24 December 2011

Sepintas Perbandingan Gaji SBPA Antara Skim N dengan Skim M

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri (PM) atas keputusan tegasnya untuk menangguhkan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Januari 2012. Keputusan itu dibuat pada 22 Disember 2011 semasa rombongan Cuepecs menemui beliau kerana kurang puas hati dengan beberapa aspek dalam SBPA sebagai contoh gaji, laluan kerjaya, peluang melanjutkan pelajaran, exit policy dan sebagainya. Keesokan harinya JPA menjemput Cuepecs ke JPA untuk berbincang, dari hati kecil saya yang amat dalam saya menjangkakan akan berlaku tawar menawar kerana saya dapat merasakan bahawa JPA akan meneruskannya SBPA ini dengan apa yang telah diusahakan setakat ini.

Tertanya-tanya saya adakah JPA bersetuju untuk mengkaji semula aspek-aspek di atas sehingga penjawat awam (pa) betul-betul faham dan setuju. Tetapi saya menjadi sangat sangsi kepada hasil perbincangan mereka iaitu SBPA ditangguhkan sehingga 15 Januari 2012, sempatkan kajian-kajian dilakukan dalam tempoh ini? sempatkah taklimat untuk menerangkan kepada pa dilakukan, sedangkan taklimat yang dilakukan selama ini pun tidak semua pa memahaminya. Kalau dulu dengan tersembunyinya Lampiran C kepada Pekeliling membuatkan adakan pa yang 'syok sendiri' apabila melihat kenaikan gaji yang ditawarkan kepada mereka tanpa melihat jadual gaji skim lain, dan apabila mereka mengetahui jadual gaji tersebut dan membuat perbandingan mereka mula membayangkan rasa tidak puashati. Itulah kesilapan awal oleh JPA iaitu mengeluarkan pekeliling tidak lengkap tanpa jadual gaji. Perkidmatan Awam (PA) melaung-laungkan dasar Ketelusan, tetapi kenapa dalam hal ini jelas ketidaktelusan Kerajaan (JPA). Begitu juga semasa taklimat ramai pa yang merungut, kerana tiada sessi soal jawab yang profesional. Itulah yang menjadikan pa mendakwa PA tidak adil dan ada agenda tersembunyi.

Jom, kita lihat jadual di bawah, saya lebih berminat dengan skim yang saya wakili dan skim di atas skim saya serta skim di bawah skim saya. Kita lihat secara konsep di mana setiap pegawai di dalam sesebuah organisasi dinilai dengan kaedah Sasaran Kerja Tahunan (SKT), Key Indicator Performance (KPI) atau kaedah-kaedah lain. Tiada organisasi yang pernah membuktikan berjaya tanpa kerjasama warganya, kerjasama merupakan kunci utama kejayaan umpamanya perumpamaan Ingeris no man is an island - maksudnya tak ada pegawai yang bekerja sendiri (one-man show) kita sendiri perlukan rakan gred N26 ke bawah membantu kita capai SKT kita, manakala kita membantu skim di atas kita capai SKT mereka. Yang menjadi persoalan kenapa jurang gaji antara skim-skim ini terlalu jauh, dan semakin jauh dalam SBPA - bagaimana JPA boleh lepas menjelaskan kepada YBg KPPA dan YAB PM sebelum ini bahawa skim yang dicadangkan ini skim terbaik. Maaflah kalau saya katakan ianya terbaik hanya untuk segolongan pa sahaja.

Dalam organisasi sebenar kebanyakan dalam Kerajaan negara ini terdapat 3 lapisan, iaitu Gred 26 ke bawah, Gred 26 hingga 27 dan Gred 41 ke atas. Tetapi sifir rombakan gaji SBPA hanya menunjukkan 2 lapisan sahaja seperti di bawah. Dalam analisis ini jangan gunakan peratusan kerana peratus tidak menunjukkan keadaan sebenar. Cuba lihat kenaikan gaji maximum kerana kenaikan gaji maximum akan menentukan berapa RM yang kita terima semasa Kerajaan menawarkan gaji kita dari SSM kepada SBPA. Manakala gaji minimum melibatkan pegawai lantikan baru.

Gred SSM

SSM P1 (RM)

SBPA (RM)

gaji min

gaji max

KGT

gaji min

gaji max

KGT

M 54

5,253.91

6,838.84

229.60

7,100.00

11,580.00

320.00

M52

4,981.18

6,432.49

207.33

5,335.00

9,685.00

290.00

M48

4,427.36

5,878.67

207.33

4,510.00

8,830.00

270.00

M44

3,023.34

5,013.25

153.07

3,035.00

7,285.00

250.00

M41

1,993.63

4,718.25

153.07

1,935.00

6,230.00

230.00

N36

3,001.40

4,439.78

163.35

3,035.00

5,555.00

180.00

N32

2,413.04

3,592.76

98.33

2,710.00

4,880.00

155.00

N27

1,204.55

3,027.10

98.31

1,410.00

4,185.00

150.00

N26

2,196.75

2,983.23

98.31

2,265.00

4,015.00

125.00

N22

1,915.43

2,838.04

98.31

1,920.00

3,530.00

115.00

N17

820.38

2,151.35

66.55

955.00

2,780.00

100.00

Jadual 1: Perbezaan Kenaikan Gaji Maximum dan KGT

Jadual 2 di bawah adalah kiraan saya menunjukkan perbezaan dalam kenaikan/ turunnya Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dan julat KGT antara gred berbanding SBPA dengan SSM. Ini yang saya bangkang sekeras-kerasnya kerana setiap kali kajian gaji kumpulan B (spesifiknya EO) akan dilenyapkan secara paksa, terbukti kini EO dikumpulkan dalam Kumpulan Pelaksana - kesedaran ada di pihak Kumpulan B tetapi tiada taring untuk berjuang dan tiada ruang untuk menyuarakannya, maka inilah jadinya setelah 3 kali kajian gaji iaitu SSB, SSM dan SBPA EO terus ketinggalan jauh di dalam kumpulan yang tidak sepatutnya. Saya tak mahu bayangkan PISA pada 5 tahun yang akan datang, makin tertinggallah gred-gred ini dan akhirnya akan disatukan dalam 1 kumpulan sahaja seperti mana sekarang ini iaitu Kumpulan Pelaksana.

Sama ada sedar atau sengaja tidak mahu sedar nahawa kejayaan sesebuah organisasi bukan di atas bahu pihak pengurusan sahaja, pengurus pertengahan adalah di mana cetusan idea organisasi dilahirkan, bagi saya sikap kerjasama perlu ditunjukkan dalam ganjaran dan bukannya hukuman seperti ini. Pada saya kalau cemerlang organisasi itu - cemerlanglah semua warganya (ada juga 1 -2 yg mungkin tidak) maka sama jugalah dengan kenaikan/ julat gaji masing-masing, tak patut ada range yang jauh.

Kalau kita ambil contoh KGT di bawah, saya tidak nampak pola mathematik langsung atau kaedah-kaedah lain yang menyebabkan kenaikan yang tidak serata ada yang tinggi dan ada yang rendah, bersikap adillah kepada kami, dan janganlah kami dianaktirikan, mentang-mentang kuasa ada ditangan anda. Sebagai contoh kenapa range KGT M41 tiba-tiba meningkat sehingga RM50.00 (kenaikan RM76.93), yang hairannya KGT N36 hanya RM16.65 sahaja dari KGT SSM, begitu juga dengan kenaikan KGT N22 RM16.69. Yang hairannya julat KGT N32 pula hanya RM5 sahaja. Kelakarnya.

Macam saya kata tadilah, mereka yang mengubal SBPA ini kenalah adil dan saksama dengan semangat bekersama dan bukannya semangat 'kau kerja untuk aku'.

Gred SSM

Kenaikan (RM)

(Gaji SBPA – Gaji SSM)

Julat kenaikan KGT

gaji min

gaji max

KGT

M 54

1,846.09

4,741.16

90.4

30

M52

353.82

3,252.51

82.67

20

M48

82.64

2,951.33

62.67

20

M44

11.66

2,271.75

96.93

20

M41

(58.63)

1,511.75

76.93

50

N36

33.60

1,115.22

16.65

25

N32

296.96

1,287.24

56.67

5

N27

205.45

1,157.90

51.69

25

N26

68.25

1,031.77

26.69

10

N22

4.57

691.96

16.69

15

N17

134.62

628.65

33.45

Jadual 2: Kenaikan KGT dan Julat KGT

Akhirnya saya amat berharap dalam tempoh tak sampai 1 bulan ini, kalau boleh sebanyak mungkin kajian semula dilakukan oleh Quepecs bersama JPA. Quepecs kenalah bekerja keras, serta bersedia dengan banyak soalan - bagaimana/ apa formula yang mereka gunakan. Ini penting supaya tiada kesangsian dalam diri pa apabila SBPA mula dilaksanakan, jika tidak akibatnya - moral pa yang tidak puashati akan terjejas dan sure objektif organisasi khususnya dan PA amnya terjejas. Itu belum mengambil kira kemungkinan perubahan dalam PRU yang akan datang.

No comments: