Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, mereka adalah :-
1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a
Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah S.A.W."
Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dari ku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."
Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-
1. Hendaklah ia menjaga solatnya;
2. Hendaklah dia bersedekah;
3. Hendaklah dia membaca al-Qur'an; dan
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.
Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-
1. Jangan berdusta;
2. Jangan mengkhianat;
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini); dan
4. Jangan kencing sambil berdiri.
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam seksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.
Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal.
Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah saja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."
Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri.
Sekiranya dia rajin membaca al-Qur'an, maka al-Qur'an itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.
Benar sekali bagai yang dikata. Iman & Taqwa bukannya boleh diwarisi. Walau dia anak seorang Nabi sekali pun belum tentu dijamin daripada mendapat kelepasan azab dunia mahu pun akhirat.
Catatan pengalaman, pendapat dan curahan hati untuk dijadikan bacaan ringan sanak saudara dan kawan-kawan - tiada rahsia. Semua dijemput.
05 January 2011
TIPS : 20 amalan murah rezeki
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba Nya untuk memperoleh rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:
1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak mensia-siakan pengabdian diri hamba Nya, seperti firman Nya dalam hadis kudsi: "Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah Ku maka Aku akan membuat hati mu kaya dan menutup kefakiran mu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tangan mu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiran mu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: "Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
"… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman Nya: "(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)
5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: "Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w..: "Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: "Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)
7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: "Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…" (Riwayat Muslim)
8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.
9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: "Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."
10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: "Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)
12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda:
"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: "Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.
15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambah nikmat Ku kepada mu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman Nya lagi: "… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan Mu, ya Fattah ya 'Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.
18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim) Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya:
"Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) ." (At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda: "Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam erti kata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian Nya.

04 January 2011
Pemeriksaan Kesihatan Emak
Hari ini Mak ada pemeriksaan kesihatan berjadual di Klinik Selandar. Kami bertolak dari rumah jam 7.20 pagi tapi singgah sekejap di Pusara Ayah untuk sedekahkan Al-Fatihah. Selepas tu terus ke Klinik. Hari Selasa klinik tak ramai orang, jadi setiap kaunter tidak lama menunggu hanya untuk jumpa doktor terpaksa tunggu lama sikit. Kebanyakan pemeriksaan yang mak lalui ok saja... Memandangkan mak masih lagi berpuasa, jadi doktor minta mak diambil darah untuk dianalisis. Alhamdulillah walau bagaimanapun doktor bertugas minta mak lakukan x-ray kerana batuk mak tak baik-baik walaupun sudah hampir 3 - 4 bulan.
Esok kami akan ke Klinik Pesakit Luar Hospital Jasin untuk ambil x-ray dan periksa mata mak pulak. Selepas itu, filem x-ray dan keputusan pemeriksaan mata perlu dihantar semula ke Klinik Selandar, laporan itu mungkin untuk pemeriksaan yang akan datang. Pemeriksaan mak yang akan datang adalah pada 25 April 2011 hari Isnin pagi. Nampaknya kena ambil cuti lagilah saya, kurang-kurangnya seminggu.
Berbaloi betul cuti kali ni, hampir setiap hari ada sahaja urusan untuk mak dilakukan, tetapi rasa sangat penat kerana cuaca di Daerah Jasin ni sangat panas. Rupanya mengikut jiran-jiran dan saudara mara dah lama tak hujan. Patutlah..... Terfikir pulak oleh saya.... camna saya nak kerja di Jasin yang panas ni??????????????? Tapi mengikut peribahasa Melayu Alah Bisa Tegal Biasa maknanya lama-lama nanti oklah tuuuu.......
Mak belanja makan tengahari kat Selandar.
kesal kerana internet sini slow macam siput babi....dah banyak kali upload gambar tapi gagal.... tunggu i tiba kl lah nampaknya.
03 January 2011
Membetulkan Niat Menuntut Ilmu
Oleh : Ustaz Mohd Asri Zainul Abidin
Ditaip semula oleh : Abdul Kadir.
Terima kasih atas usaha ini, semoga dapat dimanfaatkan oleh semua. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Amin
Sabda Nabi s.a.w. maksudnya :
“Daripada Ka’ab bin Malik r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang menuntut ilmu (agama) untuk menyaingi ulama, atau berbahas dengan orang jahil, atau supaya dengan ilmu tersebut wajah orang ramai tertumpu kepadanya, maka Allah masukkan dia ke dalam neraka.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah daripada Ibn ‘Umar, al-Hakim daripada Jabir bin ‘Abdillah. Al-Hakim menyahihkannya dan disetujui oleh al-Zahabi. Lihat : Al-Mustadrak 1/272, cetakan Dar al-Ma’rifah, Beirut. Ada perselisihan dalam menentukan kedudukan hadis ini, namun hadis ini mempunyai syahid (pembuktian daripada riwayat lain) yang menjadikannya pada darjah sahih.)
Tujuan menuntut ilmu agama adalah untuk keluar dari kejahilan demi mencari kebenaran dan berpegang kepadanya. Juga untuk menegakkan kebenaran dan membelanya. demikian tugasan dan tanggungjawab taalib al-‘Ilm dan ulama’ (ahl al-‘Ilm). Menuntut ilmu adalah ibadah dan ianya membawa insane muslim ke syurga. Namun ada di kalangan manusia golongan yang ingin bermegah-megah dengan ilmu agamanya, bukan untuk kebenaran tetapi sekadar untuk menaikkan diri dan kedudukannya sahaja. Dalam hadis ini disebut tiga niat buruk yang menyebabkan penuntut ilmu agama dihumban ke dalam neraka.
Pertama : Liyujaariya bihi al-‘Ulama’ – iaitu untuk bersaing dengan ulama.
Kata al-Imam Ibn Athir (wafat 606H) : “maksudnya ialah untuk dia bersama ulama di dalam perbahasan dan perdebatan bagi menzahirkan ilmunya kepada orang ramai dengan tujuan riya’ dan sum’ah (inginkan kemasyhuran). (Ibn al-Athir, al-Nihayah fi gharib al-Hadith wa al-Athar, 1/256, cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut.)
Turut berbincang dan berbahas dalam majlis ulama atau dengan para ulama bukanlah satu kesalahan. Apatah lagi jika seseorang itu benar-benar berkemampuan. Islam menggalakkan kebangkitan ilmu dan generasi intelektual yang baru.
Islam mengalu-alukan ijtihad yang baik dan memenuhi tuntutan. Namun yang salah ialah pada niatnya yang ingin menjadikan ilmu sebagai jambatan kesombongan dan ketakburan. Ilmu yang sepatutnya membawa dirinya kepada syukur dan insaf dijadikan sebagai punca sikap bangga diri dan menunjuk-nunjuk.
Kesan niat yang sangat buruk sangat bahaya; orang yang seperti ini hanya mementingkan dirinya sahaja bukan kebenaran fakta. Dia hanya ingin menegakkan hujahnya untuk menaikkan namanya bukan untuk kebenaran yang Allah redai. Jika dia melihat kebenaran di pihak lain dia akan menolak dan mencari dalih yang baru demi menjaga kemasyhuran namanya. Maka tempat orang seperti ini di dalam neraka.
Kata al-Imam al-Tibi (wafat 743H) : “Maksud hadis ini ialah dia tidak menuntut ilmu kerana Allah, sebaliknya untuk dia berkata kepada para ulama : “aku ini berilmu seperti kamu”, kemudiannya dia takbur dan meninggikan diri pada orang ramai. Ini semuanya (sifat) yang tercela dan azab siksa akan dikenakan kepadanya.” (Al-Tibi, Syarh al-Tibi ‘ala al-Miskah al-Masabih, 1/420, cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut.)
Kedua : Liyumaariya bihi as-Sufahaa’ – untuk bertengkar dengan orang jahil.
Kata Imam al-Munawi (meninggal 1031H) : “Maksudnya ialah untuk dia berhujah dan bertengkar dengan mereka secara sombong dan membanggakan diri.” (Al-Munawi, Faidh al-Qadir, 6/176, cetakan al-Maktabah al-Tijariyah al-kubra, Mesir)
Niat buruk kedua dalam menuntut ilmu agama ialah menuntut ilmu dengan tujuan untuk bertengkar dengan orang yang jahil kerana ingin menunjukkan kehebatannya. Sedangkan antara tujuan ilmu ialah untuk menyelamatkan orang jahil agar menemui kebenaran. Ini kerana akal golongan yang jahil sangat terhad dan memerlukan bimbingan. Namun ada golongan yang menuntut ilmu untuk bertengkar dengan golongan jahil ini dan menunjukkan kehebatannya kepada mereka. Orang jahil yang terhad ilmu dan akalnya pasti menyangka dia hebat. Mungkin hal ini tidak dapat dilakukan di hadapan ulama maka dia mencari ruang di kalangan orang jahil.
Sebenarnya berbahas, atau berhujah, atau berdebat itu sendiri bukanlah perkara yang terlarang dalam syariat, tetapi ianya mestilah dengan cara yang baik dan membawa kesan yang positif. Bukan untuk kesombongan dan ketakburan tetapi untuk membimbing manusia kembali kepada hidayah. Firman Allah dalam surah al-Nahl ayat 125 yang bermaksud : “Serulah ke jalan tuhan mu (wahai Muhammad) dengan hikmah (kebijaksanaan ) dan nasihat pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya tuhan mu Dia lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan Nya, dan Dia lebih mengetahui siapa yang mendapat hidayah petunjuk.”
Kata al-Tibi : “Maksud : berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik ialah dengan cara yang terbaik dalam perdebatan, iaitu dengan lunak dan berlemah lembut tanpa bersikap kasar dan keras. Ini kerana golongan yang jahil itu kurang pertimbangannya.” (Al-Tibi, op.cit. 1/420.)
Ketiga : Yasrifa bihi wujuuha an-Naasi ilaihi – agar dengan ilmu tersebut wajah orang ramai tertumpu kepadanya.
Ini niat buruk yang ketiga iaitu menuntut ilmu agar mendapat habuan, harta dan pangkat. Dia menjadikan pengetahuan agama untuk mencari populariti atau mendapat kedudukan dan jawatan. Menjadikan orang ramai tertarik kepadanya. Orang yang seperti ini sebenarnya bersedia untuk menjual agamanya untuk habuan dunia yang dia buru.
Kesalahannya bukan kerana dia mendapat habuan dunia atau kemasyhuran tetapi niatnya yang memburu dunia dengan mempergunakan agama itu adalah suatu kesalahan.
Jika menjelmanya tiga niat buruk ini dalam jiwa pemegang amanah ilmu maka ilmu tidak lagi menjadi cahaya yang menerangi kegelapan, sebaliknya ilmu akan dijadikan jualan untuk mendapatkan habuan. Oleh itu Nabi s.a.w. menjanjikan tiga niat buruk ini dengan neraka. Dalam hadis yang lain baginda menyebut : maksudnya : “Daripada Abu Hurairah ; Sabda RasululLah s.a.w. : “ Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang dengannya dicari redha Allah Azza wa Jalla, tetapi dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan habuan dunia, maka dia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat.” (riwayat Abu Daud dan Ibn Majah. Al-Nawawi menyahihkannya dalam Riyadh al-Solihin – lihat Ibn ‘Allan, Dalil al-Falihin, 4/191 cetakan Dar al-Fikr, Beirut)
Pengajaran Semasa
1- Semua para penuntut ilmu syarak pada zaman ini di semua peringkat hendaklah membersihkan niat asal mereka dalam menuntut ilmu. Jika golongan ilmuwan Islam dapat dipulihkan niat mereka agar bersih dan mencari redha Allah s.w.t. pastinya Islam akan terbela dan setiap yang mempermain-mainkannya akan terjawab.
2- Kemunculan individu dan NGO tertentu yang cuba menjadikan nas-nas agama sebagai sendaan adalah terbit daripada salah satu dari tiga niat di atas. Mereka ini bukan sahaja tidak mencukupi ilmu pengetahuan agamanya sebaliknya mereka gagal membersihkan niat mereka dalam menuntut ilmu syarak atau ketika membaca bahan agama.
3- Kelahiran tokoh agama ‘segera’ yang mengajar agama di surau, masjid dan sebagainya tanpa mendalami ilmu-ilmu Islam dan disiplin setiap ilmu adalah berpunca dari niat ingin menzahirkan diri sekalipun mereka tidak layak. Sebahagian mereka sememangnya mempunyai sedikit pengajian agama. Namun niat ingin segera muncul di khalayak ramai menjadikan mereka tergesa-gesa menjadi guru orang ramai sebelum mereka menguasai ilmu. Maka lahir fatwa-fatwa yang mencanggahi kitab Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w.
4- Orientalis telah memperdayakan umat Islam dalam persoalan niat menuntut ilmu ini. Maka kita dapati pada hari ini ramai yang memiliki sijil agama sehingga ke peringkat kedoktoran falsafah dari dunia barat dengan ‘berguru’ kepada Yahudi dan Kristian. Sikap tidak mementingkan ilmu dan ingin segera memiliki sijil segera dan memperoleh habuan dunia menjadikan sebahagian mereka mengambil jalan pintas dengan berguru kepada musuh-musuh agama dalam bidang agama. Kebanyakan mereka pulang ke dunia Umat Islam dengan membawa pemikiran yang beracun. Secara sedar atau tidak mereka ini hari demi hari hanya menambahkan keraguan jiwa mereka terhadap agama, demikian juga mereka sebarkan kepada umat Islam.
Sebab itu seorang tabi’ besar Muhammad bin Sirin (wafat 110H) menyebut : maksudnya : “Sesungguhnya ilmu ini (mengenai al-Quran dan as-Sunnah) adalah Deen (agama). Oleh itu perhatikanlah daripada siapa kamu semua mengambil agama kamu.” (riwayat Muslim pada muqaddimah sahihnya)
Bayangkan bagaimana dipelajari aqidah Islamiyyah daripada guru yang kafir yang tidak percayakan Islam, bagaimana dipelajari tafsir daripada guru yang tidak percayakan al-Quran, bagaimana dipelajari hadis daripada guru yang tidak beriman dengan Muhammad sebagai Rasul, bagaimana dipelajari fikah daripada guru yang tidak pernah mengamalkan hukum hakam syarak. Namun hanya kepada Allah kita mengadu betapa ramai anak-anak umat Islam yang mendapat kelulusan agama dengan panduan mereka yang tidak beriman kepada Islam. mereka pulang dengan membawa gelaran-gelaran ilmu, namun sebenarnya sebahagian mereka hanya membawa racun kepada umat Islam

Mak Service Gigi
Sekarang ni saya ada di Klinik Pergigian Guna Jasin Melaka dan Emak sedang service giginya. Rupanya banyak juga gigi mak yang kena repair dan ada yang kena ganti (gigi palsu) yang paling utama adalah gigi bawah sebelah depan emak kena cabut sebatang dan selepas ini kenalah buat gigi palsu.
Baru hari ini aku tahu rupanya di Jasin hanya ada sebuah sahaja Klinik Gigi swasta selain daripada Klinik Pergigian Kerajaan. Sebelum ini kami dah ke Klinik tersebut, tetapi untuk buat gigi kita kena tunggu 4 hingga 5 bulan hanya untuk dipanggil mengambil ukuran gigi dan selepas itu tak tahu berapa lama lagi untuk tunggu gigi siap.
Dalam membuat gigi palsu, rupanya ada 3 prosedur, iaitu ambil ukuran, cubaan dan collection. Mengikut klinik ini gigi palsu mak boleh siap dalam seminggu dah boleh dicollect.
Selepas ni kami nak pergi ke rumah Mak Lang.

02 January 2011
Catatan Perjalanan - Genoa, Italia
Genoa atau Genova adalah sebuah bandar yang agak lama di Itali, bandar yang popular dengan pelabuhan kerana kedudukannya di pinggir teluk. Walaupun bandarnya agak lama, tetapi pembangunan dan permodenan jelas kelihatan. Untuk mendapat maklumat yang lebih jelas mengenai bandar ini kawan-kawan boleh melawat web berikut:- http://en.wikipedia.org/wiki/Genoa. Saya ke bandar ini pun kerana tugas rasmi yang perlu diselesaikan.
Saya bergambar di antara lorong-lorong yang banyak di bandar ini, yang rata-ratanya mempunyai banyak pula kedai-kedai kecil atau gerai-gerai cenderahati. Cenderahati yang dijual di sini adalah lebih murah jika dibandingkan di kedai-kedai besar. Diperhatikan kebanyakan pengunjung luar negara lebih suka membeli di kedai/ gerai sebegini kerana harga masih lagi boleh ditawar. Walau bagaimanapun urusan tawar menawar agak sukar kerana kebanyakan orang Itali tidak suka/ tidak tahu berbahasa Ingeris. Jadi berkomunikasi secara signal tangan sahaja.
Foto ini diambil di salah sebuah restoran di pantai Genoa, kami diundang oleh salah seorang sahabat yang sama-sama bertugas disini, beliau adalah rakyat tempatan - kami diundang untuk makan malam bersama mereka, sayangnya kami tiba di sini awal petang malangnya restoran ini masih lagi tutup, semua payung, meja dan kerusi belum dibuka dan disusun. Saya terlupa nama pantai dan restoran ini, tetapi ianya agak popular juga.
Kapal di belakang saya adalah kapal lama, macam tongkang je dari sudut pandngan saya. Kapal ini dijadikan pertunjukan kepada orang ramai. Dipercayai kapal ini tidak digerakkan dan dijadikan seperti muzium. Genoa adalah merupakan bandar pelabuhan, jadi kapal dan bot adalah kenderaan yang sinonim dengan bandar ini. Genoa juga adalah bandar yang berkepakaran dalam membuat dan membina pelbagai jenis kapal serta membaiki kapal. Salah sebuah shipyard yang kami jumpa adalah Fincantieri Shipyard.
Bergambar di hadapan Hotel Antiche Dimore di waktu pagi, sementara menunggu kenderaan yang disewa tiba untuk membawa kami ke lokasi bertugas. Kami bertugas selama 3 hari - dari pagi sehingga petang. Hotel ini adalah merupakan bangunan lama yang terpelihara, reka bentuk yang unik dan antik serta terpencil. Kedudukannya di atas sebuah bukit yang kecil. Laluan untuk ke hotel ini agak kecil dan berbengkang bengkok.
Permandangan teluk yang cantik dari Hotel Antiche Dimore yang terletak di atas sebuah bukit.
Kerana tugas yang banyak dan perlu disiapkan, kami tak dapat nak meronda bandar Genoa. Rasanya macam kena pergi semula untuk melancong. Tapi entah bilalah agaknya......
01 January 2011
Alhamdulillah Selamat Sampai
Lebih kurang jam 12.15 tengahari aku sampai di rumah adik aku, Ain di Tampin. Ain dah siap masak, aku yang memang belum makan breakfast apa lagi makan dengan sesedap rasanya. Ain masak lemak cili padi, itu yang terangkat.
Selepas makan, aku dan emak bertolak balik ke rumah kami di Felda Bukit Senggeh, dalam Daerah Jasin, Melaka. Kami di rumah lebih kurang jam 2.30 petang.
Terima kasih kepada kawan-kawan yang mendoakan keselamatan saya tadi.

Doakan saya selamat dalam perjalanan
Selamat Tahun Baru 2011 - secara tak langsung dah tua setahun lagi ha...ha..ha. Tapi aku tetap bersyukur kerana Allah memberikan aku peluang untuk hidup sehingga keusia ini. Tapi aku juga kena sadar betapa aku perlu mula berubah untuk lebih giat mengumpulkan bekalan ku nanti.
Oklah tak boleh nak cerita panjang... Sebab sekejap lagi aku nak bertolak balik ke kampong aku. Emak dah tunggu kat rumah adikku Ain di Tampin. Rancangan aku nak bertolak jam 10.00 pagi ni... ada 1 jam untuk siap sedia.....
Kereta dah service tapi rumah tak sempat kemas.... itulah problemnya bila dah mengadap komputer yang lain lupa dan malas nak buat.

Apapun tolong doakan agar aku selamat dalam perjalanan. Nanti kita sambung lagi masa aku ada kat kampong. Teruja nak melawat pusara ayahku....... Rindu sangat pada dia...... Nanti akan ada foto baru pusaranya.... TUNGGUUUUUUUUUUUUU.
OK big kiss....... muah... muah...

Subscribe to:
Posts (Atom)