04 September 2012

Kenangan: Birthday Party di Pero 5

Gambar kenang-kenangan semasa kami di Pero 5 meraikan harijadi rakan-rakan.

Din, saya, Azah dan Zuraidah.

Zuraidah, Haniza, saya dan Zurinah

Saya sedang menikmati kek harijadi.

Inilah dia kek harijadi dah tak ingatlah, kami meraikan birthday siapa?

Beraya Rumah Pak Cik Wahab dan Mak Cik Faridah

Selepas makan tengahari di MITC kami semua mengambil keputusan untuk meneruskan beraya di kampong halaman ayah dan emak iaitu di Kesang Tua dan Kampong Kemengkang, Jasin. Di Kesang kami akan menyinggah di rumah Pak Cik Wahab dan Mak Cik Faridah dan ke rumah Mak Lang, manakala di Kampong Kemengkang akan ke rumah Mak Long.

 Emak dan saya menjamu selera kueh yang dihidangkan.

 Dah tiba saat balik Amir sedang bersalaman dengan Pak Cik Wahab saudara dan sahabat rapat arwah ayah.

 Budah-budah ni dah kenyang jadi lebih bermain dan membaca sahaja.

Manakala ada yang keletihan... kasian

03 September 2012

Gambar Kenangan: Malam Wataniah 515

Rupanya saya pernah menghadiri malam askar wataniah (Unit 515 AW), rasanya masa tu diadakan di dalam Kem Sungai Besi atau pun di salah satu hotel di PJ dah lupa nama hotel tersebut. Di malam tersebut saya bertugas sebagai MC majlis.

Apa yang saya acarakan pun dah tak ingat, lama betul kisah ini - maklumlah masa saya dalam zaman jahiliah lagi.

Di samping itu juga sebelum majlis bermula, kami juga bertugas sebagai penyambut tetamu dan dalam foto di atas kami sedang menyambut kehadiri seorang pegawai kanak tentera dengan isteri beiau.

Selain dari majlis makan malam ini, kalau tidak silap saya, saya pernah menghadiri Mes Night 515 AW di hotel di PJ juga... Mana pula gambarnya????

Menyambut skot-skot kami. Silakan skot - jangan malu-malu.

Silakan tuan dan puan - dan terima kasih kerana sudi menghadirkan diri ke majlis kami

Berehat sekejap - selepas ke sebelum?????

Di Pusara Ayah

Azmee dan emak di pusara ayah.

Azman sedang berdoa.

Pusara-pusara lain nampak bersih maklumlah baharu sahaja menyambut Aidilfitri jadi kebanyakan pusara di sini telah dibersihkan oleh ahli keluarga masing-masing

02 September 2012

Kenangan Semasa Dalam Wataniah : 515 AW

Antara foto yang menjadi kenang-kenangan semasa saya masih berkhidmat di dalam Pasukan Simpanan Tentera Darat (Wataniah)

Ada macam rembo tak...

Tahun pertama menyertai Wataniah, belum pergi berkursus lagi, jadi setiap kali datang ke kem macam datang makan angin dan jumpa kawan-kawan.


Latihan menembak di Lapang sasar Kem Sungai Besi KL





Tunggu Adikku Adnan Balik Dari Umrah

Pada 22 Ogos 2012, kami sekeluarga bergerak menujuk ke Kota Tinggi dengan 2 tujuan. Tujuan utama kami untuk menunggu kepulangan ahli keluarga kami, iaitu adik saya Adnan pulang dari mengerjakan Umrah.    Kelihatan abang (Adi), Ammar - anak Adnan dan Amirul.

Pada lebih kurang jam 10.30 malam, kami bertolak ke Masjid Larkin kerana kapal terbang yang dinaiki oleh adik saya akan mendarat di Lapangan Terbang Changi Singapura, dan daripada Singapura mereka akan menaiki bas yang telah siap menunggu ke masjid ini.

Itu dia orang yang ditunggu dah tiba, kelihatan adik saya Azman dan isterinya Azie menyambut Adnan. Alhamdulillah selamat segalanya.

Adnan diiringi oleh kaum keluarganya termasuk anaknya Ammar.

Antara barangan para jemaah umrah.

Azmee berbual dengan abangnya.

Adnan memeluk emak yang selalu sedih bila berhadapan acara sebegini.

Apa lagi jom lah balik....

01 September 2012

Lunch Di Maidin MITC Melaka

Selepas shopping di Tesco Melaka, semua orang dah mula lapar. Cadangan kami hendak makan di sebuah restorant di MITC yang menurut adikku boleh tahan juga masakannya.

Malang sungguh, sebaik sahaja tiba di MITC, banyak restorant yang masih lagi tutup dan tidak beroperasi. Tiada cara lain, kami sependapat untuk mengambil lunch kami di restorant mamak di Maidin.

Yang sebenarnya mee goring mamak di restorant ini ok juga begitu juga dengan roti nunnya.

Mungkin disebabkan banyak kedai makan yang masih tutup, restorant ini jadi popular, ramailah pulak pengunjung dan kami terpaksa menunggu pesanan dengan booring.

Berbagai gaya daitunjukkan oleh ahli keluarga ku dan kesian la pulak melihat mereka. Yang sebenarnya saya sendiri pun dah sangat lapar.

Kesian, semua sedang menunggu hidangan... tengok Zman, emak, Shima dan Amir booring je.

Shima sedang bercakap dengan siapa tu!!! dan apa agaknya yang dibicarakan olehnya?

Amir dan Ammar sibuk dengan hp masing-masing... ada yang menariklah tu.

Apa lambat sangat ni.... agaknya itu yang sedang difikirkan oleh Ain.

Peace... senyum kurang manis sebab perut dah berkeroncong...

Apa itu Ruqyah?


Silalah dengar dan dapatkan sedikit pengetahuan mengenai ruqyah ini. Penting untuk mengetahui kejadian Allah yang lain selain dari kejadian Allah yang kita boleh lihat dengan mata kasar.