14 February 2011

Selamat Menyambut Maulidul Rasul Hijrah 1432

Esok adalah 12 Rabiulawal, semua umat Islam tahu esok hari apa? Inilah hari yang kita kena raikan, yaitu sempena menyambut ulang tahun kelahiran Nabi kita yang sangat mulia iaitu nabi Muhammad SAW. Manusia yang pertama kita kena cintai dan kasihi melebihi dari diri dan ibubapa kita.

Saya akam mengposkan beberapa artikel mengenai Rasulallah SAW, dimulai dengan kelahiran baginda.

Haram Menyambut Hari Valentine


Seluruh dunia menyambut Hari Valentine yang juga dikenali sebagai Hari Memperingati Kekasih. Tetapi bagi orang Islam, yang kurang memahami konsepnya hari tersebut - mungkin akan teruja untuk menyambutnya kerana dunia menyambut hari tersebut dengan promosi dan iklan di serata media cetak dan elektronik.


Siapa dia Valentino atau lebih dikenali sebagai Saint Valentine. Valentine dikatakan telah hidup di Rom pada abad ketiga. Pada waktu ini Roma diperintah oleh seorang Maharaja bernama Claudius. Kebanyakan rakyat tidak menyukai beliau mungkin kerana perangainya.

Seperti yang kita maklum, Rom merupakan kuasa tentera yang kuat. Pada masa pemerintahan Claudius II (268 - 270 M), Maharaja Rom, era keemasan empayar Rom hampir berakhir. Banyak berlaku perselisihan awam sering, pendidikan menurun, kenaikan cukai dan perdagangan telah menyaksikan era yang sangat buruk. Empayar Rom pula menghadapi krisis dari semua penjuru dari Slavia Gaul, Hun, Turki dan Mongol dari Utara Eropah dan Asia. Kerana Kerajaan Rom terlalu luas untuk dilindungi daripada pencerobohan luaran dan kekacauan dalaman, sudah tentu kekuatan yang ada tidak memadai. Kerajaan meminta supaya rakyat menyertai tentera tetapi penyertaannya mendukacitakan. Claudius merasa bahawa lelaki berkahwin lebih emosional dan terikat pada keluarga mereka, dan dengan demikian, tidak akan menjadi askar yang baik. Dia percaya perkahwinan yang membuat seseorang lemah. Maka ia mengeluarkan dekrit melarang perkahwinan untuk melahirkan askar yang berjiwa kental.

Jadi Claudius mengeluarkan undang-undang baru yang tidak membenarkan perkahwinan. Sudah tentu rakyat menentang undang-undang ini kerana ianya kejam dan keluar dari fitrah manusia. Valentine yang juga merupakan seorang menteri, tidak menyokong undang-undang baru.

Dilapurkan Valentine terus melaksanakan upacara pernikahan rakyat secara diam-diam. Walau bagaimanapun perkara ini telah diketahui oleh pemerintah dan pada suatu malam dia ditangkap dan dilemparkan ke dalam penjara dan mengatakan dia akan dihukum mati.

Ramai anak muda yang datang melawat Valentine di penjara, salah seorang adalah putri penjaga penjara bernama Asterius. Asterius mempunyai seorang puteri yang buta yang sering melawatnya. Dan pada hari kematiannya, Valentine menulis surat kepada budak perempuan itu dan menandatangani surat tersebut "Cinta dari Valentine anda". Ia berlaku pada tarikh 14 Februari, 270 A. D. Ramai yang berpendapat dari sinilah bermulanya tradisi bertukar mesej cinta dan dikenali sebagai Hari Valentine Valentine's Day). Paus Galasius dengan rasminya mengumumkan tarikh 14 Pebruari 496 sebagai Hari Velentine dan dirayakan sehingga sekarang.

Apa hukumnya jika seorang muslim menyambut Hari Valentine ini? Pada saya ianya adalah haram kerana ianya dirasakan sebagai ritual yang sumbernya lahir dari agama Kristian. Tindakan Paus Galasius adalah untuk mengenang orang alim (Saint) Kristian yaitu Saint Valentine. Maka adakah wajar jika kita sama-sama mengagongkan seorang Padri Kristian tersebut. Islam menganjurkan berkasih sayang (yang halal sahaja tau) setiap hari dan bukannya setahun sekali, pernahkan kita menunjukkan kasih sayang kepada Rasulallah, Ibubapa, anak-anak, adik-beradik dan saudara mara seperti yang ditunjukkan oleh orang Kristian?

Pada saya anjuran agama kita melalui kitab suci Al' Quran dan hadis dan lebih dari cukup dan tak perlulah mengambil dari mana-mana sumber yang tidak sahih.

12 February 2011

MARVELOUSLY MATURE

I got this from Kamariah via email.
YOU KNOW YOU'RE GETTING 'MARVELOUSLY MATURE' WHEN.............

1. You and your teeth don't sleep together.
2. Your try to straighten out the wrinkles in your socks and discover you aren't wearing any.
3. At the breakfast table you hear snap, crackle, pop and you're not eating cereal.
4. Your back goes out but you stay home.
5. When you wake up looking like your driver's license picture.
6. It takes two tries to get up from the couch.
7. When your idea of a night out is sitting on the patio.
8. When happy hour is a nap.
9. When you're on vacation and your energy runs out before your money does..
10. When you say something to your kids that your mother said to you and you always hated it.
11. When all you want for your birthday is to not be reminded of your age.
12. When you step off a curb and look down one more time to make sure the street is still there.
13. Your idea of weight lifting is standing up.
14. It takes longer to rest than it did to get tired.
15. Your memory is shorter and your complaining lasts longer.
16. Your address book has mostly names that start with Dr.
17. You sit in a rocking chair and can't get it going.
18. The pharmacist has become your new best friend.
19. Getting "lucky" means you found your car in the parking lot.
20. The twinkle in your eye is merely a reflection from the sun on your bifocals.
21. It takes twice as long - to look half as good.
22. Everything hurts, and what doesn't hurt - doesn't work.
23. You look for your glasses for half an hour and they were on your head the whole time.
24. You sink your teeth into a steak - and they stay there.
25. You give up all your bad habits and still don't feel good.
26. You have more patience, but it is actually that you just don't care anymore.
27. You finally get your head together and your body starts falling apart.
28. You wonder how you could be over the hill when you don't even remember being on top of it.


I think I'm in my way to join this mature world. However please make your life more enjoyable and happy. Me...

11 February 2011

We know where you are from ......

I got this from a friend of mine a few years ago and I think I should share this with you all. It is about Quick Driver Identification:

1. One hand on wheel, one hand on horn: IPOH mari

2. One hand on wheel, one finger out window: KEPONG mari

3. One hand on wheel, one finger out window, cutting across all lanes of traffic: DOWNTOWN KUALA LUMPUR mari

4. One hand on wheel, one hand on parang, foot solidly on accelerator: JOHOR mari

5. One hand on wheel, one hand on nonfat double decaf cappuccino, cradling cell phone, brick on accelerator, hands-free on the lap: BANGSAR mari

6. Both hands on wheel, eyes shut, both feet on brake, quivering in terror: FOREIGNER, but driving in MALAYSIA

7. Both hands in air, gesturing, both feet on accelerator, head turned to talk to someone in back seat, don't give a damn you flash or horn : INDIANS who use to driving around rubber estate

8. One hand on 12 oz. Double shot latte, one knee on wheel, talking on cell phone, foot on brake, mind on radio game, banging head on steering wheel while stuck in traffic: Subang Jaya mari ..... federal highway !!

9. One hand on wheel, one hand on passengers head rest, alternating between both feet being on the accelerator and both feet on brake, throwing rambutans or durian shells out the window: KARAK HIGHWAY .... KUANTAN mari

10. Four-wheel drive pick-up truck, READY-TO-KILL attitude, rear window stickers read "Make my day", beer cans on floor, wedding ribbon still attached to antenna: CONSTRUCTION SITE....PUCHONG mari

10 February 2011

17 Kesalahan Berkaitan Solat

Solat adalah amalan pertama yang dihisab Allah pada akhirat nanti. Jika solat seseorang baik, baiklah pula seluruh amalannya dan begitu sebaliknya. Solat perlu dipelihara sebaik-baiknya. Antara kesalahan yang selalu dilakukan berkaitan solat adalah:-

1) Meninggalkan solat.


Hal ini adalah suatu kekufuran berdasarkan al-Quran, sunnah dan ijmak. Allah berfirman yang maksudnya; "Apakah yang membuat kalian masuk ke dalam Neraka Saqar?" Mereka menjawab; "(Kerana) kami dulu tidak termasuk orang yang mendirikan solat." (Surah al-Muddatstsir, ayat 4) Rasulullah SAW bersabda; "Perjanjian antara kami dengan mereka adalah solat, barang siapa meninggalkannya maka dia kafir." (Hadis riwayat Ahmad dan lainnya).


2) Melengah-lengahkan solat.


Firman Allah bermaksud; "Sesungguhnya solat itu wajib atas orang beriman dalam waktu yang sudah ditentukan." (Surah an-Nisa, ayat 103). Oleh itu, melengah-lengahkan solat tanpa uzur yang dibolehkan syarak adalah berdosa besar. Rasulullah pula bersabda; "Itu adalah solat orang munafik. Dia duduk menunggu matahari, sampai jika matahari sudah berada antara dua tanduk syaitan (hendak tenggelam) dia berdiri dan menukik empat rakaat, sedangkan dia tidak mengingat Allah dalamnya kecuali sedikit." (Hadis riwayat Muslim)


3) Meninggalkan solat berjemaah.


Solat berjemaah adalah wajib kecuali bagi orang yang memiliki uzur yang dibolehkan syarak. Sabda Rasulullah yang bermaksud; "Siapa yang mendengarkan seruan azan tetapi tidak memenuhinya maka tidak ada solat baginya, kecuali kerana uzur." (Hadis riwayat Ibnu Majah). Dan Allah berfirman lagi yang maksudnya; "Dan rukuklah bersama orang yang rukuk." (Surah al-Baqarah, ayat 43). Rasulullah juga ada bersabda; "Kemudian aku mengutus (utusan) kepada orang yang tidak solat berjemaah, hingga aku bakar rumah mereka." (Muttafaq Alaih)


4) Tidak thuma'ninah dalam solat.


Thuma'ninah adalah rukun solat dan tidak sah solat tanpanya. Thuma'ninah ertinya tenang ketika sedang rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud. Tenang maksudnya sampai tulang kembali pada posisi dan persendiannya, tidak tergesa-gesa dalam penggantian dari satu rukun ke rukun lainnya.


5) Tidak khusyuk dan banyak gerakan dalam solat.

6) Mendahului atau menyelisihi imam.


Hal ini boleh menyebabkan solat batal. Makmum hendaklah mengikuti imam, tidak mendahului atau terlambat. Rasulullah bersabda; "Sesungguhnya diadakannya imam itu untuk diikuti, kerana itu jika dia bertakbir, bertakbirlah, dan jangan kalian bertakbir sampai dia bertakbir, dan jika dia rukuk, maka rukuklah dan jangan kalian rukuk sampai dia rukuk..." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


7) Bangun dari duduk untuk menyempurnakan rakaat sebelum imam selesai dari salam kedua.


8) Memandang ke langit (atas) atau menoleh ke kiri dan ke kanan ketika solat.


Hal ini diperkatakan Rasulullah dalam sabdanya; "Hendaklah orangmu berhenti daripada mendongakkan pandangannya ke langit ketika solat atau Allah tidak mengembalikan pandangannya kepada mereka." (Hadis riwayat Muslim). "Dan jauhilah orang yang menoleh dalam solat kerana sesungguhnya ia adalah suatu kebinasaan." (Hadis riwayat at-Tirmizi)


9) Mengenakan pakaian nipis yang tidak menutupi aurat.

Hal ini membatalkan solat kerana menutup aurat adalah syarat sah solat.


10) Tidak memakai tudung dan menutupi telapak kaki bagi wanita.

Kerana aurat wanita dalam solat adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangan. Ummu Salamah ditanya mengenai pakaian solat wanita. Beliau menjawab; “Hendaknya dia solat dengan kerudung, dan baju kurung panjang yang menutupi kedua-dua telapak kakinya."


11) Melintas di depan orang yang sedang solat.


Rasulullah bersabda; "Seandainya orang yang lalu di depan orang solat itu mengetahui dosanya, tentu berhenti (menunggu) empat puluh (tahun) lebih baik baginya daripada melintas di depannya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


12) Tidak melakukan takbiratul ihram ketika mendapati imam sedang rukuk.


Takbiratul ihram adalah rukun solat dan wajib dilakukan dalam keadaan berdiri, baru kemudian mengikuti imam yang sedang rukuk.


13) Tidak langsung mengikuti keadaan imam ketika masuk masjid.


Orang yang masuk masjid hendaknya langsung mengikuti imam, baik ketika itu sedang duduk, sujud atau lainnya. Rasulullah bersabda; "Jika kalian datang untuk solat dan kami sedang sujud, maka sujudlah!" (Hadis riwayat Abu Daud)


14) Melakukan sesuatu yang melalaikan daripada solat seperti menonton televisyen dan bersembang.


Allah berfirman yang maksudnya; "Wahai orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikanmu daripada mengingat Allah, barang siapa melakukan demikian maka mereka itulah orang yang rugi." (Surah al-Munafiqun, ayat 9)


15) Makruh memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan.


Seperti diriwayatkan Ibnu Qayyim berkata, Nabi tidak mencontohkan solat dengan memejamkan mata. Tetapi, jika memejamkan mata diperlukan, misalnya, kerana di hadapannya ada lukisan atau sesuatu yang menghalangi kekhusyukannya maka hal itu tidak makruh.


16) Tidak melurus atau merapatkan barisan ketika berjemaah.


Nabi Muhammad SAW bersabda; "Kalian mahu meluruskan barisan kalian atau Allah akan membuat perselisihan antara hati kalian." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


17) Tidak memperhatikan sujud dengan tujuh anggota.


Nabi Muhammad SAW bersabda; "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya, dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki." (Muttafaq Alaih)

Gelagat Maxs

Maxs adalah kucing kepunyaan anak saudaraku Ridwah. Ke mana sahaja keluarga ini bergerak maka Maxs pasti ada sama. Seperti juga cuti terdahulu, Maxs akan ikut mereka balik kampung. Seperti ahli keluarga yang lain Maxs bebas bergerak di dalam rumah. Semua ahli keluarga kami memang sukakan kucing, jadi tak ada masalah untuk Maxs bersama kami. Maxs tidur di sofa.

Gaya Maxs

Maxs dengan bantal peluk



Maxs menumpang tidur atas katil Emak saya, sedapnya dia tidur......

09 February 2011

My Autograph - SMJ (2)

Ini adalah keluhan yang tidak serius dari seorang sahabat... agaknya C.T Serpico masa ini baru belajar untuk bercinta.. jadi autograf ini menjadi sasarannya. Walau apa pun kami yang sebenarnya tak pandai nak bercinta cintun macam pelajar sekarang. Bersekolah pada kami adalah tempat dan masa yang paling manis dan bebas dalam hidup. Setiap hari ke sekolah adalah untuk berjumpa kekawan di samping menimba apa sahaja ilmu yang dicurahkan oleh guru. Suasana dan kaedah bersekolah semasa zaman saya dan kini nampak sangat jauh bezanya. Sekarang ini bersekolah macam satu deraan dan seksaan... langsung tidak ada keseronokan. Tapi apa boleh buat masa berubah seiring dengan pergerakan negara menuju ke era negara maju dan moden. Bagi memastikan hasrat negara itu tercapai rakyat perlu mempunyai ilmu yang lengkap dan mampan.

Insyaallah sahabat, kalau kena tempatnya memang saya tak suka menasihati seseorang di khalayak ramai. Tetapi ada juga manusia yang terpaksa di tegur di khalayak ramai... baru boleh berubah... selama 3o tahun bertugas dah ramai manusia yang saya jumpa dan mempunyai pelbagai ragam.

Memang saya akui tak ramai yang mempunyai sifak keras hati, memikirkan hanya mereka sahaja yang betul dan tidak tahu menghormati orang lain. Mereka-mereka ini, saya tangani dengan cara merendahkan ego diri seseorang itu, dan selepas dari itu sikap mereka akan berubah sama ada positif atau negatif. Seperti yang saya cakapkan di atas tadi, biasanya mereka yang sebegini perasan bahawa mereka adalah yang terbaik, tercantik dan berjawatan tinggi.... (perasannya dia)

Tulisan dari salah seorang sahabat Cina saya, iaitu Ban Huat, tetapi beliau sangat fasih berbahasa Melayu. Selepasa dari zaman persekolahan saya tak pernah berjumpa dengan beliau. Untuk balik ke kampong saya, saya akan melalui Pekan Selandar - iaitu tempat tinggal/ asal Ban Huat, saya pernah terfikir beberapa kali untuk berhenti bertanyakan di mana agaknya Ban Huat kini. Tapi rasa seganlah pulak!!!!

Yang akhir ini adalah tulisan Siew Chin, sahabat saya ini seorang yang comel, tapi tak tahulah kini bagaimana agaknya rupa dia selepas lebih 30 tahun tak pernah berjumpa?

08 February 2011

My Autograph - SMJ (1)

Aku macam juga pelajar-pelajar lain apabila tamat sekolah akan menyediakan sekurang-kurangnya 1 Autograph untuk cacatan/ pesanan/ kutukan sahabat dan kawan-kawan sekolah. Aku ingin berkongsi buku autograph dengan kalian. Ada catatan yang telah berusia hampir 30 tahun. Mungkin masa itu kita akan tercari-cari kata-kata,bait puisi yang indah untuk dirakamkan dalam Buku Autograph Teman. Tapi secara relatifnya adakah kita mengambil kisah akan catatan tersebut. Jomlihat apakah yang dinukilkan oleh sahabat-sahabat saya. Ini adalah catatan teman aku yang menggunakan nama samarannya sebagai Morgon.

Yang ini dari sahabatku Saadiah, agaknya dia sendiri pun dah lupa apa yang dicatatkan. Pesanannya supayadiatidak dilupakan menjadi kerana sehingga kini dia adalah antara sahabat yang aku tak pernah lupakan di samping Mukminah, Mia, Aisyah, Norlishah dan ramai lain. Walaupun tak dapat bersua muka tapi mereka masih lagi kekal di ingatanku. Tapi gambaran wajah mereka adalah seperti di zaman persekolahan, kerana tak pernah bertemu selepas zaman persekolahan.

Autograph ini adalah tulisan dari seorang teman bernama Riza, puas aku cuba ingat-ingatkan siapakah dia Riza ni, tapi masih tak timbul wajahnya.... akhirnya aku terfikir adakah sahabatku yang bernama Riza.... atau ada kemungkinan teman-teman sahabatku yang bermurah hati untuk mencatat sesuatu di Autographku. Walau apa pun aku ucapkan ribuan terima kasih. Jom lihat apa yang ditulisnya..


Sama ada secara kebetulan atau, kerana fitrah hidup, memang hidup manusia bagaikan roda, ada kala di atas dan ada kala di bawah. Walau di mana sekalipun kita... kita mempunyai fungsi yang sama, iaitu bersyukur, berusaha dan menyerah diri ke hadrat Allah. Bukan semasa senang sahaja kita bersyukur dan bukan semasa susah sahaja kita menyerah. Bersyukur, berusaha dan menyerah perlu bergerak seiring kerana selagi kita bernama manusia yang mampu bergerak.

Usah dibiarkan hidup tanpa tujuan di bumi Allah... takut-takut tak sempat untuk menyediakan bekalan ke alam yang kekal.

Esok ada sedikit lagi catatan autograph dari sahabat-sahabat saya. Tungguuuuuuuuuuu