Liga Ilmu dalam siaran Astro Oasis tadi membincangkan tentang 'Along' tempat berhutang paling mudah dan menjerat nyawa diri dan keluarga. Semua orang tahu akan akibat berhutang dengan Along, tetapi yang hairannya masih ada juga manusia-manusia yang terus memberanikan diri untuk meminjam dari mereka.
Yang saya tahu, mereka mengenakan bunga yang sangat tinggi. Bayaran semula pinjaman perlu dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan dan biasanya bayaran menjadi berganda-ganda. Saya sendiri merasa hairan dengan kekuatan jiwa sesorang untuk meminjam tanpa memikirkan sama ada mereka mampu untuk jelaskan hutang tersebut. Biasanya sebab yang membuatkan mereka berhutang bukannya kuat sangat, hanya nak membeli aksoseri diri sahaja atau kenderaan.
Saya sendiri berpengalaman menghadapi kakitangan yang berhasrat untuk membuat pinjaman bank, nasib baik pinjaman bank, kalau tidak susah juga nanti dengan kehidupan masing-masing. Rasulallah sendiri tidak suka akan tabiat berhutang, kerana ianya boleh menjerumuskan diri keuda-dua pihak dengan riba'. Mengikut statistik kerajaan, kakitangan Melayu yang paling ramai suka berhutang.
Ada nikmatnya hidup dalam kesederhanaan tanpa hutang keliling pinggan. Hidup berkat membawa rahmat.
Catatan pengalaman, pendapat dan curahan hati untuk dijadikan bacaan ringan sanak saudara dan kawan-kawan - tiada rahsia. Semua dijemput.
09 October 2011
Adap-adap Makan

Dari makanan yang halal dan cara makan yang betul, Allah akan memberkati kita. Jom kita buat semak semula adap-adap makan.
1. Basuh tangan dengan air mutlak;
2. Sunat kita menunggu dan mengadap hidangan;
3. Sunat makan berjemaah;
4. Jangan lupa baca basmalah doa makan;
5. Mulakan makan dengan makan buah-buahan;
6. Cuba makan dengan 3 jari tangan kanan, ini sunah Rasulallah SAW;
7. Cuba berbual-bual dengan jemaah kita jangan diam sahaja;
8. Aaaaa.. ini yang ramai terlupa - habiskan makanan - jangan berbazir, kerana membazir itu sahabat syaitan.
Renungan : Dari Al Quran
Dalam hati orang munafik itu ada penyakit, lalu Allah tambah lagi penyakit, mereka akan memperoleh azab yang pedih disebabkan mereka berdusta. - Surah Al Baqarah: 10
08 October 2011
Nasihat Untuk Rizal dan Mie
Rizal dan Mie, ini pesanan ikhlas dari saya, kalau tak boleh tahan diri dari menunggang moto dengan laju - kerana kelajuan itu sebenarnya adalah membunuh, rasa-rasanya motor di atas boleh ingatkan anda berdua. Bila nak pecut je, ternampak tenggorak di depan tu. Biar lambat sikit tapi selamat. kemalangan di jalan raya yang melibatkan motor sangat dashyat. Kadang-kadang takut nak melihatnya.Hati-hati sentiasa di jalan raya, jalan lupa baca doa minta diselamatkan oleh Allah.
Kemana Pulak Perginya Milo
07 October 2011
Satu Minggu Lagi.......
Satu minggu lagi, aku akan meninggalkan pejabat ini, yang telah menjadi rumah kedua ku selama 1 tahun 2 bulan. Staf aku bertanya apa perasaan aku untuk pergi meninggalkan mereka, aku teringat semula pertanyaan yang sama yang diajukan oleh bekas staf aku semasa aku bertukar dari Bahagian Perolehan ke HAT TM ini. Jawapan aku masih sama, iaitu aku teruja untuk berada di pejabat baru, berkenalan dengan kawan-kawan baru. Tetapi pertukaran aku kali ini lebih teruja apabila aku dibayangkan mungkin pertukaran aku kali ini adalah ke Melaka.
Walaupun begitu semua kenalan aku di sini tidak perlu bersedih kerana walau di mana sekali pun aku, kita tetap bersahabat, tetap boleh berhubungan tetapi secara maya sahaja atau secara sms. Kawan baru dicari, kawan lama tetap di hati.
Kalau ada yang rindu, kunjungi aje blog ini, insyallah kalau diberikan kelapangan aku akan merakamkan perkembangan aku di sini. Tapi jangan baca sahaja, titip-titipkan lah sedikit berita.
Bohong kalau aku katakan aku tidak akan merindui kalian, itukan fitrah manusia.
Kalau ada yang rindu, kunjungi aje blog ini, insyallah kalau diberikan kelapangan aku akan merakamkan perkembangan aku di sini. Tapi jangan baca sahaja, titip-titipkan lah sedikit berita.Bohong kalau aku katakan aku tidak akan merindui kalian, itukan fitrah manusia.
06 October 2011
Hari Yang Lelah Buat Saya
Tinggal seminggu sahaja lagi untuk saya laksanakan apa sahaja tugas yang sepatutnya diselesaikan sebelum saya melaporkan diri ke JPA minggu depan. Pagi-pagi lagi dah ramai yang datang ke pejabat dengan pelbagai urusan dan hampir jam 10.30 pagi baru saya dapat bersarapan pagi. Sehingga waktu balik pejabat, tenaga saya dah kurang, macam handphone yang kekurangan bateri. Tiba sahaja di rumah saya terus berehat dan tak sempat nak panggil Milo balik makan.
Hari ini saya mula menyediakan Nota Serah Tugas, awalnya saya rasa tidak banyak sangat tugas yang perlu dibuat follow-up, tetapi selepas merujuk kepada fail fload, rupa ada beberapa perkara yang perlu dilaksanakan oleh pengganti saya nanti.
Dalam waktu yang sama, saya seperti juga rakan-rakan seramai 14 orang yang akan bertukar keluar dari Kementerian Pertahanan merasa suspen, ke mana agaknya kami akan ditempatkan, walaupun saya dapat menjangkakan bahawa saya mungkin akan dipostkan ke negara tumpah darah ayah dan ibu saya.
Tak sabar menunggu minggu depan.... apa agaknya kejutan kami....
Hari ini saya mula menyediakan Nota Serah Tugas, awalnya saya rasa tidak banyak sangat tugas yang perlu dibuat follow-up, tetapi selepas merujuk kepada fail fload, rupa ada beberapa perkara yang perlu dilaksanakan oleh pengganti saya nanti.
Dalam waktu yang sama, saya seperti juga rakan-rakan seramai 14 orang yang akan bertukar keluar dari Kementerian Pertahanan merasa suspen, ke mana agaknya kami akan ditempatkan, walaupun saya dapat menjangkakan bahawa saya mungkin akan dipostkan ke negara tumpah darah ayah dan ibu saya.
Tak sabar menunggu minggu depan.... apa agaknya kejutan kami....
05 October 2011
Jamuan Hari Raya Perkenan MinDef 2011
beberapa foto sahabat-sahabat saya, ada di antara kami yang dah lama tak jumpa. Biasanya majlis beginilah kami dapat bertanyakan berita masing-masing.
Majlis begini juga merupakan medium untuk mengeratkan hubungan antara senior dan junior.
Sayang sekali tak semua yang mengambil bahagian, walaupun begitu majlis ini tetap meriah.
Subscribe to:
Posts (Atom)