08 December 2011

Pakai Pempas Je......

Di Negeri China terutamanya di kawasan adanya Tembok Besar China, cuacanya agak sejuk, walaupun begitu minum air yang banyak perlu diamalkan bagi memastikan badan seseorang itu tidak dihaiderated (kekeringan). Tetapi disebabkan minum air yang terlalu banyak, menyebabkan kita akan mengunjungi tandas atau bilik air lebih kerap. Kalau bilik air atau tandas itu ada di tingkat 20 sekalipun saya sanggup pergi ke bilik itu dengan syarat adanya lif bangunan itu .....ok.....

Tetapi apa akan terjadi, semasa melawat Negara China dan sedang menikmati permandangan yang menakjubkan di atas Tembok Besar Negeri China tiba-tiba terasa pula nak buang air. Setelah berjalan ke hulu hilir maka terjumpa papan tanda seperti di sebelah. Jauh tu nak pergi ke bilik air atau tandas. Agaknya apa seseorang itu akan lakukan dalam keadaan yang dah tak tertahan nak buang air, tetapi bilik air atau tandas nun jauh dibalik-balik banjaran gunung-ganang. Saya rasa mungkin sidia tu menyesal sebab tak pakai pampas. Atau ada kemungkinan ke tiba-tiba rasa nak buang air tu hilang tiba-tiba sebab melihat permandangan indah yang menyakitkan.

Kalau anda apa yang berlaku??????

No comments: