04 March 2012

Farewell Perkenan Mac 2012 - Part II

Acara penyampaian cenderahati kepada pegawai-pegawai yang bertukar keluar. Cenderahati disampaikan oleh Hajah Mariati selaku Pemangku Yang DiPertua Perkenan

Hajah Saadiah ke HKL

Puan Abidah juga ke HKL

Saya ke JPNWP

Encik Shuib

Encik Ismail

Tuan Haji Rozaini ke Putrajaya

Haji Rozaini sedang menurunkan ilmu .....

Hajah Rashidah juga ke HKL

03 March 2012

Lagu : Weh Weh Wok (Lagu Kelantan)




First time I heard this song was a few days ago on TV1 RTM. It is unique because of it dialect.

Demi Cinta

Apa yang kawan-kawan faham dengan gambar di sebelah ini, sepasang kekasih? mereka sedang memegang hati masing-masing yang diikat di hujung tali. Pasangan kekasih ini seperti berada di tepi tebing yang curam dan tinggi di sebuah gunung. Dua kuntum bunga mawar terkapai-kapai di kaki pemuda. Apa maksudnya???

Rasanya ramai yang meneka pasangan ini cuba untuk membunuh diri dengan terjun ke bawah jurang yang dalam membawa bersama mereka hati yang luka kerana hasrat untuk hidup bersama tidak kesampaian. Ada halangan dalam hubungn mereka, keluarga masing-masing tidak merestui hubungan mereka, atau mungkin isteri si lelaki telah mengetahui hubungan mereka dan menyekat hubungan ini di teruskan; atau mereka adalah pasangan yang terlarang?????

Tapi apa pun andaian kita, kalau hasrat mereka untuk membunuh diri, mereka adalah manusia yang paling bodoh di dunia ini, kerana hidup ini bukan untuk cinta semasa insan semata-mata, kerana cinta yang kekal abadi adalah cintakan penciptanya iaitu Allah Taalah dan Rasullalah SAW.

Oleh itu sahabat-sahabatku, ajarlah kepada anak-anak kita bahawa cinta dunia tidak membawa erti melainkan ianya dipandukan dengan akidah, supaya cinta itu tidak membawa mereka ke jurang dalam seperti di atas. Ajarkan mereka untuk mencintai Allah dan Rasullah SAW.

Sama-samalah kita mendidik generasi kita untuk bahagia di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat.


Lagu : Ubat Hati (Opick)



Saya suka senikatanya... penuh makna yang perlu diteliti. Jika suci hati, maka bahagialah hidup empunyanya.

Farewell Perkenan Mac 2012 - Part 1

Kad jemputan oleh JK Kerja Perkenan kepada saya. Terima kasih tidak terhingga atas ingatan.
Antara sahabat-sahabat yang meraikan kami.





02 March 2012

Gelapnya Langit Hari Nak Hujan

Antara permandangan yang suka saya saksikan apabila KL dah hujan, tetapi di kawasan rumah saya macam cerah.

Selepas lebih kurang 30 minit, bintik-bintik hujan kedengaran dan selepas itu diikuti dengan hujan dan angin yang kuat.

Fenomena di tanah tinggi.

Kiamat: Rahsia Allah

SALAH satu tanda orang yang beriman adalah percaya pada hari kiamat. Ini kerana beriman kepada hari kiamat adalah salah satu daripada rukun iman.

Namun, kira-kira dua tahun lalu, dunia dikejutkan dengan filem bertajuk 2012. Filem arahan Roland Emmerich itu mengambil idea daripada ramalan kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini atau hari kiamat akan berakhir pada tahun depan iaitu pada tarikh 21 Disember 2012.

Malah, lama sebelum filem 2012 dihasilkan, dokumentari bertajuk End Day pernah diterbitkan oleh BBC pada tahun 2004. Dalam dokumentari ini, digambarkan empat peristiwa besar yang mungkin menyebabkan kiamat;

1. Mega tsunami yang disebabkan oleh gempa bumi dan juga hentaman asteroid.

2. Munculnya virus pembunuh yang kemudiannya menjadi wabak, sehingga membunuh jutaan penduduk dunia.

3. Supervolcano (letusan raksaksa gunung berapi) dari dasar Taman Negara Yellowstone, Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan benua Amerika Utara musnah sama sekali, dan

4. Kesalahan para saintis berkaitan dengan eksperimen bagi mengubah hukum-hukum fizik seperti nuklear.

Bezanya antara filem fiksyen 2012 dengan End Day adalah di dalam End Day tidak menyatakan tarikh kiamat akan berlaku. Manakala, dalam filem ’2012′ dinyatakan secara saintifik tarikh kiamat itu.

Sungguhpun ramai mengetahui dan mengakui bahawa filem 2012 itu hanya dongengan, ramalan bencana besar yang akan berlaku itu amat berbahaya kepada orang yang belum memiliki iman yang kuat kerana dibimbangi mereka akan terpedaya lantas mempercayainya. Ini sebenarnya bertentangan dengan akidah Muslim.

Kaum Muslimin sebenarnya memiliki dua pusaka yang besar iaitu al-Quran dan hadis Nabi Muhammad. Dua teks ini sudah cukup bagi melindungi fahaman umat Islam daripada pelbagai ramalan mengenai hari kiamat.

Hakikatnya, sebelum penayangan filem 2012 terdapat lebih kurang 26 ramalan tentang hari kiamat yang disebarkan oleh kumpulan pemuja hari kiamat, ahli astrologi dan para ilmuwan.

Ramalan-ramalan tidak benar ini telah bermula seawal tahun 1945 hinggalah 2003. Antaranya;

1. Charles, seorang paderi Kristian dari AS meramalkan kiamat iaitu bumi akan terbakar pada 21 September 1945, pukul 5.33 pagi

2. Charles Laugheda, seorang doktor dari AS meramalkan kiamat berupa banjir dan gempa bumi yang dahsyat akan terjadi pada 20 Disember 1954

3. Ada pihak pula pernah meramalkan kiamat akan terjadi pada 14 Julai 1960, pukul 1.45 petang disebabkan oleh ledakan bom bawah tanah milik Amerika. Lucunya, ekoran ramalan itu ada orang yang menghasilkan perahu.

4. Ahli astrologi India pula meramalkan kiamat akan terjadi pada 2 Februari 1962 iaitu antara pukul 12.05 tengah hari hingga 12.15 tengah hari.

Pelbagai contoh ramalan kiamat di atas jelas membuktikan manusia tidak mampu mengetahui tarikh hari kiamat secara tepat.

Hanya Allah sahaja yang mengetahui saat kiamat datang melanda. Bahkan Nabi Muhammad SAW sendiri tidak mengetahuinya. Baginda hanya diberitahu tentang tanda-tanda kiamat sahaja sebagaimana yang akan dikaji menerusi buku terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd. berjudul Armagedon 2012 Bencana Akhir Zaman.

Buku tulisan pensyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia iaitu Wisnu Sasongko@Muhammad Alexander. Beliau yang kini dalam proses mendapatkan ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang Sejarah dan Peradaban telah banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat.

Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009) dan Alexander adalah Zulqarnain. Armageddon: 2012 adalah nukilan hasil kajian berdasarkan fakta-fakta yang dirujukkan kepada penulisan ilmiah penulis-penulis lampau serta fakta-fakta yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis.

Pendekatan penulis yang meletakkan fakta-fakta mengikut susunan yang yang kemas serta bukti-bukti yang kukuh, sekali gus menjadikan ia mudah difahami oleh pembaca daripada pelbagai lapisan.

Sumber: http://www.halaqah.net

01 March 2012

Rahsia Cap Jari

Ketika Allah SWT menyatakan dalam Al-Qur’an bahawa amat mudah bagiNya untuk membangkitkan manusia selepas kematian, cap jari manusia secara khusus ditekankan:Apakah manusia mengira bahawa kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-temulangnya?. Bahkan, Sebenarnya Kami berkuasa untuk menyusun (kembali) jari-jemarinya dengan sempurna. (Surah al-Qiyamah, 3-4)

Cap Jari mempunyai keunikannya yang tersendiri. Betapa hebatnya ciptaan Allah SWT ini, walaupun jumlah manusia di muka bumi ini berbilion ramainya sejak dari kelahiran Nabi Adam AS sehinggalah terjadinya hari Kiamat, namun cap jari manusia tidak sama.

Cap Jari adalah tanda identiti seseorang yang sangat penting bagi pengesahan identiti khususnya melibatkan aspek keselamatan, pencegahan jenayah dan sebagainya. Ini kerana cap jari merupakan tanda ‘eksklusif’ seseorang dan diterima pakai di seluruh dunia.Walau bagaimanapun, kehebatan cap jari ini hanya diketahui oleh manusia sekitar abad yang ke 19, sedangkan Allah SWT telah menjelaskan tentang kepentingan dan keajaiban cap jari ini lebih seribu tahun yang lalu di mana ketika itu manusia tidak mengambil perhatian dan menganggapnya sebagai organ biasa tanpa sebarang keajaiban dan kepentingan.

Sumber : MyIbrah