Showing posts with label Tabby Cat. Show all posts
Showing posts with label Tabby Cat. Show all posts

10 November 2013

Personliti 'Tabby Cat'

Dalam post yang lepas, saya ada menerangkan sedikit sebanyak mengenai Tabby cat, kebetulan kucing saya juga bercorak tabby siap dengan huruf M yang sangat jelas di dahinya. Saya sendiri pun tertanya-tanya adakah kucing tabby ini mempunyai personaliti yang berbeza dengan kucing corak biasa? Jika ada apakah ciri-ciri kucing ini?

Allah swt menjadikan haiwan kucing berpewatakan comel, seronok dipegang dan haiwan ini juga bijak. Namun kucing tabby atau kucing berjalur dikenali sebagai berpewatakan lebih cerdek dan comel. Kucing ini terdapat dalam pelbagai saiz dan warna. Warna mata juga berbeza mengikut baka. Walau bagaimanapun, mereka mempunyai satu persamaan iaitu tanda berbentuk M yang jelas pada dahi mereka. Ia adalah ciri yang membezakan mereka serta memberi mereka kelihatan lebih unik.

Ciri-ciri Personaliti Tabby

Satu perkara penting tentang kucing berjalur ini ialah, mereka tidak tertakluk kepada sesuatu baka kerana corak berjalur boleh didapati di hampir semua baka kucing. Oleh kerana mereka bukan warisan baka jadi bolehlah dikatakan bahawa tabbies tidak mempunyai personaliti yang berbeza, atau ciri-ciri tertentu pada mana-mana kucing berjalur.

Walaupun tabbies bukan dari sesuatu baka yang tersendiri, majoriti pemilik kucing berjalur pernah melaporkan bahawa kucing mereka mempunyai ciri-ciri tertentu yang sedikit sebanyak ada perbezaan daripada watak kucing corak lain. Ciri-ciri tingkah laku seperti yang dilaporkan oleh pemilik seperti berikut:

*    Tabbies amat suka bermain dan mesra dengan alam semula jadi dan tidak suka menyendiri seperti mana kebanyakan kucing domestik;
*    Mereka suka berkeliaran di kalangan keluarga mereka dan biasanya lebih rapat kepada orang tertentu di dalam rumah;
*    Mereka sangat selesa dengan alam semula jadi dan suka menjadi pusat perhatian. Mereka juga suka berkongsi katil dengan pemiliknya;
*    Pemilik mengatakan bahawa tabbies sangat santai dan suka menghabiskan masa mereka bersenang-senang'
*    Selain itu, mereka seolah-olah menjadi lebih tajam dan lebih bijak daripada kucing lain.
*    Kucing corak ini juga dikatakan bahawa penyayang dan ceria, dan sentiasa bersedia untuk bermain.
*    Mereka suka dipeluk, duduk di sekitar pemilik mereka, menggosokkan badannya ke kaki pemiliknya. ada yang merujuk kucing corak ini sebagai "anjing di kalangan kucing"
*    Ada kalanya mereka bersikap degil dan sukar untuk dipujuk serta cerewet jika kehendak mereka tidak dipenuhi.

Selain daripada ciri-ciri yang disebut di atas, kucing berjalur juga berkongsi banyak ciri-ciri yang sama dengan kucing corak lain. Namun begitu personaliti kucing berjalur tidak pula bergantung kepada warna bulu.

17 September 2013

Apa Dia Tabby Cat?

Pernahkah anda mendengar perkataan tabby cat? Apakah yang dimaksudkan dengan kucing tabby?.

Tabby cat tidak ada kena mengena dengan spesis kucing atau baka kucing. Tabby cat hanyalah pengenalan kepada kucing yang mempunyai jalur pada dahi kucing. Tabby cat (kucing berjalur) boleh dikenali kerana mempunyai tanda yang tersendiri, ianya berkaitan dengan jalur, pusaran atau titik. Tanda ini terdapat pada banyak kucing dan pada banyak warna terutamanya kucing domestik.

Seperti yang saya nyatakan di atas, warna kucing bukan menentukan sama ada seekor kucing itu tabby atau tidak. Kucing tabby biasanya mempunyai tanda di dahi seperti menyerupai huruf "M". Terdapat beberapa corak jalur yang berbeza pada kucing-kucing. Kucing saya Oky juga tergolong dalam kucing bercorak tabby dan cuba lihat jelas huruf M di dahi Oky.

Corak Tabby:

Mackerel - mempunyai jalur yang kecil dan sempit. Boleh dikatakan corak ini adalah corak semula jadi yang dinamakan selepas ikan tenggiri (mackerel) kerana seperti susunan tulang ikan.

Blotched - Sesetengah orang lebih suka untuk memanggil kucing corak ini sebagai Classic Tabby atau Marbled Tabby. Corak ini adalah yang paling biasa pada kucing bercorak tabby. Tompok warna disusun dalam blotches besar.

Spotted - Corak bulu kucing yang berbeza dari segi saiz, biasanya mempunyai tanda-tanda yang agak kecil.

Mengikut catatan nama tabby sebenarnya berasal dari perkataan Atabi. Atabi adalah sejenis sutera khas dan istimewa yang dibuat di daerah Attabiah Baghdad. Sutera ini sangat popular di England. Corak berjalur pada sutera ini telah dibandingkan dengan jalur pada kucing oleh itu tabby diambil bagi menamakan corak pada kucing.

Legends M - tanda pada dahi kucing.

Pernahkah anda sedar apabila melihat seekor kucing yang mempunyai corak berbentu huruf M pada dahinya. Terdapat beberapa cerita-cerita tradisional yang berbeza-beza tentang mengapa kucing tabby ditandakan dengan huruf M. memandangkan cerita lagenda, maka tidak hairanlah jika masyarakat Kristian dan masyarakat Islam mempunyai cerita mereka yang tersendiri mengenai tanda M ini.

Nabi Muhammad saw dan kucing

Nabi Muhammad saw adalah insan yang sangat sayang pada kucing. Nabi Muhammad saw sendiri mempunyai seekor kucing yang diberi nama Muezza. Pada suatu hari Nabi duduk bersama-sama Muezza dan kucing itu telah tertidur di atas sebahagian daripada jubah baginda Nabi, Ketika itu azan telah berkumandang dan baginda terpaksa pergi menunaikan solat fardu di masjid, tetapi baginda tidak mahu untuk membangunkan Muezza. Dia mengeluarkan pisau dan dengan hati-hati memotong lengan jubahnya supaya tidur kucing itu tidak terganggu. Lagenda mengatakan sejak kejadian yang istimewa itu dahi kucing mempunyai tanda M pada dahi.

Mariam (Virgin Mary), Nabi Isa as dan kucing

Diceritakan oleh masyarakat Kristian, sejurus selepas Mariam melahirkan Nabi Isa as di Bethlehem. Mariam meletakkan bayi yang baru lahir untuk berehat. Dia terlalu letih dan tertidur untuk memulihkan kekuatan badannya semula. Jerami yang dijadikan tempat baringan bayi terlalu kasar dan kulit bayi yang lembut menjadi merah. Bayi tersebut mula menangis kerana inginkan sesuatu, seekor kucing sesat berada berhampiran tempat tersebut dan kucing itu berhenti dan mencari dari mana datangnya suara tangisan bayi. Kucing tersebut melompat di sebelah bayi menjadikan bayi itu terlena oleh kelembutan dan hangat bulu kucing. Melihat keadaan itu Mariam mengusap dahi kucing dan tanda M bererti Mariam tertera di situ.

Kedua-dua cerita ini tidak tercatit di dalam mana-mana kitab dan cerita ini diceritakan oleh generasi kedua-dua masyarakat di atas.