Saya dan adik saya Ain, nampak tak Ain dengan baldi besarnya.
Catatan pengalaman, pendapat dan curahan hati untuk dijadikan bacaan ringan sanak saudara dan kawan-kawan - tiada rahsia. Semua dijemput.
07 February 2011
Pusara Ayah - Februari 2011
Saya dan adik saya Ain, nampak tak Ain dengan baldi besarnya.
Kenduri Rumah Mak Lang
Foto menunjukkan emak dan adiknya Acik Misah berehat selepas selesai kenduri. Kari daging yang Acik masak untuk kenduri malam itu sangat sedap, masakannya mendapat pujian ramai. Untuk pengetahuan Acikku ini memang pandai masak, biasanya dia akan dipanggil untuk menyumbangkan tenaga untuk memasak jika ada kenduri di kalangan keluarga. Begitu juga dengan kenduri di rumah kami, beberapa kali Acik dan Along (anak sulungnya Julia) yang biasa membantu kami untuk memasak. Kalau nak harapkan aku, nanti ramai yang tak dapat makan.
Solat
Golongan 1.
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat Islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasiq (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.
Golongan 2.
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang mahupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah Taala.
Golongan 3.
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh-kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang. Orang ini jatuh fasiq.
Golongan 4.
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.
Golongan 5.
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.
Golongan 6.
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali di dalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu di dalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba-tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan di dalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah-mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga-moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa. Allah belum lagi cinta orang ini.
Golongan 7.
Golongan yang mengerjakan sembahyang yang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz di dalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan di luar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah di dalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh/ golongan abrar/ ashabul yamin.
Golongan 8.
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia di dalam sembahyangnya, malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )
Golongan 9.
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai di dalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan di dalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka di dalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-gadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi di sekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.
Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasiq dan zalim.
Jadi di manakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat/ sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.
Sesiapa ingin mengadakan program motivasi sembahyang di mana sahaja bolehlah berhubung alamat email di atas atau tel 012-5366521 semoga ada manfaat kita bersama "mari memperbaiki solat kita ibu pada segala ibadah."

06 February 2011
Solat Dan Keluarga Muslim
Oleh Mohd. Asri b. Zainul Abidin
moasriz@tm.net.my
Dalam kejenuhan kita memperkatakan tentang teori pendidikan dan bagaimanakah cara memperoleh anak yang bijak, mematuhi nasihat dan berjaya, kita tidak boleh lupa kepada asas-asas kejayaan yang digariskan oleh Yang Maha Mengetahui. Apabila kita bercakap mengenai Islam atau garis panduan yang dinyatakan oleh Islam yang jelas disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah, kita sebenarnya bukan memetik pemikiran seseorang tokoh atau cendiakawan tertentu, kita sebenarnya membicara arahan-arahan Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana, Yang Menciptakan manusia, Maha Mengetahui tentang diri insan melebihi segalanya. Apabila kita faham sebegini, kita akan merasakan besarnya arahan Allah dan sabda RasulNya yang bercakap dengan perintahNya.
Dalam menggariskan panduan keluarga, selepas Islam meminta agar seseorang jelas dalam persoalan `aqidahnya, maka amalan yang ditegaskan selepas itu adalah solat. Sabda Rasulullah s.a.w.: yang bermaksudnya: "Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat ketika mereka berusia tujuh tahun, pukullah mereka jika meninggalkannya ketika mereka berusia sepuluh tahun dan pisahkanlah antara tempat tidur mereka"
(Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud dan at-Tirmizi, katanya hasan sahih. An-Nawawi juga menyatakan sanadnya hasan)
Kata Luqman kepada anaknya dalam Surah Luqman ayat 15: “Wahai anak ku! Dirikanlah sembahyang”
Walaupun hadis dan ayat di atas selalu kedengaran di telinga kita, namun sebahagian besar daripada kita tidak begitu terpanggil dengan apa yang ditegaskan oleh Allah dan baginda Rasul s.a.w. dalam perkara di atas. Walaupun kita tahu solat itu sangat besar kedudukannya, namun secara praktiknya menunjukkan kita tidak merasa betapa besarnya solat? Berapa ramaikah yang benar-benar tegas apabila melihat anaknya tidak bersolat? Berapa ramaikah yang pernah memukul anaknya kerana meninggalkan solat?. Berapa ramaikah yang merasa runsing dengan sikap anaknya yang cuaikan solat?
Namun ramai ibu bapa yang runsing kalau anak malas belajar. Runsing kalau anaknya meninggalkan kelas tambahan. Pukul anak kalau mengambil wang tanpa izin. Bukan salah untuk diberi penekanan itu semua, persoalannya, mengapa kita tidak sebegitu dalam perkara solat, bahkan sepatutnya melebihi itu.
Jawapannya, kerana kita tidak begitu jelas nilaian solat di dalam agama. Kita rasakan meninggal solat adalah suatu kesalahan tetapi ianya tidaklah begitu besar. Kita lupa solat adalah penghubung antara insan dengan tuhannya. Sesiapa yang meninggalkan solat maka terputuslah hubungan kerohanian antara dia dengan Allah. Jadilah dia manusia yang hilang pedoman, hilang arah panduan dan mustahil untuk istiqamah di atas jalan kebenaran yang sebenar. Sukar untuk dididik dengan nilai-nilai kebaikan yang bertunjangkan kejujuran sebenar. Apabila terputusnya hubungan seseorang insan dengan tuhannya, apa lagi yang dapat menjadikan dirinya rasa diperhatikan senantiasa dan dikawal selalu?
Sesungguhnya meninggalkan solat adalah dosa yang sangat besar di sisi Islam. Al-Quran menegaskan tiada balasan bagi sesiapa yang meninggalkan solat melainkan api neraka yang sangat perit.
Firman Allah Surah al-Mudaththir ayat 74: (yang bermaksud): “Apa yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka saqar. Jawab mereka: Kamu dahulunya tidak termasuk dalam orang yang mengerjakan solat.
Inilah amaran Allah untuk mereka yang meninggalkan solat. Tempat ialah neraka yang bakal mereka tinggal di dalamnya. Bayangkanlah hidup yang dianugerahkan kepada kita di dunia yang bakal berakhir hanyalah setelah beberapa puluh tahun cuma, lalu kita memperjudikannya hingga meninggalkan solat kerana hawa nafsu dan sikap yang ingin mengecapi dunia sehingga melupai akhirat. Maka bayarannya ialah neraka yang sangat panjang tempohnya. Alangkah ruginya kehidupan yang seperti itu!
Ibubapa diminta supaya memastikan keselamatan anak-anak agar tidak terjun ke dalam api neraka. Ini tugasan utama yang dipertanggung jawabkan ke atas bahu setiap yang menjadi ibu dan ayah. Firman Allah dalam Surah at-Tahrim ayat 6, yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
Al-Imam Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat di atas dalam tafsir, Tafsir al-Quran al-`Azim, menyebut huraian Ibn Abbas iaitu “Taatilah Allah dan takutilah maksiat serta suruhlah kaum keluargamu mengingatinya nescaya Allah selamatkan kamu dari neraka”
Sekiranya seseorang ibu atau bapa marah kepada anaknya kerana menderhakainya, mengapakah dia tidak memarahi dirinya yang telah menderhakai Allah?!!. Ramai ibu bapa yang menderhakai Allah sebelum anak-anak menderhaki mereka!!! Mereka melanggar arahan dan larangan Allah, mereka mencuaikan tanggungjawab dan amanah agar memelihara kaum keluarga dari api neraka. Sekiranya mereka merasa besarnya kesalahan anak-anak menderhakai mereka, apakah mereka merasa kecil kesalahan mereka terhadap Allah?!!.
Kembali kepada persoalan solat, di manakah letaknya solat dalam program keluarga kita? Apakah ianya sekadar persoalan sampingan atau asas dalam pentakbiran keluarga? Sabda Nabi s.a.w. di dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim: Maksudnya: "Garis pemisah antara seseorang hamba dan syirik ialah meninggalkan solat"
Demikian betapa besarnya kesalahan meninggalkan solat sehingga ada di kalangan para ulama seperti al-Imam Ahmad bin Hambal r.a. dan mereka yang sependapat dengannya menghukum sesiapa yang meninggalkan solat sebagai kafir. Walaupun ulama jumhur termasuk al-Imam al-Syafi`i r.a. tidak menghukum kafir sesiapa yang meninggalkan solat tetapi mereka dengan jelas menyatakan sesiapa meninggalkan solat adalah dianggap fasiq, iaitu ahli dosa besar. Sesiapa yang engkar bahawa solat adalah wajib ke atasnya maka para `ulama sepakat bahawa orang tersebut adalah murtad atau terkeluar dari Islam.
Perlu disedari walaupun meninggalkan solat tidaklah kufur pandangan jumhur ulama, namun peninggalnya adalah fasiq yang melakukan dosa besar, bahkan dosa meninggalkan solat adalah sangat berat dan terbesar.
Kata al-Imam al-Zahabi dalam Kitab al-Kabair: "Tidak ada dosa yang lebih besar selepas syirik melainkan melainkan meninggalkan solat sehingga keluar waktunya dan membunuh orang mukmin tanpa sebab"[m.s. 27. Cetakan Dar Ibn Hazm, Beirut]
Ertinya, meninggalkan solat lebih besar kesalahannya dari arak, judi dan lain-lain dosa. Malangnya, betapa ramai orang Islam yang lupa dalam perkara ini. Mereka menyangka bahawa yang dikatakan dosa besar itu ialah berzina atau minum arak atau mencuri atau seumpamanya sedangkan mereka lupa bahawa meninggalkan solat adalah lebih besar kesalahannya dari itu semua. Namun hasil dari tidak faham sebahagian kita mengenai besarnya solat maka kita akan mendapati perkara-perkara berikut terjadi:
Ada ibubapa yang marah jika anaknya minum arak atau berzina tetapi mendiamkan diri apabila melihat anak meninggalkan solat. Ya memarahi kerana dosa lain adalah wajar dan disuruh oleh Islam, tetapi jangan lupa bahawa meninggalkan solat juga adalah dosa besar dan lebih besar.
Lebih malang lagi bilamana kita mendapati ada di kalangan yang mendakwa diri sebagai pendokong gerakan Islam atau aktivis Islam, tiba-tiba membiarkan ahli keluarga mengabaikan solat. Ada pula yang tegas memarahi dan mengkritik tidak tertegak Islam dalam negara, ini adalah semangat kesedaran yang baik, tetapi malangnya ketika dia mentakbir keluarganya, dia juga tidak melaksanakan Islam yang difardukan ke atas bahu sebagai ketua keluarga iaitu memrintahkan ahli keluarga yang merupakan rakyatnya untuk menunaikan solat
Bahkan yang lebih dahsyat lagi, ada yang aktif berprogram pada malamnya sehingga tidak mampu untuk bersolat subuh pada paginya. Nada cakapnya, nampak begitu mahukan Islam ditegakkan, ini sesuatu yang baik, tetapi dia mengabaikan asas utama amalan Islam iaitu solat. Invidu seperti ini –jika wujud- hendaklah kita pastikan jangan dipilih mendudukan tempat penting dalam gerakan umat, kerana telah melakukan kesalahan terbesar dalam Islam selepas syirik iaitu meninggalkan solat.
Ada ibu atau bapa sanggup berkorban apa sahaja, asalkan anak bahagia. Di waktu kecil-bak kata pepatah- nyamuk seekor pun tidak diizinkan menyentuh anaknya, sehingga dewasa sanggup berkorban nyawa kerananya. Malangnya, sebahagian kita alpa bahawa neraka adalah tempat yang paling perit untuk didiami, paling dahsyat siksaannya, maka hendaklah kita bersungguh memelihara anak kita daripadanya serta berkorban menyelamatkan mereka daripadanya.
Sementara itu ada pula, ada yang hanya menunai solat-solat tertentu sahaja. Allah menfardukan lima waktu, tapi dia menunaikan kurang daripada itu. Lebih malang ada yang solatnya hanya sekali di dalam seminggu, iaitu pada hari jumaat sahaja. Itupun sekadar menjaga dari dipertikaikan oleh orang lain. Ini semua tidak menyelamatkan mereka dari azab neraka.
Ada ibubapa yang hanya memadai dengan hanya melihat anak menunai satu dua solat sahaja. Di hening subuh misalnya, dia simpati untuk mengejutkan anak kesayangannya yang nyenyak dengan nikmat tidur, dia lupakan kenikmatan syurga yang dijanjikan dan kedahsyatan neraka yang diberi amaran mengenainya. Namun di zaman kita ini ramai yang menyanggap membicarakan soal syurga dan neraka adalah sesuatu yang ke belakang dan mundur. Kononnya, tajuk yang seperti itu tidak lagi relevan dengan masyarakat moden. Bagi mereka topik seperti ini seakan superstition, khayalan, ugutan yang hanya untuk menakut-nakutkan. Namun bagi seorang Muslim mukmin ianya rukun iman, yang tiada iman tanpanya.
Firman Allah dalam Surah Maryam ayat 59: “Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab”
Ada pula di kalangan orang Islam yang melakukan berbagai kebajikan lain, tetapi meninggalkan solat. Dalam hal ini , sabda Nabi s.a.w: Maksudnya: "Perkara yang pertama dihisab seseorang hamba pada hari kiamat kelak ialah solatnya. Sekiranya solatnya baik maka dia beruntung dan berjaya. Sekiranya solatnya rosak maka dia akan kesal dan rugi" (Riwayat al-Tirmizi, katanya hadis ini hasan)
Apa yang lebih malang, adanya di kalangan umat Islam yang berjual-beli sehingga meninggalkan solat. Memang benar, urusan perniagaan penting, diajar dan disuruh oleh Islam, kerana Islam tidak akan bangkit melainkan dengan sokongan sistem politik dan muamalat Islam. Namun kesemuanya mesti dibina di atas dasar taatkan Allah dan takwa. Tidak mungkin dapat dibina peribadi Muslim tanpa solat, kerana ianya adalah asas penting agama. Datangilah solat, ianya hanya sebentar, selepas selesai sambungi urusan harian. Solat boleh ditunaikan di mana-mana jua, bahkan tidak diwajibkan untuk kita berwirid panjang selepasnya sehingga mengganggu urusan lain
Keluarga Muslim hendak memastikan solat tertegak dengan utuh dalam perjalanan keluarga. Bahkan solat mestilah dijadikan rukun yang tidak mungkin digambarkan sesebuah keluarga itu sebagai keluarga Muslim sejati tanpanya.
Keluarga adalah rangkaian dari kewujudan sistem kemasyarakatan Islam yang menyeluruh dan solat adalah asas amalan yang mesti dilaksanakan tanpa sebarang pengabaian. Terabainya solat bererti rosaknya rangkaian pembentukan masyakat Muslim yang lebih besar yang kita impikan kekukuhannya.

04 February 2011
Perkataan Imam-Imam
Perkataan Imam-Imam di Dalam Mengikuti Sunnah dan Meninggalkan Perkataan Yang Bertentangan Dengannya.
Kiranya sangat bermanfaat untuk disajikan di sini sedikit atau sebahagian perkataan mereka, dengan harapan, semoga di dalamnya terdapat pelajaran dan peringatan bagi orang yang mengikuti mereka, bahkan bagi orang yang mengikuti selain mereka yang lebih rendah darjatnya dari taklid buta, dan bagi orang yang berpegang teguh kepada mazhab- mazhab dan perkataan-perkataan mereka, sebagaimana kalau mazhab- mazhab dan perkataan-perkataan itu turun dari langit. Allah Subhanahu Wa Ta'ala, berfirman:
"Ikutilah apa yang diturunkan kepada mu dari Tuhan-mu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selainnya. Amat sedikitlah kamu mengambil pelajaran (dari padanya)". (QS. Al-'Araf :3)
I. ABU HANIFAH
Yang pertama-tama di antara mereka adalah Imam Abu Hanifah An-Nu'man bin Tsabit. Para sahabatnya telah meriwayatkan banyak perkataan dan ungkapan darinya, yang semuanya melahirkan satu kesimpulan, Iaitu kewajipan untuk berpegang teguh kepada hadis dan meninggalkan pendapat para imam yang bertentangan dengannya.
"Apabila hadis itu shahih, maka hadis itu adalah mazhab ku." (Ibnu Abidin di dalam Al-Hasyiyah 1/63)
"Tidak dihalalkan bagi seseorang untuk berpegang pada perkataan kami, selagi ia tidak mengetahui dari mana kami mengambilnya". (Ibnu Abdil Barr di dalam Al-Intiqa'u fi Fadha 'ilits Tsalatsatil A'immatil Fuqaha'I, hal. 145)
Dalam sebuah riwayat dikatakan: "Adalah haram bagi orang yang tidak mengetahui alasan ku untuk memberikan fatwa dengan perkataan ku". Di dalam sebuah riwayat ditambahkan: "sesungguhnya kami adalah manusia yang mengatakan perkataan pada hari ini dan meralatnya di esok hari".
"Jika aku mengatakan suatu perkataan yang bertentangan dengan kitab Allah dan kabar Rasulullah salallahu 'alaihi Wa Sallam, maka tinggalkanlah perkataanku". (Al-Fulani di dalam Al-Iqazh, hal. 50)
2. MALIK BIN ANAS
Imam Malik berkata:
"Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia yang salah dan benar. Maka perhatikanlah pendapat ku. Setiap pendapat yang sesuai dengan kitab dan sunnah, ambillah dan setiap yang tidak sesuai dengan Al Kitab dan sunnah, tinggalkanlah". (Ibnu Abdil Barr di dalam Al-Jami', 2/32)
"Tidak ada seorang pun setelah Nabi Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam, kecuali dari perkataannya itu ada yang diambil dan yang ditinggalkan, kecuali Nabi Salallhu 'Alaihi Wasallam". (Ibnu Abdil Hadi di dalam Irsyadus Salik, 1/227)
Ibnu Wahab berkata, "Aku mendengar bahawa Malik ditanya tentang menyelang-nyelangi jari di dalam berwudhu, lalu dia berkata, "tidak ada hal itu pada manusia. Dia berkata. Maka aku meninggalkannya hingga manusia berkurang, kemudian aku berkata kepadanya. Kami mempunyai sebuah sunnah di dalam hal itu, maka dia berkata: Apakah itu? Aku berkata: 'Al-Laits bin Sa'ad dan Ibnu Lahi'ah dan Amr bin Al-Harits dari Yazid bin Amr Al-Ma'afiri dari Abi Abdirrahman Al-Habli dari Al Mustaurid bin Syidad Al-Qirasyi telah memberikan hadist kepada kami, ia berkata, "Aku melihat Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam menunjukkan kepada ku dengan kelingkingnya apa yang ada di antara jari-jari kedua kakinya. Maka dia berkata, "sesungguhnya hadis ini adalah Hasan, 'aku mendengarnya hanya satu jam. Kemudian aku mendengarnya, setelah itu ditanya, lalu ia memerintahkan untuk menyelang-nyelangi jari-jari. (Mukaddimah Al-Jarhu wat Ta'dil, karya Ibnu Abi Hatim, hal. 32-33)
3. ASY-SYAFI'I
Adapun perkataan-perkataan yang diambil dari Imam Syafi'i di dalam hal ini lebih banyak dan lebih baik, dan para pengikutnya pun lebih banyak mengamalkannya. Di antaranya:
"Tidak ada seorang pun, kecuali dia harus bermadzab dengan Sunnah Rasulullah dan menyendiri dengannya. Walaupun aku mengucapkan satu ucapan dan mengasalkan kepada suatu asal di dalamnya dari Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam yang bertentangan dengan ucapan ku. Maka peganglah sabda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam. Inilah ucapan ku." (Tarikhu Damsyiq karya Ibnu Asakir, 15/1/3)
"Kaum Muslimin telah sepakat bahawa barang siapa yang telah terang baginya Sunnah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam, maka tidak halal baginya untuk meninggalkannya karena untuk mengikuti perkataan seseorang." (Ibnul Qayyim, 2/361, dan Al-Fulani, hal. 68)
"Apabila kamu mendapatkan di dalam kitab ku apa yang bertentangan dengan Sunnah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, maka berkatalah dengan sunnah rasulullah Salallahu 'alaihi Wa sallam, dan tinggalkanlah apa yang aku katakan." Al-Harawi di dalam Dzammul Kalam, 3/47/1)
"Apabila Hadist itu Shahih, maka dia adalah madzhabku." (An-Nawawi di dalam Al-Majmu', Asy-Sya'rani, 10/57)
"kamu (Imam Ahmad) lebih tahu dari pada ku tentang hadis dan orang-orangnya (Rijalu 'l-Hadits). Apabila hadis itu shahih, maka ajarkanlah ia kepada ku apa pun ia adanya, baik ia dari Kufah, Bashrah mahu pun dari Syam, sehingga apabila ia shahih, akan bermazhab dengannya." ( Al-Khathib di dalam Al-Ihtijaj bisy-Syafi'I, 8/1)
"Setiap masalah yang di dalamnya khabar dari Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wasallam adalah shahih bagi ahli naqli dan bertentangan dengan apa yang aku katakan, maka aku meralatnya di dalam hidup ku dan setelah aku mati." (Al-Harawi, 47/1)
"Apabila kamu melihat aku mengatakan suatu perkataan, sedangkan hadis Nabi yang bertentangan dengannya shahih, maka ketahuilah, sesungguhnya akalku telah bermazhab dengannya." (Al-Mutaqa, 234/1 karya Abu Hafash Al-Mu'addab)
Setiap apa yang aku katakan, sedangkan dari nabi salallahu 'alaihi wa sallam terdapat hadis shahih yang bertentangan dengan perkataan ku, maka hadis nabi adalah lebih utama. Olah karena itu, janganlah kamu mengikutiku." (Aibnu Asakir, 15/9/2)
4. AHMAD BIN HAMBAL
Imam Ahmad adalah salah seorang imam yang paling banyak mengumpulkan sunnah dan paling berpegang teguh kepadanya. Sehingga ia membenci penulisan buku-buku yang memuat cabang-cabang (furu') dan pendapat Oleh karena itu ia berkata:
"Janganlah engkau mengikuti aku dan jangan pula engkau mengikuti Malik, Syafi'i, Auza'i dan Tsauri, Tapi ambillah dari mana mereka mengambil." (Al-Fulani, 113 dan Ibnul Qayyim di dalam Al-I'lam, 2/302)
"Pendapat Auza'I, pendapat Malik, dan pendapat Abu Hanifah semuanya adalah pendapat, dan ia bagi ku adalah sama, sedangkan alasan hanyalah terdapat di dalam atsar-atsar." (Ibnul Abdl Barr di dalam Al-Jami', 2/149)
"Barang siapa yang menolak hadis Rasulullah Salallahu 'alaihi wa sallam, maka sesungguhnya ia telah berada di tepi kehancuran." (Ibnul Jauzi, 182).
Allah berfirman: "Maka demi Tuhan mu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya" (An-Nisa:65), dan firman-Nya: "Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah-Nya takut akan ditimpa cobaan atau ditimpa adzab yang pedih." (An-Nur:63).
Al-Hafizh Ibnu Rajab berkata:
"Adalah menjadi kewajipan bagi setiap orang yang telah sampai kepadanya perintah Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wa Sallam dan mengetahuinya untuk menerangkannya kepada umat, menasihati mereka dan memerintahkan kepada mereka untuk mengikuti perintahnya. Dan apabila hal itu bertentangan dengan pendapat orang besar di antara umat, maka sesungguhnya perintah Rasulullah salallahu 'alaihi wa Sallam itu lebih berhak untuk disebarkan dan diikuti dibandingkan pendapat orang besar mana pun yang telah bertentangan dengan perintahnya di dalam sebahagian perkara secara salah. Dan dari sini, para sahabat dan orang-orang setelah mereka telah menolak setiap orang yang menentang sunnah yang sahih, dan barangkali mereka telah berlaku keras dalam penolakan ini. Namun demikian, mereka tidak membencinya, bahkan dia dicintai dan diagungkan di dalam hati mereka.
Akan tetapi, Rasulullah Salallahu 'alaihi wa Sallam adalah lebih dicintai oleh mereka dan perintahnya melebihi setiap makhluk lainnya. Oleh karena itu, apabila perintah rasul itu bertentangan dengan perintah selainnya, maka perintah rasul adalah lebih utama untuk didahulukan dan diikuti. Hal ini tidak dihalang-halangi oleh pengagungan terhadap orang yang bertentangan dengan perintahnya, walaupun orang itu mendapat ampunan. Orang yang bertentangan itu tidak membenci apabila perintahnya itu diingkari apabila memang ternyata perintah Rasulullah itu bertentangan dengannya. Bagaimana mungkin mereka akan membenci hal itu, sedangkan mereka telah memerintahkan kepada para pengikutnya, dan mereka telah mewajibkan mereka untuk meninggalkan perkataan-perkataan yang bertentangan dengan sunnah."
(Di sadur dari Mukaddimah Kitab Shifatu Shalatiin Nabii SAW, karya Al-Imam Al-Muhaddits Muhammad Nashiruddin Al-Albani -rahimahullah).

03 February 2011
Selepas 53 tahun...
Ini adalah gambar emak saya dengan 3 orang adik-adiknya. Dari kanan adalah emak saya, sebelahnya adalah Mak Lang, Mak Ngah dan hujung kiri adalaj Mok Teh. Gambar ini diambil di Singapura baru-baru ini di rumah adiknya Mak Ngah saya. Yang tiada dalam gambar ini adalah Acik dan Pak Usu saya. Masing-masing berada di Melaka dan Singapura.
Gambar ini kalau tak silap, kata emak saya diambil semasa emak berusia 19 tahun. Masa ini emak masih belum berkahwin dengan ayah. Gambar ini diambil di Singapura,yang pada masa itu merupakan negara keluarga emak. Emak saya yang duduk, di sebelahnya Pak Usu, berdiri dari kanan Mok Teh, Mak Ngah, Mak Lang dan berdiri depan kiri adalah Acik.
Beli Lauk
Pada keesokan harinya, selepas ke pusara ayah, kami ke Pasar Nyalas untuk beli barang-barang basah seperti udang, sayur dan sebagainya. Foto atas, mak baru keluar dari pasar dengan menjinjit 2 beg plastik penuh dengan barang-barangan. Gambar sebelah, emak baru mengalihkan anak kucing yang duduk di hadapan kereta kami.
Majlis Reunion Anjuran Hajah Noor Ainee
Hajah Noor Ainee, seorang sahabat kami yang baru bersara telah menghubungi Hajah Fabilah menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan beberapa orang sahabat yang masih lagi bertugas di Kementerian Pertahanan. Tempat yang dipilih oleh beliau adalah di Felda Villa, tak jauh dari ibu pejabat Kementerian Pertahanan. Dengan susah payah beliau memandu darikampong beliau di Negeri Sembilan ke Kuala Lumpur.
Subscribe to:
Posts (Atom)