yang masuk akal, atau tidak.

Kerana Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- tidaklah pernah berbicara sesuai hawa nafsunya, bahkan beliau berbicara sesuai tuntunan wahyu dari Allah Yang Mengetahui segala perkara ghaib. Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda,

“Kalian akan memerangi orang-orang Yahudi sehingga seorang diantara mereka bersembunyi di balik batu. Maka batu itu berkata, “Wahai hamba Allah, Inilah si Yahudi di belakangku, maka bunuhlah ia”. [HR. Al-Bukhoriy dalam Shohih-nya (2767), dan Muslim dalam Shohih-nya (2922)]

Al-Hafizh Ibnu Hajar-rahimahullah- berkata, “Dalam hadis ini terdapat tanda-tanda dekatnya hari kiamat, berupa berbicaranya benda-benda mati, pohon, dan batu. Lahiriahnya hadis ini (menunjukkan) bahawa benda-benda itu berbicara secara hakikat”.[Lihat Fathul Bari (6/610)]

Semut Memberi Arahan
Mungkin kita pernah mendengar cerita fiksen tentang haiwan-haiwan yang berbicara dengan haiwan yang lain. Semua itu hanyalah cerita fiksen belaka dan tentunya omong kosong. Tapi ketahuilah wahai para pembaca, sesungguhnya adanya haiwan yang berbicara kepada haiwan yang lain, bahkan memberi arahan, layaknya seorang komandan pasukan yang memberikan perintah. Haiwan yang memberi komando tersebut adalah semut. Kisah ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Qur’an,

“Dan Sulaiman telah mewarisi Daud, dan dia berkata: “Hai manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) Ini benar-benar suatu kurnia yang nyata”.

Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan). Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut:

Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari.

Maka dia (Sulaiman) tersenyum dengan tertawa Kerana (mendengar) perkataan semut itu dan dia berdoa:

“Ya Tuhanku berilah Aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhoi; dan masukkanlah Aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh”. (QS.An-Naml: 16-19).

Inilah beberapa perkara yang lebih layak dijadikan “Tujuh Keajaiban Dunia” yang menghebohkan, dan menghairankan seluruh manusia.

Orang-orang beriman telah lama menyakini dan mengimani perkara-perkara ini sejak zaman Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam sampai sekarang.

Namun memang kebanyakan manusia tidak mengetahui perkara-perkara itu. Oleh kerana itu, kami mengangkat perkara itu untuk mengingatkan kembali, dan menanamkan aqidah yang kukuh di hati umat Islam.

19 June 2013

Siapakah Engkau - Bagaikan Puteri

Setelah menghampiri muka surat ke 571 dalam Novel Bagaikan Puteri karya Ramlee Awang Murshid (RAM) saya terasa benar-benar ingin mengetahuai siapakan dia Saifudin bin Jalis atau lebih dikenali di Aceh sebagai Laksamana Sunan (LS). LS hidup di abad ke 15, dia merupakan seorang perantau yang dapat meletakkan dirinya setanding dengan ulama di Aceh dan pahlawan lagenda Melaka Datuk Laksamana Hang Tuah.

RAM telah menghidupkan LS dengan begitu baik sekali dan saya menjangkakan ramai wanita akan jatuh hati kepada LS. Memang tidak dapat dinafikan saya sendiri tertarik dengan keperibadian LS sebagai pemuda Melayu yang berkeperibadian tinggi, berilmu, alim dan tulus itu. Ada kemungkinankah terdapatnya pemuda-pemuda Melayu seperti itu di zaman moden ini?

Andainya benar tuan hamba pernah ujud di muka bumi ciptaan Allah ini, di mana agaknya tuan hamba boleh hamba jejaki? Bolehkah hamba menerokai alam tuan hamba seperti yang dilakukan oleh Haryati?

Penerokaan di alam yang berselisih atau alam yang selari sukar untuk diterima oleh sains zaman kini. Tetapi tidak ada perkara yang mustahil jika Allah swt mengkehendakinya. Terlalu amat mudah bagi Allah untuk melakukan sesuatau yang tiada kepada ada. Kun fa ya kun... jadi maka jadilah ia.

Malang sungguh bagi saya kerana rupanya saya belum lagi memiliki sambungan novel ini yang berjudul Cinta Sang Ratu, walau bagaimanapun saya telah pun membeli novel akhir dalam trelogi ini yang berjodol Hijap Sang Pencinta. Tak sabar-sabar mengintai peluang untuk keluar sekejap dari pejabat untuk ke kedai buku.... tetapi entah bila agaknya....

Wanita Di Malam Lailatul Qadar

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat. Silalah renung sebentar kisah di bawah ini, iaitu pengalaman baginda rasulallah saw semasa isra' mi'raj. Renungan ini khususnya untuk para wanita dan untuk diriku sendiri.

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika dia melihat Rasulullah saw menangis, maka dia datang bersama Fatimah ra. Lalu keduanya bertanya mengapakah Rasulullah saw menangis. Lalu jawab baginda Rasulallah saw: "Pada malam aku di-isra'kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan pelbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang diseksa dengan sangat berat dan mengerikan itu membuatkan aku sedih".

Puteri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat oleh ayahandanya. Baginda menyatakan:

1.   Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, menjadikan otaknya mendidih.

2.   Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

3.   Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

4.   Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

5.   Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

6.   Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu? Rasulullah saw pun menjawab, "Wahai puteriku:

*    adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*    Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*    Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*    Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*    Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*    Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*    Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

P/s - Adnee,

Jadi sahabat-sahabatku, mohonlah kepada Allah agar kita semua dilindungi oleh Allah dari menerima seksaan seperti itu. Maka mulai dari hari ini cubalah kita membaiki kehidupan kita seterusnya. Ameen...

Saya berkongsi info ini dari seseorang sahabat dan kini saya berkongsinya dengan semua kenalan saya dan seterusnya mohon anda juga berkongsi dengan orang yang anda kenal dan Insya Allah ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.