08 November 2012

Sakit Mata: Wajib Mencari Penawarnya

Lebih kurang jam 9.30 pagi tadi saya memandu dengan tidak selesa ke Klinik Sentosa, sebuah klinik swasta yang biasa saya pergi apabila saya kurang yakin memandu ke Hospital/ Klinik Kerajaan, jauhnya lebih kurang 1.5 km sahaja. Pemanduan saya hari cukup mudah dengan izin Allah - tidak banyak kenderaan di atas jalan raya dan parkir di hadapan klinik tersebut.

Semasa saya tiba hanya tinggal seorang sahaja pesakit yang masih menunggu untuk berjumpa dengan doktor, jadi saya tidaklah tunggu lama. Doktor memaklumkan bahawa memang ada ketumbuhan kecil di sebelah dalam kelopak mata atas dan dia cuba untuk keluarkan nanah tetapi sukar kerana saya tidak tahan dengan rasa sakit. Jadi doktor hanya memberikan saya pelbagai jenis ubat. Di samping ubat saya juga diberikan Sijil Sakit selama 2 hari, iaitu hari ini dan esok.

Ini dia ubat yang dimaksudkan 4 jenis untuk makan, satu ubat tube untuk malam hari dan ubat titis mata setiap 4 jam. 
Apabila kita diuji dengan sakit, maka wajib kita mencari ubatnya... kini ramai doktor yang mampu mengubat kita, tetapi kesembuhannya hanya pada Allah di samping makan ubat doalah yang paling mujarab kerana ubat tidak akan bermakna tanpa doa. Itulah kepercayaan saya dan saya jangkakan itulah sepatutnya akidah kita. Mana ada dalam dunia ini yang lebih berkuasa dari Allah rabul jalil. Jadi kawan-kawan pun doakan lah saya cepat sembuh.. Ameen

Tanda Disayangi Allah: Saya Sakit Mata

Bengkak di mata saya semalam (7 Nov 2012)
Memang menakutkan apabila kita diuji dengan kehilangan salah satu dari panca indera - seperti saya Allah menguji saya dengan sakit mata.... sakit mata yang saya hadapi ini bukannya sakit mata yang boleh berjangkit tetapi sakit mata disebabkan oleh jerawat yang tumbuh di sebelah dalam kelopak mata... bukan satu tapi ada 3 jerawat kat situ. Sakitnya bukan kepalang tetapi yang paling dibimbangi bukan sakitnya tetapi pandangan mata yang tidak jelas dan sangat terganggu. Masa inilah saya terfikir jikalau Allah menarik terus panca indera ini, bagaimanalah agaknya kehidupan saya. Dan biasanya manusia di saat beginilah mula berfikir dan menoleh ke belakang cuba melihat semula apa yang sudah dibuat dengan mata yang sihat di sepanjang masa mata itu diberi pinjam oleh Allah. Masa inilah saya berdoa agar saya diberikan semula panca indea ini untuk dimunfaatkan.

Bengkak mata saya hari ini sebelum
berjumpa doktor jam 10.00 pagi tadi
Cerita sakit mata saya bermula pada minggu lepas atau 2 mingu lepas yang llu, bila mata saya terasa gatal-gatal. Bagi meredakan rasa gatal saya meletakkan eye-more, tetapi mungkin disebabkan makan udang 2 kali pada minggu lepas akibatnya pada 6 November pagi mata saya dah mula bengkak sedikit, namun begitu saya masih boleh ke Masjid Negara untuk menghadapi ujian safawi/ hafazah Al Quran.

Pada 7 Nov pagi surut mata saya masih tidak berubah tetapi saya masih boleh memandu ke pejabat. Pada hari itu adalah hari yang sibuk buat saya... pagi saya terpaksa ke KIP Sentul dan di sebelah petangnya saya menghadiri mesyuarat di JKR Jalan Salehudin. Malangnya pagi tadi mata saya menjadi lebih bengkak dan sehinggakan tidak boleh membuka mata yang sakit itu.

Tak apa semuanya adalah ujian Allah yang menunjukkan bahawa Allah sayang saya. Alhamdulillah... saya akan pergunakan mata saya untuk perkata yang lebih baik dan menfaat lagi... terfikirla pulak untuk mendermakan mata-mata ini selepas saya meninggal... ok ke?????


Peperiksaan Kelas Al Quran Masjid Negera

Ini dia Kertas Soalan Tajwid Kelas Al Quran Asas yang saya tenung, belek dan ulang membaca selama 45 minit. Soalannya boleh tahan susah dan saya macam kurang yakin untuk dapat cemerlang dalam paper ini. Markah bagi paper ini hanyalah 40% dari markah keseluruhan tetap jika banyak salah dari betul markahnya nanti boleh menyumbang kepada kegagalan. Semoga dijauhkan.

Sementara menunggu kertas soalan diedar dan taklimat disampaikan, saya sempat minta seorang teman sekuliah mengambil gambar saya dalam keadaan berdebar-debar. Memanglah kawan-kawan melihat saya tersenyum tetapi yang sebenarnya saya bimbang dan risau.

Doakan saya berjaya dengan cemerlang, kerana Allah sahaja yang dapat mengubah sesuatu "kun faya kun" 

07 November 2012

Kelas AL Quran: Jamuan Akhir 2012

Pada 1 November 2012, adalah hari terakhir kami menimba ilmu dari Ustaz kami Ustaz Mohd Ramli bin Mohd Amin. Rupanya dah 2 tahun kami semua berkenalan, namun saya belum betul-betul kenal semua orang. Semasa pendaftaran 2 tahun yang lalu kelas kami seramai 35 orang tetapi di akhirnya yang tinggal hanya 26 orang sahaja dan merupakan kelas yang teramai.

Untuk meraikan ahli kelas yang berjaya menamatkan pengajian, kami mengadakan jamuan - kali ini terasa sayu pula pada jamuan ini maklumlah hari akhir. 

Di atas antara juadah yang dihidangkan... kami juga menjemput rakan kelas lain untuk meraikan kami sama.

Encik Hasan Ketu Kelas kami sedang memberikan ucapan sepatah dua - tentunya ucapan ribuan terima kasih kepada guru kami Ustaz Mohd Ramli yang lebih mesra dengan panggilan Ustaz Ramli.

Antara rakan-rakan yang saya akan rindui...

Saya dan Sya.....

Inilah rakan wanita sekelas saya, masing-masing dengan gaya tersendiri.... kalau rindu nanti call la atau jumpa dalam fb...

Kursus Komunikasi Berkesan - Makanan Hotel

Sup ayam rasanya dan memang enak... kebanyakan makanan yang dihidangkan di hotel ini memang menarik dan best

Macam macam ada......

06 November 2012

Kursus Komunikasi Berkesan Part 3

Hari kedua kursus pada 31 Oktober 2012... ceramah di waktu pagi disampaikan oleh Cik Rohaila... seperti juga hari pertama kami banyak bermain di lantai.

Permainan kali ini adalah penunggang motosikal terpanjang. Seperti sebelum ini kami bergerak di dalam kumpulan yang diberikan iaitu biru, hijau dan emas.

Ketua kumpulan menggayakan penonggang dan ahli kumpulan mengikutnya. Vrooooooooooooom dan siap dengan bunyi brek motor sekali... kelakar dan menyeronokan... terlupa sekejap kerja di pejabat.

Tengok tu siap dengan koner baring sehingga bertembung dengan kumpulan di sebelah..

Rupa-rupanya dalam diri kami yang sudah berusia ini terdapat sifat kanak-kanak yang suka bermain, menyanyi dan ketawa...... boleh mengambil method ini dalam mendidik anak-anak anda di rumah... fikirkan sahaja caranya dan saya rasa ianya akan menjadi lebih seronok dari anak-anak sering dimarahi.... cubalah

Sessi ini adalah mengenai sentuhan..... memang manusia perlu disentuh dalam kehidupan, tetapi jangan tersalah sentuh takut menjadi kemudaratan.

Saya dan Maslina yang sama-sama menghadiri kursus ini 


Kursus Komunikasi Berkesan Part 2

Hari pertama, waktu sebelah petang giliran EncikRao berongsi ilmu dan pengalaman bersama kami.

Dalam sessi ini kami dihidangkan dengan mengenali personaliti masing-maing melalui warna. Saya rupanya dalam kumpulan orang hijau. Bacalah personalti golongan hijau tersebut.

En Rao banyak mengguna floor semasa berinteraksi dengan peserta. Hampir kesemua aktiviti kumpulan melibatkan kerja dalam pasukan, IQ dan sedikti EQ

Kami bersedia untuk menerima arahan.

Arahan telah diberikan.....

Saya berbincangan dengan beberapa ahli kumpulan....

Kumpulan lain telah siap berbaris ... seperti nak berperang.... mereka adalah kumpulan emas.

Dan yang ini kumpulan biru yang berpersonaliti romantik tetapi sangat aktif.... Kelihatan Chief Khairul yang menjadi tunggak kumpulan biru.

Ini dia hasil tugasan kami. Arahannya dengan menggunakan apa sahaja yang ada di badan anda jadikan satu barisan yang paling panjang dalam tempoh 3 minit kot!! lupa la pulak masa... sebab kami teruja untuk membuat barisan terpanjang.

Kasut kami jadi bahan juga

dan juga stokin beberapa rakan... eeeem bau la!!!

Tak ketinggalan tag-nama Nurhazura

Masing-maisng sibuk menyusun dan membetulkan barisan

Duit pun bole jadi.....

Inilah barisan yang terpanjang dan telah menang... hasil dari kumpulan biru... Syabas

05 November 2012

Kursus Komunikasi Berkesan Part 1

Pada 30 dan 31 Oktober 2012 yang lalu saya telah menghadiri Kursus Komunikasi Berkesan, Etiket dan Pengurusan Stress yang dianjurkan oleh Jabatan saya. Kursus ini diadakan di Ancasa Express Hotel yang bertempat di dalam bangunan Pudu Raya. Mengikut kata kawan-kawan hotel ini mengambil alih Hotel Pudu Raya dengan beberapa upgrading yang dilakukan oleh pihak pengurusan hotel.

Hari pertama, ceramah disampaikan oleh En Azizurahman bin Hj Samian, seorang penceramah dari Bahagian Kaunseling Kementerian Pelajaran Malaysia.

Banyak ilmu yang kami timba dari beliau, selain dari ceramah, kami juga didedahkan dengan praktikal beberapa modul. 

Penceramah seorang yang lawak dan banyak ilmu, boleh dikatakan kami tidak sempat untuk memincingkan mata.


Saya bersama penceramah Encik Azizurahman