21 May 2012

Miz Dalam Kenangan

Saya baru sahaja dapat panggilan telefon dari jiran saya, Abang Jaafar - katanya Miz mati dilanggar kereta pagi tadi. Terkejut juga saya kerana pagi tadi saya baru minta tolong Abang Jaafar pegangkan Miz sebab dia suka mengekori saya dan Miz tidak takut pada kereta.

Seperti pagi-pagi yang lain sejak seminggu yang lepas, sebaik sahaja saya bangun tidur, buka pintu dan panggil Miz untuk makan. Selepas itu baru saya mandi dan solat subuh. Apabila saya siap untuk ke pejabat, Miz dah sudah habis makan.

Saya keluarkan Miz dan tumpangkan dia ke rumah sebelah sementara saya memberi makan kepada SiKuning dan anaknya SiPutih  di belakang rumah.

Semasa saya buka pintu pagar untuk keluarkan kereta, tiba-tiba Miz sudah ada di kaki saya, kucing ini memang tidak takut pada kereta. Jadi saya angkat dia dan masukkan ke dalam kereta dan terus mengundurkan kereta. Takut jika Miz mengikut saya, jadi saya minta tolong pada Abang Jaafar untuk pegangkan Miz sehingga saya bertolak ke pejabat.

Ajal Miz cepat sungguh kerana mengikut kata Abang Jaafar selepas Miz makan di rumahnya mungkin dia cuba melintas jalan dan kira-kira jam 7.30 pagi tadi dia dilanggar mati sebuah kereta. Pak Cik India sebelah rumah yang tanam dia (terima kasih Uncle). 

Semalam selepas saya basuh kereta dan mandikan Miz - rupanya Miz titak takut pada air, senang saja saya mandikan dia.

Gambar-gambar Miz bermain di luar rumah selepas separuh hari tidur dengan nyenyak di atas setee.

Bahaya Rokok


Ini dia kandungan bahan-bahan yang ada di dalam rokok. Astarafillullahalazim bahan-bahan yang tidak layak untuk memasuki tubuh manusia... boleh dikatakan hampir kesemuanya adalah racun. Sekiranya seseorang itu menyedari akan kandungan rokok ini dan dia mati disebabkan oleh rokok... agak-agaknya bolehkah orang itu dikatakan mati bunuh diri?????? sebabnya dia sudah tahu dan menyedari akan isi kandungan rokok yang beracun dan merbahaya itu, tetapi tetap diambilnya dan dimasukkan racun-racun itu ke dalam tubuhnya. Jika dibuat persamaan macam seseorang itu minum racun atau makan racun tikus dengan sengaja. Sekiranya dia mati bunuh diri, maka tidak masuk syurgalah dia... betul ke tidak????

Fikir-fikirkan.....


20 May 2012

Peliknya!!!

Bangunan bulan sabit

Terusan di atas terusan atau sungai

Rumah dengan mata mengintai

Pokok bengkok

Restauran di pulau sempit

Laluan macam cermin - berkilat

Tasik di puncak gunung

Kisah Benar Pengakuan Bekas Paderi Kristian

Mengapa terjadinya orang Melayu memilih murtad.
Kerajaan masih tidak menyedari hal ini atau saja tutup mata.
Saya terjumpa artikel ini setelah habis membacanya saya rasa sangat bimbang dengan keturunan saya nanti, semoga Allah memelihara keturunan dan generasi saya. Kepada semua anak-anak bacalah artikel ini, sedarlah bahawa memang ramai musuh di bawah selimut kamu apa tah lagi yang menjadi musuh itu adalah orang yang sebangsa, sebahasa dan sama warna kulit dengan kamu. Ingatlah bahawa kedudukan orang yang murtad di dalam neraka lebih jauh ke bawah (lebih kuat seksaannya) dari orang kafir......

Baca dan telitikan pengakuan seorang Melayu dan telah lama sesak tetapi Allah sangat mengasihinya dan membawanya kembali ke pangkuan Allah. Semoga Allah mengukuhkan iman beliau dan iman kita terus menerus memelihari agama yang sangat suci dan selamat ini. Amin.

"Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.

Saya dilahirkan di Kedah pada 5 Mei5 1940, bapa saya seorang India Muslim dan emak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah, Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawan tetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa, tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris.

Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan  seorang paderi besar di Malaysia, dari Kuala Lumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal di Seksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing yang dibina khas untuk orang Melayu dan beragama Islam (ada hingga sekarang). Setelah satu tahun saya tinggal di sana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyangkan orang mati, talkinkan jenazah dan macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia .

Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong Wanita Kristian seluruh Indonesia. Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia, Singapura dan orang Filipina.

Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dan dibayar RM60.00 sehari, diberikan kenderaan percuma bersama dengan rakan-rakan seramai 6 orang lagi. Selepas itu saya dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama dengan En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliau juga adalah seorang bekas angkatan Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore. Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi Ketua dakwah bersama 6 orang kawan.

Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak. Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi Daerah Ipoh dan beliau membawa saya bertemu dengan Mufti Negeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat.

Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara hendak mengenali mereka adalah: Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). Perempuan - Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur tempat tumpuan adalah di Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang Plaza.

Cara-cara berdakwah: Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal (asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum 1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja adalah RM12.6 juta, sumber dari Sabah, Sarawak ,Filipina dan Singapura.

Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, Ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian, susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk.

Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR) - 2 orang Sekolah teknik  seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat. Di Banting - seorang wanita bernama Kamariah bt Sidek - lepasan sekolah ditarik oleh  seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar RM165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian Sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar) pada tahun 1982.

Salasiah bt Sidek - dari Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, setelah terlibat dengan kemalangan motor, terjumpa di dalam tudungnya rantai salib. Punca dia terjebak ke dalam Kristian adalah:

1. Desakan hidup; dan 

2. Kurang didikan agama Islam.

Beliau telah dapat menarik seramai 300-400 orang kepada Kristian. Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat di mana pada tahun 1990 adalah tahun untuk menawan satu Malaysia/ Brunei kepada Kristian. 

Padri Besar di Malaysia iaitu Kamaruddin Hj Ahmad sementara Pairin Ketingan pula adalah penaungnya dan saya sebagai Timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi ke setiap masjid dan bertanyakan imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas mesyuarat selama 3 hari saya menghantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk agama Kristian di Melaka.

Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 dan kemudian pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur untuk angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (supaya sukar untuk nak dikesan menukar agama)

Beliau beri penerangan kepada: 

1. Polis Bukit Aman, 
2. Pusat Islam (untukmenyedarkan umat Islam)

Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini.  

Seorang bekas padri Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah, Batu Gajah) pernah menjadi padri selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah di dalam bahasa Inggeris.

Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat

1. Tidak boleh hisap rokok

2. Tidak boleh minum arak

3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah

4. Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua Padri Indonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua Padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu, Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan".



Sungguh menakutkan, kerana mereka bergerak dalam kesamaran. Jika tidak berhati-hati dan kuat iman, memang mudah terpedaya. Kepada sahabat-sahabatku perhatikan anak-anak dengan lebih tumpuan dan jangsn diambil sambil lewa, nanti kita menyesal kemudian tidak berguna. - Adnee

sumber: digg.com

Godaan dan Tingkahlaku Syaitan Terhadap Manusia

Seperti yang saya katakan dalam entri yang lepas, syaitan adalah pengikut setia kepada iblis dan sebelum dia menderhaka kepad Alla adalah Azazel. Akibat engkar kepada arahan Allah dia dilaknati dan semenjak itu da bersumpah kepada Allah bahawa dia akan mengoda dan memastikan keturunan Adam bersama-sama dengannya di dalam neraka nanti.

Namum begitu Allah maha pengasih di mana Dia menyediakan perisai kepada kita bagi menangkis godaan iblis an syaitan tersebut. Malangnya ada yang terlupa. Perisainya adalah ucapan istigfar (mohon keampunan dari Allah). Walaupun beristigraf merupakan perbuatan yang sangat mudah untuk dilakukan, tetapi ada ketika kita lalai untuk mengucapkannya. Lebih malang lagi apabila lafaz istighfar tidak pernah meniti bibir seseorang muslim.

Seperti penjelassan Ulama salaf Ibnu Jauzi, "Sesungguhnya Iblis berkata, aku membinasakan anak Adam dengan dosa-dosa. Mereka membinasakan ku dengan istighfar dan dengan kalimah laillaha illahallah".


Kata syaitan "ketika aku melihat di antara mereka seperti itu, aku pun menyelusup pada diri mereka hawa nafsu. Sehingga mereka berdosa dan tidak memohon ampun kerana menyangka bahawa mereka telah berbuat sebaik-baiknya."

Justeru, seorang lagi ulama salaf, Rabi' bin Khutsaim berkata, "memohonlah dengan bersungguh-sungguhnya kepada Rabb (Tuhan) kamu, dan berdoalah kepada-Nya di saat lapang. Sebab Allah berfirman bermaksud "Barang siapa berdoa kepada Ku di saat lapang, Aku akan mengabulkan doanya di saat sempit. Barang siapa meminta kepada Ku maka Aku akan memberinya, barang siapa tawaduk (merendah diri) kepada Ku, Aku akan mengangkatnya. Barang siapa mengabdikan dirinya untuk Ku, Aku akan merahmatinya. Dan barang siapa yang memohon keampunan kepada Ku, Aku akan mengampuninya."
Oleh itu bagi mengatasi godaan syaitan ini Imam Ghazali telah menukilkan di dalam kitab (Wasiat Imam Ghazali m/s:129.): Kita mesti mengetahui segala tipu daya syaitan supaya syaitan tidak berani mengganggu kita.
Anggaplah tipu daya syaitan suatu perkara remeh, jangan sama sekali kita mengambil perhatian, jangan mengambil hati di atas segala ajakan syaitan. Pasti syaitan tidak akan berupaya menggoda kita.

Berzikir dengan lisan dan hati.

قال رسول صلى الله عليه وسلم

إن ذكر الله تعالى فى جنب الشيطان كألآكلة فى جنب ابن آدم

”Sesungguhnya zikrullah itu menyakitkan syaitan seperti menderitanya anak Adam dengan penyakit pemakanan yang bersarang di perutnya”.

Cara-cara yang Digunakan Syaitan untuk Menggangu Manusia

Mancung/ Paruh Syaitan membuatkan manusia lupa kepad sabda Nabi Muhammad Rasullullah saw:"Sesungguhnya syaitan itu meletakkan muncungnya di atas hati anak Adam, maka jika manusia ingat kepada Allah, maka mundurlah ia dan jika manusia itu lupa kepada Allah, dipatuklah hatinya" (Hadis Riwayat Ibnu Jauzi)

Syaitan menangis. Sabda Muhammad Rasullullah saw: "Apabila anak Adam membaca Surah Assajadah, lalu ia sujud, nescaya menyingkirlah syaitan sambil menangis dengan meratap: "Ah...Celakalah aku. Anak Adam disuruh sujud lalu ia sujud maka ia mendapat syurga, tetapi aku disuruh sujud maka membangkang, maka aku mendapat neraka" (Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Ibnu Majah)

Syaitan kencing. Dari Ibnu Masud dia berkata: Diceritakan (Allah) kepada Nabi Muhammad saw tentang seorang lelaki yang tidur hingga Subuh (waktu Fajar Pagi), sabda Baginda: "Itulah orang lelaki yang dikencingi oleh syaitan pada kedua telinganya" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) (As-Syaikhan)

Syaitan Tertawa (ketawa). Nabi saw bersabda bermaksud:
"Apabila menguap salah seorang kamu dalam solat, maka hendaklah ia tutup mulutnya sedapat mungkin dan jangan ia mengucap "Ahhh...", kerana sesungguhnya yang demikian itu dari syaitan dan ia tertawa kerananya." (Hadis Riwayat Bukhari).


Syaitan mempunyai rambut dan janggut yang kusut. "Dari Atha bin Yasr dia berkata: Telah datangnya lelaki kepada Rasullullah saw dalam keadaan kusut rambut dan janggutnya, maka Rasullullah saw memberi isyarat kepada lelaki itu, seakan-akan disuruhnya membereskan (meluruskan) rambut dan janggutnya. Maka orang itu mengerjakannya, kemudian ia kembali. Maka Rasullullah SAW bersabda: "Bukankah ini lebih baik darpada seseorang yang datang dengan kusut rambutnya seperti syaitan."(Hadis Riwayat Malik)

Syaitan menyilangkan (mematah-matahkan) jari tangan: Nabi Muhammad saw bersabda: Apabila salah seorang kamu berada di dalam masjid, maka janganlah sesekali menyilangkan (mematah-matahkan) jari tangan, kerana menyilangkan jari-jari tangan itu dari syaitan. Dan seorang kamu tetap dalam pahala solat selama ia berada di dalam masjid sehingga ia keluar darinya." (Hadis Riwayat Ahmad).

Syaitan masuk dalam aliran darah manusia: Sabda Rasullullah SAW bermaksud: "Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam diri manusia mengikuti perjalanan darah. Oleh sebab itu, aku takut syaitan melontarkan sesuatu tuduhan atau satu kejahatan dalam hatimu" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) (as-Syaikhan)

Syaitan takut orang yang solat berjemaah: Sabda Nabi Muhammad yang bermaksud: "Jika ada tiga orang di desa atau di gunung yang tidak menunaikan solat berjamaah, nescaya mereka dikusai oleh syaitan. Oleh sebab itu, hendaklah kamu berjemaah kerana sesungguhnya serigala tidak akan memakan kambing melainkan yang terpisah sendiri dari rombongan" (Hadis Riwayat Abu Daud).

Hentakan kaki syaitan menyebabkan wanita istihadhah (mengeluarkan darah haid secara berlebihan walaupun dalam keadaan sihat). Dari Amnah binti Jahsy bahawa ia keluar darah banyak dan deras (mengalir-ngalir) dari kemaluannya (darah istihadhah), lalu ditutup dengan kapas masih juga keluar dan ditutup dengan kain masih juga keluar. Rasullullah bersabda: "Sesungguhnya darah yang keluar deras itu adalah salah satu hentakan kaki dari hentakan-hentakan kaki syaitan."(Hadis Riwayat Ahmad, Abi Daud dan Tirmidzi)

Maalah ini perlu dirawati dari terus menerus kerana ia boleh menyebabkan mudarat jika terus dibiarkan. Kaedah perawatan moden atau Islam yang diperkenalkan dengan menggunakan bahan-bahan berteraskan alam semula jadi dan menggunakan ayat-ayat tertentu.

Syaitan menghadang di saf solat. Sabda Rasullullah saw: "Apabila salah seorang kamu solat (sembahyang dengan memakai batas (penghadang), lalu ada orang yang melintas di hadapannya (dalam kawasan solat, di bawah penghadang) maka hendaklah ia menghalanginya. Tetapi jika orang itu enggan (dalam keadaan curiga, melintasi dengan sengaja berulang kali) maka boleh orang itu diperangi (usir atau dibunuh), kerana dia itu tidak lain adalah syaitan". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) (As-Syaikhan)

Rasullullah SAW menangkap dan mencekik syaitan: "Ketika Nabi SAW akan melakukan solat, lalu datang kepadanya syaitan hendak memutuskan solatnya. Maka Nabi Muhammad SAW menangkapnya (syaitan itu) lalu mencekiknya sehingga keluar air liurnya di atas tangan Nabi." (Diceritakan oleh Ibnu Qoyyim)

Syaitan kentut: "Apabila diseru untuk melakukan solat (laungan azan), maka mundurlah syaitan sampai terkentut sehingga ia tidak mendengarkan azan, maka selesai azan ia kembali lagi. Dan apabila akan berdiri solat (laungan iqamah), ia mundur lagi dan apabila selesai iqamah, ia datang kembali" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) (as-Syaikhan).

Syaitan menyelit di saf solat yang renggang: Sabda Muhammad Rasullullah: "Luruskan saf-safmu,rapatkan bahu-bahumu (dalam solat) dan berlaku lembutlah terhadap tangan-tangan saudaramu dan tutuplah tempat-tempat renggang kerana sesungguhnya syaitan masuk (menyelitkan diri) pada celah-celahmu, bagaikan anak kambing yang menyelit di celah-celah induknya." (Hadis Riwayat Ahmad dan Thabrany)

Syaitan menghalangi khusyuk solat (menyempurnakan sembahyangnya). "Dari Aisyah berkata: Aku pernah bertanya kepada Rasullullah SAW tentang menengok dalam solat (melihat-lihat ke mana-mana arah tanpa perlu) maka sabda Nabi Muhammad SAW: "Itu adalah curian cepat yang dicuri syaitan dari hambaNya (Allah)" (Hadis Riwayat Bukhari, Ahmad, An-Nasai dan Abu Daud) (Hadis Sahih)

Sabda Rasullullah lagi yang bermaksud: "Akan datang syaitan pada seseorang kamu dalam solatnya, lalu syaitan mengingatkan kepadanya, keperluan begini dan begitu. Maka janganlah ia menurutinya. Dan syaitan datang pula pada waktu tidurnya, maka syaitan memberikan berita mimpi buruk padanya, maka janganlah diikutinya (mempercayainya)". (Hadir Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Syaitan membuat mimpi buruk: Muhammad Rasullullah SAW bersada yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu bermimpi yang tidak disukai (mimpi buruk), maka hendaklan ia meludah ke sebelah kiri tiga kali dan hendaklah membaca:



A'uzubillah hi minasyaitan nir rajim maksudnya:"Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam".

Dan hendaklah ia pindah dari lambungnya ketika hendak tidur yang ia sedang ada diatasnya". (Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud, An-Nasai dan Ibnu Majah).

Syaitan mencelak mata. Syaitan akan mencelak mata para pendengar ceramah agama atau khutbah supaya para pendengar akan tertidur dan leka tidak menghayati apa-apa yang dikatakan oleh penceramah.

Syaitan mengincu bibir. Syaitan akan mengicu bibir para pendengar ceramah supaya dapat berbual-bual dengan temannya dan dapat mengeluar kata-kata kesat.

Syaitan akan mengetuk para pendengar ceramah dengan tongkatnya agar dapat membuat bising dan tidak akan duduk diam, di samping membuat kacau dan kekalutan.

Banyak lagi propaganda yang telah dilakukan oleh syaitan untuk menyesatkan manusia supaya tidak dapat manusia itu berpaut kembali kepada tali akidah dan ajaran Allah yang tulus dan benar. Manusia diingatkan agar behati-hati menjalani kehidupan ini agar tidak terpedaya dengan dakyah-dakyah syaitan.

Tujuan Allah menciptakan syaitan adalah untuk menguji tahap keimanan manusia itu kepada Allah. Sesiapa yang terpedaya dengan ajakan syaitan Allah akan membalas dengan azab sengsara yang pedih di dunia dan di akhirat. Manakala orang yang berbuat baik dan berjaya menyekat kejahatan syaitan, Allah akan memberikan penghargaan yang tidak terkira dan dibalas dengan Syurga dan kehidupan yang tetap berbahagia.

Allah tidak akan menguji manusia itu dengan berlebih-lebihan dari kemampuan orang itu sahaja. Syaitan merupakan salah satu bencana kepada orang yang ingkar kerana mereka akan terus mengikuti syaitan selagi mereka tidak mendapat restu dan inayah dari Allah.

Dikatakan juga orang yang dirasuki syaitan atau jin jahat sebenarnya adalah orang yang mempunyai kelemahan dalam iman di samping jiwa raganya yang kosong dan lemah rohani, zahir dan batinnya. Syaitan mudah untuk mendekati orang yang mempunyai sifat demikian dan menjadi penempatan bagi syaitan. Pengubatan Islam sahaja yang mampu menghalau perkara tersebut dari terus membahayakan manusia.

Syaitan cuba untuk mendengar rahsia Kerajaan Allah di langit. Allah akan melontarkan api-api di langit (asteroid, meteor atau meteorid) kepada syaitan. Dalam kejadian itu, dengan izin Allah ada juga syaitan yang berjaya mendapatkan maklumat atau rahsia dari Kerajaan Allah di langit. Demikian dari situlah munculnya golongan sihir (golongan manusia yang suka mengamalkan ilmu mistik atau ilmu hitam yang sudah diduga banyak melakukan penyimpangan akidah dan kepercayaan kolot) yang cuba menjadikan syaitan sebagai rakan dan akhirnya mudah untuk golongan sihir membuat penipuan dan kejahatan di dalam bumi ini.

Syaitan akan dimatikan oleh malaikat maut @ Azrael Angel @ Malaikat Izrail atas arahan Allah, pada akhir zaman nanti setelah Allah membinasakan segala-galanya yang berada di alam buana dan semesta ini. Syaitan akan dihidupkan kembali untuk menerima janji Allah sebagai bahan bakar dalam neraka. Pada waktu itu peneman syaitan yang turut binasa adalah manusia dan jin yang ingkar dengan perintah Allah serta batu-batuan.

Firman Allah SWT yang bermaksud dalam 
Surah An-Nas: Ayat 1-6 yang bermaksud:

"Katakanlah (Wahai Muhammad):"Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam, yang melemparkan hasutannya ke dalam hati manusia, (iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia."

Logo Halal Dunia


Kebanyakan logo tidak berapa jelas, tapi saya harap ianya boleh membantu.


19 May 2012

Tipu Daya Syaitan Terhadap Manusia

Saya suka nak berkongsi dengan artikel di bawah mengenai tipu daya syaitan khusus kepada kita manusia yang beragama Islam.

Tipu daya syaitan terhadap manusia supaya meninggalkan ibadat kepada Allah ada tujuh perkara menurut Imam Ghazali iaitu:

1.   Syaitan melarang manusia taat kepada Allah. Sedangkan orang-orang yang dipelihara Allah akan menolak ajakannya dan mengatakan: ‘Aku mengharapkan pahala dari Allah. Untuk itu, aku harus mempunyai bekalan di dunia ini demi akhirat yang kekal.’

2.   Syaitan sentiasa memujuk manusia agar tidak mentaati Allah. Dia menghasut manusia dengan mengatakan: ‘Nanti sahajalah, kalau sudah tua nanti barulah, masa masih panjang dan kita masih muda atau sebagainya lagi.’; Orang-orang yang terpelihara akan menolaknya dengan mengatakan: ‘Kematianku bukan berada di tanganmu. Jika aku menundakan amalanku hari ini untuk esok, sehingga amal hari esok perlu aku kerjakan. Sedangkan setiap hari aku mempunyai amal berlainan.’

3.   Syaitan sentiasa mendorong manusia untuk bersegera dalam melakukan amalan kebaikan. Kata syaitan: ‘Cepat beramal agar engkau dapat mengejar dan mengerjakan amalan-amalan lain.’; Orang-orang yang selamat akan menolaknya dengan mengatakan: ‘Amal yang sedikit tetapi sempurna lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi tidak sempurna.’

4.   Syaitan akan menyuruh manusia untuk menjalankan amalan yang baik secara sempurna agar tidak dicela oleh orang lain. Mereka yang dipelihara oleh Allah akan mengatakan: ‘Bagi saya, penilaian cukup hanya dari Allah swt dan tidak ada manfaatnya beramal kerana manusia (orang lain).’

5.   Syaitan membisikkan pujian kepada orang yang beramal: ‘Betapa tinggi darjatmu kerana dapat beramal soleh dan betapa cerdik dan sempurnanya dirimu.’; Mendengar pujian ini, orang yang baik akan mengatakan bahawa: ‘Semua keagungan dan kesempurnaan itu hanyalah kepunyaan Allah dan bukan kekuatan atau kekuasaanku. Allah yang melimpahkan taufik kepadaku untuk dapat beramal sehingga Dia meredhai dan memberikan pahala yang besar. Sekiranya tanpa kurniaanNya, apalah erti amalanku ini, jika dibandingkan dengan nikmat Allah yang telah diberikan kepadaku, disamping dosaku yang bertimbun pula.’

6.   Dengan gagalnya jalan kelima, syaitan akan menerapkan cara yang keenam. Cara ini lebih berat jika dibandingkan dengan cara-cara yang terdahulu dan manusia tidak akan menyedarinya kecuali orang-orang yang cerdik dan berfikir. Syaitan berbisik dalam hati manusia: ‘Bersungguh-sungguhlah engkau beramal dengan sir (kejahatan), jangan sampai diketahui oleh orang lain.’; Begitulah syaitan mencampur-baurkan amalan seseorang dengan penipuannya yang sangat tersembunyi. Dengan ucapannya itu syaitan bermaksud untuk memasukkan sedikit perasaan riak. Orang-orang yang dipelihara Allah akan menolak ajakannya dengan mengatakan: ‘Hai malaun (yang dilaknat), engkau tidak henti-henti menggodaku dan merosakkan amalanku dengan pelbagai cara. Dan kini, kau berpura-pura seolah-olah akan memperbaiki amalanku, padahal engkau bermaksud merosakkannya. Aku adalah hamba Allah dan Allah yang menjadikanku. Jika berkehendak, Allah akan menjadikan aku mulia atau hina. Semuanya itu adalah urusan Allah. Aku tidak khuatir, amalanku diperlihatkan atau tidak kepada orang lain, sebab itu bukan urusan manusia.’

7.   Gagal dengan cara itu, syaitan akan meneruskan godaannya dengan cara lain lagi. Dia mengatakan: ‘Hai manusia, janganlah engkau menyusahkan diri sendiri dengan beramal ibadat kerana jika Allah telah menetapkan kamu sebagai orang yang berbahagia pada hari azali kelak, maka meninggalkan ibadat pun tidak akan memberikan sebarang mudharat. Engkau tetap menjadi orang yang berbahagia dan sebaliknya jika Allah menetapkan kamu sebagai seorang yang celaka, maka tidak ada gunanya engkau beribadat kerana engkau tetap akan celaka.’;

Orang-orang yang dipelihara oleh Allah sudah pasti akan menolak godaan itu dengan mengatakan: ‘Aku hanyalah hamba Allah. Wajib bagiku menuruti perintahNya. Allah Maha Mengetahui, menetapkan sesuatu dan berbuat apa sahaja sesuai dengan kehendakNya. Walau bagaimanapun keadaanku, amalanku tetap bermanfaat. Jika aku ditetapkan sebagai orang yang berbahagia, aku akan tetap beribadat untuk memperbanyakkan pahala. Sebaliknya, jika aku ditetapkan sebagai orang yang celaka, aku akan tetap meneruskan perbuatan ibadat agar tidak menjadi sebuah penyesalan bagiku. Sekiranya aku masuk neraka, padahal aku taat, itu adalah lebih aku sukai daripada aku masuk neraka kerana melakukan maksiat.

Tetapi tidak akan demikian akibatnya kerana janji Allah pasti terbukti dan firmanNya pasti benar; Allah telah menjanjikan pahala kepada sesiapa sahaja yang taat kepadaNya. Barangsiapa mati dalam keadaan beriman dan taat kepada Allah, dia tidak akan dimasukkan ke dalam neraka, melainkan syurgalah tempatnya. Jadi, masuknya seseorang ke dalam syurga bukan kerana kekuatan amalan yang telah didirikan, tetapi kerana janji Allah yang suci murni dan pasti! Kelak, orang-orang yang berbahagia dan beruntung akan mengatakan; Segala puji bagi Allah yang membuktikan janjiNya dengan syurga, Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kita.’

Sesungguhnya dalam mentaati Allah, terlalu banyak godaan dan tipu daya syaitan yang perlu kita lalui. Bandingkan segala permasalahan dan perbuatan kepada keadaan tersebut dan pohonlah perlindungan Allah swt agar terlindung dan terpelihara dari kejahatan syaitan. Sesungguhnya segala sesuatu itu berada di bawah kekuasaan Allah dan kepadaNyalah kita mengharapkan taufiq dan keredhaan. Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung. 

Sumber: iLuvislam.com

Daging Kambing dan Kopi

Tahukah anda akan jenis potongan daging kambing? dan sedarkah ada bahawa kopi dan daging kambing adalah makanan sunnah nabi?

1.  Bijak sungguh Yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita sebaliknya kita ikut Zionis yang nyata-nyata mereka mengikut apa yang nabi kita makan dan minum.

2.  Teruskan membongkar kebijaksanaan Zionis menipu umat Islam. Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasulullah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil".

3.  Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para Zionis ini) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut Zionis ke nak ikut nabi kita?

4.  Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ di mana semua toksin dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi, kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, maka termakanlah kita toksin tersebut serta lembablah otak kita umat Islam sebab mempercayai akan buku sains keluaran Zionis ini.

5.  Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Zionis, mereka minum kopi, buktinya jenama Starbuck. Profesor di UK mengatakan bahawa Zionis semua ada segelas kopi di tangan mereka. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni sengaja merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

6.  Para Zionis ini juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya Coke dan Maggi. Coke tu sangatlah beracun, dan memang sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, dan ada racun tersembunyi). Malangnya ramai orang Melayu kita yang ketagihan minuman Coca-Cola dan Pepsi-Cola.

7.  Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus dan ringkas, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans. Untuk pengetahuan kawan-kawan, para Zionis adalah agen Dajjal yang juga mengwar-warkan akan kebaikan minuman soya (tahukah kawan-kawan bahawa USA adalah merupakan pengeluar soya terbesar dunia), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.

8.  Selain itu juga, soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen pada wanita. Malahan soya juga mengandungi phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.


Untuk kebaikan bersama-----> 1 SHARE utk 1 ORANG


By: TerrBBaaaaeeekkk