Setiap kali jika saya ada peluang untuk menghadiri hari keluarga yang dianjurkan oleh pejabat tempat saya bertugas, saya akan hadir bersama-sama dengan ayah, emak dan adik-adik yang berkelapangan. Hari Keluarga Bahagian Perolehan 2008, merupakan hari keluarga terakhir yang ayah hadir sama.Hari Keluarga tahun itu diadakan di Taman Tema Tambun, Ipoh Perak. Pengangkutan kami ke sana menggunakan bas. Ayah dan Emak dalam bas. Hari keluarga kali ini diikuti juga oleh keluarga adik saya Azmee. Manakala adik saya Azman join kami makan malam di Hotel.
Acara rebus gula-gula oleh kanak-kanak. Adriana dan Amir mewakili keluarga saya. Banyak juga gula-gula yang dipungut oleh Adriana Ridwa tetapi sedikit oleh Amir kerana dia hanya memilih gula-gula yang dia suka sahaja. Saya sibuk memberi galakan kepada mereka berdua, tapi macam tak dilayan sahaja.....
Ridwa dengan gayanya mengepit belon. Nampak cerdik budak ini kerana dia bergerak dengan strateginya.
Majlis makan malam di Hotel tempat penginapan kami, lupa pulak nama hotel tersebut.
No comments:
Post a Comment