Sejak akhir-akhir ini, tiba-tiba aku tersangat rindu padamu, walaupun setiap hari ku titipkan tanda ingatanku pada mu, dan kemudian dari itu aku tak lupa titipkan sesuatu untuk ayah yang juga amat aku cintai. Selepas dari waktu itu, aku kerap terpandang akan kubah hijau tempat bersemadimu. Masih aku ingat lagi Ya Rasulaalah SAW, malam itu sebelum aku berangkat pulan ke tanah airku, aku tidak dapat melelapkan mata, lalu aku duduk sambil memandangmu dalam pekat malam. Lalu aku teringin untuk mengadapmu, dalam cuaca yang sejuk hingga ke tulang hitam, aku mengajak ibuku untuk menjengokmu buat kali terakhir kerana keesokan harinya pada awal pagi aku dan ayah dan ibu ku terpaksa bertolak balik ke tanah airku. Ya Rasulallah.. rindunya aku padamu... kini aku amat percaya bahawa ayahku telah berada bersamamu, bersama insan yang sangat dia cintai. Begitu juga kami, dibesarkan olehnya dengan rasa kasih dan sayang kepadamu. Ya Rasulallah semoga kau aman di sana. Suatu waktu kita pasti akan jumpa nanti, jangan lupakan shafaatmu untuk aku dan keluargaku.
Photo ini aku ambil dari bilik Hotel Al Zuhdi Madinah, pada malam itu, kubah makam Rasulallah yang berwarna hijau nampak tersembunyi disebalik sebatang menara Masjid Rasul.Walaupun telah hampir tengah malam, tetapi suasana di sekitar masjid tersebut tetap ceria dengan lampu yang terang benderang.
Gambar dan Emak di hadapan Masjid Nabi di Madinah. Haji 2006 ini merupakan haji terakhir ayah, cita-cita ayah nak menunaikan haji pada tahun 2012 untuk menemankan adik Ain tidak kesampaian, kerana ayah dah kembali ke pangkuan penciptanya pada 18 Disember 2008. Tapi aku sangat bertuah kerana ayah dan emak sempat menemani aku.
3 comments:
betapa bertuahnya bagi yg telah sampai ke sana... moga Allah akan permudahkan jua jalan untukku ke sana..Amin...
Kesedihan tiba-tiba melanda dijiwa kerana kami akan kehilangan seorang sahabat yg byk mengajar kami tentang segala ilmu kehidupan dan ilmu pekerjaan...
Aku sentiasa akan mendoakan agar dia berjaya di tmpt baru dan tidak akan melupakan sahabat lama di sini...
Segala tunjuk ajarnya tak akan dilupakan..
Moga Allah sentiasa melimpahkan rahmat ke atasnya...amin..
Atie, mana mungkin I akan lupakan semua kenangan kita kat Pero 5. Allah dah temukan kita dan jadikan kita sahabat. Maka tali persahabatan tu akan terus teguh (tali tau bukannya benag) jadi selagi kita pandai menjaganya Allah akan sentiasa menyatukan hati-hati kita. Walaupun jauh semua sahabat-sahabat saya tetap dalam hati. Doakan harian yang I mohon pada Allah juga termasuk sahabat-sahabat I, tak kira berapa lama tak contact. Apa pun harap-harap kita akan tetap bertemu di alam maya. Baca suara hati masing-masing, walaupun tak dapat berkomunikasi secara bersemuka, tapi rasanya dah memadai daripada tak dapat berhubung.. kan... kan. Tapi kalau tersua muka jangan lupa tegur nanti. Nanti kalau masing-masing ada masa kita boleh jumpa kat JJ ke C4 ke atau kat mana-mana.
Atie, berjumpa, berpisah, hidup dan mati tu kan pasangan. jadi kalau kita berjumpa dulu, maka pada hari tu juga kita kene sedar bahawa satu hari nanti kita akan berpisah. Tapi kalau tak nak berpisah, nanti kita jumpa kat syurga je lah. Kalau rindu I terbang kat istana u je. Kan mudah.
Apabila baca comment Kak Deny, ena rasa sayu dan rugi kerana masih belum menuaikan rukun Islam yang ke 5, lebih-lebih lagi tak sempat menunaikannya semasa ayah bersama. Sesungguhnya Kak Deny amat bertuah kerana dapat ke tanah suci bersama emak dan ayah yang sangat kita cintai.... haji akbar lagi tu.... Ena sentiasa berdoa ke hadrat Allah agar, Allah akan selalu mengasihani ayah seperti mana ayah mengasihani kita semasa kita kecil... semoga ayah telah bersua dengan Rasulullah. insyallah...
Post a Comment