“Mestilah kamu meluruskan saf kamu atau kamu akan bercanggah (melakukan kesalahan) dengan arahan Allah di hadapan-Nya” (Hadith riwayat al-Bukhari)
Acapkali bersolat jemaah di masjid, satu perkara yang menarik perhatian saya adalah tentang saf-saf jemaah yang bersolat. Saya memerhatikan perbezaan jemaah yang bersolat di Masjid di Cork dan juga di masjid di Malaysia. Satu perbezaan yang ketara dapat dilihat dari segi susunan saf antara jemaah-jemaah yang bersolat. Bukanlah perbezaan jemaah yang bersolat di Cork, safnya memanjang kebelakang dan di Malaysia memanjang ke tepi. Kedua-duanya sama, namun satu perbezaan yang sangat besar adalah dari sudut kerapatan saf antara jemaah-jemaah yang sedang bersolat.
Jika di Malaysia, jemaahnya lebih ‘selesa’ bersolat dengan jarak yang dikira menyelesakan antara satu sama lain sehinggakan wujudnya ruang-ruang. Jika dirapat-rapatkan semula masih muat 2 atau 3 orang lagi dalam satu barisan tersebut. Masyarakat di Malaysia kurang mementingkan kepentingan merapat-rapatkan saf. Di sesetengan tempat, imam tidak pun menyeru para makmum untuk merapatkan saf.
Kadangkala apabila bersolat menggunakan sejadah yang disusun satu persatu, para jemaah lebih ‘selesa’ memilih satu sejadah untuk dirinya sendiri sedangkan saiz sejadah tersebut besar dan jika setiap seorang menggunakan satu sejadah, maka pastilah ruang-ruang kosong terdapat pada saf tersebut.
Jika kita menilai hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari diatas, hadis ini amat penting dan memberikan ancaman bagi mereka yang bermalasan dalam merapat dan meluruskan saf.
Begitulah kepentingan melurus dan merapatkan saf sehingga Allah dan Rasul-Nya memberikan ancaman kepada kita sekiranya leka dalam mengambil berat perihal saf ketika solat.
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Luruskanlah saf kamu ketika solat, sesungguhnya aku nampak kamu dari belakangku” ( Hadit riwayat Imam Bukhari)
Rasulullah sentiasa mengingatkan para sahabat untuk meluruskan saf kerana pentingnya meluruskan dan merapatkan saf jemaah muslimin. Pada zaman Rasulullah S.A.W, sahabat-sahabat sering diingatkan, Sabda Rasulullah S.A.W:
“Hendaklah kamu luruskan saf-saf kamu atau Allah akan perselisihkan antara wajah-wajah kamu..” (Riwayat Imam Muslim, Ahmad, Abu dawud, Tirmizi, An-Nasai dan Ibn Majah)
Hadis diatas menggambarkan amaran keras oleh Allah kepada kita yang tidak mahu meluruskan dan merapatkan saf.
Pernah terjadi kepada diri saya sendiri. Apabila saya berselisih pendapat mahupun diselubung rasa marah teramat kepada sahabat, atau rasa tidak puas hati, tatkala solat disebelahnya, saya akan menjauhkan diri (tidak merapatkan saf)kepadanya. Rasa marah dan jahil menguasai diri, dan bersikap ego dan cuba menjarakkan saf yang akhirnya diisi oleh syaitan-syaitan. Namun, sikap demikian ditempelak Allah. Malah, ia hanya memburukkan keadaan. Jika dibiasakan bergitu Allah S.W.T akan membiarkan berlakunya permusuhan dan pertengkaran sesama masyarakat islam. Apabila ditegur oleh Ustaz, maka barulah tersedar kesilapan diri dan kelekaan diri dalam mementingkan saf. Firman Allah:
“Sesungguhnya Allah menyukai jika perjuangan dijalannya dilakukan secara terseusun seperti satu saf seolah-olahnya nerepa merupakan sebuah bangunan yang kukuh.” ( As-Saff : 4)
Kita sering membaca dan mendengarkan ayat ini dibacakan. Allah menggambarkan kepentingan sebuah susunan saf yang baik dan rapi dalam perjuangan, begitulah juga dengan solat. Imam Qatadah memberikan pandangan yang sangat menarik berkenaan ayat tersebut. Beliau berkata:
“Tidakkah kamu melihat kepada pemilik sesebuah bangunan bagaimana dia benci bangunannya yang dibina secara tidak tersusun? Begitulah kiasannya dengan Allah. Dia tidak menyukai perintahnya dilaksanakan dengan cara yang tidak teratur. Allah memerintahkan agar barisan di medan perjuangan berada dalam keaadaan yang tersusun rapi sebagaimana tersusunnya saf ketika kita sedang melakukan solat berjemaah”
Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman berpendapat jarak yang terbaik dalam meluruskan dan merapatkan saf ketika solat berjemaah ialah sehingga menyentuh jari kaki ahli jemaah lain di sebelah kita. Ia sekaligus mempertautkan ukhuwah dan membuang rasa keegoaan diri. Sebuah hadis Sahih yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari berbunyi:
“Adalah semua kami (sahabat) bersentuh bahu kami dengan yang lain, demikian juga hujung kaki ” (Riwayat Al-Bukhari)
Rasulullah dan para sahabat sentiasa merapatkan saf dan meluruskan saf sehingga bersentuhan bahu dan hujung kaki antara satu sama lain.
Meluruskan dan merapatkan saf bererti mesti menjaga kaki. Justeru itu dalam keadaan tersebut, perlu diingat kadar jarak antara dua kaki kita yang telah diletaakan oleh para ulama. Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman didalam bukunya ‘Formula Solat Sempurna’ merumuskan 3 pendapat ulama berkenaan jarak diantara kedua-dua kaki kita.
Mazhab Hanafi : Kadar 4 jari tangan. Jika kurang atau terlebih adalah makruh
Mazhab Syafi’i : Kadar sejengkal
Mazhab Maliki dan Hanbali : Kadarnya adalah sederhana menurut ‘uruf, tidak terlalu luas dan tidak terlalu rapat.
Tanpa disiplin meluruskan dan merapatkan saf dengan bersentuhan hujung jari, manusia akan berada dalam rasa ego masing-masing hingga berasakan geli untuk menyentuh kaki ahli jemaah disebelah mereka.
Begitulah kepentingan meluruskan dan merapatkan saf, dan cara-caranya seperti yang dinukilkan diatas menurut pandangan ulama. Maka, marilah kita sentiasa mengambil berat tentang saf ketika solat jemaah kerana ia adalah sebahagian dari kesempurnaan solat. Takutlah Allah memperselisihkan kita dengan persengketaan antara kita disebabkan kelekaan kita merapatkan saf-saf kita.
Wallhu’alam.
Sumber: http://www.ataphijau.com/ melalui myibrah.com
Catatan pengalaman, pendapat dan curahan hati untuk dijadikan bacaan ringan sanak saudara dan kawan-kawan - tiada rahsia. Semua dijemput.
05 June 2012
04 June 2012
Solat Dhuha
Solat sunat Dhuha merupakan satu ibadat sunat yang dituntut berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.A. seperti berikut;
ثلاث هن علي فرائض، وهن لكم تطوع: الوتر، والنحر وصلاة الضحى
Maksudnya:“Ada tiga perkara yang hukumnya wajib ke atasku dan sunat (sukarela) bagi kamu, sembahyang witir, ibadah korban dan sembahyang Dhuha”[1]
Waktu melakukannya ialah dari waktu naik matahari sehingga waktu condong matahari kea rah barat dan pengiraan waktu Dhuha secara astronomi adalah berdasarkan formula waktu Syuruk ditambah dengan satu pertiga perbezaan waktu Syuruk dan waktu Subuh atau secara purata waktu Dhuha bermula 28 minit selepas waktu Syuruk dan ia berakhir setelah masuk waktu Zuhur.
Contoh pengiraan berdasarkan formula astronomi;
- Waktu Dhuha = Waktu Syuruk + 1/3 (waktu Syuruk – Waktu Subuh)
Contoh Jadual Waktu Sembahyang di Mukah (Zon 4) pada 16 Mac 2011 ;
Waktu Syuruk: 0638 pagi
Waktu Subuh : 0524 pagi
Waktu Dhuha di Mukah pada 16 Mac 2011 ialah :
Waktu Syuruk ( 0638 pagi) + 1/3 (waktu Syuruk – Waktu Subuh) (0638 pagi – 0524 pagi = 1jam 14 Minit @ 74 minit)
= 0638 pagi + 1/3 (74 Minit)
= 0638 pagi + 25 minit
= 0703 pagi.
(Unit Falak, Bahagian Penyelidikan JAKIM. Kaedah Panduan Falak Syarie .hlm.44)
[1] Wahbah Az Zuhaili.1996. Fiqh dan Perundangan Islam. Penterjemah Syed Ahmad Syed Hussain et. el. Jilid III hlm. 690
Sumber: http://www.ustazazhar.net/ melalui MyIbrah.com

03 June 2012
Perhimpunan Pagi Mei 2012 JPNWP
Perhimpunan pagi JPNWP bagi bulam Mei 2012 secara kebetulan jatuh pada hari ulang tahun kelahiran saya. Secara peribadi perhimpunan pagi ini antara perhimpunan yang paling berjaya dan tidak membosankan. Hos perhimpunan pagi ini adalah Pejabat pelajaran Wilayah (PPW) Bangsar Pudu. Tahniah saya ucapkan kepada mereka yang sangat kreatif.
Saya dan rakan-rakan seperjuangan menunggu kehadiran wakil Y.Bhg. Dato' Pengarah pelajaran. Y.Bhg. Dato' Pengarah mempunyai acara rasmi lain yang memerlukan kehadiran beliau. Kelihatan saya, Cik Pah, Masturah dan di atas En Hussein dan rakan-rakan dari Unit Naik Pangkat.
Jelingan Mas
Ini dia pengumuman sambutan hari lahir : Tu gambar saya.... happy birthday to me..... JPNWP ada menyediakan hadiah untuk staf-staf yang menyambut ulang tahun hari kelahiran tetapi tidak tahu apakah bendanya dan hingga kini hadiah tersebut belum lagi sampai.... masih tertunggu-tunggu... ada rezeki adalah.....
Kehidupan di Padang Masyhar
![]() |
| Kononnya ini teori sangkakala |
Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala pertamanya (bentuk apa agaknya... adakah berbentuk tanduk atau bentuk corong) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk yang masih ada di alam semesta ini akan mati kecuali Izrail dan beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya mencabut nyawanya sendiri.
Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman maksudnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran dan keagunganNya sebagai Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
Selepas 40 tahun alam semesta menjadi bisu dan hening, maka Allah menghidupkan kembali Malaikat Israfil, seterusnya Israfil meniup semula sangkakala buat kali kedua, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi yang putih yang dikenali sebagai padang Mahsyar (seumpama padang Arafah ketika amalan haji di Mekah). Padang Masyar adalah padang yang rata saujan mata memandang dan tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
Sekelian manusia hidup semula melalui benih anak Adam yang disebut “Ajbuz Zanbi” (tulang sulbi) yang berada di hujung tulang belakang mereka. Maka bangkitlah manusia dan jin umpama anak taugeh yang kembang membesar dari biji benih. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Namun begitu keadaan membuatkan mereka tidak rasa malu kerana masing-masing sangat takut dan bimbang akan nasib dan masa depan yang bakal mereka hadapi.
Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau semua manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa) nauzubillah. Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap makhluk sibuk memikirkan hal nasib masing-masing.
Setelah semua makhluk dikumpulkan, Allah menghapuskan cahaya matahari dan bulan, lalu tinggallah mereka dalam kegelapan tanpa cahaya dan berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. Sekonyong-konyong langit yang tebal, pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
Kali ini muncul matahari tetapi dengan kepanasan yang berganda-ganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka merasa kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan ini berlanjutan sehingga 1000 tahun. Subhanallah amat menakutkan.
Walau bagaimanapun terdapat sebuah perigi kepunyaan Nabi Muhammad SAW dengan bernama Al-Kausar yang hanya boleh diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaga perigi tersebut. Barang siapa yang dapat minum air dri perigi itu, dia tidak akan kehausan selama-lamanya. Perigi ini berbentuk segi empat tepat dan sebesar satu bulan perjalanan. Semoga kita dan keluarga kita mendapat minum dari perigi ini, insyaallah. Bau air perigi ini jauh lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
Semua makhluk yang berada di bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy, semoga kita dan keluarga kita adalah dari salah satu golongan ini - insyaallah. Mereka ialah:
1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
6. Lelaki yang bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
Disebabkan tersangat lama menunggu di padang mahsyar tanpa mengetahui untuk berbuat apa melainkan mereka yang beriman, maka mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Nabi pertama yang ditemui oleh kumpulan manusia ini adalah Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan terhadap Allah SWT.
Maka kumpulan manusia itu berjumpa pula dengan Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan jawapan seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa dengan Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi ke satu nabi yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. Setelah bertemu dengan Rasulallah SAW, maka berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan Allah akan doa baginda SAW.
Selepas itu, terdengar pula bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelahlah langit, turunlah Arasy Allah yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba di Padang Masyhar.
‘Arasy’ ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. Manakala Kursi pula adalah jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin di tengah padang. Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak di hadapan istana.
Seluruh makhluk menundukkan kepala kerana ketakutan. Lalu dimulakan timbangan amal bagi semua makhluk, ketika inilah berterbangan kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa ada kesilapan walau sedikit pun seterusnya kitab-kitab itu tergantunglah sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah/ Raqib: Atid/ Kiraman Katibin.
Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Begitu juga dengan orang kafir dan munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda tersendiri untuk dibezakan mereka dari golongan lain.
Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sebaliknya hukuman pertama yang diputuskan adalah perbutan mengenai pertumpahan darah.
Apabila tiba giliran seseorang untuk dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab setelah dihisab lalu kitab diserahkan kepadapemilik, orang mukmin menyambut kitab mereka dengan tangan kanan manakala orang bukan mukmin menerima kitab mereka dengan tangan kiri. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka dengan menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
Mengikut kajian beberapa scolar Islam, acara ini nanti disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. Perkara pertama yang disyaratkan adalah Islam. Jika seseorang itu bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang tetapi amalan buruknya tetap akan ditimbang.
Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat:
Ada pun syafaat Nabi Muhamad SAW adalah untuk beberapa perkara di Padang Masyhar, iaitu:
1. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
2. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
3. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Walau bagaimanapun semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT jua adanya.
Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70,000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70,000 yang lain.
Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada makhluk untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan menyeberangi titian sirat.
Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju ke syurga dengan melintasi jambatan Siratul Mustaqim, jambatan (titian) ini yang terbentang di bawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan untuk menyeberanginya.
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15,000 tahun. 5,000 tahun menaik, 5,000 tahun mendatar dan 5,000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. Nauzubillah... mohon dijauhkan Allah hambamu ini dari api neraka dan permudahkanlah hamba dan keluarga hamba menyeberanginya nanti.
Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1,000 makhluk yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang berjaya melepasinya. 999 lagi akan terjatuh ke dalam neraka.
Sumber: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
Saya hanya menyampaikan dari apa yang saya baca dan ketahui, sesungguhnya ingat-mengingati adalah tanggungjawab sesama insan. Saya amat berharap apa yang saya tuliskan di sini semuanya diadun dari beberapa kitab, buku dan usrah. Semua yang baik dan benar itu datang dari Allah manakala yang salah itu datangnya dari saya sendiri. Mohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kesilapan.
Saya sedari akan beberapa ayat yang menjadi pedoman saya, iaitu:
“Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong”. (An-Nahl ayat 105)
“Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka.”(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)
Berpesan-pesanlah sesama insan seperti mana sabda Rasulullah SAW: "Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat"; dan
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1. Sedekah/ amal jariahnya.
2. Doa anak-anaknya yang soleh.
3. Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman maksudnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran dan keagunganNya sebagai Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
![]() |
| Satu lagi teori saintis. etapi Allah Maha Mengetahui |

| Beginikah keadaannya Titian Sirat |
Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju ke syurga dengan melintasi jambatan Siratul Mustaqim, jambatan (titian) ini yang terbentang di bawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan untuk menyeberanginya.
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15,000 tahun. 5,000 tahun menaik, 5,000 tahun mendatar dan 5,000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. Nauzubillah... mohon dijauhkan Allah hambamu ini dari api neraka dan permudahkanlah hamba dan keluarga hamba menyeberanginya nanti.
Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1,000 makhluk yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang berjaya melepasinya. 999 lagi akan terjatuh ke dalam neraka.
Sumber: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
Saya hanya menyampaikan dari apa yang saya baca dan ketahui, sesungguhnya ingat-mengingati adalah tanggungjawab sesama insan. Saya amat berharap apa yang saya tuliskan di sini semuanya diadun dari beberapa kitab, buku dan usrah. Semua yang baik dan benar itu datang dari Allah manakala yang salah itu datangnya dari saya sendiri. Mohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kesilapan.
Saya sedari akan beberapa ayat yang menjadi pedoman saya, iaitu:
“Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong”. (An-Nahl ayat 105)
“Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka.”(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)
Berpesan-pesanlah sesama insan seperti mana sabda Rasulullah SAW: "Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat"; dan
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1. Sedekah/ amal jariahnya.
2. Doa anak-anaknya yang soleh.
3. Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
02 June 2012
Alam Masyhar
Adakah kita manusia tidak menerima hukum Allah selepas dari kematian? Mungkin ada yang tidak mempercayai akan balasan selepas dari kehidupan di dunia ini, tetapi bagi muslim kepercayaan ini adalah salah satu Rukun Iman. Alam Masyhar merujuk kepada lokasi yang bukan di bumi, lokasi tersebut adalah di padang yang sangat luas dan putih, keluasannya saujana mata memandang dan tiada hujungnya. Padang ini dikenal sebagai Padang masyhar di mana di padang inilah semua makhluk yang dihidupkan semula oleh Allah selepas tiupan sangkakala kedua ditiup oleh Istafil. Lamanya makhluk berada di alam ini adalah selama 300 tahun di mana 1 tahun di masyhar bersamaan 50,000 tahun di dunia, ubhanallah lamanya.....
Seperti yang saya sebutkan di atas, Alam Mahsyar dimulakan apabila 2 tiupan sangkakala yang ditiup oleh Malaikat Israfil. Tiupan pertama mematikan semua kehidupan manakala tiupan yang kedua menghidupkannya kembali di mana bumi memuntahkan isinya.
Dalam riwayat dinyatakan Kaabah akan berjalan masuk bersama dengan bumi Mekah dan Madinah bersama isi buminya apabila kiamat tiba (termasuk orang beriman yang mati di Mekah/ Madinah). Sunat untuk kita berniat untuk mati di Mekah atau Madinah sahaja. Haram berniat untuk mati di tempat yang lain. Mulalah kita berdoa dan berharap agar dapat dimatikan di bumi-bumi haram itu.
Rasullullah s.a.w adalah manusia yang pertama sekali dibangkitkan di mana apabila dibangkitkan maka Rasullullah s.a.w bertanya pada Jibrail ” Di mana kamu tinggalkan umatku”.
Di dalam Surah Al-Waaqi’ah, Allah menyebutkan keadaan/ suasana Kiamat Besar di mana manusia terbahagi kepada tiga golongan :
Muqarrabiin (Orang yang didekatkan kepada Allah); iaitu orang-orang yang dapat memasuki Syurga di peringkat awal.
Abraar (Baik-kebaikwan); iaitu orang-orang yang baik-baik; mereka ini ialah golongan Kanan (Golongan Bertuah Peringkat Kedua).
Fujjaar (Jahat-jahawan); iaitu orang-orang yang jahat-jahat; mereka ini ialah golongan kiri (golongan celaka/ sial).
Kemudian Allah menyebutkan di akhirnya keadaan Kiamat Kecil di mana manusia terbahagi kepada 3 golongan juga iaitu:
Muqarrabiin.
Golongan Kanan.
Golongan Pendusta Yang Sesat.
Manakala orang kafir dan syaitan akan dikumpulkan di sekeliling Neraka Jahanam seperti firman Allah “Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka yang kafir itu beserta syaitan-syaitan di Padang Mahsyar, kemudian Kami akan bawa mereka duduk bertelut di keliling Neraka Jahanam.” Surah Maryam Ayat 68.
Titian Siratul Mustakim
Setelah selesai dibicarakan, disoal jawab dan dihisab, maka semua makhluk akan menujuk ke syurga dengan melalui Titian Siratul Mustakim yang mana perjalanannya mengambil masa 15,000 tahun perjalanan (persamaan di dunia tidak dinyatakan). Dan setiap 1000 manusia yang meniti hanya tinggal 1 sahaja yang akan berada di titian sirat (iaitu mereka yang beriman dan beramal soleh) untuk meneruskan perjalanan ke syurga (sepantas kilat bagi mereka yang beriman). 999 manusia akan jatuh kebawah dari sirat dan akan tiba di dasar neraka setelah 60 tahun. (*Mengikut Riwayat, anak yang meninggal sewaktu kecil akan menunggu ibubapanya di atas sirat).
Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, Di sisi “Sidratul-Muntaha”; Yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”. (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Surah An-Najm Ayat 13-16.
Kesimpulannya:
Percahayalah wahai sahabat-sahabatku bahawa mati itu adalah benar, hidup kembali di Alam Barzah dan Alam Akhirat juga adalah benar. Amatlah ruginya jika kita terlalu leka dengan kehidupan dunia yang masanya sungguh singkat namun amalan, jadikan bumi ini tempat kita membuat sumbangan terhadap agama Allah semoga ianya nanti akan membantu kita di alam seterusnya. Diceritakan kisah di dalam Al-Quran di mana manusia akan menyesali di atas kelalaian mereka di dunia sebaik sahaja melihat api neraka.

Rahsia Surah Al-Kautsar
Maksud Surah Al-Kautsar Ayat 1-3:
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).
Surah Al Kauthar merupakan surah ke-108 dalam Al-Quran. Surah ini surah yang paling pendek, iaitu hanya mengandungi 3 ayat. Sura ini diturunkan di Makkah dan memperihalkan tentang sungai yang ada di syurga. Kolam sungai itu diperbuat daripada batu permata yang sangat indah dan cantik. Manakala rasa airnya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati kepada Nabi Muhammad s.a.w.; ia diturunkan ketika baginda Rasulallah sedang bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi baginda iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh menjadi ikutan kita untuk diamalkan:-
1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
3. Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5. Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6. Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7. Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
01 June 2012
Tulang Sulbi..... Sudah Ditemui Oleh Sains Moden??
Subhanallaah …. akhirnya sains moden menemui juga kisah mengenai tulang sulbi.
Apa dia tulang sulbi???? lihat kepada foto di sebelah dalam bulatan merah itulah tulang sulbi. Kenapa tulang ini menjadi isu... sebabnya melalui tulang inilah nanti semua manusia akan dihidupkan semula selepas tiupan sangkakala ke 2 (melainkan para nabi dan rasul Allah di mana jasad mereka tidak dijamah oleh tanah, bermaksud jasad mereka utuh sehingga hari akhirat). Untuk menerangkan penemuan oleh sains moden jom baca artikel di bawah.
Rahsia kebenaran Al Qur’an terungkap lagi, pelbagai perkara telah ditemukan dan terus ditemukan satu lepas satu yang lain.
Hari kebangkitan adalah hari menjelang, pada hari ini seluruh umat manusia akan dihidupkan kembali oleh Allah SWT. Bayangkan sebilion-billion umat manusia semenjak Nabi Adam as diturunkan sehinggalah tiupan sangkakala pertama ditiup. Usahlah berfikir secara lojik kerana ianya memang tidak masuk akal orang. Kerana selama kita hidup di dunia ini belum pernah seorang pun yang telah meninggal dunia akan kembali semuala ke dunia. Bagaimana tulang-belulangnya sudah hancur boleh tumbuh semula? Kita pun selama ini hanya iman saja atas kekuasaan Allah dan keterangan ayat Qur’an yang dijamin kebenarannya. Kini, terungkap sudah, ilmu bisa menjelaskannya. Rahsianya ada pada tulang ekor manusia!! Subhanallah …!!
Apa sebenarnya rahsia serta keajaiban tulang sulbi sehingga tulang ini disebut oleh Rasulullah s.a.w sejak 14 abad dahulu?. Mengikut istilah anatomi, tulang sulbi dikenali sebagai Coccyx. Ia merupakan tulang yang terakhir dalam susunan dari atas ke bawah tulang vertebra (tulang belakang) yang terletak di bahagian pinggul. Daripada Abu Hurairah r.a menyampaikan bahawa Rasululah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Semua bahagian tubuh anak Adam akan dimakan tanah, kecuali tulang sulbi yang daripadanya ia diciptakan dan daripadanya dia akan dibangkitkan." (riwayat An-Nasa'i, Abu Daud dam Ibnu Majah). Berdasarkan hadith di atas dapat disimpulkan bahawa:
1. Bermulanya kejadian manusia adalah daripada tulang sulbi.
2. Tulang sulbi begitu utuh dan tidak akan hancur.
3. Manusia akan dibangkitkan semula pada hari kiamat daripada tulang sulbi.
“Dan dia membuat perumpamaan bagi Kami; dan dia lupa kepada kejadiannya; ia berkata: “Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang, yang telah hancur luluh?” Katakanlah: “Ia akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali yang pertama. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk” (Surah Yasin : 78-79).
Seorang ilmuwan Jerman yang bernama Han Spemann, yang dianugerahkan hadiah nobel bidang kedoktaran pada tahun 1935. Dalam penelitiannya ia dapat membuktikan
bahawa apa yang dinyatakan di dalam A Quran itu adalah benar di mana asal mula kehidupan adalah tulang sulbi. Darinyalah makhluk hidup bermula. Beliau telah membuktikan bahawa sel2 di dlm coccyx tidak akan hancur. Dalam kajiannya, dia memotong tulang tulang sulji dari sejumlah haiwan melata, beliau telah mengisar tulang coccyx hingga hancur, memanaskannya dengan suhu yang amat panas dalam tempoh masa yang lama. Beliau kemudian memeriksa se-sel2 tulang tersebut dan ternyata ia masih lagi hidup, utuh seperti biasa dan diberitakan lalu beliau mengimplantasikan ke dalam embrio-embrio lain. Hasilnya, tulang sulbi itu tumbuh sebagai janin kedua di dalam janin tuan rumah. Untuk itulah Han menyebutnya dengan The Primary Organizer atau pengorganisir pertama.
Jadi ini bermakna, meskipun jasad seseorg telah meninggal dunia, tetapi sel-sel dalam tulang coccyx kekal hidup walau di mana sekali pun dia dikebumikan meskipun telah beribu2 tahun lamanya. Maka tidak usah disangsikan bahawa manusia akan dibangkitkan semula pada hari kiamat dengan tulang sulbi
Dalam Al-Qur'an ada menceritakan tentang kebangkitan manusia pada hari kiamat. Firman Allah yang bermaksud "Engkau memasukkan malam ke dalam siang, dan Engkau memasukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati daripada yang hidup" (surah Ali I'mran 3:27). SUBHAN
ALLAH…
“Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?” (Adz-Dzariyaat :20-21)[]
Dalam sebuah hadis marfu’ yang diriwayatkan oleh Muslim dan Ibnu Majah: “Tidak ada dari Jasad manusia kecuali akan hancur, kecuali tulang sulbinya, dari tulang silb ini lah tubuhnya akan disusun kembali pada hari kiamat”
Al Qurtubi di dalam kitab Tazqirahnya mengutip hadis ini dari Kitab Fitnah Kubur riwayat Muslim pada hadis 2955. Sahabat bertaya Nabi s.a.w ” Apakah tulang sulbi wahai Rasullulah?” Lalu di jawab oleh Nabi s.a.w "Yakni seperti biji gandum, dari biji itulah ia tumbuh” - Riwayat Ahmad.
Wallahu a'lam dan semoga makluman ini bermanfaat untuk semua yang membacanya.....

Sumber: www.facebook.com/pages/SAYA-CINTA-ISLAM
Subscribe to:
Posts (Atom)