Showing posts with label Unit PTK. Show all posts
Showing posts with label Unit PTK. Show all posts

13 April 2015

Farewell Pn Jayagowri dan En Din PTK

Pada 24 Mac 2015 saya telah dijemput oleh Unit PTK untuk menghadiri Majlis Perpisahan yang mereka adakan untuk Ketua Unit - Puan Jayagowri yang lebih mesra dengan panggilan Puan Gowri dan Encik Khairudin yang lebih mesra dengan panggilan En Din. Majlis sempena pertukaran Puan Gowri ke Labuan manakala ianya juga adalah majlis perpisahan buat En Din sempena persaraan beliau. Foto di atas menunjukkan Puan Gowri sedang memberikan ucapan dan amanat untuk stafnya.

Inilah dia En Din, seorang yang sangat bersahaja dan banyak ilmu. En Din bersara pilihan mungkin nak menemani isterinya yang juga seorang guru yang dah bersara. Apa yang dicakapkan oleh En Din? ianya menjadi kenang-kenangan kami yang pernah bertugas dalam unit yang sama.

Sungguh istimewa, Kek yang memaparkan gambar kartun mereka. Tapi rasanya mereka digambarkan dalam umur belasan tahun, nampak cantik dan hansem kan?

Antara yang hadir sama rakan-rakan yang juga pernah bertugas di Unit ini termasuk Niza dan Ita.

28 October 2013

Jasamu Dikenang JPWPKL 2013

Saya dan beberapa orang rakan sepejabat saya telah dilantik untuk menganggotai Jawatankuasa Pendaftaran bagi Majlis Jasamu Dikenang 2013. Majlis ini khusus untuk meraikan pegawai-pegawai di Jabatan kami yang bersara.

Saya dan Niza sedang menunggu kehadiran peserta.

Sementara menunggu mereka, lebih baik saya breakfast dulu... bimbang takut akan sibuk maklumlah majlis ini akan juga dihadiri oleh Ketua Pengarah Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jom makan sama !!!

Saya berada di dalam dewan yang akan dilaksanakan majlis yang bermakna ini. Majlis ini kami adakan di Hotel Grand Session Kuala Lumpur.

13 October 2013

Bengkel PBPPP di Hotel Quality City Centre KL

Taklimat yang diadakan oleh Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi, Kementerian Pendiidkan Malaysia (KPM) yang diadakan di Hotel Quality Kl pada 22 hingga 24 Septmber 2013. Bengkel ini adalah untuk menerangkan pelaksanaan penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) KPM.

Saya dan En Dzuraidi  mewakili Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Wakil-wakil lain adalah dari JPN Selangor dan juga PPW dan PPD masing-masing. PBPPP akan mula dilaksanakan pada tahun 2015 manakala mulai November tahun ini sehingga tahun hadapan adalah merupakan tempoh percubaan. 

26 September 2013

Bertugas di Peperiksaan Perkhidmatan Kerajaan 2013

En Khairudin Shamsudin pegawai yang bertanggungjawab dalam menguruskan urusan Peperiksaan Pperkhidmatan Kerajaan di Jabatan ini.

Antara calun-calun yang mengambil peperiksaan masing-masing. Keutamaan peperiksaan ini adalah bagi mengesahan jawatan seseorang pegawai kerajaan. Pengesahan yang diberikan oleh Kerajaan adalah dalam tempoh 3 tahun ini bermaksud mereka perlu lulus peperiksaan yang diambil dalam tempoh tersebut.

Terdapat juga calun yang tidak menghadirkan diri pada peperiksaan ini. Sebabnya kurang pasti . . . .

Saya dilantik sebagai Ketua Pengawas, dan ini merupakan pengalaman pertama mengawasi peperiksaan di Jabatan ini. Calunnya tidak ramai seperti di Kementerian lain. 

06 July 2013

Jamuan Perpisahan Chief Sazali dan Sambut Puasa - Jemputan

 Kami yang sama-sama meraikan majlis.. masing-masing sedang mendengar ucaptama Ketua Unit PTK

  Cak... agaknya itu yang dikatakan oleh Niza.... tapi macam En Nazri dari Unit LKS terkejut pula...

Apa yang sedang dibincangkan oleh mereka?

Rakan-rakan dari Unit naik Pangkat yang sama hadir

Niza bersama dengan Cif Unit Naik Pangkat

Pegawai yang diraikan tersenyum, di sebelahnya En Zainul Akramin mantan pegawai unit ini dan di sebelahnya adalah En Dzuraidi yang menggantikan En Zainul dan di sebelah En Dzuraidi adalah Rosita (Ita).

05 July 2013

Jamuan Perpisahan Chief Sazali dan Sambut Puasa - Pegawai Yang Diraikan

En Khairudin Samsudin bersama dengan pegawai yang diraikan, En Sazali.

Encik Khairudin selaku pengacara majlis sedang mengalu-alukan kehadiran semua yang sudi. Kelihatan Ketua Unit, En Mohd Nazzri (En Naz).

Antara rakan-rakan dari unit-unit lain yang turut hadir sama.

Apa agaknya yang dikata oleh En Naz?

Giliran untuk pegawai yang dirai untuk memberikan sepatah dua kata.... sudah tentu beliau sedih meninggal unit ini. En Sazali telah ditukarkan ke Unit Pentadbiran Am.

Jasamu tetap dikenang.... sebagai tanda terima kasih dari unit ini.... En Naz menyampaikan sedikit cenderahati sebagai kenangan nanti.

Jamuan Perpisahan Chief Sazali dan Sambut Puasa - Juadah

Pada 28 Jun 2013 bersamaan dengan Hari Jumaat, Unit kami mengadakan jamuan Farewell untuk Chief Sazali, mantan Ketua Kerani Unit PTK. Jamuan disponser oleh Ketua Unit kami, En Mohd Nazzri (En Naz). Jamuan diadakan di Bilik Mesyuarat Unit. Walau kecil, alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.

Kuih-kuih ini adalah daripada Unit Naik Pangkat. Kedua-dua jenis kuih ini memang sedap kerana kurang manis. Terima kasih... Memandangkan En Naz juga adalah Ketua Unit Naik Pangkat, maka semua staf Unit Naik Pangkat juga adalah dijemput sama untuk meraikan majlis ini. Lagi ramai lagi meriah kan???

Buah papaya dan orange serta kek yang dibawa oleh Ketua Kerani baru Unit ini.

25 June 2013

Suatu Hari Di Awal Pagi di Jabatanku

Gambar ini saya ambil pada awal bulan Jun 2013, iaitu semasa saya baru-baru bertukar pejabat di Blok A Duta 1, JPWPKL. Pagi ini cuaca sangat hening dan damai sekali. Selepas memanjat tangga-tangga pejabat sehingga ke tingkat 3, saya mengambil angin untuk menghilangkan lelah, maklumlah baru memanjat tangga kerana sebelum ini saya menggunakan lif walaupun untuk ke tingkat 1 lebih tinggi atau lebih rendah... manjanya badan.

Cuba tengok langitnya.... cantikkan biru dan kelihatan disebalik pokok kayu 2 menara Masjid Wilayah dan sebuah tiang lampu limpah Stadium Hoki Jalan Duta. Memang seronok apabila dapat menikmati keindahan alam di awal pagi. Alhamdulillah saya bersyukur kerana saya diberikan pengalaman baru dan sempat menikmati keindahan alam ciptaan Allah swt.

Nun di kejauhan tu terdapat 3 buah blok bangunan Kerajaan yang berdiri megah, walaupun usia bangunan itu telah agak tua, namun ianya masih lagi digunakan. Itulah dia Kompleks Kerajaan Jalan Duta, dulu kompleks ini menjadi kemegahan perjawat awam kerana di sinilah semua pejabat-pejabat utama Kerajaan Malaysia berada, tetapi kini kebanyakan pejabat-pejabat tersebut telah pun berpindah ke Kompleks Kerajaan Putrajaya.

17 June 2013

Pejabat Baruku Yang Belum Sempurna

Ini adalah pejabat baru saya di Unit Penilaian Tahap Kompetensi (PTK), JPWPKL. Saya telah bertukar ke pejabat ini pada 30 Mei 2013 daripada Unit Pentadbiran Am (UPT) jabatan yang sama. Kedudukan kedua-dua pejabat ini boleh dikatakan jauh juga kerana skiranya berjalan kaki mengambil masa 15 minit kot sebabnya pejabat ini terletak di Tingkat 3 Blok A Duta 2. Yang paling mengembirakan kedua-dua Blok A dan B tidak mempunyai lif, jadi kami semua di bangunan ini bolehlah dikatakan sihat-sihat.

Tetapi yang kasihannya adalah orang yang mempunyai masalah kesihatan, rakan-rakan kami yang mengandung dan warga emas. Tentunya penat dan meletihkan.... bagi saya pertukaran ini seperti Allah menjawab permohonan saya untuk keluar dari UPT. Alhamdulillah syukur kepada Allah akhirnya saya dapat bertugas di Unit PTK dan mempelajari sesuatu yang baru yang belum pernah saya lakukan.

Pejabat ini merupakan pejabat yang kedua kecil yang pernah saya gunakan. Namun begitu saya tetap bersyukur kepada Allah setidak-tidaknya ada juga pejabat.... ada juga kawan-kawan yang tidak mempunyai pejabat sendiri atau yang terpaksa berkongsi pejabat. Pada awal saya berpindah ke blok ini, selama 2 hari saya hampir putus nafas menaiki tangga, maklumlah sudah terlalu lama saya tidak menaiki tangga yang tinggi. Saya juga bersyukur kepada Allah kerana rawatan yang saya lakukan di HATTM menunjukkan improvement di mana kaki saya sudah flexible dan kurang rasa sakit sekarang ini. Kini saya boleh mengatakan kepada diri sendiri bahawa dengan cabaran baru ini juga akan membuatkan jantung saya akan jadi lebih sihat. Hip hip hurree