12 January 2011

Pagar Diri Dari Sihir Dan Ilmu Hitam

Saya dapati email ini perlu dikongsi bersama, jadi elok berkongsi dengan kawan-kawan semua.

Di bawah ini di nyatakan cara-cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam. Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda. Ia boleh menyerang anda. Ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

Pagar Pertama (1) - Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: "Barang siapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".(Riwayat al Bukhari.)

Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang Muslim yang mempunyai wuduk. Setiap Muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka. Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!Ampunilah dosa hamba Mu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.'(Riwayat at Tabraaniy dgn sanad yang baik.)

Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang Muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain. Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda: Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan-kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).

Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud utk memagarkan diri dari sihir Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermurahkannya. Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindak balas hasil perlakuan syaitan tersebut. Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun sabda: ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"(Riwayat al Bukhari dan Muslim).

Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang Muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan. Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah!Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan". Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.

Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa: "Ya Allah, aku memohon kepada Mu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteri ku ini ke atas ku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya."(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).

Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap. Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: "Barang siapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi''.
Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata: "Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu."(Riwayat al Bukhari).

Wallahualam....

11 January 2011

Wife???????





Air Mata Nabi Adam

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubat mu itu."

Apa Yang Akan Ditanya:

Dalam sehari ada 24 jam. ? Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali. Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk?

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari? "Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari limaorang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak."

Saya tak ingat dari mana saya dapatkan artikel ini, walau bagaimanapun membacanya menambah ilmu kita. Walallahualam

09 January 2011

Pusara Ayah

Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana memberikan hidayah kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Felda Bukit Senggeh untuk membina tembok penghalang pusara. Sebelum ini kami telah membina tembok di kawasan pusara ayahanda kami sahaja bagi menghalang tanah runtuh dan larut semasa hujan lebat. AJK telah membina tembok di sepanjang kawasan kubur tersebut. Kini tembok itu bukan sahaja dapat menghalang tanah runtuh tetapi memberikan pandangan kawasan kubur yang lebih kemas dan cantik. Di samping itu juga AJK Masjid juga telah memasang beberapa batang lampu dan membina 1 lagi tangga untuk kemudahan pengunjung. Sekali lagi aku ucapkan alhamdulillah syukur kepada Allah.


Hari pertama semasa mengunjungi pusara ayah, aku dapati pusara ayah masih lagi dalam keadaan yang sangat kemas walaupun dah hampir 2 minggu tak dikunjungi dan dikemaskan. Hanya rumput di kaki pusara agak tinggi. Setiap pagi saya akan memotong dan trim rumput yang tinggi. Mungkin disebabkan oleh cuaca yang panas menyebabkan rumput lambat tumbuh, walau bagaimanapun kebanyakan pusara lain dah semak dengan rumput liar.

Emak sedang baca Surah Yasin di suatu pagi di pusara ayah. Ini merupakan amalan kami, setiap pagi sebelum 8 pagi kami dah tiba di pusara ayah dan petang selepas jam 6 kami dah bertolak dari rumah yang jauhnya 1 km untuk menziarahi pusara ayah. Ini semua tertakluk kepada cuaca yang tidak hujan.

Bila lagi agaknya aku dapat ziarah pusara ayah???????? bila??????

Jasin Bandar Ku

Jasin adalah salah satu daerah dari tiga daerah di Negeri Melaka. Kedudukannya lebih ke selatan tanah air, iaitu bersempadankan Negeri Johor. Pada tahun 2007, Jasin telah dinaiktarafkan dari Majlis Daerah Jasin kepada Majlis Perbandaran Jasin, maka mulai pada saat itu Jasin adalah sebuah bandar, walaupun Bandar Jasin masih muda tetapi beberapa pembangunan jelas di sini dan saya jangkakan dalam tempoh 5 tahun lagi Bandar Jasin akan mencapai kecemerlangannya - usaha untuk membangunkan Jasin perlu dimainkan oleh banyak pihak.

Walaupun Jasin antara bandar yang lama telah wujud di Melaka iaitu semasa perkembangan Kesultanan Melayu Melaka, dipercayai Jasin merupakan lokasi di mana Laksamana Hang Tuah telah disorokkan oleh Bendahara Melaka semasa beliau dijatuhkan hukuman bunuh, lokasi tepat tidak diketahui, tetapi ada kemungkinan di Kampong Gapam kot, saya kurang pasti tentang ini.

Walau bagaimanapun bangunan batu yang lebih tersusun telah didirikan antara tahun 1925 hingga 1930, iaitu lebih kurang 60 tahun yang lalu. Pada pandangan saya ada di antara bangunan ini yang perlu dipelihara dan dijaga untuk mewariskannya kepada generasi yang akan datang. Sebagai contoh deretan bangunan kedai di atas yang dibina pada tahun 1925 yang mempunyai kesenian tersendiri atau kesenian dari Negara India yang mempunyai seperti gerbang di atas bangunan.

Bangunan Ibu Pejabat Polis Jasin, di belakangnya nampak beberapa bangunan kuarters polis yang telah ada sejak saya masih bersekolah menengah di Sekolah menengah Jasin (SMJ) yang kini dikenali dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Jasin (SMKJ). Setiap hari saya dan kawan-kawan berjalan kaki dari Asrama Puteri Jasin di Sekolah Iskandar Syah (SIS) ke SMJ.

Disebabkan oleh bangunan-bangunan ini dibangunkan atas tapak bangunan/ kedai lama (mungkin sezaman dengan Laksamana Hang Tuah kot), yang pada zaman itu mungkin kereta yang popular adalah kereta lembu dan kereta kuda sahaja, maka jalan yang diperlukan tidak luas. Mungkin sebab itulah jalan raya yang ada sekarang ini bersaiz kecil dan sempit walaupun telah diluaskan hampir sangat dengan tepi bangunan sedia ada.

Saya dengar ada ura-ura sebuah stesen kereta api yang baru akan dibina di Batang Melaka, berjarakkan beberapa meter sahaja dari stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Batang Melaka yang sedia ada. Projek ini dijangka siap pada tahun 2012 dan ianya dijangka akan menjadi mercu tanda Daerah Jasin dan lebih khususnya bagi Pekan Batang Melaka, Nyalas dan Selandar. Jika projek ini menjadi maka Melaka amnya dan Daerah Jasin khasnya akan mempunyai sebuah stesen kereta api yang moden dan canggih.

Emak sedang menuju ke kereta yang saya parkirkan di Taman Bunga Jasin berhadapan dengan IPD Jasin. Masa ini kami dalam perjalanan pulang ke Felda selepas mengambil gigi palsu mak.

08 January 2011

Lima Cara Pilih Sahabat


NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuan mu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada diri mu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuan mu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan diri mu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapa mu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa diri mu, dia suka membantu dan meringankan mu serta menghiburkan mu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentingan mu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.


Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajah mu dengan linangan air mata keinsafan;
Lidah mu basah dengan berzikir kepada Pencipta mu;
Hati mu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbi mu; dan
dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Zat yang Memiliki mu."

Fikir-fikirkanlah.... semoga kita akan menjadi sahabat terbaik untuk sesorang....

07 January 2011

Catatan Perjalanan - Venice, Itali


Antara bandar-bandar di Eropah yang saya suka lawati adalah Venice. Salah satu bandar dalam negara Itali atau Italia panggilan oleh rakyat Itali. Saya ke Venice dengan penerbangan - menaiki kapal terbang Easy Jet dari Lapangan Terbang Charles De Gore, Paris. Penerbangan merentasi banjaran Alps, tetapi macam kurang salji di banjaran tersebut sebab pada masa itu adalah musim panas. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 45 minit atau 1 jam.


Pesawat mendarat di Lapangan Terbang Venice, lapangan terbang yang kecil sahaja. Daripada sini saya terpaksa berjalan kaki sedikit untuk sampai ke stesen Water Bus - Dari lapangan terbang tadi hanya water bus sahaja yang boleh membawa pengunjung untuk ke tengah-tengah Bandar Venice. Saya ni fobia dengan air terutamanya yang mempunyai kedalaman seperti kolam, sungai dan laut. Jadi bila nak melangkah naik ke Water Bus saya dan mula bimbang, takut terjatuh ke dalam air. Perasaan je tu... bukannya mudah nak jatuh, tetapi biasalah perasaan takut akan mengatasi fikiran yang waras. Dengan hati-hati saya melangkah ke water bus yang lebih kurang macam feri di negara kita.


Perjalan dengan Water Bus tidaklah lama sama, iaitu lebih kurang 40 minit... dan apabila tiba sahaja di salah satu jeti yang hampir dengan hotel yang dah disewa... wow...wow ramainya manusia... macam-macam warna, bentuk dan rupa... Memandangkan pada masa itu musim panas, jadi ramai yang berpakaian secara santai sahaja. Rata-rata di bandar ini ramai orang, jadi agak susah untuk berjalan dengan menarik beg pakaian, tersangkut-sangkut dan terlanggar orang.


Yang bagusnya kat sini tak ada kereta, yang ada hanya basikal dan kereta tarik, serta gondola sahaja. Hendak tak hendak, terpaksalah saya tarik beg sendiri hingga ke hotel. Jauh juga dan bukan main banyak jambatan kecil-kecil dekat 5 ke 6 atau 7 jambatan yang terpaksa dilalui. Dah la macam tu jambatan-jambatan tu di buat macam berbukit... mana nak tarik beg yang berat. Mula tu saya menyungut juga tapi baru saya faham jambatan tu dibina sedemikian rupa adalah untuk membolehkan bot dan gondola melalui di bawahnya.


Lepas penat berjalan... alhamdulillah aku tiba juga di hotel .... yahooooooo... boleh berendam dalam air panas untuk relaxkan badan dan kaki.. Hotel di sini kecil-kecil dan kesemuanya di tepi laluan/ terusan, dari luar nampak macam buruk sahaja, tetapi apabila dah masuk ke dalam hotel, suasana yang selesa dan dihias dengan cantik dan menarik. Sayangnya hotel yang saya sewa tak ada lif dan saya di tempatkan di tingkat 3, dengan beg yang berat mengangkak juga saya naik tangga.

Satu lagi masalah, di sini tiada satu restoran muslim yang saya jumpa, tetapi ada beberapa pekerja restoran yang muslim. Apa nak buat makan pasta je la dan memang tak kenyang selama 2 hari saya di Venice.

Felda terabai dari jalur lebar


Pencapaian diutamakan dan rakyat diutamakan. Betul ke??????????? Dari segi ekonomi mungkin slogan ini boleh dikatakan benar..., tetapi bagaimana dengan perkara lain seperti bidang komunikasi... Mungkin jika kita berada di bandar masalah komunikasi tidak jelas. Tetapi apabila saya dah balik ke Felda slogan tu saya rasakan macam tak betul je!!!! atau slogan itu tidak menyeluruh, apa tidaknya tak usah nak kata jalur lebar, untuk dapatkan connection EDGE atau GPRS pun susah sangat. Agaknya Menteri terlaung-laung sendirian ke???? atau mungkin ramai 'orang-orang besar' terfikir bahawa 'orang Felda' ni tak reti gunakan internet kot!!!!!

Inilah masalahnya bila balik ke Felda, memang tak de kemudahan internet langsung. Komplin dan berbakul-bakul kami ajukan, tak usah kata service provider dah feed-up dengan kita, kita sendiri pun dah malas nak komplin lagi sebab tidak ada tindakan. Jadi slogan rakyat diutamakan tu mungkin berguna hanya di bandar-bandar besar je. Yang bagusnya, bila menteri mengucapkan slogan tersebut semasa kempen di kampong-kampong, orang kampong boleh bersorak dan bertepuk tangan, apa yang mereka faham agaknya. Dan Menteri akan balik ke bandar-bandar besar mereka dengan puas hati dan berharap pilih raya kali itu mereka akan menang besar. Kelakar juga....

Agaknya ini sebabnya anak-anak Felda tak suka balik kampong sebab sukar untuk berhubung dengan dunia luar atau lebih famous dunia tanpa sempadan. Jadi tinggalkan orang tua masing-masing tanpa dijengah oleh mereka.

Setiap kali saya ke Bandar Jasin, saya terpaksa pikul Note-book, tujuannya satu sahaja, iaitu untuk mendapatkan akses internet takkiralah kat mana-mana je, dapat sejam dua pun jadilah.

Saya tak nak cerita panjang tentang slogan dan isu yang saya hadapi, nanti ada hati dan jiwa yang punah dan kecil hati... Apa yang boleh saya dilakukan...tunggu je!!!!!