27 January 2011

Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah



Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud di dalam Al-Fatihah, sekiranya kita
tidak berhati-hati.

Nama syaitan

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS

6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'

Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!

7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

8) AMIN - hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA... dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

The Duck & the Devil


As usual, I would say that I received this article from a friend of mine, so I don't know who is the original writer. However thank you very much to her/ him.

There was a little boy visiting his grandparents on their farm. He was given a slingshot to play with out in the woods. He practiced in the woods, but he could never hit the target. Getting a little discouraged, he headed back for dinner.

As he was walking back he saw Grandma's pet duck. Just out of impulse, he let the slingshot fly, hit the duck square in the head and killed it. He was shocked and grieved! In a panic, he hid the dead duck in the wood pile, only to see his sister watching!

Fatima had seen it all, but she said nothing. After lunch the next day Grandma said, 'Fatima, let's wash the dishes.' But Fatima said, 'Grandma, Ahmed told me he wanted to help in the kitchen.' Then she whispered to him, 'Remember the duck?' So Ahmed did the dishes.

Later that day, Grandpa asked if the children wanted to go fishing and Grandma said, 'I'm sorry but I need Fatima to help make supper.'

Fatima just smiled and said, 'Well, that's all right because Ahmed told me he wanted to help.' She whispered again, 'Remember the duck?' So Fatima went fishing and Ahmed stayed to help.

After several days of Ahmed doing both his chores and Fatima's, he finally couldn't stand it any longer.

He came to Grandma and confessed that he had killed the duck. Grandma knelt down, gave him a hug and said, 'Sweetheart, I know. You see, I was standing at the window and I saw the whole thing, but because I love you, I forgave you. I was just wondering how long you would let Fatima make a slave of you.'

Thought for the day and every day thereafter?

Whatever is in your past, whatever you have done... and the devil keeps throwing it up in your face (lying, cheating, debt, fear, bad habits, hatred, anger, bitterness, etc.)...whatever it is...You need to know that Allah was standing at the window and He saw the whole thing. He has seen your whole life. He wants you to know that He loves you and that you are forgiven.

He's just wondering how long you will let the devil make a slave of you.

The great thing about Allah is that when you ask for forgiveness, He not only forgives you, but He forgets. It is by Allah's grace and mercy that we are saved.

Go ahead and make a difference in someone's life today. Share this with a friend and always remember: Allah is at the window!

If you are one of the 93% who will stand up for Him, forward this with the title 'I'm in the 93%'. Would you believe 7% of people won't forward this?

So let us share this with others.

My Sekolah - Sekolah Menengah Jasin

Pagi-pagi aku bersiap dan ke MinDef untuk urusan peribadi, ingatkan sekejap je tapi hampir 2 jam kat sana, jadi rasa malas nak gi opis sebab.... hampir 2 jam uruskan urusan peribadi dan perbincangan penyediaan kertas kerja. Jadi aku call office dan ambil EL saja. Petang ini aku ada kelas pengajian di Masjid Negara dan berjanji dengan teman baikku (Lt Kol Nor Sabrina), insyaallah aku akan berada di rumahnya jam 6 petang, kami ke Masjid Negara bersama dengan kereta beliau.

Jadi apa aku nak buat kat rumah masa ini????? sedang aku membelek-belek album lama terjumpa gambar masa aku di sekolah menengah rendah. Aku bersekolah menengah di Sekolah Menengah Jasin (SMJ) (Sekolah Menengah Kebangaan Jasin sekarang ni). Melihat gambar kelas hingga tingkatan empat, aku teringatkan kawan-kawan dan guru sekolah ku, ke mana mereka?, apa mereka buat untuk hidup? adakah guruku masih sihat lagi?

Gambar ini semasa aku Tingkatan 1D, Guru kelas aku Mr Sivaraman, beliau juga merupakan guru subjek Bahasa Inggeris. Tidak banyak peristiwa istimewa yang aku ingat semasa di tingkatan 1, rasanya masa tu aku tak ada kawan baik pun ... murid Melayu memang tak ramai... aku pulak dari kampong, susah nak sesuaikan diri... nak berkomuniksi dalam Bahasa Ingeris pula memang menjadi masalah besar. Jadi mungkin itu yang buatkan aku jadi pendiam kot.

Gambar ini semasa aku di Tingkatan 2B, Guru kelas ku adalah Mr Lim. Mula dari kelas ini akau mempunyai seorang sahabat yang sangat baik, namanya Mukminah binti Hj Johar, dia berasal dari Felda Air Kangkong, tak jauh dari kampong aku. Aku bersahabat dengannya sehingga aku mengaji di tingkatan 6 di Sekolah Iskandar Syah, Jasin.

Yang ini pula adalah gambar aku di tingkatan 3B. Guru kelas aku Mr Puah. Mulai tahun ini (1974) murid-murid Melayu perempuan dibenarkan untuk mengenakan pakaian seragam baju kurung. Aku ingat lagi ramai di antara kami yang teruja apabila dibenarkan memakai baju kurung, tetapi apabila tengah hari kami dah nampak macam selekeh je mungkin disebabkan lengan baju yang panjang dan kain yang berpusing-pusing. Tetapi lama-kelamaan kami dah biasa.

Ini pula gambar semasa aku di tingkatan 4. Aku tak ingat nama guru kelas ku ini, tetapi yang pasti dia adalah isteri kepada Mr. Sivaraman. Seorang guru yang sangat baik dan lemah lembut penuh dengan sifat keibuan. Yang sangat aku ingat aku antara murid yang agak nakal, masa di tingkatan 1 hingga 2 aku suka bergadoh dan bertumbuk, tak kira dengan murid lelaki atau perempuan. Selepas tingkatan 2, aku mula jadi baik sebab mempunyai sahabat-sahabat yang baik, terutamanya Mukminah.

Aku sangat suka dengan sekolah ini, di sini aku mula mengenal dunia melalui pelajaran Geografi dan sejarah Tanah Melayu serta sejarah dunia. Kedua-duanya adalah pelajaran yang amat aku gemari. Di sini juga aku mula menyanyi apabila kumpulan koir ditubuhkan. Gambar ini mungkin gambar semasa aku di tingkatan 5, mungkin gambar ini merupakan gambar terakhir kami di SMJ.

Aku rasa sangat rindu pada kawan-kawan ku.

23 January 2011

Percutian Jakarta/ Bandong Indonesia

Pada April 2008, saya dan rakan-rakan sepejabat dan beberapa kenalan yang lain telah bercuti di Bandong dan jakarta Indonesia. Banyak tempat yang kami kunjungi, selain dari membeli belah (acara utama), kami juga dapat mempelajari budaya masyarakat di sana. Antara tempat yang kami kunjungi adalah Taman Mini Malaysia. Aku pernah ke sini pada tahun 2000, iaitu 8 tahun dahulu. Banyak juga perubahan yang dilakukan di taman ini, tetapi beberapa bangunan nampak macam dah buruk sahaja.

Saya juga akan menulis tentang kunjungan pertama saya ke Indonesia pada tahun April 2000. Supaya sahabat-sahabat sekelian dapat melihat perbezaan atau perkembangan Taman ini nanti. Okeylah, Ini adalah rumah masyarakat minang, rumah ini besar luas, penat juga kami berpusing-pusing di dalamnya melihat peralatan yang digunakan oleh masyarakat ini. Seni bina rumah ini sangat yang unik dan cantik.

Bergambar beramai-ramai di kolam air panas (saya dah lupa namanya). Kami dah sangat letih masa ini kerana baru sahaja turun dari pergunungan berapi Tangkuban Parahu. Tangkuban Perahu mendapat namanya dari cerita metos/ lagenda tersendiri, manakala tangkuban bermaksud terbaik dan makna parahu adalah perahu, oleh itu Tangkuban Parahu adalah perahu terbalik.

Saya bersama salah seorang sahabat saya, iaitu Puan Abidah Zahari yang sama-sama dalam rombongan kami. Kami bergambar di hadapan gerai-gerai di kaki gunung Tangkupan Parahu, sebelum kenderaan khusus yang mengangkut kami ke atas tiba. Cuaca di sini sejuk dan selesa bagi saya. Kami juga membeli beberapa cenderahati untuk di bawa balik ke tanah air.

Di bawah adalah gambar kawah Tangkupan Parahu. Kalau tak silap perkataan tangkupan parahu adalah dalam bahasa Sunda.


Cerita mengisahkan Dayang Sumbi yang tinggal di Jawa Barat, dia telah membuang anaknya Sangkuriang. Setelah bertahun-tahun di pengasingan, Sangkuriang memutuskan untuk kembali semula ke tanah tumpah darahnya. Disebabkan oleh lama berpisah anak dan ibu tidak mengenali antara satu sama lain. Sangkuriang telah jatuh cinta kepada ibunya Dayang Sumbi dan bercadang untuk menikahinya.

Walau bagaimanapun Dayang Sumbi mengenali anaknya apabila terpandang akan tanda lahir yang ada pada tubuh Sangkuriang. Untuk mengelakkan perkahwinan tersebut, Dayang Sumbi meminta Sangkuriang untuk membina empangan di sungai Citarum dan membina sebuah kapal besar untuk menyeberangi sungai itu, pembinaan tersebut mesti berlaku sebelum matahari terbit.

Sangkuriang bermeditasi dan memanggil hejo mistik raksasa seperti makhluk-buta atau raksasa hijau untuk melakukan pemujaan dan tugas tersebut hampir siap dilaksanakan. Apabila Dayang Sumbi melihat tugas tersebut hampir selesai dan telah meminta pekerja untuk mengebarkan kain sutera merah di sebelah timur kota, untuk memberi kesan matahari terbit.

Melihatkan pantulan cahaya kain tersebut, Sangkuriang telah tertipu dan percaya bahawa dia telah gagal membina empangan seperti yang dijanjikan. Maka dia telah menendang perahu yang belum selesai, mengakibatkan banjir dan perahu tersebut terbalik.

Saya bergambar kenang-kenangan bersama dengan pemandu pelancong kami, Bapak Adie... seorang yang baik hati dan juga seorang yang rajin.

Saya bersama dengan Puan Jamsiah dan Puan Abidah di salah sebuah hotel yang kami menginap. Saja berehat setelah balik dari bersiar dan membeli belah di Bandar Bandong. Bandong boleh dikatakan sebuah bandar untuk bershopping terutamanya bagi pakaian muslimat dan peralatan pengantin. Harganya memang sangat murah dan kalau dibuat berniaga di Malaysia harga boleh digandakan sehingga 4 hingga 5 kali.

Saya bersama-sama dengan Puan Jamsiah di Taman Mini Indonesia. Kami sedang menunggu bas setelah tamat lawatan. Seronok tetapi badan dah penat, dan perut dah lapar. Cerita tentang makan di sini, kalau sahabat berhasrat untuk berkunjung ke sini, perhatikan betul-betul tempat makannya, yang pakai tudung dan songkok tan semestunya halal. Jangan segan untuk bertanya kepada penduduk tempatan... atau makan sahaja di Restoran yang sederhana atau besar... harganya pun bukannya mahal sangat.

Kami bergambar beramai-ramai di hotel penginapan di Bandung bersama dengan agen Titian Permata Travels and Tour. Kalau ada umur dan rezki, semoga kita semua akan jumpa lagi. Insyaallah.

Taklimat Kelas Pengajian Al Quran Masjid Negara


Pada 17 Januari 2011, saya bersama dengan 3 sahabat di pejabat (HATTM) telah menghadirkan diri ke Masjid Negara Kuala Lumpur untuk mengikuti taklimat kelas pengajian yang ditaja oleh Masjid tersebut. Taklimat diadakan pad jam 5.30 petang di hadapan pintu masuk ke Makam Pahlawan. Taklimat telah disampaikan oleh Ustaz Ihsan (seperti di dalam photo di sebelah). Terdapat beberapa kelas pengajian yang dilaksanakan, antaranya adalah kelas pengajian Al' Quran Asan dan Lanjutan.

Ramai yang hadir, antara saya dan Lt Kol Noor Sabrina, kami menghadiri Kelas Pegajian Al' Quran Asas, kelas ini selama 2 tahun dan pada tahun kedua peperiksaan secara bacaan dan objektif yang diadakan bagi menilai pelajar. Lama sungguh saya tak masuk kelas untuk belajar semula. Saya rasa sungguh seronok kerana masih ada peluang dan ruang untuk belajar lagi. Semoga Allah membuka hati-hati kami dan mudah menerima pelajran akhirat ini. Semoga Sijil ini nanti akan memudahkan kami untuk melalui titian siratulmustakim, dan semoga ianya boleh menjadi teman semasa kami beristirehat di alam barzah nanti. Insyallah.

15 January 2011

Isu azan: Jangan politikkan isu-isu agama – Jamil Khir

Utusan Online pada 15/01/2011 4:57pm

JITRA 15 Jan. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom memberi amaran kepada pihak-pihak yang cuba mempolitikkan isu-isu agama supaya menghentikannya dan menilai kesan perbuatan mereka.

Beliau berkata, provokasi yang tinggi akan menimbulkan sentimen dan kemarahan orang Islam untuk bangkit mempertahankan agama mereka.

"Jadi jangan sentuh soal ibadat orang Islam,” katanya dan mengingatkan pihak terbabit tidak menggunakan parti-parti politik untuk menguji orang Islam dengan isu agama demi kepentingan politik mereka.

Jamil Khir diminta mengulas isu seorang pengadu mempersoalkan azan dari Masjid Al-Ikhlasiah, Bukit Kerinchi, Jalan Pantai Permai, Kuala Lumpur yang didakwa mengganggu tidurnya, baru-baru ini.

Beliau yang ditemui pemberita pada majlis ramah mesra pegawai penyelaras masjid daerah, imam dan guru KAFA (Kelas Agama dan Fardu Ain) di di sini hari ini berkata, surat pengadu yang diterimanya turut dihantar kepada Perdana Menteri, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Kita membuat kajian dan pantau apa sebenarnya berlaku. Adakah pembesar suara di pasang 24 jam atau ia hanya dipasang apabila masuk waktu (solat)?

"Islam telah diterima semua pihak sebagai agama rasmi Persekutuan tetapi kini terdapat musuh politik yang cuba mengganggu-gugat perkara yang disepakati bersama,” katanya. – Bernama

Saya sangat setuju dengan Datuk Seri jamil Khir, pada saya saya nak tanya.. siapa mereka untuk mempersoalkan aktiviti umat Islam di negara ini, aktiviti azan tu dah lama di negara ini, mungkin sebelum datuk nenek mereka tiba dari Negara China dan India. Negara yang pada awalnya dimiliki oleh orang Melayu yang beragama Islam yang berkembang dari Kesultanan Melayu Melaka dan perkembangan Islam dari Kelantan dan Terengganu.

Saya bukan ingin mengapi-apikan orang Melayu lain, tetapi kita kena ingat balik bahawa negara ini memang dipunyai oleh kita. Itu sebabnya perlembagaan Persekutuan mencatatkan bahawa agama rasmi negara ini adalah negara Islam (pada masa itu mereka pun tak kisah kerana mereka pada masa itu adalah pendatang dah diterima sebagai rakyat oleh Raja-Raja Melayu pun mereka patut bersyukur) .... nasib baik ada tercatat begitu dalam Perlembangan, kalau tidak kita pun tak tahu apa jadi dengan orang-orang Melayu kini (lebih buruk kita kurang kekuatan ekonomi dan sosial).

Apabila dah berlaku begini, masih lalai lagikah anak-anak muda Melayu????... sedarlah wahai generasiku dah tiba masanya untuk kita membuat perbandingan dalam pelbagai segi. Suluhlah dan mulailah dari jiran di kawasan rumah kita, kemudian di pejabat - apa yang tinggal untuk kita.... tanya pada diri kita... apa yang akan kita buat kalau negara ini tergadai.

Ingat...ingat....ingat bahawa, kita perlu berusaha untuk sekurang-kurangnya kalau tidak menjadi tuan seperti dulu, sekurang-kurangnya boleh memegang semula negara ini supaya dapat menyelamatkan agama, bangsa dan negara. Saya suka mengulangi semula bahawa sepatutnya nama negara ini tidak patut ditukar kepada Malaysia biarlah ianya kekal sebagai Tanah Melayu kerana banyak pengaruhnya nama tersebut.

Kita makin diasak, didesak dan dicabar - selepas isu azan, Ronnie Lui menghina kita dengan kenyataan untuk menuntut supaya orang Islam dibenarkan bertugas di bidang urusan arak, kini sedang sibuk pula dengan isu Novel Interlok - orang India sudah mula sensitif, hairannya saya kenapa tak sensitif pada 40 tahun lepas, semasa novel ini diterbitkan. Itulah masalahnya kalau terlalu 'mengikut telunjuk' kononnya untuk mengambil hati... ha... kini hati siapa yang sakit... sikit-sikit komplain azanlah dan macam-macam. Tunggu dan kita mungkin akan dengar macam-macam isu menghina orang Melayu dan Islam lagi.

Peluang baik berkomunikasi dengan PM

Saya ceduk berita ini dari KOSMO on-line pada hari ini.

PM jawab soalan guna Youtube

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyiarkan tiga video melalui laman web, Youtube sebagai respons kepada soalan-soalan yang dibangkitkan oleh orang ramai menerusi akaun blog mikro, Twitter miliknya Selasa lalu.

Sambil menyifatkan sesetengah soalan itu sebagai kelakar, Najib berkata, usaha itu telah memberikan beliau satu pandangan sebenar mengenai cara rakyat Malaysia berfikir dan menggunakan media sosial.

"Ribuan terima kasih atas respons menggalakkan untuk sesi Twitter dan Facebook Selasa lalu.

"Saya teliti beberapa komen dan ia sebenarnya benar-benar menarik. Sesetengah soalan sangat kelakar," katanya melalui video yang disiarkan.

Pada Selasa lepas, Najib membuka ruang selama sejam untuk menerima soalan-soalan ke laman Twitter bermula pukul 4.30 petang.

Selepas ini ada peluang lagi ke??????????

13 January 2011

Catatan Perjalanan - Milan, Itali


Kata orang bandar fesyen adalah Milan, New York, Londan. Tetapi setelah saya berada di Milan, saya dapati ianya macam bandar biasa sahaja. Maka pada suatu petang saya meronda Milan untuk melihat sendiri akan perkembangan fesyennya. Saya cuba-cuba melihat kalau-kalau ada sekolah/ institut yang melahirkan ramai pemaipemain dalam bidang ini, tapi tak jumpa atau mungkin saya kurang faham bahasa yang digunakan.

Saya bertolak dari Venice ke Milan dengan menaiki keretapi. Perjalanan agak jauh juga, keretapi mereka laju dan moden dengan beberapa kemudahan seperti mana yang disediakan oleh Keretapi Tanah Melayu hanya keretapi mereka lebih lancar pergerakan mereka dan tidak bising. Goncangan juga tidak kuat dan hampir tidak terasa. Saya rasa seronok memerhatikan tamadun Itali melalui perjalanan saya dengan keretapi, tetapi yang sangat jelas adalah satu... iaitu negara mereka sangat bersih, tidak seperti negara kita yang akan menjumpai beberapa semak samun yang tidak terurus dan sampah sarap buatan manusia merata-rata tempat di sepanjang laluan keretapi. Maaflah tetapi ini adalah kenyataan.

Ini adalah stesen pengangkutan Milan, menyediakan beberapa pengangkutan dari keretapi, trem, teksi dan bus. Saya turun di sini dan dari sini hanya berjalan kaki ke hotel, perjalanan tidak jauh sangat, tetapi mada masa itu musin panas jadi penat sedikit. Semasa saya nak balik ke Paris dari sini, saya mengambil bus dari Stesen tadi ke Lapangan Terbangan Milan.


Ini adlah gereja lama dan rasanya yang terbesar dan tertua di Milan, dipanggil dengan nama Duomo, dalam bahasa Inggeris di kenali sebagai The Duomo, gereja Gothic cathedrals yang terbesar di dunia. Saya tak dapat nakmengambil gambar di sini hanya sempat snap dari jauh sahaja.