29 May 2010

Kucing

Ramai orang berfikir bahawa kucing hanya sebahagian daripada haiwan yang dijadikan Allah Taalah di bumi ini tanpa sebarang fungsi, ramai yang tidak tahu bahawa kucing boleh dijadikan sebagai medium untuk terapi perasaan manusia dan mendidik anak-anak kecil menjadi seorang yang berperikemanusiaan. Di samping itu kucing juga adalah haiwan yang boleh dijadikan teman - jadi kawan berbual dan kawan bermain. Itu antara mengapa Allah menjadikan haiwan yang bernama kucing.

Foto kucing 5 beradik dalam laci di atas, adalah foto yang sangat disukai oleh ayah. Ayah menyamakan kucing 5 beradik itu bagai anaknya yang 5 orang. Susunan dan kedudukan kucing-kucing itu bagaikan tahu susunan aku adik beradik.

Foto di sebelah kanan ini adalah Intan Isabella, kucing kami yang sempat hidup bersama keluarga saya selama 17 tahun. Dibeli semasa Intan berumur 7 bulan dengan harga RM750.00, Intan dari keluarga kucing parsi yang tidak dikacokkan dengan kucing jenis lain. Berbulu cantik dan berbadan panjang, mukanya sedikit kemik tapi tak berapa jelas. Ibunya adalah Miss Penang dan pernah memenangi beberapa award. Tetapi Intan tak pernah masuk sebarang pertandingan. Secara amnya Intan adalah kucing yang sombong dan dia hanya baik dengan ayah saya sahaja. Intan juga sangat suka bayi dan dia akan duduk di sebelah bayi dan merenong bayi tersebut dan kadang-kadang menguit tangan atau kaki bayi jika bergerak. Intan tidur dengan ayah dan suka menemankan ayah duduk di ruang tamu rumah kami, dia jarang sekali keluar rumah. Intan juga ada kerusi khas yang orang lain tidak boleh duduk. Jika ada tetamu yang duduk di kerusi tersebut, Intan akan merenong tetamu tersebut, kerana saiz Intan yang besar renongan Intan akan membuatkan tetamu itu tak selesa dan bangun dari kerusi tersebut, dan Intana akan naik ke kerusi tersebut, mengais dan duduk dengan selesa. Selalunya Ayah saya akan menerangkan kepada tetamu bahawa kerusi tersebut adalah kerusi Intan. Intan juga selalu mengikut ayah dan emak berjalan, dia akan naik ke kereta terlebih dahulu dan duduk di belakang dengan selesa. Intan adalah salah seekor kucing kesayangan keluarga kami. Semasa dia mati, kami sekeluarga sangat bersedih terutamanya ayah dan emak.

Yang ini pula nama dia Smorky, kucing saya di Kuala Lumpur. Seperti Intan, Smoky juga agak sombong, agaknya kucing jenis ini memang bersifat sombong kerana dia cantik sikit dari yang lain. Smorky tak suka bergaul dengan kucing-kucing lain. Smorky juga tak suka diganggu kalau dia sedang makan, selera dia akan terputus tiba-tiba kalau ada kucing lain yang cuba mengendeng makanan Smorky atau jika pinggan makanan dia dialihkan. Sayangnya Smorky tiba-tiba hilang, saya rasa dia diambil orang. Dah 2 kucing saya di Kuala Lumpur hilang diambil orang, kerana jinak membuatkan kucing ini senang diumpan.

Sebelah ni photo yang saya jumpa dalam internet. Kucing sapa la ni sampai tertidur masa makan. Buruknye peel dia!!!!!!!!!!

Di bawah ini adalah kucing Adik (Mohd Firdaus), bergambar bersama ayah. Kucing ini kucing jantan tetapi diberikan nama Intan, tak tahu kenapa Adik berikan nama Intan pada kucing ini. Kucing jenis kucing siam, bulu dia semuanya putih melepak dan kucing ini sangat aktif dari kecil hingga dewasa, antara yang suka dilakukannya adalah gigit kaki orang ketika orang berjalan. Dia tahu orang sayangkan dia jadi selalulah dia berbunyi untuk tarik perhatian. Tak lama Intan dapat hidup bersama kami, pada suatu hari tiba-tiba Intan keluar rumah dan tak balik semula. Ayah dan emak dah puas dicari dia di merata tempat, tetapi tak berjumpa. Untuk beberapa minggu dan bulan, ayah dan emak memantau kawasan sekeliling rumah, kalau-kalau ada bau bangkai, tetapi tak ada... jadi kami ambil kesimpulan mungkin Intan ikut orang (sebab dia jinak) atau ada orang yang berkenan dan ambil dia. Walau kat mana pun Intan semoga dia gembira.

Sekarang ni kucing yang masih tinggal di rumah saya di Kuala Lumpur adalah Dak Itam, kucing jantan kacukan tempatan dan Persian, tu kucing yang tengah makan tulah Dak Itam. Dak Itam juga merupakan jenis kucing yang tak suka diganggu masa makan, tetapi bila ada kucing betina yang cuma mengendeng dia makan, dengan senang hati Dak Itam akan tunjukkan rasa simpati dan baik hati dia, perlahan-lahan dia akan bagi ruang pada kucing itu untuk makan bersamanya.

Ok, manakala yang 3 ekor ni, yang nampak macam takut-takut adalah kucing jalanan (street cats), bukan merpati je yang jinak tapi lari bila didekati, sebaliknya kucing 3 ekor ni pun macam itu juga. Adakalanya, kita yang nak bagi dia makan pun dia boleh marah. Betul-betul tak kenang jasa.. cih ... ikut hati tak nak kasi makan, tapi kesian punya hal bagilah juga. Kucing yang tengah pandang tu adalah kucing yang suka mengendeng Dak Itam.

28 May 2010

Mesej Kepada Sahabat Lama

Demi untuk bertemu semula dengan ramai sahabat-sahabat saya yang lama sudah berpisah, berbagai cara sudah saya lakukan untuk mencari mereka, terutamanya kawan-kawan sekolah saya. Sebagai anak tentera, saya bersekolah di banyak tempat, kerana mengikut ayah saya berpindah dari satu kem tentera ke satu kem tentera. Tetapi saya amat yakin nama saya mungkin dapat mengimbau kembali kenangan sahabat-sahabat saya, kerana nama yang agak unik dan jarang digunakan oleh orang lain.


Foto sebelah kanan - foto saya bersama sahabat-sahabat semasa di SMJ, rasa-rasanya masa Tingkatan 5 kot.

Saya pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Lereh, Melaka; Sekolah Kebangsaan Sri Klana, Seremban; Sekolah Kebangsaan Kesang Tua Jasin Melaka; Sekolah Menengah Jasin (SMJ) dan Sekolah Iskandar Syah (SIS) Jasin. Semasa di SMJ dan SIS, saya tinggal di asrama puteri SIS.



Saya di Tingkatan 6 SIS
Mungkin ramai sahabat-sahabat saya yang mungkin kurang terdedah dengan penggunaan komputer. Jadi itulah sebabnya saya sukar untuk mencari mereka melalui cara ini. Saya telah mencuba mencari mereka melalui Hi5, Facebook, Multiply dan Friendster. Akhirnya saya mengabadikan usaha dan hasrat ini dalam blog ini untuk tatapan saya nanti.

Walaupun begitu hasrat untuk bertemu dengan sahabat lama tetap dalam hati, Sekali lagi saya adalah Adnee binti Ahmad.

Positive Thinking

"forget what happened yesterday, but think whats is going to happen today and prepare what happen tomorrow"

Hari Ulang Tahun yang Sunyi

Tak seperti menyambut hari ulang tahun sebelum ni, kali ni saya menyambut hari ulang tahun kelahiran saya seorang diri kat KL. Tak ade kekawan dan saudara - sebab cara kebetulan hari ni hari cuti Wesak jadi masing-masing ada program sendiri ngan keluarga. Mak pula akan bercuti dengan keluarga Acik Misah ke Melaka - semoga mereka gembira. Tengahari tadi tow-truk dari Worksyop Max datang untuk angkat kereta Mercedes untuk dihantar ke Workshop di PJ, kereta tu terpaksa di senggaraan sebab terdapat kerosakan yang tak dapat disenggaraan oleh bengkel lain.

Nanti jam 5.16 petang saya bercadang untuk betulkan kiblat rumah saya. Masa itu adalah masa di mana matahari akan berada betul-betul di atas Kaabah. Nampaknya saya dapat berehat sambil siapkan beberapa kerja opis yang kene disiapkan segera, walau bagaimanapun saya masih lagi boleh mengucapkan terima kasih atas ucapan tahniah sahabat handai dari seluruh dunia.

26 May 2010

Tamat Sudah Pengajian Ku

Saya pernah meletakkan harapan untuk menamatkan pengembaraan penimba ilmu dunia ini setakat PhD. Itu adalah harapan saya 12 tahun yang lepas, iaitu selepas saya menerima Ijazah Sarjana saya di UPM.

Kini saya akur bahawa hanya setakat ini sahaja pengembaraan ilmu tersebut. Walau abgaimanapun saya akan meneruskan kembara menuntut ilmu di bidang lain. Walaupun begitu saya berjaya memasuki 3 universiti bagi mengejar cita-cita saya. Kejayaan yang tidak seberapa itu saya paparkan di bawah untuk tatapan khusus saya nanti di hari tua.


Saya menerima Sijil Post-Graduate Pengajian Penilaian Program Sektor Awam dari Universiti RMIT Melborne Australia pada tahun 2001.


Saya menerima Master saya dari Naib Cencellor UPM tahun 2000


Saya di pentas selepas menerima Ijazah Sarjana saya di UPM


Ketika menerima Ijazah Pertama saya dari Tun Daim, Naib Cencellor USM tahun 1998


Saya di pentas selepas menerima Ijazah Pertama di USM

Dugaan Allah Taala

Rasanya sekarang ini saya sedang diduga Allah, walaupun begitu dugaan yang diberikan itu saya jadikan sebagai semangat untuk lebih berjaya untuk hidup dihari-hari akan datang. Kata cerdik pandai dugaan itu adalah lambang Allah sayang pada kita. Mungkin juga betul kerana sebaik sahaja didatangi dugaan tersebut (saya tak nak gunakan perkataan ditimpa dugaan kerana dugaan itu sendiri adalah dari Allah) terus saya akan ingat pada Nya, mohon pada NYa minta dugaan yang diberikan itu beserta dengan penyelesaian dan kesabaran. Semoga berkat kesabaran itu nanti akan digandakan Allah dan ditambahkan pahala yang berlipat kali ganda. Amin