Catatan pengalaman, pendapat dan curahan hati untuk dijadikan bacaan ringan sanak saudara dan kawan-kawan - tiada rahsia. Semua dijemput.
05 October 2011
Harap Semuanya Selesai Hari Ini
Saya harap semua perbincangan yang diadakan untuk menyelesaikan satu isu, dapat diselesaikan pada hari ini. Dah beberapa kali kami duduk bersama untuk mendapatkan jawapan terbaik dalam isu ini. Kami harap kemenangan di pihak kami, semalam seorang pegawai terkanan yang pernah duduk di kerusi Kementerian ini hadir, kami hargai kehadiran serta pandangan dan nasihat yang diberikan oleh beliau. Dijangkakan hari ini akan hadir beberapa lagi pegawai kanan.
04 October 2011
Kenangan Bersama teman-Teman Di Kundasang - Part II
Pengganti Comel ??????
03 October 2011
Ingat Lima Sebelum Lima
Saya nak kongsi dengan kekawan semua mengenai pesanan yang popular daripada Rasulullah s.a.w. yang diriwayat oleh al-Hakim dan al-Baihaqi. Baginda bersabda yang bermaksud - rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Apakah yang difahami oleh kekawan perkara-perkara tersebut:
1. Masa sihat sebelum sakit.
2. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin).
3. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk.
4. Masa mudamu sebelum datang masa tua.
5. Masa hidup sebelum tiba masa mati.
Pesanan Rasulullah s.a.w ini juga pernah dijadikan lirik dalam lagu nashid yang disampaikan oleh Raihan atau Rabbani kalau tidak silap saya. Begitu bijak sekali Rasulallah meninggalkan pesanan kita renungan kita. Lagi pun kita kan terlalu cepat lupa, maklumlah sebagai insan perkara lupa adalah fitrah manusia. Tetapi dengan adanya peringatan sebegini, setidak-tidaknya kita akan berusaha untuk menanganinya terlebih dahulu dan mengelakkan rasa penyesalan di kemudian hari.
Lakukan segera semua perkara kebaikan semasa kita sihat, semasa kita kaya, sementara kita mempunyai masa lapang, semasa kita kuat lagi dan masih muda dan yang paling penting semasa kita masih lagi bernafas. Tetapi sekiranya kita dah sakit, dengan kemiskinan di ambang hidup, tidak punya masa kerana kesempitan, dan setelah usia merangkak ke ambang senja, dan yang paling malang setelah nyawa melayang dari jasad masa itu apa lagi yang mampu kita lakukan. Maka banyaklah keluh kesah dan sesalan yang lahir dari dalam diri. Tetapi apakan daya 5 perkara yang awal telah berlalu dan tak mungkin akan kembali.
Oleh yang demikian, saya menyeru kepada semua kawan-kawan saya, ingatlah baik-baik pesanan Rasulallah di atas dan laksanakan kesemua ibadah mulai sekarang, jangan tunggu esok kerana dibimbangi esok sudah tiada untuk kita.

Jamuan Hari Raya Pejabat Rekod HAT TM
Bagi memberkati majlis ini Encik Halim (Ketua Pejabat Rekod HAT TM) membacakan doa sebelum majlis bermula. Kami semua mengucapkan terima kasih atas jemputan dan mendoakan agar semua staf Pejabat Rekod dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik oleh Allah.
Untuk memudahkan urusan kemas mengemas, jamuan ini diadakan di Pantri Pejabat Rekod. Ini adalah antara juadah yang dihidangkan oleh mereka, ada pelbagai juadah antaranya Roti Canai, Mee Kari, Mee Rebus, Bee Hoon goring, kueh mueh dan sebagainya. Mereka bersepakat menghidangkan juadah secara pot luck (di mana setiap staf membawa/ menyediakan juadah masing-masing)
Antara staf dan para jemputan yang hadir sedang mengaminkan doa yang dibaca oleh Encik Halim.
02 October 2011
Rindu Pula Pada Comel
Antara yang suka Comel lakukan mengonyak kertas, tengok dia leka melihat gambar agaknya.Peringatan : Elak Pakai Tudung Macam ni
Saya baru je dapat makluman ini daripada kawan-kawan saya melalui facebook. Kalau dilihat secara sekali lalu, baru saya sedar memang cara kita pakai tudung baru-baru ini ada menyerupai paderi-paderi wanita mereka memakai tudung mereka. Oleh yang demikian wahai teman-teman ku bagi memperlihatkan perbezaan apa kata kita memakai tudung dengan menarik tudung ke belakang tetapi tidak sehingga menampakkan bentuk leher dengan kata yang lain, kita tariknya tidak terlalu kuat biarkan longgar sedikit. Kita pakai begini bagi memudahkan dan nampak kemas terutamanya apabila memakai pakaian seragam (uniform). Walau apa pun saya berdoa dan memohon ampun kepada Allah kalau selama ini kesilapan yang bukan disengajakan ini diampunkan Allah. Ya Allah Ya Rabbi, Tuhan sekelian alam, mohon diampunkan kesilapan kami yang dilakukan tanpa disengajakan. Sesungguhnya kami bukan dari goongan itu. Nauzubillah....
01 October 2011
Ahli Keluarga Pejabat Tadbir Awam HAT TM 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)