13 November 2012

Happy Dewali

I wish happy dewali to all my Indian friend s all around the world, may this year bring happiness and prosperity to you and family.

12 November 2012

Lagu Korea: Castle of The Glass

Lagu Korea yang menjadi lagu tema kepada drama bersiri yang bertajuk Glass Castle. Ceritanya mengesahkan tentang satu keluarga kaya yang mementingkan menjaga reputasi keluarga mereka melebihi dari kebahagian ahli keluarga. Sukarnya untuk meneruskan kehidupan dalam keluarga sebegitu di mana anak-anak dan menantu terpaksa berkorban dan memendam perasaan. Akibatnya berlaku penceraian dan pengisihan ahli keluarga. Demi kebahagian dan kehidupan seterusnya keputusan yang menyakitkan perlu diambil.... tetapi kepahitan dan kesedihan sungguh menyakitkan walau bagaimanapun masa adalah ubat yang mujarab.

11 November 2012

Etika dan Nilai Murni: Menghargai Masa

Bismillahirahmanirahim.
(Artikel ini saya sediakan untuk menasihati diri sendiri dan sesiapa yang sudi)

Wahai diriku dan kepada kawan-kawan yang beragama Islam mestinya masih ingat lagi dengan ayat Al Quran Surah ke 103, iaitu Surah Al-Asr. Melalui surah ini Allah bersumpah "Demi masa bahawa kita manusia sesungguhnya dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal salih dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran". Menunjukkan betapa pentingannya masa Perkhidmatan Awam melalui Tonggak 12 meletakkan menghargai masa di awal tonggak tersebut.

Malahan pepatah orang tua-tua ada berkata bahawa "masa itu emas", tetapi bagi saya masa itu lebih bernilai dari emas kerana kehilangan masa tidak mungkin akan dapat diganti semula walaupun dengan sekilo emas. Oleh itu apabila kehilangan 1 minit tiada minit lain yang dapat diganti. Bukan mudah untuk menjaga masa....., namun begitu ada caranya untuk kita menghargai/ menjaga masa. Di bawah saya senaraikan antara caranya;

1.   Membuat perancangan/ jadual terlebih dahulu. Bagi teman-teman yang suka bershoping, sekiranya tiada jadual atau senarai barangan yang hendak dibeli alamatnya akan berjam-jamlah kita berlegar-legar di dalam Mall. Itu yang membuatkan solat terlepas dan tertinggal;

2.   Bagi seseorang penjawat awam atau pekerja memelihara masa patut dijadikan peraturan utama. Penggunaan masa terutamanya dalam waktu bekerja kerana gaji dibayar mengikut masa tersebut serta dibimbangi gaji yang kita terima terkeluar dari kehalalannya.

3.   Cuba kira masa produktiviti dan keberkesanan hasil sesebuah tugasan, adakah ianya setimpal dengan gaji yang kita terima? adakah tugasan yang kita lakukan terlibat dengan sikap berlengah-lengah atau sambil lewa. Kita harus untuk sentiasa berusaha ke arah meningkatkan mutu kerja dan keberhasilan. 

4.   Tentukan tarikh sasaran tugasan untuk diselesaikan. Saya menggunakan perisian Outlook bagi mengingatkan saya bagi melaksanakan sesuatu tugas. 

Wallahualam.......

Good Morning

Meow... meow good morning everybody... how are you? I can feel how bright is the sun, how silky and fresh the wind blowing onto my face and my eye is recovering. Alhamdulillah everything goes back normally.     

10 November 2012

Hari Ini 10.11.12

Hari ini Sabtu - 10.11.12 Masihi - tarikh yang cantik untuk dibuat kenang-kenangan. Hari ini saya berhasrat untuk merakam apa yang saya lakukan supaya nanti apabila telah melepasi hari ini, saya dapat mengenang kembali tarikh ini. Memandangkan mata saya masih lagi dalam proses pemulihan, saya mengambil keputusan untuk duduk sahaja di rumah di samping membaca buku dan artikel yang menarik hati saya.

Namun begitu saya sudah tentu tidak boleh memenatkan mata saya supaya penyembuhannya lebih cepat dan saya boleh mula bertugas pada hari Isnin yang akan datang.

Apa yang saya cadang nak buat adalah: menulis blog, membaca, main komputer games, mengemas beg untuk bercuti, menonton  drama bersiri/ marathon korea di saluran Astro 393 dan mengemas rumah. Apa lagi yang saya boleh buat ni?. Kan bagus kalau saya boleh pergi membeli buku..... tengoklah dulu kalau saya rasa ok dan cuaca tidak hujan ada kemungkinan saya akan keluar nanti petang.

Ujian Syafawi/ Hafazan Al Quran Asas Masjid Negara 2010/2012

Borang pemarkahan Ujian Syafawi/ Hafazan Al Quran Asas Masjid Negara yang dihadiri oleh saya pada 6 November 2012 yang lalu. Format ujian kali ini adalah 2 kali beberapa keratan ayat syafawi, 2 surah hafazan dan 5 soalan tajwid secara oral. Saya telah siap sedia untuk diuji... tetapi hati tetap berdebar-debar.

Di sinilah kami semua diuji, berhadapan dengan ustaz yang bertanggungjawab menguji ilmu kami. Saat-saat awal memang berdebar tetapi selepas ini dah ok. Dan bacaan mula lancar walaupun ada tersekat sedikit-sedikit.

Melihat sahaja Al Quran yang disediakan di atas meja besar, saya rasa senang hati kerana sudah tentu tulisannya juga besar... jadi mudahlah saya nak baca... maklumlah mata pun dah kurang nampak tambahan pula mata saya yang sakit.

Hanya kami berempat sahaja peserta wanita berbanding teman lelaki seramai 9 orang. Saya sedang menunggu sementara Rashid sedang diuji di dalam. Selepas saya giliran Kak Anita pula... selamat berjaya.

09 November 2012

Selepas Peperiksaan Bertulis Al Quran Asas Masjid Negara

Foto-foto ini diambil selepas tamatnya peperiksaan bertulis Al Quran Asas Masjid Negara yang telah diadakan pada 3 November 2012 yang lalu. Walaupun hati masing-masing risau dan bimbang tetapi peperiksaan ini juga petunjuk bahawa kelas kami sudah tamat dan kata guru-guru Al Quran zaman kanak-kanak saya sudah khatam. Saya bersama dengan Kak Anita.

Sya, kak Anita dan saya sambil kami menunggu rakan-rakan lain yang masih lagi berada di dalam dewan peperiksaan. Saya keluar 15 minit lebih awal kerana terdapat beberapa soalan yang memang saya tidak dapat jawab langsung. Soalan yang diberikan hanya 40 sahaja dengan masa selama 1 jam.

Dari kanan kak Anita, Sya, Timah, Zura, Razi, Lina, Kay dan saya

Foto kami beramai-ramai di tangga ... sedihnya nak berpisah...

Kami semua bersama dengan Ustaz yang banyak berkongsi ilmu dengan kami bukan sahaja ilmu tajwid malahan ilmu-ilmu yang lain. Terima kasih Ustaz hanya Allah sahaja yang membalas budi baik Ustaz.

Hari Ulang tahun Kelahiran Ayah. Kalau Ayah Masih Ada

Kalau ayah saya masih ada hingga sekarang, maka hari ini umur ayah adalah 76 tahun, tetapi Allah lebih menyayangi ayah di mana ayah telah dijemput kembali kepadaNya hampir 4 tahun lepas. Walaupun ayah dah tiada tetapi setiap masa kami sentiasa mengingati ayah. Kini hanya doa kami sahaja yang menemani ayah setiap hari. Semoga ayah sentiasa di dalam lindungan Allah dan ditempatkan di dalam kalangan orang soleh dan dikasihi Allah. Ayah berehatlah di sana dan kami akan hantarkan hadiah setiap hari kepada ayah.

Foto ini diambil semasa kami sekeluarga mengadakan Hari Keluarga di PD Golf and Country Club. Ayah dan kami semua sudah siap sedia untuk menikmati sarapan pagi di mana kami sempat ambil gambar ayah. Kini semua gambar ayah menjadi harta yang tidak ternilai untuk kami semua.